Bila ku dengar
Irama lagu yang satu
Hati bertambah sayu
Terkenang kampung halaman ku
Nah! Di sini ku berdiri
Kau akan melalui
Ku pernah merasai
Ahh.. Garam pernah ku rasa
Intan dengan permata
Sudah dapat dibeza
Kematangan mu juga nampak dewasa
Langit yang ku junjung
Bumi yang ku pijak
Irama rentak lagu
Tiada bezanya
Ikutilah rentak ku
Hayati irama
Berganding kita bersama
Kini kita berdua
Megah meranjau masa
Engkau dan aku sama
Tiada sempadan usia
Jejak dan langkah ku
Kekadang keliru
Menangis tiada lagu
Tunjukkanlah haluan
Agar tidak tertunggu
Hey! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang
Langkah kiri dan kanan
Bersama tiada bezanya
Irama lagu yang satu
Hati bertambah sayu
Terkenang kampung halaman ku
Nah! Di sini ku berdiri
Kau akan melalui
Ku pernah merasai
Ahh.. Garam pernah ku rasa
Intan dengan permata
Sudah dapat dibeza
Kematangan mu juga nampak dewasa
Langit yang ku junjung
Bumi yang ku pijak
Irama rentak lagu
Tiada bezanya
Ikutilah rentak ku
Hayati irama
Berganding kita bersama
Kini kita berdua
Megah meranjau masa
Engkau dan aku sama
Tiada sempadan usia
Jejak dan langkah ku
Kekadang keliru
Menangis tiada lagu
Tunjukkanlah haluan
Agar tidak tertunggu
Hey! Kini tiba ketika
Joget zapin dan inang
Kita akan berdendang
Langkah kiri dan kanan
Bersama tiada bezanya
lirik oleh Zainal Abidin & Nizam. Dinyanyikan oleh SM Salim dan Zainal Abidin.
Lagu ini jika tidak silap saya popular sekitar tahun 1990-an yang didendangkan oleh Tan Sri SM Salim ( dan Zainal Abidin. Saya tak pernah melihat secara live nyanyian ini sehingga pada tahun 2010 baru-baru ini, lagu ini timbul kembali di laman popular www.hilangpunca.com oleh Pipiyapong. Nyanyian ini mengimbas kembali zaman saya kecil ketika berumur lingkungan 9-11 tahun ketika kami sangat rancak turun naik Kuala Lumpur memandangkan nenek saya tinggal di sana. Ada kalanya, saya ditinggalkan oleh emak dan ayah bersama nenek serta emak saudara saya yang lain bersendirian di sana memandangkan cuti sekolah masih bersisa dan ayah sudah terpaksa bekerja.
Saya dan wan (panggilan untuk nenek saya) tinggal di sebuah rumah flat yang bernama Flat SanPeng, Kuala Lumpur. Dekat sangat dengan Puduraya, Penjara Pudu, England dan seangkatan dengannya. Tiap-tiap pagi, wan akan siapkan saya teh tarik atau nescafe susu yang amat sedap sekali di dalam dunia. Ada disediakan nasi goreng atau nasi lemak mengikut mood wan sendiri. Lagu yang amat tiptop dalam radio ketika itu adalah lagu di atas dendangan SM Salim. Tapi seingat saya juga, takde pulak suara Zainal Abidin dalam radio tersebut. Mungkin dia ada banyak versi kot? Boleh dikatakan hari-hari jugaklah dengar lagu tu. Sehingga kini, apabila mendengar kembali lagu tersebut, memori saya akan kembali segar mengimbas kenangan kami di sana.
Saya boleh hidup dengan seronok di Kuala Lumpur kerana saya mempunyai rakan karib saya yang juga sepupu saya iaitu si Azmil yang juga sebaya dengan saya serta 'sekepala' dengan saya. Dia sangat bijak dalam hal ehwal ilmu pengetahuan dunia sebab dia pernah tanyakan saya soalan yang saya tak boleh nak jawab iaitu lautan manakah yang lagi luas? Atlantik atau Pasifik? Kini dia bekerja dengan kerajaan berkaitan dengan hal -ehwal wanita. Apabenda ntah nama opis dia, saya pun tak sangat ambil tahu.
Kami ber'khatan' sama-sama di sebuah klinik bernama Klinik Kita di Kampung Pandan. Disebabkan ada kawan, jadi kami berdua tak menangis dan tak sakit kecuali ada saat-saat tertentu ketika bersendirian menyebabkan 'perkara' itu sakit. Tiap-tiap pagi, kami akan cuci 'perkara' itu di beranda rumah wan di tingkat 16. Umur kami ketika ber'khatan' adalah sekitar 9 tahun. Apa nak kisah? dengan pemandangan yang indah melihat Kuala Lumpur, menara Maybank dan perkuburan cina, kami mencuci 'perkara' kami dengan amat bahagia dan tenang. Oh, sungguh mengusik jiwa pengalaman tersebut.
Berbalik kepada apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah kualiti sesebuah lagu yang dimainkan pada zaman dahulu kala (20 tahun lepas tu boleh kira dahulu lah). Amat berkualiti dan tahan lama. Jika pun dimainkan kini, kita tidak jemu mendengarkannya. Atas dasar apa ia bertahan? Saya dapat memberikan beberapa sebab yang saya kira agak sedap dibaca iaitu :
1. kerana mereka mencipta lagu atas dasar seni dan semangat.
2. lagu bukan dicipta atas dasar populariti dan kemasyhuran.
3. bukan bermusim buat lagu tetapi berterusan dan berzaman.
4. ikhlas dalam menghasilkan seni.
Itu antara sebab-sebab yang seorang budak lepasan universiti umm alqura boleh berikan. Nak lagi, anda boleh masukkan dalam tentatif program bersama keluarga anda nanti di bawah tajuk perbincangan mengenai kualiti lagu-lagu sekarang dan dahulu.
Begitu juga jika kita tamsilkan penghasilan lagu dengan persembahan kehidupan kita kini. Kontradiksi itu sangat ketara jika dibandingkan masyarakat dahulu dan masyarakat kini.
...
Saya baru-baru ini pulang ke Malaysia untuk menziarahi ayah saya yang kini uzur berada di pembaringan. Beliau boleh juga jalan-jalan tetapi bukan secergas biasa. Beliau terpaksa menggunakan tongkat sebagai teman harian. Alhamdulillah, ada perubahan namun sangat sedikit dan mengambil masa.
Saya lihat, kehidupan kami sekeluarga juga turut berubah dan ada perubahan walaupun minoriti namun ia tetap membawa hikmah. Orang yang pertama sekali ingin saya puji adalah adik lelaki saya iaitu Ariff. Beliau sepatutnya bukan berada di rumah menunggu ayah dan membantu ayah ketika usianya menginjak 15 tahun kini. Teman-teman sebaya ada yang merempit, mengejas awek di basteng (bahasa terengganu 101 yang bermaksud bus station), bersosial seperti berjoget shuffle, bermain bola pada waktu petang, dan berjalan ke sana-kemari ketika cuti sekolah. Namun, itu semua berjaya diignore kan oleh Ariff dan beliau tabah membantu ayah dalam usianya yang menuju ke arah pemilihan identiti sendiri.
Kedua, saya memuji adik perempuan saya Athirah atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Chik di kalangan keluarga. Segala keperluan ayah, dia yang uruskan. Mandi, buang air, basuh baju dan sebagainya. Di samping profesyen beliau sebagai pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah di Terengganu. Beliau juga pada waktu hujung minggu bekerja part time di sebuah cafe di Golf Resort untuk menyara wang perbelanjaan sendiri. Salah satu pengorbanan yang amat besar di lakukan adalah melupakan cita-cita asal untuk terjun dalam bidang design di sebuah IPT tempatan dan memilih untuk memasuki tingkatan 6 semata-mata ingin dekat bersama ayah dan keluarga. Menitis airmata juga bila baca balik tulisan saya kat atas.
Ketiga, sudah pastilah emak saya. Segala tanggungjawab ayah, dialah yang uruskan kini. Siram pokok, cabut rumput, kemas kawasan rumah, baiki kereta, bayar bil air, bil api, saman kereta, baiki bumbung, paip air, deal dengan masyarakat, sabar dengan perangai ayah, keluarga dan sebagainya lagi. Oh. Berat juga dugaan itu. Emak kadang-kadang mengalirkan airmata juga. Airmata kepenatan saya fikir. Tapi beliau tetap maintain dengan rutin hariannya yang kini seratus-peratus berubah.
Keempat dan terakhir, adalah adik perempuan saya si Nana yang jauh berada di Kuala Lumpur bekerja dan belajar tanpa meletakkan pergantungan kepada keluarga. Muda-muda lagi sudah berada jauh dari keluarga dan bekerja sendiri untuk menyara hidup dan memberikan sedikit wang kepada keluarga. Terima kasih semua di atas pengorbanan yang ditunjukkan. Anda adalah jantung saya. Anda adalah pembekal semangat saya.
Saya? sekadar tukang updet belog dan letakkan gambar bolehlah..
Jadi berbalik kepada tajuk lagu di atas dan relevannya cerita saya adalah, semua perkara telah berubah kini. Arus kedewasaan telah melontarkan kita jauh dari alam asal dan keriangan kita. Perkara dewasa ini juga telah memberikan kita pengajaran yang perlahan dan laju untuk kita ambil dan kita simpan buat bekalan kita nanti. Suatu hari nanti, kita jua akan melalui perkara yang sama. Kita akan sakit, kita akan mengalami kematian, kita akan berada di dalam dilema, kesusahan, pengorbanan dan peralihan sikap. Apa yang penting, kita mempunyai asas agama yang amat penting dalam pembentukan jati diri insan. Ia ibarat sebuah nada yang tidak berubah dan tetap sama diiringi lagu walaupun liriknya jauh telah berubah! Fikir-fikirkan kata-kata akhir saya ini. Anda tidak dapat menemuniya di mana-mana buku sejarah.
Lutfi Lokman,
Makkah.

7 comments:
Salam Hj Lutfi..
Satu keluarga x kan berfungsi dgn baik tanpa pengorbanan setiap ahli. Masing2 memiliki keunikan tersendiri utk menyumbang. Tiap2 sumbangan/pengorbanan harus dihargai.
Berbuat baik kpd ibu bapa sangat2 dituntut. Berbahagialah kedua ibubapa yg mempunyai anak2 yg sanggup berkorban demi keselesaan mereka di hari tua.
Salam Dik Lufti..
itulah dinamakan pergorbanan...itulah insan dan ihsan...bertanggungjawab dan berbakti bukan sj pd diri sendiri tetapi juga pd keluarga dan alam sekeliling...
syukur alhamdulillah berkat didikan ibubapamu,,, adik2mu tahu peranan masing2 sehingga korbankan keseronokan jiwa muda...
berbakti pd ibubapa membawa bahagia ke syurga,insyaAllah
tentu ibubapamu berbangga mempunyai anak2 spt kamu dan adik2mu...dan mereka juga berbangga mempunyai anak dan abang sptmu...
alhamdulillah
Salam Ustaz Lutfi,
Semoga ustaz dan keluarga tabah dalam menghadapi ujian dari Allah, Allah ma'akum.
alhamdullilah klu semua tau tanggungjawab masing2.. ada kelebihan yg Allah berikan..
tapi klu kena keluarga yg pentingkan diri sendiri, dan cm satu org sj yg memikul tanggungjawab...lagi lah kesian..
apa2 pun jgn lupa, doa awk di makkah ini besar ganjaran dia... maka kirimkanlah doa utk mereka..
kakchik mmg bagus.. seronok dpt borak2 dgn dia...
Adik-beghadik kena BERSATU HATI, kalau tidak...tak tau nak cakap lagu mana dah, bercamok habih laaa...!
Salam adik Lutfi,
Pertama kali meninggalkan jejak. Pertamanya kerana akak juga berminat dengan fotografi. Keduanya, insyaallah, pengorbanan adik-adik itu ada keberkatanNya di sisi Allah. Dan InsyaAllah, kehidupan mereka akan dipermudahkan Allah kelak. Syabas kepada seluruh keluarga adik...
rasanya kapal besar tu bukan kat sogo, tapi the mall..haha.. akak gayat giler..
Post a Comment