Saya datang dengan berjalan kaki menahan teksi kerana pertama, kereta GMC telah rosak semalam di Jeddah akibat dari kekeringan minyak gear. Kedua, kereta saya juga telah ditarik oleh pihak berkuasa arab saudi kerana memarkir di merata-rata tempat. tak apalah. Selagi selamat kereta saya di tempat tahanan, tak ada masalah.
Cuaca sudah panas walaupun jarum baru menunjukkan jam 9.30 pagi. Betul-betul mencabar keimanan orang berpuasa. Apapun, kehidupan perlu diteruskan dan tidur perlu ditinggalkan. Mengingati pesanan abang Kamarul Anuar (y) yang menyatakan bahawa tidur waktu siang akan mengakibatkan muka jadi sembab dan tak encem, jadi saya tinggalkan tidur waktu siang. Juga pesanan dari majikan sementara saya si Pak Abu yang tidur selepas subuh akan mengakibatkan otak tidak cerdas dan badan lemah, maka saya juga bangun dari tidur walaupun dengan keadaan yang amat letih akibat kekurangan tidur selepas sahur dan selepas solat subuh kelmarin.
Hari ini, entah macam mana saya boleh terbuka kembali blog denaihati.com untuk mendaftarkan diri selaku belogger yang tegar. Terima kasih kepada marvic kerana memperkenalkan peraduan tersebut. Walaubagaimanapun, niat saya bukan untuk memenangi pertandingan itu. Hanya suka-suka untuk menambahkan kembali semangat berbelog yang telah lama saya puasa. Saya naik kerana belog. Saya dapat banyak tawaran pekerjaan akibat belog. Saya bahagia kerana belog. Saya berfotografi kerana tarikan belog. Segala-galanya banyak kerana belog.
Di atas dorongan itulah, saya akan berusaha untuk kembali aktif di dalam belog yang telah sangat lama saya tinggalkan kerana kesibukan dan kelekaan saya bersama teman baru, cik fesbuk. hahaha.. oke. Saya akan updet dari semasa ke semasa. Terima kasih. Follow @USERNAME
5 comments:
teruskan perkongsian yang menarik..
suker3.....kamu nampak cam budak pendiam tapi kelako...makcik suker amek2...
salam,
menarik dan tertarik dengan tajuk SEO....
Pak Abu tu blogger ke ustaz?
-Kadang-kadang saya berblog dan terkadang kena 'block' sebab idea selalu takde...heheeheee!
ayo kembali aktif di dunia belog...
Post a Comment