pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, September 4, 2010

malam lailatulQadar lebih baik dari seribu bulan

seekor kucing kelahiran saudi ditangkap tidak berpuasa.
Saya menulis bukan untuk mencari publisiti atau keglemeran walaupun benda itu nampak sangat penting untuk membina network, profesyen, kerjaya dan perniagaan. Bukan. Saya tidak fikir itu adalah niat saya walaupun kadang-kadang seronok juga orang tegur : eh, awak ni blogger na5wa.com kan? terus buat muka paling hensem pernah saya buat.

Seingat saya, saya menulis belog ini hasil pindahan saya dari laman sesawang yang lama iaitu di http://kamitaken.fotopages.com. Entah. Sudah 15 tahun saya tak jenguk laman itu. Mungkin dia sudah dipecat dari kerjanya dan sekarang menjual goreng pisang bersama anak-anak. Mungkin? siapa tahu.

dari laman fotopages itu, saya banyak belajar dan belajar. Saya sedar dalam kehidupan ini perlunya pembelajaran untuk menjadikan kita seorang manusia yang sebenarnya yang disukai Allah dan disukai orang. Tanpa pelajaran, kita takkan dapat hidup dengan tenang akibat bergaduh di sana dan di sini serta tidak disukai orang.

Saya akui. Saya juga ada dibenci orang walaupun hati saya sendiri tidak suka orang membenci saya. Jika boleh, saya inginkan semua orang baik dengan saya dan langsung tidak ada perasaan nak marah dan kecil hati. Oleh sebab itu, jika saya bergaduh dengan isteri saya, paling tidak lama 2 bulan jer saya tegurlah dia balik. Itu pun biasanya najwa yang beralah. Saya ni ego tinggi. Mana boleh kalah pada pompuan.

Kehidupan di kota makkah berjalan dengan lancar dan seperti biasa. Ada orang yang saya sempat ketemui, saya temui. Ada yang tak sempat, minta maaf banyak2. Nak pergi ajak minum pun susah dek kerana masa tidak mengizinkan.

Semalam, berkesempatan berbual bersama Dato' Zahid Hamidi dan berterawikh bersama-sama beliau dan isteri. Dia tak kenal saya. Tapi saya kenal dia. Saya minta izin daripadanya untuk mengambil gambar dari dalam bilik beliau di tingkat 10 Safwah Royale Orchid memandangkan bilik beliau adalah Kaabah View. Sangat cantik dan mabeles. Tapi saya janji pada malam 27 nanti. Esoklah. Sajer nak test polarize filter yang saya beli sampai bergadai gaji. :p

Semalam juga, merupakan hari yang letih dan paling dahaga dalam sejarah kerana lepas solat jumaat, entah macam mana terpandang pulak bukit sheab ali di tepi masjidilharam. Langsung saya naik ke atas bukit itu seorang diri untuk mengambil beberapa keping gambar dari atas sana. Bosan berada di atas seorang diri, saya ajak sekali si dr rahman untuk shoot sama. Berpeluh dia naik atas bukit tuh. Katanya dia dah turun berat dalam 14 kg jugak bila timbang. wakaka. Sangat cantik pemandangan dari atas sana. Tapi panas, dahaga dan letih adalah bayarannya. Nanti perlahan2 saya letakkan gambar jika saya ada ingatan.

Mungkinkah semalam adalah malam lailatulQadar? kerana kami berdua dapat sesuatu yang orang lain susah nak dapat.. betul tak dr rahman? apa dia? biarlah rahsia..

9 comments:

Uncle said...

Pi.
Kirim salam saya kat datuk zahid dan datin....depa mesti ingat saya lagi....errr...macamana nak contact depa huh?

DARUL NAIM TRAVEL AND TOUR'S SDN.BHD said...

salam
lutfi

mungkin semalam adalah malam lailatulqadar.. sbbnya biarlah rahsia... (-_-)

moga terus dapat mengambil gambar2 yg cantik2.. insyaallah

abah perawalkan balik.. hari nie,, abah kurang sihat.. terima kasih

taj said...

Salam Lutfi...


mula2 kenal ko melalui http://kamitaken.fotopages.com...
rasanya masa tuh, waseem lum lahir lg...

nice aksi kucing tuh...tajam renungan matanya...mesti kucing ingat ko pun nak tumpang sekaki curi makan ngan dia...heheh

mlm lailatulqadar...bialah rahsia, akak pun rasa spt itu...
wallahualam...

rahmanabdullah said...

Pi....ooh! itukah nama bukit yang menyebabkan kita lembik dan nampak agak slim sikit...wakakaka

terimakasihlah kat mu dan mat chenok...my experience here has been mabeles...guna ejaan mu...Allah ajer yang berhak balas jasa dan khidmat mu berdua

malam lailatulqadar...kita tak tahulah...kita cap ayam ajer...harapnya berjumpa...insyaAllah

Anonymous said...

Mencuit hati, as usual. Mabeles ustaz..hee..hee

miss lubina said...

info menarik setiap entri

rofina ruvis said...

salam pi ...... entry semakin menarik setiap hari,
teruskan menulis n menulis tau !!!
najwa mesti terharu jumpa hero nya yg dah slim lepas ni kan ??!!

luvly aimira said...

wallahua'lam.. merasai perkara yg sama..

azmietaha said...

Semoga semua mendapat QADR yang Allah tentukan sekadar yang dijanjikan-Nya! Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...