pengikut-pengikut yang menawan

Wednesday, August 25, 2010

justing bibir

kecit
Seorang warga tua Saudi sedang menunggu pelanggan untuk membeli kurma muda yang dijualnya dengan harga berpatutan. Arab Saudi sepatutnya perlu mengeluarkan garis panduan bagi had umur seseorang pekerja. Ini tidak, dalam pejabat, ada lagi pekerja yang berumur 178 tahun dan ke atas.


cuba teka, apakah nama kawasan yang saya ambil gambar di atas? Peserta yang dapat menjawab dengan tepat, akan diberikan hadiah berupa kurma muda (routab) di dalam gambar dan sekali dengan orang tersebut.

***

Saya mempunyai 3 orang adik. Adik-adik saya nama Nurlina, Nurathirah dan Mohamad Ariff. Mereka semua muka macam tak berapa nak sama. Tapi paling hensem, saya lah. Diorang tak berapa sangat.

Baru-baru ini, ketika saya pulang dan berada di Malaysia, saya memandu kereta emak saya. Saya bawa adik-beradik saya ini berjalan-jalan pusing bandar Kuala Terengganu. Seketika, saya menangkap beberapa butiran perbualan adik-beradik saya ini tentang sesuatu misteri yang mereka perbincangkan. Saya cuba mendengar dengan jelas dan teliti lantaran memang sifat saya, apabila ada perkara berbunyi di sekeliling,  saya sangat sensitif dan cepat mendengar kecuali laungan azan subuh. Itu memang kelemahan saya. Anda tak macam saya kan?

Apa yang saya dengar? ya. Saya mendengar suatu katanama yang berbunyi justing bibir. Pelik kan nama tu? Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah, perihal kemesraan adik-beradik saya apabila bertemu bersama-sama. Saya sangat bahagia melihat mereka bersembang walaupun hal yang mereka sembangkan memang tak ada dalam silibes imam muda. Mereka sangat seronok dan bahagia dalam menceritakan perihal justing bibir tu. Saya sangat mengharapkan saat-saat indah mereka berbicara dan bergelak ketawa bersama-sama akan terus selama-lamanya berterusan.

Saya sangat takut jika suatu hari nanti, apabila tiba masanya yang telah dijanjikan Allah. La Qaddarallah, kami bergaduh. Mungkin. Ketika kecil, kami tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab, kami sangat bahagia bersama, akan tetapi, apabila kelak masing-masing mempunyai tanggungan, mempunyai keluarga, kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi besar dan menjadi permusuhan. Sangat-sangat saya runsing akan perkara itu. Doa saya, biarlah gelak ketawa adik-beradik saya yang ketika ini masih 'kecil' pada pandangan saya, akan berterusan buat selama-lamanya walaupun nanti tanpa ketiadaan kedua ibu-bapa kami. Semoga kami akan sama-sama menjaga nama baik keluarga kami dan sanggup berkorban untuk satu sama lain. Amin.

Apapun, saya masih lagi sangsi dengan justing bibir yang mereka sembangkan tempohari. Apa benda tuh? sejenis kuih ke? atau nama lain bagi karbon dioksida? tak masuk kepala aahh!

***

Dari kecil lagi kami bersama-sama. Saya dan dia amat rapat. Ibarat kuku dengan kukukaki. Jika dia tersepit, saya akan juga merasa sakit. Kemesraan kami ibarat aur dengan tebing. Aur itu macam mana, saya pun tak tahu. Dia tak pernah meninggalkan saya. Saya pun sama. Tak sampai hati biarkan dia keseorangan. Kami selalu bersama dalam banyak perkara. Terawih pada tahun lepas, saya naik menjadi imam bersama-sama dia. Pulang dari jadi imam, kami pergi ke kedai makan, minum air. Seronok. Kenangan berterawih yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Tapi hari ini, tepat jam 3 pagi semalam, dia terjatuh. Dia tercedera. Saya sangat pedih dan hiba mengenangkan dia. Ya Allah, selamatkanlah dia. Peliharakanlah dia. Berbalut juga saya dengar. Sekarang dirawat di hospital Shishah, Makkah. Dia ialah kaki saya. Mana boleh saya ambil endah tak endah terhadap keselamatan kaki saya. Nanti macam mana nak jogging kasi perut kurus!

13 comments:

badruddin said...

anta dgr2 je ke kaki anta tu berbalut? comel sungguh. haha. cepat sembuh deh!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam lutfi,

mama doakan agar kaki lutfi cepat pulih dari kecederaan..harap2 tak serius sangat..

azmietaha said...

Luka di kaki semua orang nampak tapi luka di hati takde siapa yang tahu...kekekeee!
(teringat kata bestari seorang tokoh)

taj said...

Salam Lutfi...

wehhh...hati hati di jalanan tuh...ish ish ish jaga diri baik2...ko tuh nak jaga ramai orang nanti...
akak doakan cepat2 sembuh dan selalu berhati berhati di jalan raya...

Uncle said...

Uncle doakan semoga perut Lotfi cepat kurus!

Marvic said...

jgn kurus kering mcm ikan bilis..hehehe

PINATBATE said...

Salam
Semuga cepat sihat kaki tu..

fndrocka said...

kau kena try dulu justing bibir..sedap...pi cari kat bazaar ptg nanti

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

bad : ana pun tak sedar yang tiba-tiba jer kaki ana berbalut. kesian dia..

mama : terima kasih mama.. biasalah, orang nakkan perhatian. macam nih la. kaki sakit pun bising satu dunia. hahaha

bro azmie : sakit hati tu, lebih berbisa dari sakit kaki. hehee

kak taj : amin.. insya allah. la nih, kasi jemaah jaga saya pulak. haha

ankel : fuh! doa paling saya tunggu2

maria : aku takleh jadi lebih kurus dari ikan bilis pasal ikan bilis paling besar pun, tetap masuk mulut aku. wakakaka ps : ko poser brapa hari?

kak pinat : amin...

fndrocka : terima kasih utk komentar kali pertama anda. belog anda boleh tahan jugak sedap dimakan. saya sudah letakkan link. tenkiu.

hajrun said...

syafakallah. kaki nak guna lama bro, jaga molek

miss lubina said...

La ciannya . Apapun hati - hati . cepat sihat, cepat leh joging

fndrocka said...

terima kasih deng!terasa tidak selayaknya pulak.keh3

pulut coco said...

salam,

rasanya adik ente tgh cakap pasal justin bieber kot,tu penyanyi remaja amerika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...