pengikut-pengikut yang menawan

Friday, September 17, 2010

pesanan untuk adik

LOP_6263
North Terminal, Jeddah.


Pagi tadi, adik nombor 3 saya bertanyakan saya mengenai mode-mode yang terdapat pada sebuah kamera DSLR. Maklumlah, dia sudah jadi pemilik dslr Nikon D60 saya dengan lens nikkor 35mm f1.8, kit lens nikkor 18-55mm f3.5 dan zoom lens tamron 28-300mm f3.5. (tak padan dengan budak-budak). Saya bukan reti sangat. Cuma apa yang saya faham sahaja saya perturunkan di sini. Salah sikit sebanyak tu, maafkanlah yer. Begini dik,


P - Programme mode. Lebih kepada auto. Akan thethapi, kita buleh khawal dia punyer white balance, flash, iso dang sebhagainya.

A - Aperture priority. Apabila khiter pilih mode ini, ia bermakna kita memilih untuk mengawal aperture. Apakah itu aperture? aperture mengawal depth of field dan cahaya. depth of field ini bermaksud jarak subjek dan background yang ingin kita rakamkan itu kita boleh tentukan. Kita nak subjek clear dan background tak clear, maka kita pilihlah aperture besar iaitu f1.8 atau ke bawah. Begitu juga jika kita inginkan gambar background clear maka kita pilihlah aperture kecil iaitu f8 dan ke atas. Yang lain seperti Shutter Speed akan auto terpilih sendiri mengikut f number yang kita pilih itu tadi. Begithu juga, dia mengawal chahaya. Semakin kecil nombor yang kita pilih, semakin banyak cahaya masuk dan terang. Contoh gambar lelaki di atas, abang memakai f1.4 dengan lensa 85mm. Terang kan? Kita boleh kasi iso rendah sikit iaitu sebanyak 200 pun dah oke. Oleh sebab itulah, f number ini juga antara faktor yang menentukan harga sesebuah lensa.

S - Shutter Priority. Apabila khiter pilih mode ini, ia bermakna kita memilih untuk mengawal shutter. Apakah itu shutter? shutter mengawal kelajuan pengatup kamera. Ia diibaratkan sebegini. Kita berada di dalam sebuah rumah berhadapan dengan sebuah tingkap. Di hadapan kita, ada sebuah langsir. Kita terdengar bunyi kereta lalu. Apabila kita menyelak dan mengatup langsir dengan cepat, kita akan dapat menangkap gambaran kereta itu dengan jelas. Namun, apabila kita menyelak langsir dengan perlahan-lahan dan mengatupnya kembali, kita akan melihat kereta itu berlalu dan tidak akan dapat meng'freeze'kan movement. Ahhh! aku sendiri tak paham apa aku tulis. Begitu jualah dengan shutter speed. Ia ada 2 fungsi. Pertama ia untuk membekukan subjek seperti sebuah kereta dengan setting nombor yang tinggi (ex 1/2000 - 1/4000). Kedua ia untuk mengawal cahaya yang masuk. Makin besar nombor, makin sikit cahaya mhasuk. Makin kurang nombor, makin chahaya masuk banyak. Namun, adik harus ingat yang kamera itu kasi pegun dan takleh gegar-gegar. Nanti gambar jhadi blurr. Oke dik?

Itu dulu lah untuk kali ini. Abang pun banyak kerja lain lagi nak buat. Selamat maju jaya dalam fotografi.

athirah's photos
'Its bird, No, Its Plane, No, Its Kapalelebam lah'
-Photograph by NurAthirah Lokman. Not bad lah. Lelama nanti phandailah.

4 comments:

yongzu @ 9W2YZU said...

Wah.. bestnya... adik dah ada DSLR sendiri. Untung adik.... penghargaan buat abangnya... :)

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken said...

yongzu,

kakak ipar bagi. bukan abang dia. abang dia kedekut. wakakaka. penghargaan buat kakak ipar kerana meninggalkan kamera kepada adik ipar. hehehe

yongzu @ 9W2YZU said...

Ya.. penghargaan buat kakak ipar :) Abang dia mungkin kedekut dari segi itu.. tapi ilmu dan pengalaman sebagai dia tak kedekut.... he he he..

Kami pun tumpang belajar sama...

PINATBATE said...

perkongsian ilmu..tengkiu..tengkiu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...