![]() |
| Payung di sekitar Masjid Nabawi yang ditutup sejurus selesai solat asar. Nikkor 70-200mm f2.8 |
Jam menunjukkan hampir pukul 3.18 minit pagi. Saya berjalan pulang dengan perlahan sambil membawa kaki yang sakit ini terseret sama. Pulang dari felda dsaji selepas bersahur bersama dr rahman. Saya melintasi beberapa pintu masjidilharam seperti bab ajyad, bab ismail dan lain2 pintu. Saya melirikkan pandangan ke kiri dan kanan melihat2 orang di sekitar masjid. Kelihatan makwe turkey sedang begitu enak menikmati shawarma. Memang shawarma buatan turkey sedap-sedap dan cantik. Eh!
Kemudian saya melajukan langkah menuju ke stesen bas yg terletak semakin hampir jaraknya. Tiket berharga 2 riyal saya keluarkan untuk diberikan kepada penjaga tiket sambil saya bergurau, tak ada ke diskaun pagi2 buta ni? Dia tersengih menampakkan giginya yang putih dan bersih. Pakai darlie kot? Bukan apa, bergurau dengan mereka yg sedang bosan melakukan pekerjaan sama pasti akan memberikan sedikit penghargaan dan keceriaan kepada mereka. Itu fikir saya.
Saya meneruskan perjalanan menaiki bas saptco berwarna oren pekat untuk menuju ke destinasi saya iaitu parking jamaraat. Di dalam bas, saya berada di hadapan seorang turkey dan seorang arab yang berjanggut. Agak muda. Kelihatannya sekitar awal 30-an. Si turkey saya agak berumur dalam lingkungan 50 tahun. Mereka berbual dalam bahasa inggeris. What ur name, where r u come from dan blablabla. Pemuda arab di sebelahnya menjawab dengan begitu fasih dalam lahjah bahasa inggeris britain. Macam mr bean pun ada bunyi dia. Tapi betul-betul fasih. Rupa-rupanya dia lepasan dari sebuah univ di england yang saya tak dapat tangkap butir perbualan mereka. Kini merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah tempatan di Makkah.
Apa yang menarik adalah nasihat si Turkey kepada pemuda tersebut agar bersungguh menyambung pelajaran sehingga mencapai tahap PhD. Jangan berhenti setakat apa yang anda capai hari ini. Kita boleh pergi jauh dengan ilmu pengetahuan dan pendidikan. Tanpa kedua-dua elemen tersebut, kita akan terkandas. Pemuda arab itu mengangguk-angguk, mengiyakan perbualan si Turkey.
"Lihat umat Islam hari ini. Mereka ditindas oleh Yahudi dan musuh-musuh Islam. Kenapa? kerana mereka kurang dalam ilmu pengetahuan. Ilmu juga mungkin ada, akan tetapi tidak dapat diaplikasikan. Buat apa? Kami orang-orang Turkey mendidik anak-anak kami agar berusaha dalam pelajaran agar dapat pergi ke peringkat tertinggi. Kekuatan kami juga kami tingkatkan dari segi tentera, polis dan sebagainya. Kita mahu menjadi umat Islam yang bertamadun dan ke depan. Bukan mundur ke belakang!" Terang si Turkey dengan wajah yang bersemangat.
Lagi sekali, si pemuda arab itu mengangguk-angguk mengiyakan isi perbualan si Turkey.
Bas telah pun tiba ke destinasi. Kami turun selepas gembira dengan ceramah percuma yang diberikan oleh si Turkey dan impak yang mendalam buat kami berdua. Eh, dia bukan bercakap dengan saya. Saya mendengarnya sahaja. Apabila tiba di bawah, kelihatan seorang lagi pemuda arab sedang bergaduh dengan driver bas Saptco tersebut. Memaki dan menghina pemandu bas yang juga seorang arab Sudan.
"Aish nafsak!" Katanya si Sudan kepada arab Saudi itu.
"Ish gouul enta? ish goul? Tahaddani ha?" Jawab si arab Saudi dengan menendang-nendang pintu bas dan ditenangkan oleh orang ramai yang berada di situ.
Kaki sapa sakit?
Hmm .. ilmu pengetahuan dan pendidikan juga mentaliti fikir saya sendirian sambil menyeluk tangan di poket mengeluarkan kunci kereta. Saya terus berlalu dan merenung kata-kata hikmat si Turkey itu tadi. Jemaah Turkey di Makkah kini menguasai sebahagian hotel-hotel besar di sekitar MasjidilHaram dan Aziziah. Mereka menggunakan perkhidmatan bas untuk berulang-alik dari hotel ke MasjidilHaram bagi yang tinggal jauh dari kawasan masjid. Mereka mempunyai bas sendiri yang telah diperuntukkan khas untuk bangsa mereka. Mereka bekerjasama memastikan keselamatan jemaah mereka terjamin di bumi asing dari tempat kelahiran mereka.
...
Sepanjang saya tinggal di Saudi, saya langsung tidak pernah mendengar orang yang tinggal 'agak lama' di bumi Saudi ini mengatakan orang Saudi ini baik dan apa yang berkaitan dengannya. Benar. Semuanya yang negatif dan teruk-teruk. Ini saya akui dari apa yang saya hadapi dan alami selama ini. Mereka memang kebanyakannya bersikap demikian. Jarang sekali yang kedapatan bersifat seperti 'orang'. Kecuali makcik-pakcik yang datang solat dan duduk di sekitar-sekitar masjid sahaja. Mungkin mereka nampak arab ini malaikat. Apapun tohmahan yang diberikan, mereka sebenarnya menjalankan apa yang telah Allah tetapkan untuk mereka dan untuk kita. Pengajaran dari sikap mereka perlu kita ambil iktibar dan tauladan. Semoga bangsa melayu akan terus ke hadapan dan bertamadun. Err.. Orang arab takleh baca belog ini kot?
...
Apa yang saya lontarkan di atas adalah contoh-contoh isu belog. Itu semua tugas dan tuntutan kita sebagai seorang blogger. Belog adalah tempat kita meluahkan apa yang kita fikirkan dan kita rasakan untuk kita kongsikan bersama orang lain yang membaca. Ia ibarat diari online yang perlu diisi dan ditulis sebagai salah satu kerja dakwah kita kepada umat manusia yang lain yang mampu membaca dan berminat. Apa yang kita kongsikan kadang-kadang orang lain tak pernah terfikir pun mengenainya. Kita apabila membaca, kita pun mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu dari apa yang telah mereka, si blogger telah luahkan di dalam belog masing-masing. Gunakan sebaik mungkin medan berbelog sebagai tempat mengaut saham akhirat dengan sepenuhnya.
Kesimpulannya, HIDUP SEORANG BLOGGER bukanlah suatu perkara yang mudah dan remeh. Anda menjadi sebahagian daripada pendidik kepada masyarakat.
Lutfi Lokman,
Al Aus Hotel,
Madinah Al-Munawwarah.
Sent from my BlackBerry® Follow @USERNAME

13 comments:
Salam saudara,
syukran diatas entri saudara.......menarik.
Sekurang2nya kami di M'sia tau sedikat sebanyak tentang cara hidup di Haramain.
Wassalam......selamat bertugas
..betul la Lutfi, jemaah turkey sgt bersatu dan mereka nampaknya sgt bersemangat waktu di Makkah n Madinah.
Thx for an interesting read. Glad you are back to regular blogging..yeay.. Teruskan usaha ustaz.appreciated.
salam pi
mmg betul spt apa yg diperkatakan, bukan semua org arab tu baik dan begitu juga dengan bangsa2 lain di dunia, baik ada jahat ada , itu fitrah kejadian
org arab hanya dimuliakan kerana mrk hanya keturunan nabi
cuba kita lihat arab yang bertudung litup begitu sopan, bila keluar je dari arab saudi dan transit di Dubai, turun flight je , habis segala jubah dan hijab di buka , dlm rupa2 nya dah siap dgn seluar jeans ketat dan rambut blonde lagi, itu pengalaman yg saya alami sendiri
itulah , bak kata mu, yg baik jadikan teladan , yg buruk jadikan sempadan
Salam Lutfi,
memang betul cakap lutfi...tengok je lah kereta diorang..x sabar,paling x tahan peniaga yang suka amik kesempatan atas kekurangan orang luar yg x berapa reti cakap arab tu..saya pernah ada pengalaman naik bas sambil pemandu bergaduh dengan pembantu dia...siap main cekau2 lagi..bas hoyong hayang..alhamdulillah Allah menjaga kami.
Salam Lutfi,
100% setuju dgn kata2mu...
akak juga punyai pengalaman spt itu di mekah...
org arab rasa bangga dan besar kepala krn dia org arab...kononnya dr keturunan Nabi SAW...org arab mnmg terkenal dgn kasar dan tidak sabar...mmg byk perangai yg buruk yg akak lihat pd mereka...
itulah hikmah Allah menjadi Nabi SAW dr keturunan mereka utk membimbing mereka...
lutfi..terus menulis dan menjadi mata kami dr sana...ye sbg satu cabang dakwahmu jua...
wallahualam
Salam Lutfi,
Tk berkongsi cerita pasal belajar smpi PHD tu, dan jugak cerita orang Arab bergaduh.
Saya masih ingat mutawwif selalu pesan jangan citer yg buruk pasal MH atau apa saja di Makkah. TP saya pun gitu kekadang tidak tahan tgk perangia orang Arab dan pendatang yang bekerja di Makkah, yang paling saya marah beberapa orang Indon mengenakan upah nak cium Hajarul Aswad....depan Kaabah pun ada sindiket ! Saya keliru kali pertama di MH pada tahun 2008, skrg saya lebih faham...
salam
lutfi sambung study sampai phd ye
Salam anakanda
Terimakasih dengan kisah menarik tu.
Gambar yg anakanda ambek cantik2...boleh mama copy?.
Moga anakanda bahagia.Amin.
brader,
semakin lama saya meredah blog brader, saya rasa photo dan isi ceritanya sangat menarik hati dan minat saya.
tahniah saya ucapkan kepada brader. saya pasti prang orang lain yang menjengah ke laman ini pon merasakan perasaan yang saya rasakan.
=)
Pernah ke Turki beberapa kali. Bila dibuat analisis perangai mereka denagan Arab memang banya berbeza. Mereka bangsa yang kuat membaca dan mengkaji.
Rasa seronok bila berada di Turki. Bila sampai di boader nak masuk Syria. macam-macam kisah tragis berlaku.Arab-arab.
nginap : takpe. salah satu cara utk luahkan perasaan dan berkongsi.
nurleeta : memang. apa yang saya luahkan adalah apa yang saya lihat di hadapan mata.
anony : yer. sudah kembali ke pangkal jalan. susah ada bini 2. tak boleh nak adil. wakaka
rezeki : apa yang baik, kita ambil. apa yang buruk kita tegur. tapi mana diorang nak terima teguran kita. jadi kita kena jadi lebih dari diorang, baru diorang memandang kita.
kak long : hmm. .penting jugak bahasa arab tuh. hehe.. nasib baik tak terbalik bas. hehe
kak taj : insya allah, saya akan terus menulis dan menulis.
hj rosli : memang. itulah caranya nak dapatkan duit cepat. apa diorang peduli depan kaabah pon. sebab dah terbiasa sangat dengan kaabah.
darul naim : arrrr..
mama ju ; terima kasih saya ucapkan di atas keprihatinan mama menjenguk belog ini. tak apa. saya benarkan takdak masalah. bukan profesional pon.
chainz : apa lagi nak kata. alhamdulillah. terima kasih banyak2. yang baik ambil jadi teladan. yang buruk, buang jauh2 arr.. mengarut saya pon boleh tahan jugak.
ams : oo.. arab ngan arab. biasalah. mereka takkan pernah bersatu. susah nak bersatu sebenarnya. luas berjalan banyak pengalaman. teringin juga nak ke turkey. mungkin suatu hari nanti. insya allah.
Majoriti orang Arab memang tak hormat orang Islam yg lain tapi kalau amerika wahh memang angkat topi lah.
Post a Comment