sudah dekat 10 ramadhan kita nih. saya masih lagi tidak berupaya untuk tidur malam walaupun sangat letih seperti dikejar raksasa. Kerap juga saya berjalan kaki dari Maulud Nabi menuju ke Ghazzah, dari Ghazzah menuju ke Ajyad semata-mata untuk bertemu dengan orang dan rakan-rakan. Bukan pukul 10, akan tetapi pukul 1 atau 2 pagi!
Sekarang, saya mendapat job sementara lagi iaitu sebagai receptionist. Boleh tahan juga saya jual bilik di hotel ini. Sudah dapat SR700 petang tadi. Tapi receptionist arab yang 2 orang tu jual, takdelah banyak sangat cuma SR10 ribu jer satu hari. Okelah tu. 10 dengan 7 dah dekat-dekat.
Satu pengalaman yang baru dan sangat berguna dalam deal dengan orang. Terutama deal dengan Saudi yang macam2 karenah dan cekadak. 1 bilik, 3 katil, dia nak muatkan 10 orang! Jangan bayang kerana memang takleh bayang. Sakit kepala betul dengan diorang. Apapun, dioranglah pelanggan yang banyak bawak duit dan banyak songeh. Lagi nak diskaun sampai 98%. Fuh.
Rupa-rupanya pengalaman-pengalaman saya sebelum ini berkait rapat antara satu sama lain. Kita boleh gunakan banyak pengalaman yang lepas untuk digunakan pada hari ini. Oh.. saya bersyukur kerana saya menimba pengalaman2 tersebut. Ah. tidur dulu ah. mengantuk neh. wasalam. Follow @USERNAME
3 comments:
Lotfi.
bilik kat langkawi depa tak nak ka? Kalau nak, tolong contact Uncle ok! Kat tepi laut lagi......
salam
lutfi..
pengalaman tu...
PENGALAMAN...x ternilai harganya...
Post a Comment