pengikut-pengikut yang menawan

Monday, July 19, 2010

“a picture is worth a thousand words by udeyismail”

Saya ada menulis di sini mengenai bawang. Boleh tahan jugak artikel saya. Macam baca utusan malaysia! fuh.


Saya kadang-kadang terfikir setelah melihat artikel ini, di sini untuk membuat pameran saya sendiri di Malaysia sementelah ramai juga orang yang teringin nak datang ke Makkah. Namun, sebelum itu, saya mestilah membuat buku fotografi saya dahulu seperti ini, di sini oleh Udey Ismail. Rakan merangkap guru jarak jauh saya walaupun dia tak iktiraf saya anak murid dia. Hahahahaha! Bukan apa, di samping saya buat pameran, mestilah orang yang datang inginkan ole-ole untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan dan ingatan di hati masing-masing. Walaubagaimanapun, banyak sangat yang saya nak isi dalam buku tu sampai saya ingat 500 mukasurat pun tak muat nak isi apa yang saya nak keluarkan. Buku panduan tawaf pun saya pikir nak letak dalam buku fotografi saya. Hahaha. Tak koresponden betul saya ni.

   buat umrah tak pakai ihram.

Tapi, bila saya keluarkan buku, saya mestilah akan mendapat royalti kurang-kurangnya atau keuntungan dari hasil jualan buku saya walaupun yang membeli dalam 3 orang sahaja saya yakin. Apa susah, juall ah 12 ribu  ringgit senaskah buku. Itu sudah tentu untung cepat. Paling-paling tidak saya ingat, emak saya pasti beli  jugak sebab tak nak kecewakan hati saya. Hahaha. Dari duit untung, bolehlah saya membeli peralatan kamera yang baru untuk seterusnya saya menghasilkan buku kedua saya. Akan tetapi lagi, mana ada modal nak buat buku. Itu yang melemahkan semangat saya dan membantutkan usaha saya untuk menghasilkan sebuah buku fotografi yang sangat ilmiah dan sangat bermakna buat anda dan nenek anda. Saya sedang terfikir untuk mendapatkan sponsor dari Johor Corporation nih. Harap-harap dapat dalam 2, 300 ribu pun okelah buat saya beli gula dan minyak kereta yang telah diselaraskan dengan elok sekarang ini.

Itulah dulu celoteh saya pada malam ini. Kaki telah 'cramp' akibat naik kereta tolak sambil buat saie itu tadi. Sikit pun tak rasa penat. Apa punya nikmatlah. Alhamdulillah, sebarang doa yang dikirimkan telah pun saya sampaikan pada Pencipta kita, pada Tuan Kaabah itu sendiri agar dikabulkan dan dipermudahkan olehnya.

Saya sendiri pun berdoa agar rancangan besar saya yang saya nampak agak 'mustahil' untuk dicapai dapat tercapai dan direalisasikan oleh Rabbul Alamin. Wassalam.

11 comments:

dzuraini said...

insha Allah akan tercapai apa2 yang dicita-citakan..semoga dipermudahkan Nya..

yongzu @ 9W2YZU said...

Banyak projek tu....

Yeah.. agree... with dzuraini. Semoga dipermudahkanNya dan sdr dapat mempamerkan segala gambar-gambar yang bermakna untuk tatapan ramai:)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

semoga Allah SWT memakbulkan impian Lutfi..

kucingorengemok said...

wah projek juta²... tapi nenek saya dua² side dah meninggal, macam mana? hehe

taj said...

Salam Lufti...

insyaAllah segala doa2 yg dititipkan, dimakbulkan olehNYA dan diredhai...

amin Ya Rab

Cik SitiNurul a.k.a نورول حميم said...

Selamat berjaya, InsyaAllah.. :)

Umi Azuddin said...

Salaam Sdr. Lutfi,

InsyaAllah tanjah. (itu saja dari Arabic 101 yang saya ingat)

VpeaceV

boxhousestudio said...

mmm...BHS yakin termakbul..percayalah..amin ya RAB...

myself said...

insyaAllah termakbul. amin.
cuma, hajat @ impian ni MESTI dinyatakan selalu@sokmo.. & disertakang dengang tindakang!.. slow2 dakpe, asal bekkah.
kalu dok gak.. jangang nok berangang!!

Pasubungaku said...

waseem...... kacak la wasemm pakai baju tu...sayanggg waseem...=)

boxhousestudio said...

mmm....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...