ada sesiapa lagi nak dermakan duit pada kawan saya si Diabati ? dia memerlukan duit kerana biasiswa sudah 5 bulan belum lagi kami terima. Terima kasih.
...
moral saya terhadap fotografi sangat menurun. Saya, malahan merasa menyampah melihat kamera sendiri. Kadang2 rasa ingin menjualnya pun ada. Rasa ingin memberi sahaja kepada rakan-rakan pun ada. Akan tetapi, disebabkan nilainya ribuan ringgit, saya pendamkan perasaan ingin memberi itu. Bukan kedekut, tapi menghargai titik peluh sendiri. Saya jarang menghargai barang pemberian orang. Itu sikap saya. Apa yang diberikan percuma, saya jarang hargai. Emak selalu menasihati perkara itu. Hargai setiap apa yang dikurniakan. Tetapi seperti biasa, ibarat mencurah air ke dalam lautan, saya tetap saya. Saya lakukan apa yang saya rasa saya boleh lakukan dan perlu lakukan.
Dewasa kini, (ayat canggih, mungkin memperolehi markah tinggi dalam peperiksaan SPM) saya semakin menyedari akan hakikat suatu penghargaan. Penghargaan adalah sesuatu perkara yang sangat subjektif yang dilahirkan oleh kita kerana memuliakan sesuatu itu. Contoh, kita menghargai sehelai baju yang dibeli isteri kita, kita pakaikannya setiap hari sehingga baju itu lusuh dan lunyai. Begitu juga penghargaan kepada orang yang berada di sekeliling kita, kita hargai mereka dengan menunjukkan nilai kasih sayang yang utuh dan tidak berbelah-bagi. Akhirnya penghargaan yang paling bermakna adalah penghargaan kita terhadap anugerah yang telah Allah kurniakan kepada kita. Contoh ringkas seperti pancaindera (lagi markah tinggi terhadap penggunaan perkataan-perkataan canggih manggih ini), kehidupan, kasih sayang, nikmat Islam, iman dan kelazatan beragama yang mana kebanyakan orang lain tidak menghargainya.
Argh! terbuka tajuk yang luas pulak. Macam mana nak kecilkan skop ya?
Oke, kita pergi kepada penghargaan terhadap fotografi dulu. Ini kerana saya sangat berminat terhadap fotografi. Pandai ke, cantik ker, tak pandai ker, hudoh ker, itu belakang kira.
Dewasa kini, (ayat berulang, digunakan untuk memberi kesedaran kepada pemeriksa yang saya menggunakan perkataan canggih) ramai orang mula cenderung kepada perihal fotografi. Ianya ibarat satu revolusi (ini pun termasuk perkataan canggih) dalam dunia fotografi. Rata-rata orang bercakap perihal fotografi, gear yang digunakan, lens, aperture, harga lens, d3, mark II, passionate, lighting dan sebagainya. Jika 6 tahun dahulu, saya rasa jarang sangat ada orang yang berbicara perihal fotografi kecuali seorang dua (perbandingan untuk menunjukkan sikitnya orang) yang sangat otai dan mahir dalam perkara fotografi ini. Namun kini, budak sekolah rendah pun sudah bising pasal nak cari model untuk projek fotografinya. Lagi-lagi depa mahukan yang pompuan dan lagi bonus jika ada seksi2 sikit. Arakian kisahnya, ada jugak model perempuan yang sanggup untuk perkara-perkara seperti itu.
'menghargai anugerah kecantikan diri' - kata mereka.
Fenomena berfotografi sudah mula menular ke merata-rata tempat di seluruh pelusuk dunia. Apatah lagi dengan kamera digital yang tersangat murah dan membolehkan orang ramai membelinya dengan wang saku sendiri tanpa perlu membuat loan atau pinjaman dari bank ar-rajhi. Sekali lagi, dari sudut penghargaan, kamera itu juga Allah yang ciptakan. Allah yang pinjamkan bakat kepada kita, Allah yang pinjamkan segala kecantikan dari sudut mata kita, maka hendaklah kita hargai. Kita patuhi undang-undang yang telah Allah tetapkan. Kita tunjukkan penghargaan kepada apa yang telah dikurniakan walaupun Allah tidak memerlukan penghargaan daripada kita. Dia Maha Kaya dari segala sesuatu. Tujuan penghargaan itu adalah untuk menguji hambaNya. Sejauh mana ketaatan seorang hamba kepada Pencipta.
Setiap kepingan gambar yang kita snap, kita akan dipertanggungjawabkan. Kita akan disoal kelak. Ada sesiapa dari pembaca ini yang yakin dia pasti terlepas dari disoal-jawab di akhirat? Ini baru menyentuh perihal fotografi. Belum lagi perkara-perkara lain yang akan ditanya seperti solat 5 waktu, puasa, nafkah, perkahwinan, anak, amalan, bidaah, penipuan, mabuk dan sebagainya lagi.
Berbalik kepada penghargaan juga, saya kira, saya kini lebih mengerti untuk menghargai setiap sesuatu yang dikurniakan kerana saya bukan lagi mendapati sesuatu dengan mudah. Saya perlu berusaha dengan gigih untuk memperolehi perkara itu. Bersengkang mata dan memerah segala akal untuk mendapatkannya.
Jika dahulu, saya mudah untuk membeli sesuatu perkara. Saya kira, emak dan ayah saya masih ada. Jika pun tidak cukup duit, saya boleh minta dari mereka. Apabila berkahwin, saya mempunyai tanggungjawab sendiri dan dipertanggungjawabkan untuk memelihara orang lain. Saya masih lagi meminta dari ibubapa apabila tersangat tidak mampu untuk menguruskan sendiri. Namun, di sebalik kesulitan itu, saya mempelajari erti 'menghargai' dalam setiap sesuatu yang saya perolehi. Kini, saya tidak lagi membeli-belah sesuka hati saya, malahan saya terpaksa mencatu apa yang perlu dibeli dan apa yang tidak perlu dibeli. Isteri saya sangat bagus dalam hal ini berbanding saya. Dalam berhati-hati pun, terlepas jugak
lens 70-200 f2.8 sebijik. Apa-apalah. Lain kali saya akan mulakan kembali perkara hati-hati ini.
Perkara lain lagi yang seangkatan dengan penghargaan ialah, hargailah mereka sebelum mereka hilang.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka untuk mereka tahu bahawa anda sangat menghargai mereka. Ini boleh diguna -pakai untuk ibubapa, adik-adik dan isteri-isteri. Kawan-kawan pun boleh. Tapi jangan lebihkan sangat kawan, nanti isteri marah. Betul atau tidak?
Untuk ibubapa, buatlah baik kepada mereka. Zahirkan tanda kita amat hargai mereka dengan pelbagai perkara yang simple seperti msg, hantarkan duit, telefon, errr.. belog dan sebagainya. Ibubapa mana yang tak bangga pasal pemberian anak? Saya sendiripun, jika waseem ambilkan saya air, saya sangat berbangga dan rasa terharu. Hilang letih menjaga, membasuh berak, tak tidur malam dan rasa nak pukul apabila memegang gelas pemberian waseem. Itu baru si kecik 3 tahun yang meleleh hingus hulurkan air. Apatah lagi jika waseem sudah dewasa dan berikan saya
BMWX6 untuk saya gunakan ke kebun durian saya nanti. Bangga bukan mainlah dengan pemberian anak. Satu kampung pasti akan tahu bahawa kereta ini adalah pemberian anak saya.
Itu naluri ibubapa. Pesan emak, kita tak perlu tunggu mendapatkan gaji beribu-ribu baru nak hadiahkan pada mereka kerana waktu itu, belum tentu ibubapa kita masih ada lagi. Lakukannya sekarang. (Saya tiba-tiba lupa adakah saya telah memberikan ibubapa saya duit perbelanjaan hasil gaji pertama ataupun tidak? Rasa-rasa macam sudah bagi :p).
Untuk isteri, hargai setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka lebih lama berada di sisi kita ketika kita berfikiran matang. Ibubapa bersama kita dari kita kecil sehingga dewasa. Tetapi isteri, sejak kita dapat berfikir sehingga kebanyakannya sampai mati mereka akan bersama kita. Hindarkan pergaduhan rumahtangga. Ingat akan kesusahan dan keletihan mereka bersama kita, lagi2 ketika melahirkan zuriat untuk kita. Menyabung nyawa semata-mata untuk menghadiahkan kita seorang insan generasi penyambung. Oh.. Ngerinya. Setakat masak tak sedap, tak cukup masin, terlajak gula, dan tak rasa apa langsung, simpan jerlah dalam hati. Apalah sangat perkara itu jika dibandingkan dengan pengobanan mereka kepada kita. Fahami kehendak mereka dan luangkan masa untuk mendengar pendapat serta celoteh mereka sebelum kita tidur, sebelum kita syok hal sendiri dan kawan-kawan. Mereka adalah pembantu kita dalam menguruskan perihal rumahtangga dan anak-anak.
Untuk adik-beradik, mereka adalah perkara kenangan kita. Kita akan sentiasa mengingati mereka kerena mereka dibesarkan bersama-sama kita. Adik-adik saya contohnya, saya masih ingat bagaimana mereka sangat comel ketika dilahirkan dan betapa gembiranya saya ketika mempunyai seorang adik perempuan bernama NurLina. Dialah teman sepermainan saya dan dialah teman pergaduhan saya. Saya akan sentiasa ingat akan giginya yang ketika itu rongak dihadapan. Wakakaka. Begitu juga dengan adik saya yang ketiga si Kak Chik. Dia sangat akrab dengan nenek saya dan orangnya sangat pendiam tapi bila bercakap tak tahu berhenti. Terakhir adalah adikku yang lelaki. Dia sentiasa menjadikan saya idola dalam setiap perkara kecuali perkara keagamaan. Perkara ini amat saya runsing dan sentiasa berbincang dengan profesor2 di Universiti mengenai bagaimana ingin mentarbiah adik-adik yang terkena sindrom 'shuffle'. Entah dari mana datangnya shuffle saya pun tidak tahu. Apa yang saya tahu, waseem pun sudah terkena sedikit sindrom itu. Sebut sahaja shuffle, dia akan berlari setempat dengan laju-laju. 'siekai' (punoh aye) sebut orang patani. Ala kulli hal, adik-adik adalah generasi yang mempunyai aliran darah yang sama. Mereka dilahirkan dari ibubapa kita (secara umumnya) dan mereka mempunyai persamaan dengan kita. Jika ditakdirkan ibubapa telah tiada, mereka diharapkan dapat bersama-sama kita untuk menghargai sebuah pemergian yang tidak akan kembali.
Cukuplah setakat itu rasanya. Malas dah aku sembang banyak3. Kerja pun banyak nih. Makkah sekarang sangat sejuk. Saya pun tidak tahu mengapa. Terpaksa pulas aircond kereta kepada 27-28C untuk mendapatkan temp yang agak panas dan selesa. Apakah ini petanda akhir zaman? sama-sama kita saksikan.
Maaf, lambat apdet kerana rumah masih lagi ketandusan internet...
...
my account number : tabung haji - 630501032335612
ic : 830919 - 11 - 5093
sila nyatakan jika ada kemasukan kewangan kerana saya bukan rajin sangat cek status duit dalam tabung haji. Terima kasih banyak2..
00966 56 8903450 (mobile / lutfi lokman)