Berbalik kepada beberapa jam yang lalu. Saya hari ini bangun jam 11 pagi. Tidurnya semalam jam 2 pagi selepas bersahur siap-siap dan hanya bangun subuh jam 5.20 pagi sebelum menyambung tidur yang tidak berkesudahan. Jam 11 pagi, Pak Abu sudah kejutkan untuk pergi ke Bank NCB (National Commercial Bank) di Ghazzah menemani Auntie Norela menguruskan perihal Syarikatnya. Penterjemah sebenarnya saya ini. Banyak istilah-istilah perbankan yang saya tak tahu baru pelajari hari ini. Syarat2 membuka akaun dan sebagainya lagi. Susah juga.
Urusan di atas memakan masa sehingga waktu zuhur dan kami solat bersama-sama dengan para pekerja di dalam bank. Satu perkara yang saya amat puji Saudi tentangnya. Engko Bangla ker, engko Malaysian ker, engko Saudi ker, time solat, kita solat sama-sama.
Malaysia masih belum boleh mengamalkan perkara sedemikian kerana banyak faktor. Apa faktornya, sama-samalah kita berkongsi di ruangan komen jika anda rajin.
Pulang dari NCB, saya terus ke Jeddah bersama Pak Abu membawa 2 orang jemaah VIP dari Sabah iaitu Dato' Tawfiq dan isteri. Kami menguruskan pengambilan dan penghantaran mereka terus ke Jeddah International Airport (North Terminal).
Di Airport kami bertemu rakan-rakan Felda D'saji yang akan pulang ke Malaysia untuk beraya. Seronok melihat wajah mereka. oke. sambung kemudian. Follow @USERNAME
6 comments:
salam sdr,
nampak sdr gembiran dengan kerjaya sebegini..
tahniah
kat malaysia rakyat diutamakan..heehehehhh
support@saifuddin : alhamdulillah. bolehlah. hehe
norah : rakyat diutamakan?
kat m'sia memanjg ada keje urgent..ntah apa yg di'urgent'kan pun tak tau..
tu yg solat zohor jd solat zohsar tu (zohor + asar)
kena laks dpt boss yg tak solat, kita hilang kejap je dh bising2 dr tingkat 6 sampai tingkat 21 leh dengar..
camne ye nk suruh org solat tanpa bg dia kecik ati nih? ada sapa leh bg idea?..(susah jd secretary, boss tak g solat pun, org bising kat kita..)
mmm...kalo Allah diutamakan pasti semua perniagaan sama mcm kt Mekah...
Pi, ada kerja kosong? Heh3...
Post a Comment