beberapa siri perkara telah berlaku semenjak saya tidak update ini.
antaranya ialah kemalangan jalanraya yang melibatkan seorang student madinah.
alhamdulillah, beliau selamat dan sekarang semakin stabil. Juga seorang jemaah malaysia telah meninggal dunia di dalam kemalangan tersebut. Apa boleh buat, Allah telah menetapkan perjalanan hidupnya di situ. Telah meningggal hari jumaat, dalam ihram dan dalam perjalanan ke Kota Suci Makkah pada pertama kali perjalanan umrah dalam hidupnya. Beruntung dan sangat beruntung.
Saya kini ketandusan internet kerana rumah baru kami masih tidak menerima router I-Go yang telah dipakai semenjak hari itu. Oleh itu, saya terpaksa berpuasa dari internet dan hanya update apabila bertemu peluang dengannya.
Kelmarin, kami ke Taif bersama-sama abg sidek dan family. Beliau merupakan pemandu kapalterbang MAS sahaja. Kawan kepada emak dan ayah semasa datang haji tempohari. Kenangan yang akan diingati sampai bila-bila termasuk bersama dr. Rahman Abdullah.
Kami memulakan perjalanan dari pukul 3 ptg dan sampai lebih kurang dalam pukul 4 lebih2. Perjalanan yang santai dan banyak ambik gambar. Kami tidak pergi banyak tempat, hanya singgah di Masjid Abdullah Ibnu Abbas dan beberapa masjid bersejarah lain sebelum pulang kembali ke Makkah melalui jalan baru Hada - Makkah. Macam Genting Highland pon ada apabila menonton kereta kabel bersimpang siur menuruni bukit dan menaiki bukit. Cuma bezanya, kat sini pemandangan bawahnya batu-bata. Tapi sangat cantik.
sekian.
* keterangan gambar, nanti saya letakkan. cuaca sekitar 19c-21c.. sejuk woo.
Follow @USERNAME