
adik pompuan saya. Dia sangat sayang keretanya.
seperti biasa, saya sangat banyak kerja dan sangat banyak untuk diceritakan, jadi saya memilih laluan yang biasa saya pilih iaitu untuk tidak bercerita. Senang. Tak menyakitkan hati banyak orang dan tidak menyusahkan orang untuk membaca belog saya yang sangat panjang dan merapu. Terima kasih.
Oke, saya cerita sedikit tentang baru-baru ini rombongan dari Yayasan Sabah yang saya ditugaskan untuk melayan mereka sebagai tetamu Allah .Rombongan yang diketuai oleh Dato' Seri Musa Aman amat sekali bertuah kerana dikurniakan Allah kemuliaan untuk mengunjungi Raudhah dan mencium Hajaratul Aswad. Alhamdulillah. Saya juga berharap agar ramai lagi orang berpeluang untuk mendapat kesempatan sedemikian. Insya allah.
Rombongan dari Yayasan Sabah juga amat mesra. Tak sangka saya orang sabah sangat baik-baik dan mudah mesra. Nanti jangan lupa jemput saya ke sabah ya! hehe.
Oke, saya cerita sedikit tentang baru-baru ini rombongan dari Yayasan Sabah yang saya ditugaskan untuk melayan mereka sebagai tetamu Allah .Rombongan yang diketuai oleh Dato' Seri Musa Aman amat sekali bertuah kerana dikurniakan Allah kemuliaan untuk mengunjungi Raudhah dan mencium Hajaratul Aswad. Alhamdulillah. Saya juga berharap agar ramai lagi orang berpeluang untuk mendapat kesempatan sedemikian. Insya allah.
Rombongan dari Yayasan Sabah juga amat mesra. Tak sangka saya orang sabah sangat baik-baik dan mudah mesra. Nanti jangan lupa jemput saya ke sabah ya! hehe.
waseem dan KFC, LCCT, Kuala Lumpur, Malaysia.
naseem ketika berada di Kubur Panjang, Kedah, Malaysia.
entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya semakin merindui anak-anak saya. frasa 'anak-anak' saya digunakan kerana ianya menunjukkan kepada ramai. Yer, sedar tak sedar, sudah ada 2 orang anak saya. Tapi perangai masih lagi macam budak-budak yang tak sedar diri. Apapun, saya kini dapat memahami perasaan manusia yang berjauhan dengan keluarga masing-masing dan insan tersayang. Mereka sanggup menghabiskan beribu wang semata-mata untuk mendapatkan 'kebahagiaan' itu.
Di samping merindui anak-anak dan isteri saya, tidak ketinggalan sya juga merindui kesemua keluarga saya baik di sebelah saya mahupun di sebelah isteri saya. Saya amat merindui zaman kecil-kecil kami adik beradik yang tinggal bersama di rumah kecil di wakaf tembesu berdekatan dengan airport negeri Terengganu. Waktu yang diluangkan bersama-sama tak mungkin saya hilangkan rekodnya dari memori saya buat selama-lamanya kecuali apabila dikehendaki Allah. Ia termasuklah memori indah saya dan adik kecil saya si Ariff ini. Oleh kerana berkebetulan dengan hari lahir beliau, saya dedikasikan ingatan saya yang kecil ini buat si Ariff yang kini sudah tidak kecil lagi. Lebih tinggi dari saya tapi saya tetap hensem. wakakaka.
Dari kecil lagi kami amat rapat. Kisah sejarah si Ariff ini banyak bermula di rumah Wakaf Tembesu. Kerana pada tahun kelahiran Ariff, kami berpindah ke situ. Betul kan mak? ayah? saya sudah mulai lupa perihal tarikh menarikh ini. Waktu kecil, dia amat meminati filem a Bug's life! Hari-hari suruh pasang CD yang sama sampai kami sudah hafal skrip dan jalan cerita. Kelakar betul. Setiap pagi, dia akan membawa cd tersebut dan mencari mangsa untuk diguna-pakai bagi membenarkan dia menonton di layar skrin komputer. Tak boring ker? Perangai itu, kedapatan juga pada waseem. Hari-hari spongebob dan tom n jerry. Sampai muka pun dah jadi spongebob.
Semakin dewasa, ariff semakin berubah. Saya selaku idola utamanya dalam hidup, telah merosakkan beliau dengan memperkenalkan game age of empires dan red alert. Sehingga beliau sangat mahir bermain permainan simulasi 3D itu mengalahi saya. Tapi saya tetap hero. Sebab saya boleh bermain sehingga sampai level terakhir di dalam 'campaign' scenario. Tak guna pun 'cheat'2 itu semua. Usaha sendiri sahaja. Hahaha. whut a kenangan yang indah itu semua.
Kini, semuanya semakin berubah dan berubah. Ariff kini sudah dewasa dan akan mengalami musim sakit kepala nanti apabila menjelang peperiksaan PMR. Ya! PMR adalah salah satu tangga pertama untuk didaki sebelum mencapai ke tangga yang seterusnya yang menempatkan SPM, STPM, STAM, STU, KRU, DBKL, PQS, KLCC dan sebagainya. Harapan kami sekeluarga agar Ariff dapat membahagiakan keluarga bersama score A yang datang dari hasil yang gigih. Namun, jika pun sekali tidak mendapat A seperti yang diharapkan, sekurang-kurangnya ada usaha untuk menuju ke arah itu. Itu lebih baik dan sangat membahagiakan kami. Benar, apa lagi yang dirunsingkan oleh seorang ibu selain dapat melihat anaknya memegang buku dan menelaah pelajaran, lalu mendapat hasil yang baik. Jangan bimbang Ariff, masa masih belum terlambat. Buat latihan banyak-banyak melalui buku yang telah emak belikan dan banyakkan membaca perkara-perkara terkini samada di internet mahupun akhbar. Facebook tidak menjanjikan sebarang kemungkinan untuk meluluskan PMR kita. Facebook hanyalah satu medan buat kita ambil iktibar dan semangat bagi meneruskan hidup kita yang semakin hari, semakin pendek. Tengok Abang Pi sendiri, sangat tekun menelaah pelajaran. Sampai makan pun 2 kali sehari sahaja kini. Sekali sebelum subuh, dan sekali selepas maghrib. Oh. Bertuah betul kamu mendapat abang yang gigih ini!Hmm..
Apa lagi ya? Oke, last but not least. (betul ke dop au oram eja gini? waser ge betul doh. Least tu mendape?) Harapan kami sekeluarga agar Ariff akan menjadi pemangku keluarga di dalam keadaan ayah sakit, emak penat bekerja, kak chik berada di asrama, kak na jauh di Kolupo dan abang pi sibuk main fesbuk di Makkah. Pemangku yang memahami tanggungjawab yang diberikan dan menjayakan kesemua assignment yang diberikan oleh emak mahupun adik beradik yang lain. Hindarkan dari bersikap memalukan keluarga seperti menconteng di dinding basteng (anda tahu tak apa itu basteng?), gigit tayar kereta CRV, hisap ekzos kereta proton, dan menjerkah orang-orang tua di kedai MokMa. Itu sikap yang tidak bagus. Hindarkan dan hormatilah orang tua, walau di mana pangkat anda berada. Fikir seribu kali 'pro dan kontra' sebelum bertindak. Allah kurniakan kita alhamdulillah, akal yang sihat dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Gunakannya sepenuhnya. Bertindak mengikut perasaan tak menjanjikan apa-apa kebaikan. Oke? Least but not last, jangan banyak sangat girlfren. Nanti pening kepala nak jawab jika tersilap msg. Oh ya, telefon itu juga, nanti tukar kepada warna lainlah. Tak maskulin betul bila guna warna pink itu!
oke, selamat hari lahir adikku ariff. Anda tetap seorang budak kecil di mata Bampi, Kak Na, Kak Chik, Ayoh dan Mok.
wassalam.
(sambil nnulih, berkembbor airmate tubek nih) :p
Follow @USERNAME


4 comments:
Assalamualaikum Lotfi
saya tumpang ucapkan selamat hari lahir kepada Mohd Ariff
orang Sabah memang baik2 semua
kalau kita pergi ke Sabah, mereka layan habis punya
Wassalam
haha walaweh lawak lah bampi :p
keep it up
bagi nasihat secara santai, bagus2 :)
hik hik hik..suka...
apa pun Happy Belated Birthday Ariff...sebenarnya bertuah kamu dapat abang macam bampi ni...panjang akal orangnya...tak gitu pi?..betul la...bukan bodeknya...
Post a Comment