Namun begitu, hari ini saya memuliakan tajuk terlebih dahulu dengan meletakkannya sebagai perkara 'priority' akibat dari pengalaman-pengalaman saya yang saya fikirkan perlu untuk saya kongsikan bersama-sama dengan anda dalam panduan membina insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam Islam.
Saya terlebih dahulu tidak menyatakan apa sebab saya bekerja dengan cantumas Travel di bawah Pak Abu kepada sesiapa pun kecuali 2,3 orang yang saya amat percayai. Tentu ada sebab mengapa saya bekerja bersama-sama mereka. Jika tidak, masakan saya sanggup meninggalkan anak, isteri, keluarga dan kampung halaman di bulan puasa dan beraya seorang diri di sini semata-mata datang untuk bekerja dengan tanpa persetujuan angka gaji dan apakah bidang kerja.
Oleh itu, biarlah 'sebab' itu tidak menjadi perkara penting pada isi pokok perbincangan kali ini. Saya sebenarnya lebih diajak untuk 'menolong' syarikat cantumas travel ini dalam menjalankan beberapa misi penting mereka seperti menyambut tetamu-tetamu kehormat, jurufoto tidak rasmi, penterjemah kepada pegawai, penyusunan bilik- bilik hotel, pemandu kereta untuk tetamu-tetamu, para ketua, penyambut jemaah dan peneman kepada Pak Abu. Oke.
Apa yang ingin saya katakan di sini, di dalam sebuah syarikat, kita sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memastikan syarikat terus bergerak dan hidup sudah pasti tidak akan senang dengan pelbagai perkara yang mengganggu kelancaran syarikat kita. Apa yang kita inginkan adalah perjalanan yang paling sempurna pernah kita lakukan. Itu sudah pasti ada pada diri tiap orang yang menerajui sesebuah syarikat. Mereka sanggup tidak tidur, mengenepikan urusan peribadi dan lain-lain lagi semata-mata untuk syarikat. Itu prinsip sebahagian dari mereka.
Kita pergi kepada para pekerja. Pekerja itu, kebanyakannya adalah bukan ahli saudara atau waris, atau adik-beradik yang mempunyai keinginan yang satu juga iaitu untuk bertungkus-lumus dalam menjayakan misi syarikat serta ingin menjaga reputasi syarikat dari jatuh menjunam ke bawah. Mereka adalah pekerja biasa yang memerlukan bimbingan, keterangan dan perlu dilatih serta disemai sikap untuk menyayangi syarikat seolah-olah itu adalah syarikat kepunyaan mereka! Sukar sebenarnya untuk mendapat pekerja yang benar-benar berdedikasi dalam pekerjaan yang dia memang sudah tahu, yang untung hanya bos, bukan dia. Jadi, apa faedahnya dia bersengkang mata, meletihkan badan, menunggu dan kehulu-kehilir semata-mata untuk meng'kaya'kan bosnya? Namun, itu semua boleh terjadi jika terdapatnya sifat jujur dan rasa tanggungjawab serta perasaan ingin menolong membantu sesama sendiri di dalam diri pekerja itu sendiri.
Jika perkara itu tidak kedapatan, anda sebagai ketua haruslah menyedari beberapa perkara kecil yang mungkin dipandang 'remeh' oleh bos syarikat namun besar harganya di sisi pekerja. Antara contoh yang boleh saya berikan adalah :
- tidak mendiskriminasikan antara pekerja dan bos. Anda pekerja saya, jadi, anda tidak boleh makan bersama-sama saya. Jijik. Oh! Ini sangat silap.
- mengucapkan perkataan yang paling berharga untuk setiap insan iaitu 'terima kasih' di atas sebarang pekerjaan yang telah dia lakukan boleh menyebabkan pekerja sangat berbesar hati di atas keprihatinan majikannya.
- menggariskan dasar dan panduan serta bidang kerja bagi pekerja tersebut dan bukannya main semua perkara dia yang kena buat. Sudah pasti dia akan menjalakan juga, tapi dengan hati yang menyumpah seranah di atas kecelakaan yang dia terima dari hasil arahan majikannya yang menyangka pekerjanya itu serba-serbi boleh buat dan sangat dedikasi.
Itu anda sebagai bos perlu perhatikan dan ambil berat jika anda ingin pekerja anda menyayangi anda dan bekerja bersama-sama dengan anda. Jika tidak, kirim salam sahaja.
Bagaimanapun, bersama Pak Abu, dia amat menitik-beratkan perkara-perkara di atas, kami bersama-sama driver makan, berbuka puasa bersama, bergurau dan sangat mempercayai beberapa pekerjanya yang dia rasakan boleh dipercayai. Oleh itu, banyak pengajaran berguna yang saya dapat hasil penelitian saya dalam kehidupan seharian saya kini.
Saya baru pulang dari Jeddah dan ingin tidur seketika, nanti kejutkan saya berbuka ya. Selamat berbuka! Follow @USERNAME
7 comments:
Salam sdr. Lotfi,
Ada benarnya kata-kata anda. Kalaulah "pekerja" ini tahu setiap satu individu ada sumbangannya dalam menjayakan organisasi milik kita ini bersama-sama.. alangkah bahagianya :)
salam lutfi
sikap saling hormat menghormati, bertimbang rasa dll antara satu sama lain antara pekerja dan majikan sgt penting dlm membina hubungan yg baik demi kemajuan sesuatu organisasi tak kira samada ia sebuah perniagaan atau badan berkanun atau entiti kerajaan
insyallah dari situ akan timbul secara semulajadi sifat2 baik yg lain demi kemajuan entiti atau organisasi yg kita sertai
pss berbuka apa semalam
SMART PATNERSHIP.
-SYABAS ANDA PEKERJA MITHALI.
(Pak Abu bukan jenis bos yang buli kuli...maaf mengampu Pak Abu tanpa harabkan ganjaran)
yongzu : yup.. itu sememangnya amat sukar utk dicari dan diterapkan. sebab kita telah dididik bahawa buat apa kita perlu bermati-matian berdedikasi kepada perkara yang kita tak dapat sepenuhnya faedah. Perkara ikhlas sukar dicari kini. Termasuk saya sendiri :p
rezeki : sikap itulah yang perlu kita semai dan perlu dimulakan dari majikan fikir saya. Jika majikan sudah dingin terhadap pekerja, masakan pekerja sanggup bermati-matian untuk tuannya?
berbuka dengan laksa. hehe
bro azmi :
saya mithali? hahahaha.. "matakharab" adalah (bahasa bangladesh yang bermaksud rosak dan punah) hahahaha.
SYABAS!!!...moga pi akan sentiasa dalam aura positive, pasti kejayaan berpihak pada anda dan keseluruhan kumpulan syarikat anda...pasti pak abu tepuk bahu pi ...I SUPPORT YOU!!!.. ...wah!!!...Alhamdulillah...
Post a Comment