semalam bergaduh dengan arab pasal saya bayar dia teksi sr10 dari Ghazzah menuju ke Ajyad. Siapa suruh dia setuju. Alih-alih nak marah kita pulak. Siap tuduh kata orang asia ini apabila datang ke Makkah merosakkan segala-galanya. Dulu masa tak ada orang asia dan hanya orang badwi sahaja yang ada, takdelah rosak macam sekarang. Ewah-ewah, sedap gigi berkata. Saya pikir, jika orang dia yang pasangkan jam tertinggi di Kota Makkah ini, mau berapa ramai tertindih jarum jam, skru, besi dan lain-lain lagi kat bawah tuh. Saya tanya dia yang Kota Makkah ni kepunyaan orang arab sahaja ka? Dia diam dan dia alih tajuk. Cesss..
Macam-macam lagi kami bergaduh. Dia kata orang asia apabila belajar bahasa arab merosakkan bahasa dan masyarakat. Saya jawab, habis, dalam bahasa arab untuk orang arab sahaja ker? Dia marah-marah dan suruh keluar kereta. Nasib baik dah sampai. Saya pun terus jalan menuju ke destinasi.
Begitulah antara rutin harian kami di sini. Apapun, nikmatilah gambar-gambar yang tak ada di seberang takir mahupun di seberang baruh ini. Terima kasih.
 |
| Waktu berbuka di hadapan MasjidilHaram. |
 |
| Kebanyakan orang di sini berbuka dengan kurma dan segelas air zamzam sebelum meneruskan solat maghrib. |
 |
| Di sekitar MasjidilHaram ada disediakan juadah ringan berbuka secara percuma. |
 |
| Lautan manusia yang sedang sabar menunggu waktu berbuka. |
 |
| Di dalam Islam, kita digalakkan memenuhi waktu menunggu untuk berbuka dengan zikir, doa dan bacaan quran. |
 |
| Sepasang suami isteri sedang merenung MasjidilHaram dan kawasan sekitarnya dari Hotel Safwah Royale Orchid. Harga hotel melambung di musim bulan Ramadhan akibat permintaan yang meningkat dengan luarbiasa. |
 |
| 2 jemaah Algeria berjalan gembira menuju ke Hotel selepas menunaikan umrah. |
 |
| Tames, adalah satu roti yang digemari oleh masyarakat di sini sebagai juadah berbuka dan bersahur. |
 |
| Buah-buahan di Makkah kebanyakannya didatangkan dari Taif dan luar Saudi. |
 |
| Mana lagi besar? kepala saya atau ini buah? |
 |
| Pagi awal Ramadhan dari Safwah Royale Orchid. |
 |
| Selamat berpuasa kepada semua pembaca belog na5wa.com. Sokongan anda kepada saya amat saya hargai. |
10 comments:
salam lutfi
alhamdulillah, nice photo yg mmg takde di seberang takir hehehe
suasana hebat menjelang waktuberbuka di MH
guna wide lens ye ?
subhanallah. cantiknya gambar2 di MH. membangkitkan rindu untuk ke sana kembali.
Nampak macam dah naik 'syeh'... takpe kalau dugaan itu buat kita menjadi lebih baik maka terus-teruslah naik 'syeh' suatu hari nanti mungkin boleh jadi 'SHEIKHUL' INSYAALLAH!
thanks for sharing....
Hidup Seorang Blogger
salam ustaz...
memang jeles la dgn ustaz, tiap2 hari dapat pegi masjidil haram.saya baru je pulang dari sana (dpt tgk jam besar tu berdetik ^^) beberapa hari yg lalu, tapi hati ni masih terlekat d sana...rindu sgt dgn suasana masjid, tambah2 lagi waktu iftor..dgn zamzam & zabadinya la..argh..rindu..nanti ustaz slalula upload gambar2 terbaru yer..doakan saya dapat ke sana lagi..amiiin
.CINTAKU tertinggal di MADINAH & MAKKAH.
Ramadhan Kareem.
tahniah. "comel-comel" blako-lako gamba!
gamba semua cantik...
mahal tu pengalaman bertekak dgn driver teksi tu...
mcm bapak saya yg acapkali mengomel pasal org2 selain melayu yg. ambik peluang2 yg. konon nyer hak melayu, siap suruh hantar diorang balik india/china...
kuat lagi asabiyyah tok arab nih ye...
mmm...I SOKONG U!!!..ha ha ha..ya BHS sokong pi...memang bijak budaknya..hi hi
Post a Comment