pengikut-pengikut yang menawan

Friday, September 10, 2010

pra raya.

hari raya dianggap istimewa kerana ianya adalah salah satu sambutan yang besar di dalam Islam. Juga dianggap istimewa kerana ianya hanya setahun sekali disambut oleh seluruh umat Islam di dunia ini. Jika setiap hujung minggu sambut hari raya, takdelah meriah sangat saya kira.

Tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini saya kira. Tahun ini saya menyambut aidilfitri di Makkah al Mukarramah. Kota yang sangat didambai orang kebanyakan. Menarik bukan jika saya membuka cerita mengenai sambutan di sini. Menyebut mengenai sambutan hari raya, minta maaf banyak-banyak kak mona, sebab saya tak dapat menyumbang berita dari tanah suci buat tatapan semua kerana kerja sememangnya sangat banyak dan penuh. Nak makan tengahari pun baru-baru ini sebulan tak sempat. Sibuk kan? :p

Tadi kami membuat pembahagian makanan secara percuma kepada para jemaah yang lalu-lalang di hadapan hotel kami. Para penyumbang terdiri dari pak abu, dr rahman, naim, syapendi, faezah dan saya sendiri. Bukan banyak pun kami sumbang, cuma dengan kutipan wang sedikit sebanyak, kita dapat mengumpulkan makanan untuk dibahagi-bahagikan secara percuma kepada para jemaah kota makkah. Seronok bukan? insya allah, ia akan menjadi acara tahunan bagi kami semua.

gambar.. susah nak cerita. banyak sangat ambil. tapi malas nak upload.

oke, bau nasi lemak, semerbak singgah di telinga. kak bushra (kakak ipar) sudah mulai menanak nasi untuk makan pagi esok. apa lagi, hati tak tenteram nak tulis belog. tangguh dulu aarrr.. wasssalam..

3 comments:

Pasubungaku said...

takut dan gembira dengan acara memberi sedekah tadi...waaaaa....:p

Uncle said...

Pernah buat disana tahun lepas....habis kena serbu dengan pompuan egypt!!!!!

Cik SitiNurul a.k.a نورول حميم said...

Selamat Hari Raya utk anda sekeluarge :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...