Wednesday, March 31, 2010

Maki

saya pernah menulis tentang ini suatu masa dahulu. Tapi saya sudah lupa di mana. Biarlah. Biarlah dia hilang.

...

Kami belajar tentang tafseer birrakyi (tafsir mengikut pendapat sendiri) bersama syeikh alGhamidi. Ia terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama disebut mahmudah (terpuji) kedua disebut mahmuzah (tercela). Tafsir birrakyi bermakna tafsir yang dihasilkan oleh ulama mengikut pendapatnya sendiri dari pemerhatiannya terhadap ayat alQuran. Ada antara tafsir-tafsir tersebut yang termasuk dalam kategori mahmudah iaitu yang mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh syarak dan ada yang termasuk dalam kategori mahmuzah iaitu yang terkeluar dari apa yang telah diputuskan oleh syarak.

Kita kena berhati-hati dalam membaca sebarang kitab tafsir yang termasuk di dalam tafsir birakyi kerana berkemungkinan akan ada tafsiran yang mengikut hawa nafsu dan kecenderungan masing-masing. Walaubagaimanapun, jika apa yang telah ditafsirkan oleh ulama itu terkandung di dalam lingkungan ajaran Islam, maka ia adalah tidak mengapa dan dibenarkan.

...

Pada tahun 2000 yang lalu, saya yang merupakan seorang pelajar maahad tahfiz terengganu telah duduk-duduk di dalam perpustakaan maahad. Di dalamnya kedapatan beratus-ratus kitab arab yang menjadi rujukan para pelajar dan ustaz. Tapi saya nampak kitab yang paling laku adalah kitab feqah bab nikah. Itu sampai kulit tercabut budak-budak baca. Bagus betul diorang ini.

Sambil berjalan mencari buku, saya terpandang satu kitab yang bertajuk 'tafsir al-azhar' karangan HAMKA. Anda kenal siapa hamka? Beliau adalah salah seorang tokoh ulama Indonesia yang terkenal. Haji Abdul Malik Karim Abdullah juga merupakan seorang ketua Majlis Ulama Indonesia pada zamannya. Saya membelek-belek kitab tersebut yang berjumlah 5 jilid kesemuanya berwarna biru pekat. Setiap ayat yang saya baca, setiap perenggan yang saya lihat, saya semakin tertarik. Pelan-pelan saya ambil buku tersebut dan meneruskan pembacaan di atas meja yang telah disediakan.

Saya masih ingat lagi, waktu itu waktu petang. Hanya saya seorang sahaja yang kedapatan di dalam perpustakaan memandangkan waktu asar hampir tiba. Cahaya matahari petang menembusi perpustakaan kami dan memancarkan sinar kehijau-hijauan memandangkan karpet di dalam perpustakaan itu berwarna hijau muda. Saya terus membelek sehelai demi sehelai kertas yang berjilid itu melengkapkan pembacaan saya.

Hati saya semakin tertarik dengan apa yang dilontarkan oleh HAMKA!

Dalam satu kisah yang telah diceritakan oleh HAMKA pada mentafsirkan surah alKahfi, pada ayat 65 juzuk 15:

"Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami" -rujukan

peristiwa tersebut adalah Allah telah mengarahkan Nabi Musa A.S agar berjalan sehingga beliau bertemu dengan hambaNya yang soleh yang telah dikurniakan ilmu dari Allah untuk memberikan pengalaman kepada Nabi Musa.

Mengikut huraian dari HAMKA, Al Quran adalah kata-kata Allah yang akan relevan sehingga akhir zaman. Allah telah menunjukkan kepada kita, antara pengajaran dari peristiwa tersebut adalah kita akan mengutip ilmu bukan sekadar dari perjalanan formal kita, malahan kita akan mendapati lmu dari sumber yang kita kadang-kadang tidak menyedarinya.

...

Semalam saya diarahkan oleh bos untuk berusaha mendapatkan juga bilik bagi jemaah Nilam THTS yang sepatutnya tinggal di Dar Firdaus Hotel namun dicancelkan dan ditukarkan bilik pada saat-saat akhir penerbangan menyebabkan haru-biru dunia.

Sudah pasti anda membayangkan saya akan menjadi hero dalam cerita ini. Sabar. Cerita belum habis.

Setibanya saya di sana, saya telah ditibai dengan begitu teruk sekali sehinggakan saya pun tidak tahu bagaimana hendak menjawab segala persoalan. Ternyata mereka amat marah sekali dengan tindakan tabung haji travel yang telah didakwanya telah menipu dari segi hotel yang telah dijanjikan.

Saya diam. Saya dengar segala cerita dan luahan mereka dan setelah tamat serta agak reda, saya cuba berlagak rasional sedangkan kepala sudah kecil daripada kepala lutut. Dengan keadaan baru pulang dari kerja pada pukul 1 tengahari, pergi menyelesaikan masalah dengan Firdaus Group dan seterusnya ke kelas untuk menghadiri pengajian ilmu tafsir seperti yang disebutkan di atas dan akhirnya berjumpa dengan beberapa orang pihak jemaah yang tidak berpuas hati di atas perkhidmatan yang disediakan.

Benar. Bukan salah mereka. Mereka berhak ke atas apa yang telah dibayar. Saya hanya berani mengaku itu salah kami dalam tidak memantau dengan sebenar-benar perjalanan jemaah. Booking dari KL sebenarnya dibuat terus kepada Firdaus Group Co. yang beribu pejabat di sini. Kami, THTS Jeddah sekadar membantu melicinkan perjalanan jemaah yang tiba dan perjalanan mereka yang ingin beribadat di tanah suci. Namun, kesilapan yang telah dibuat oleh Firdaus Group telah mencemar nama baik kami.

Saya walaupun baru 3 bulan bekerja, saya tetap dikira seorang staff tabung haji travel yang berhak untuk dimarahi dan dimaki.

Saya telan semua cacian dan makian, dan saya cuba pindahkan jemaah tersebut ke hotel yang telah diminta. Alhamdulillah, dengan speaking lebih kurang bersama marketing manager Firdous Group, saya memperolehi satu bilik di Dar Firdaus untuk mereka berpindah dengan serta-merta ke sana.

Apabila berada di dalam bilik bersama mereka, saya bayangkan jika ini ayah dan emak saya, saya pasti yang saya juga akan mengamuk seperti mereka kerana menginginkan hak yang telah dibayar dengan sepatutnya.

Kami akhirnya bersembang dan bercerita.

Banyak yang kami bualkan dan pakcik tersebut sendiri telah berkongsi pengalaman bersama saya memandangkan beliau adalah pesara polis dan telah berjalan ke serata dunia.

Kami berbual sehingga waktu mencapai pukul 1 pagi. Seronok dan mereka amatlah peramah.

...

Kesimpulannya :

pertama : cerita pertama, kedua dan ketiga ada kaitan antara satu sama lain.
kedua : aku jadi hero jugaklah. walaupun aku nak elakkan. isk. belog sendiri. apa kisahkan?
ketiga : tayar beg yang ada roda, kita tak payah angkat-angkat. Buat sakit tangan je.
keempat : bertegur sapa lah dengan semua orang termasuk banggali pengangkat beg. Ini pesan Pak Abu, mereka amat dambakan perasaan untuk dihargai. Akhir cerita, senang minta tolong.
keempat : jika orang sedang marah, jangan gatal-gatal pergi jawab telefon dan buat sibuk. Tumpukan perhatian dan banyakkan senyuman.



Tuesday, March 30, 2010

menjawab

shawarma sedap. kibdah (hati) pun sedap. terletak di first petrol station ke Jeddah. lebih kurang 8km dari masjidilharam.

penjual orang yaman.

inilah rupa kibdah yang saya makan pagi-pagi sebelom ke opis.

eksiden blanggor tengah jalan tadi.

saya teringat kata-kata Dr Rahman pada suatu ketika dia datang melawat terengganu. 2,3 tahun lepas rasanya. Dia pakai telefon sony ericson yang gunakan pen untuk tekan-tekan. function kamera juga ada, tapi taklah sampai 32 megapixel. Pada dr Rahman, dia ambil gambar-gambar sekadar untuk kenangan dan catatan diari hariannya. Bagus juga idea itu. Saya pun dari sejak itu, saya sentiasa ambil gambar menggunakan sebarang kamera non-slr seperti kamera henpon, compact dan sebagainya sebagai gambar kenang-kenangan dan senang untuk membuat rujukan. Tak semestinya mementingkan lighting yang cantik, iso dan apekbenda lagi yang diperlukan dalam ilmu fotografi. Cukup ada bukti gambar sudah. Bukan apa, kadang-kadang ada moment yang kita sangat-sangat inginkan sedangkan kamera besar gedabang tiada dengan kita. Jadi, itulah fungsi kamera kecik2 ini.

...

Saya sangat banyak tuntutan yang perlu diselesaikan. Ada yang bertanyakan mengenai borang umm al qura dan cara kemasukan, masih lagi saya tidak jawab. Saya sentiasa terfikir dan berfikir untuk mewujudkan artikel khas bagi mereka. Sabar yer. Ada juga yang memohon nasihat dari saya mengenai masalah yang dihadapi. Saya sebenarnya suka orang berkongsi masalah mereka. Tapi, saya mestilah merujuk kepada rujukan-rujukan penting terlebih dahulu sebelum saya menulis menjawab bagi pihak mereka. Saya tidak boleh membuta-tuli menjawab mengikut perasaan dan pikiran logik saya. Itulah apa yang dinamakan 'human engineering'. Sabar yer. Nanti saya jawab.

Komen pun kadang-kadang sahaja saya jawab. Argh. Teruk betul saya ini. Sabar yer.

Monday, March 29, 2010

cerita jenis sedap dibaca (2)

earth hour di Albaik Restaurant.


Guru memainkan peranan penting dalam pembangunan insan. Guru adalah wasail penyalur maklumat kepada medium yang berada dihadapannya. Guru juga berperanan memberikan contoh dan tauladan yang baik kepada para anak didiknya. Tanpa guru, tidak mungkin akan lahir pemimpin yang berkaliber dan disegani pada masa kini.

Kita amat menghormati institusi perguruan / ustaz / syeikh dan sebagainya lagi. Mereka adalah satu marhalah atau level yang terletak di atas. Menjadi guru adalah satu profesyen yang amat mulia dan terpuji. Dengan mereka, kita dapat membaca, menulis, mengenal kalimah seterusnya mencantumkan huruf-huruf menjadi satu syair terindah untuk dipuitiskan. Hebat bukan peranan guru dalam ketamadunan manusia?


Sabtu..

Kita berbalik kepada hari sabtu baru-baru ini. Saya seperti biasa datang lambat ke kelas. Setibanya di sana, pelajaran nahu sudah memasuki ke separuh masa kedua. Lagipun, saya tidak into sangat dengan nahu ini sebab saya amat lembab dalam subjek nahu dan seangkatan dengannya jadi saya tidak kesah sangat mengenainya.

Setengah jam masa berjalan.

Subjek nahu seterusnya beralih kepada matapelajaran sirah an nabawiyyah. Kami belajar tentang beberapa perkara mengenai syubahat dalam sejarah. Iaitu perkara yang direka-reka dan ditambah-tambah dalam sejarah agung ketamadunan Islam. Saya mulai menumpukan perhatian..

Tidak lama kemudian, sekonyong-konyongnya dari luar tiba kelibat seseorang yang berbadan besar dan berserban merah masuk ke dalam kelas sambil tersengih. Beliau adalah Ibrahim Barakat Al-Shareef. Beliau masuk sambil langsung tidak mengurangi sengihnya dan menuju ke sebelah saya di bahagian belakang. Dia lalu di depan saya sambil menghulurkan tangan berjabat salam. Kami berbalas senyuman.

Tiba subjek seterusnya iaitu Aqidah. Aqidah adalah satu subjek yang sangat tough saya kira. Ini kerana, kami di'paksa' untuk menyiapkan tugasan dalam beberapa tajuk yang telah dipecah-pecahkan mengikut bilangan kami. Apabila tiba hari yang ditentukan tarikhya, maka setiap seorang dari kami akan ke hadapan dan membentangkan segala tugasan yang telah diamanahkan buat perbincangan di dalam kelas. Bayangkan bagaimana saya nanti nak bercakap di hadapan manusia yang kebanyakannya membesar dengan kalimah arab? satu kerja yang saya agak tidak senang. Tapi saya akan usaha apabila tiba masanya nanti.

keadaan dalam kelas tadi. Saya berada di hadapan ke belakang?

Seorang demi seorang keluar mempersembahkan tugasan yang telah dibuat. Tiba-tiba nama Ibrahim Barakat disebut pensyarah..

Beliau dengan tersengih-sengih seperti mulanya masuk kelas, mengangkat tangan dan berkata :

"maaf syeikh, aku tak buat lagi."

Pensyarah tergamam dan tersenyum. Lalu menyambung perbualan :

"Aku boleh maafkan kau, tapi dengan syarat, tidak akan ada orang selepas ini yang mengulangi kesalahan yang sama. Boleh?" tanya beliau kepada kelas.

Kami hanya menjawab insya allah.

Isk. pegawai masjidilharam pun boleh tidak siap tugasan. Kelakar betul. Bisik saya dalam hati sendirian.

Kelas kami terdiri daripada manusia pelbagai peringkat dan level. Ada di antara mereka adalah pegawai imigresen, lawyer, pegawai agama, guru bahasa arab, fotografer, guru sejarah tamadun dan pensyarah di universiti. Tak kurang juga yang merupakan usahawan-usahawan yang berpangkat besar dalam Saudi. International betul.

Tapi apabila berada di dalam kelas, kami adalah sama. Kami tetap dipandang seorang anak murid yang jahil.

...

keadaan dari luar library universiti umm alqura.

tengahari (2:30pm)...

Hampir petang tadi sebelum saya pulang dari pejabat, Encik Rosli sekali lagi menelefon saya. Katanya dia dalam kesusahan. Visa yang telah diprint tempoh hari tidak laku. Imigresen tidak membenarkan dia keluar dari airport dan meminta dia pergi ke pejabat imigresen yang terletak jauh dari airport. Dia hampir berputus asa kerana masa penerbangan kurang dari 2 jam.

Saya cuba menelefon rakan-rakan yang berada di sana untuk membantu beliau. Jawapannya tetap sama dia perlu mendapatkan print visa yang baru di pejabat kementerian foreigner di Jeddah. Saya cuba mendapatkan wasitah dari Hj Khuzz berkenaan seorang ketua imigresen yang bertugas di airport, malangnya beliau telah pulang ke rumah. Namun, beliau juga membantu dengan menerangkan apa yang perlu dibuat dan dilakukan.

Akhirnya, encik rosli terlepas penerbangan pulang ke Abu Dhabi pada waktu yang ditetapkan. Kesian betul padanya. Saya masih mencuba melefon ke sana-sini memandangkan saya telah pun berada di Makkah ketika itu.

...

sebelum maghrib tadi..

Kami berada dalam kelas Feqah yang diajari oleh syeikh Siddiq AlFaki. Dia merupakan seorang pensyarah yang sangat berkaliber dan begitu berpengalaman serta berpengetahuan di Universiti Umm alQura ini.

Waktu maghrib, kami berhenti kerana menghormati mereka yang berpuasa sunat untuk berbuka puasa. Begitu meriah sekali, dengan pelbagai makanan sya'biah (makanan tempatan) yang pelbagai. Dari qahwah, halawiah, cinnabon pun ada, kurma, teh, syurbah, roti pelik apa nama ntah, dan pelbagai lagi makanan arab yang tak sempat saya pelajari namanya.

Sejurus selepas kelas, saya keluar kerana menelefon encik rosli untuk bertanyakan statusnya. Alhamdulillah, ada orang arab kenalannya yang menolong beliau. Lega rasanya hati. Namun, saya yang merasakan itu tanggungjawab saya, tetap berpesan agar beliau menelefon saya jika ada apa-apa masalah walaupun saya tak mampu nak membantu beliau.

Kemudian saya bergegas ke kelas sebelah tempat mereka menghamparkan segala makanan untuk makan. Saya tidak kesah sangat datang lambat ke tempat makan kerana rasanya dalam kelas saya, saya seorang sahaja yang melantak makanan tengahari tadi iaitu seekor Dujaj Mazbi (ayam panggang atas batu). Jadi kesimpulannya, saya seorang sahaja yang tidak puasa dalam kelas orang-orang serba alim itu tadi.

Tiba di hadapan pintu, saya lihat tempat makanan telah dipenuhi oleh para pelajar yang berjumlah 48 orang kesemuanya. Tiada ruang kosong yang boleh saya duduk dan melantak sama.

Syeikh Siddiq yang berkebetulan nampak saya yang dilanda kegusaran terus melambai tangan dan memanggil saya supaya duduk disebelahnya. Saya teragak-agak. Ini trick ke apa nih?

Saya datang dan akur jua duduk disebelahnya sambil malu-malu kucing menjamah makanan. Dia, seorang pensyarah telah menuangkan air dan menyuakan makanan kepada saya sambil mengarahkan saya mencuba itu dan ini kerana katanya, Malaysia tidak ada semua perkara ini.

Saya yang mula-mulanya malu terus jadi tidak malu dan membedal makanan yang saya kira sedap seperti cinnamon dan cinnabon. Fuh! Eksklusif betol. Yang makanan arab tu, saya slow-slow sahaja bedal. Bukan sedap sangat pon. Saya terpandang syurbah arab itu (sejenis sup yang ada lauk ayam di dalamnya). Saya berusaha mengambil sudu dari rakan di hujung untuk menceduk dan merasa sedikit syurbah tersebut. Wow! sedap! saya letak di tepi seketika sudu tersebut dan mencubit roti untuk makan bersama-sama syurbah itu tadi. Ketika saya beralih untuk mengambil kembali sudu saya, saya tidak mendapatinya berada di tempat yang sepatutnya. . .

Saya taknak dituduh derhaka pada guru hanya kerana sebatang sudu.

Saturday, March 27, 2010

Cerita jenis sedap dibaca

haram today. via blackberry curves

walaupun perkataan itu tertulis 'hino' (dialek kelantan yang bermakna hina) tapi memandu lori adalah pekerjaan yang mulia. - via blackberry curves

amacam peminat arsenal dan chelsea? tercabar tak? - via blackberry curves

saya ingat nak ajar kembali tatabahasa ejaan diorang supaya jarakkan sedikit untuk penggunaan kata berangkai. -via blackberry curves

Semalam saya dapat msg dari cikgu wan Nor mengenai rakan sejemaah sepupunya yang hilang passport. Jadi dia meminta pertolongan untuk saya tolongi apa yang patut.

Semalam juga pada waktu malam, kami bertemu di Felda D'saji. Encik Rosli dan Encik Zainuddin. Encik Rosli berasal dari Alor Lintah, Besut Terengganu manakala Encik Zainuddin dari Sungai Petani, Kedah. Kami berjanji untuk bertemu di MasjidilHaram pada pagi ini setelah saya memohon keizinan dari bos utk hadir kerja lambat.

Saya bergegas menelefon rakan sekelas saya iaitu Ibrahim Barakat. Rupa-rupanya dia adalah salah seorang pegawai masjidilharam. Kami berjanji utk bertemu bersama-sama esok iaitu pagi ini.

Ditakdirkan, kami berjumpa di dalam masjidilharam gate no 1 malik abdul aziz. Beliau lantas menulis-nulis di atas sehelai kertas kecil yang telah dipotong dari sebuah buku.

Diringkaskan cerita, kami pergi ke bahagian lost n faun di luar masjidilharam untuk mencari barang yang hilang. Pegawai yang bertugas melayan dengan baik kerana kami mempunyai sekeping kertas kecil yang ditulis oleh Ibrahim Barakat itu tadi. Jika saya tidak mempunyai kertas kecil tersebut, masakan sang pegawai akan memperdulikan kami. Alhamdulillah hasil kerjasama yang diberikan, kami mendapat petunjuk bahawa barang yang dicari telah dicuri dan tidak berada di situ. Kami diminta untuk menghubungi Pejabat Hal Ehwal Haji dan Umrah di Jeddah.

Sekali lagi Ibrahim Barakat menolong untuk telefon dan mendapat maklumat bahawa kami terpaksa pergi ke bahagian Tarhil (penghantaran pulang) untuk mendapatkan print visa yang baru disebabkan encik Rosli masuk di bawah visa bisnes.

Kami pergi ke Ummul Jud yang terletak sebelum sampai ke kilang kelambu kaabah dan ladang unta hudaibiyah.

Diringkaskan cerita, pegawai yang bertugas tak boleh menjalankan kerja kerana dia memerlukan salinan passport untuk menjalankan tugas. Satu perkara lagi, saya tidak mempunyai sekeping kertas kecil yang ada tulisan-tulisan arab di atasnya untuk ditunjuk-tunjuk pada mereka. Kami berlalu pulang dengan penuh kehampaan. Ada pulak pegawai itu suruh saya pergi ke bahagian imigresen kerana katanya kami tak ada re-print visa di sini sambil meneguk syai pekat.

Akhirnya, saya menelefon Tn Hidayat selaku Konsul General untuk memohon pertolongan dari beliau. Beliau dengan senang hati, meminta kami datang ke Konsulat Jeddah untuk urusan membuat passport dan visa. Padahal mereka sudah menelefon konsulat semalam untuk memaklumkan mengenai perkara ini, namun, jawapan yang diterima adalah mereka perlu membuat report polis, dan sebarang surat akuan yang menyatakan passport encik rosli hilang.

Mengikut perbualan saya dengan bos saya encik Khairani, passport hilang adalah perkara biasa di sini.

THTS akan dengan mengeluarkan surat akuan yang menyatakan jemaah tersebut adalah di dalam tanggungan beliau dan surat itu akan dibawa ke Konsulat Malaysia di Jeddah untuk dikeluarkan surat EC. Apabenda surat EC itu, saya pun tak tahu. Macam emergency lebih-lebih kurang bunyinya. Kemudian, mereka perlu pergi ke airport international bahagian imigresen untuk diisi borang EC itu dan pihak imigresen akan mengeluarkan visa masuk yang baru. Seterusnya, mereka sudah selamat berada di dalam saudi.

Akan tetapi, jika tarikh visa telah tamat, anda akan didenda sebanyak 10 ribu tanpa budi bicara. Ceritalah apa sekalipun, nenek sakit ker, doraemon tak pergi sekolah ker, perdana menteri tak jawab panggilan ker, mereka tidak akan layan. Penting bayar 10 ribu atau masuk penjara.

Ngeri bukan? Nauzubillahi min zaalik.

Kesimpulan di sebalik cerita saya adalah seperti berikut :

pertama : saudi mengamalkan budaya wasitah (kabel) yang sangat kuat. Anda tidak akan langsung dilayan jika tidak mempunyai sebarang wasitah. Kertas kecil yang saya ceritakan di atas itu tadi adalah sejenis wasitah yang nampak kecil, tapi besar nilainya.

kedua : saya telah menjadi wasitah dalam episod ini. Saya sebenarnya malu untuk menelefon orang-orang tertentu. Tapi disebabkan desakan dan darurat, maka saya terpaksa juga telefon.

ketiga : saya sangat terharu dapat menolong orang walaupun saya bukan dari golongan jenis senang menolong.

keempat : saya malas nak kelas hari ini. Tapi disebabkan Ibrahim Barakat sudah berjanji untuk berjumpa di dalam kelas, maka saya terpaksa pergi juga.

berita terkini : encik rosli dan encik zainuddin kini telah dalam perjalanan ke airport untuk urusan selanjutnya. Alhamdulillah. semoga Allah menyelamatkan anda dan memberkati perjalanan anda. Amin.

* dakwat merah menunjukkan atas jenis wasitah yang berlaku dalam cerita ini.
* saya baik dengan Ibrahim Barakat kerana saya selalu datang lambat, dia juga selalu datang lambat, maka kami sentiasa berada di belakang kelas. Kami selalu sembang-sembang mengenai perkara kami datang lambat. Kadang-kadang saya tanya dia, apa yang telah kita belajar hari ini kerana saya datang lambat. Begitu juga sebaliknya. Jadi itu juga antara faedah kita datang lambat. wakakaka

Friday, March 26, 2010

bohsan

nikkor 18-55mm f3.5 Manual focusing.

nikkor 18-55mm f3.5 Manual focusing.


Merpati di sekitar masjidilharam.

2 jemaah umrah bangladesh melambai tangan tanda seronok muka dipaparkan dalam belog na5wa.com

laluan antara hilton dan zamzam tower. sesak dengan pejalan kaki.

seorang arab sedang membaca suratkhabar di felda d'saji. nikkor 70-200mm f2.8

selamat hari jumaat. tatap gambar sahajalah. hari ini hari yang membosankan. tidak tahu mengapa.

Wednesday, March 24, 2010

Me, gotta feeling

the baby boy

the baby girl

tajuk status aku semalam dalam fesbuk ialah tuntutan semakin banyak namun masa semakin menghambat. Begitulah lebih kurang. Fesbuk ni ada kebaikan dan banyak jugak keburukan. Pandai2lah anda menggunakannya. Ia lebih kurang macam jugak friendster, myspace dan blablablabala yang lain. Cumanya ia lebih berimej 'orang tua' dan tidak sangat kebudak-budakan serta keremajaan sebab ramai jugak orang tua yang join fesbuk termasuk aku. wakaka. Fesbuk jika dikatakan dari ciptaan yahudi, aku setuju kerana ia adalah satu ciptaan yang mengkaji dari aspek psikologi, keagamaan dan lain-lain lagi yang ternyata orang melayu lambat lagi nak mencapai ke arah itu. Kita baru jer buat ipin dan upin, diorang sudah menjelajah ke dunia biologi dan psikologi meninggalkan kita jauh ke belakang. Sebab apa fesbuk boleh popular? antara perkara yang mempopularkan fesbuk adalah 'status' yang bagi aku ramai orang suka. Aku pun suka jugak mengupdate status yang entahapapa dan orang lain lagi ramai yang mengupdate status entahapapa. Akujuga suka baca status orang yang entahapapa dan orang ada juga yang membaca status aku yang entahapapa. Tapi hakikatnya kita suka membaca status orang serta lebih terperinci, kita sangat nak tahu apa perihal orang lain walaupun kita dari luaran seperti tidak mempedulikan rumahtangga orang lain.

Antara perkara lain yang bagus mengenai encik fesbuk ini ialah cepat tersebarnya berita. Lebih cepat dari tv1. Itu sudah lawan kerajaan. Lagi perkara yang bermanfaat ialah tentang pemberitahuan dan sebarang jemputan. Senang. Kasi virtual kad sahaja. Tak payah habiskan duit tempah2 kad. Kemudian lagi, aku suka fotografi, jadi dari penggunaan fesbuk, aku boleh mengupdatekan sebarang aktiviti para fotografer yang berlaku di sana dan di sini. Mereka juga rajin berkongsi ilmu dan gambar buat pedoman para peminat mereka serta rakan dan taulan. Itulah dia fesbuk. Kuasa di atas diri anda untuk menentukan baik dan buruknya sesuatu perkara. Rakan-rakan bertahun lamanya tak jumpa juga kita dapat jejaki dan mengetahui perkembangan dirinya. Ada yang alih-alih sudah beranak pinak tanpa disedari. Hai fesbuk, fesbuk.

Dari sudut psikologi, aku pernah terbaca satu kenyataan dari riwayat siapa pun aku dah lupa yang menyatakan bahawa, prinsip yang paling mendesak dalam jiwa manusia adalah idaman untuk dihargai. Ambik kata-kata ini dan praktikkannya pada mereka di sekeliling anda, anda akan dapati hasilnya sangat menakjubkan!

Dengan pujian anda dapat memperoleh lebih ramai kawan. Dengan sanjungan, anda dapat mengembalikan semangat seseorang yang kadang2 hampir tiba di penghujung. Begitulah apa yang aku maksudkan tentang prinsip idaman untuk dihargai itu. Dengan fesbuk, contoh itu terbukti. Berapa ramai yang upload gambar yang terbaik pernah mereka miliki semata-mata untuk mendapatkan prinsip itu. Ia tidak salah kerana itu adalah salah satu cara untuk menaikkan semangat motivasi diri anda sendiri. Apa salahnya? yang salah kalau melampau-lampau dalam penggunaan. Asyik-asyik tayang gambar yang tak berapa senonoh untuk menarik minat pengkritik. Kita ni jenis mata yang bukan boleh main-main 'pause'. Tak gitu?

Itu baru muqaddimah, aku nak cerita sebenarnya aku sibuk sangat semalam. Di sini aku nak menerangkan apa yang aku buat sekitar 2,3 bulan ini.

Aku berkhidmat dengan TH Travel Service sebagai Reservation Officer di Wisma Tabung Haji Jeddah atas panggilan Hj Khairani. Setelah muktamad, aku berhenti kerja dengan Felda D'Saji. Aku memulakan kerja pada akhir bulan 12 tempohari. Setiap hari, aku berulang dari Makkah ke Jeddah yang sejauh 160km. Keluar jam 7 pagi (kadang-kadang) dan pulang jam 4 petang. Balik rumah, mandi, salin jubah dan keluar kembali ke kelas yang bermula jam 5 ptg. Kelas kebiasaannya akan tamat pada jam 8.40 malam dan ada juga yang terpanjang jika syeikh naik 'syeikh' sampai jam 9.30 malam. Pulang ke rumah, hampir-hampir jam 10 malam. Makan, tengok homework (seperti fesbuk, belog, photography dan sedikit menelaah buku :p) main dengan waseem dan naseem serta tidor. Begitulah rutin harian sehingga kini.

Semalam aku ke universiti setelah memohon izin dari bos untuk datang lambat ke pejabat. Aku pergi untuk urusan kad pelajar yang telah terbengkalai selama 6 bulan. Akibatnya, kami tidak menerima sebarang biasiswa untuk tempoh itu. Mujur bekerja, ada juga sedikit pendapatan. Pergi seawal pagi jam 8. Tunggu punya tunggu, arab ni datang pukul 9 pagi. Kertas semuanya sudah ready atas meja dia, ambil dan tandatangan dari dekan sahaja. Alhamdulillah, kami berjaya mendapatkan nombor pelajar. Kemudian kami bergegas ke aziziyyah untuk menguruskan urusan biasiswa dan kad pelajar. Waktu hampir jam 11 pagi. Tiba giliran aku, aku punya nama tidak terdapat dalam senarai. Aku terpaksa pergi kembali ke Abidiyah (arafah) untuk mengesahkan nama aku.

Pecut kembali kereta ke sana. Setibanya di sana pegawai yang bertugas mengatakan aku ada kesilapan dalam nombor iqamah. Tunggu lagi 2 minggu untuk pengesahan. Sabar. Sabar dan terus pulang ke rumah untuk bersiap ke pejabat. Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Tepat pukul 2 ptg, aku tiba di pejabat.

Bos mengarahkan aku pulang kembali ke Makkah membantu staff kami di sana kerana malam ni akan ada beberapa VVIP akan sampai sedangkan hotel masih lagi tidak ada!

Pulang kembali ke Makkah dan aku serahkan pada staff kami yang bertugas di Makkah untuk urusan itu dan terus bergegas ke kelas Quran, Ulum Quran dan Tafsir.

Selesai jam 9 malam, aku kembali ke hotel Dar Tawhid untuk urusan Tengku Norzehan dari pihak istana Perak. Kelam kabut menguruskan 1 royal suite yang berharga 12 ribu semalam! Naik atas, turun bawah, gigit bangunan hotel, bertumbuk dengan reservation dan sebagainya baru kami dapat bilik. Tepat jam 12 malam, kami melepaskan nafas lega kerana akhirnya bilik yang dihajati tercapai juga. Aku terus pulang ke rumah dengan kepala yang berdenyut-denyut kekurangan rehat.

Pesan kami kepada jemaah yang ingin sampai, terimalah apa sahaja hotel yang telah ditetapkan untuk anda. Di Makkah, kadang-kadang duit tidak langsung dipandang oleh pihak perhotelan. Bersyukur dengan apa sahaja hotel yang diterima kerana itu walaupun kami yang uruskan, tapi itu semua atas kebenaran Dia yang mengaturkan hidup manusia dan perjalanannya.

salam hari rabu. Wah. Esok cuti!~

Sunday, March 21, 2010

Profesionalisma

australia. jenis perabis stok.

dalam dewan peksa sirah semalam.

2, 3 kali jugak taip-taip pastu delete. Tak ada masa untuk menulis panjang.

Manusia secara umumnya lebih senang mempercayai apa yang dapat mereka nampak, apa yang dapat mereka dengar dan apa yang dapat mereka rasa. Itu tabiat semula jadi manusia. Mereka sukar untuk mempercayai sesuatu perkara yang jauh dan yang tidak nampak. Oleh kerana itu, ramai manusia yang tidak ber'iman' atau mempercayai Allah. Ini kerana Allah bersifat wujud tetapi bukan dapat dipegang atau disentuh.

Untuk memberi keterangan kepada manusia tentang kewujudan Allah, kita memerlukan dalil naqli dan dalil aqli. Naqli bermaksud apa yang dipindahkan atau diwariskan dari AlQuran dan Hadith tentang kewujudan Allah. Dalil aqli pula bermaksud apa yang dapat dibuktikan dengan akal. Bagi mereka-mereka yang tidak dapat menerima keterangan dari AlQuran dan Hadith. Saya bukan nak membahaskan mengenai apakah itu dalil aqli dan apakah itu dalil naqli. Jika anda berminat, google sahaja dan masukilah laman2 web belog lain yang mempunyai keterangan mengenai perkara berkenaan. Kan saya selalu berkata bahawa saya ini pemikir di luar kotak penalti.


...

Lama dahulu, saya ada seorang kawan bernama Hasbullah. Orang panggil Bulloh. Juga orang panggil Dik Loh. Kami berkawan sejak dari darjah 3 sehingga kini. Sama-sama satu sekolah, sama-sama satu maahad dan sama-sama berada di tanah Saudi Arabia. Banyak perkara yang saya belajar daripadanya.

Antara perkara penting yang terdapat pada diri Bulloh adalah ke'profesional'an. Definisi profesional ini saya percaya sangat luas dan besar. Masing-masing bebas menggayakan maksud profesional mengikut apa yang diketahui atau dipelajari. Bagi saya, profesional ini terbit dari sikap dan kekuatan diri sendiri. Antara sikap yang boleh dipanggil profesional adalah tidak ego dan tidak mementingkan diri sendiri.

Bulloh sangat taat pada ibu dan ayahnya serta keluarga. Begitu juga dengan rakan-rakan. Dia selalu mengalah. Ego dirinya telah diletakkan di tepi. Apa yang dia ada adalah perasaan untuk memberi kegembiraan pada insan yang lain dengan menolong dan membahagiakan mereka. Ini bagi saya satu sikap profesional. Profesional dalam menangani masalah hati dan perasaan.

Bulloh mendapat tawaran ke Universiti Madinah terlebih dahulu daripada saya. Sekitar tahun 2003. Setelah lebih kurang sebulan pemergian Bulloh, saya pula mendapat tawaran ke Universiti Umm AlQura di Makkah. Kedatangan saya di Makkah disambut oleh rakan-rakan baru dan asing bagi saya. Tak dinafikan mereka sangat baik dan sangat mesra. Tetapi, saya tetap mencari seseorang yang telah saya kenali untuk berasa lebih selesa. Lalu Bulloh pada tiap-tiap minggu turun ke Makkah dari Madinah menaiki bas atau teksi semata-mata untuk menemani saya yang amat penakut dalam kebanyakan perkara tetapi berani tidak kena tempat.

Bersama Bulloh, saya menyelongkar bumi Makkah menaiki sebuah skuter kecil berwarna hitam. Sehinggakan Bulloh amat mahir selok-belok tanah haram Makkah melebihi saya. Oke. Itu cerita sampingan. Mungkin anda akan katakan, tajuk yang sesuai adalah sahabat sejati. Bukan profesional. Baik.

Kita mendapat satu point di sini bahawa 'tidak mementingkan diri sendiri'.

Kita bawa sikap 'tidak mementingkan diri sendiri' dalam kehidupan rumahtangga kita. Saya percaya di luar sana, ada makcik-makcik, kakak-kakak dan datin-datin yang membaca belog ini. Mungkin sambil lalu atau sambil lewa tapi kurang-kurangnya terbaca. Dalam kehidupan berumahtangga, seringkali kita ditekankan dengan perkataan 'mengalah'. Mengalah dan tidak mementingkan diri sendiri bagi saya adalah satu perkara yang sama.

Anda sudah berjanji dengan rakan untuk makan di Asia Restaurant contohnya pada petang itu, tiba-tiba anda mendapat panggilan telefon dari orang penting melebihi perdana menteri iaitu si 'isteri' anda. Panggilan yang memberikan arahan mandatori walaupun dalam nada lembut dan sayang iaitu :

"sayang sudah masak lauk sardin hari ini, abang balik kita makan sama-sama yer".

Apa mahu jawab? err.. sibuk? abang ada kerja? abang mungkin balik lambat? abang ada meeting dengan client? Client ajak makan? abang perlu tolong kawan abang mungkin tak makan kot? ayang makanlah dulu. blablbalbalabla..

Jawapan yang mungkin kita boleh berikan dengan seribu alasan. Akan tetapi, moral si isteri sudah jatuh satu tahap mendengar jawapan begitu dari anda. Apalah sangat sedapnya sardin jika dibandingkan dengan tomyam pedas, tomkha, catfish, ikan masak stim dari Asia Restaurant yang telah kita janjikan dengan kawan-kawan. Lagi pulak ada kawan-kawan bersama! Banyak topik yang boleh kita sembang seperti Rooney telah dibuang padang semalam. Arsenal bakal menang, MU mungkin akan menjadi juara Champion League, pasukan kegemaran ketika Piala Dunia bakal berlangsung, Nikon D300s bakal dilelong di Jeddah dengan harga borong dan sebagainya. Akan tetapi, mempraktikkan sikap 'tidak mementingkan diri sendiri' itu tadi bakal menyelamatkan rumahtangga kita.

Bukankah itu satu perkara 'profesional'?

Itu satu contoh bagaimana ke'profesional'an mengikut definisi saya berjaya menaikkan motivasi seorang isteri.

Kita terjun ke dalam bidang pekerjaan atau bahasa moden dipanggil profesyen. Kata kunci bagi sikap profesional definisi lutfi itu tadi adalah 'tidak mementingkan diri sendiri'.

Orang melayu khususnya mempunyai satu sikap yang diwarisi sejak turun-temurun iaitu hasad dengki dan tidak suka kepada kejayaan orang lain. Kebanyakanlah. Bukan semua. Dalam pekerjaan juga terdapat perkara sebegitu. Kita sangat sakit hati jika rakan yang tidak sekutu dengan kita mendapat sesuatu lebih dari apa yang telah kita capai. Sakit hati ini akan berlanjutan sehingga menambahkan kebencian dan keporak-perandaan. (betul ke bahasa melayu aku ni?).

Lantas, kita akan menggunakan segala apa sahaja cara untuk menjatuhkan dia sehingga kita mendapat kepuasan hati. Itu satu sikap yang tidak profesional. Jika sekalipun dia musuh kita, namun kerana kepercayaan yang syarikat telah berikan, kita sepatutnya bekerjasama dan ketepikan perasaan irihati serta hasad itu tadi. Jadi profesional dengan tidak mementingkan diri sendiri serta tidak mencampur-adukkan hal peribadi dengan pekerjaan. Bos tidak mahu tahu apa yang telah berlaku antara anda dan dia. Bos hanya mahu tahu, kerja siap! Bukan begitu bos? (kalau saya punya bos baca ini, mungkin dia akan terharu).

Kaitan perenggan pertama dengan apa yang saya celotehkan di atas ini adalah mengenai penerangan tentang sikap profesional itu tadi. Saya kaitkannya dengan sikap profesional Hasbullah untuk senang anda relatedkan topik dan nampak apa yang ingin saya sampaikan. Kerana manusia itu senang melihat contoh di hadapan mata baru mereka mempercayainya.

Sebab itu Allah mewujudkan Kaabah. Tanya sahaja kepada mereka yang pertama kali menonton Kaabah, jika hati mereka benar-benar bersih pasti akan mengalirkan air mata kegembiraan dan takjub. Kaabah yang selama ini menjadi kiblat dan tempat panduan solat kini berada di hadapan mata. Ini adalah salah satu keistimewaan dan rahsia kejadian Kaabah untuk bukti kebesaran Allah yang lagi berkali-kali lebih hebat dari penciptaan batu Kaabah ini.

Artikel saya kali ini secara kesimpulannya mempunyai banyak perkara yang mungkin anda boleh adaptasi ke dalam kehidupan harian ataupun mungkin anda tak nampak.

Pertama : Sikap 'tidak mementingkan diri' yang saya gelarkannya sebagai profesional
Kedua : Penggunaan contoh hampir di hadapan mata untuk senang orang nampak
Ketiga : Isteri masak apapun, balik makan di rumah
Keempat : Janganlah sibuk nak bergambar depan kaabah sangat sampai lupa nak bertaa'mmul (berfikir tentang kebesaran) yang telah Allah tunjukkan


Allah telah mengurniakan kita aqal. Untuk apa lagi kita peram aqal itu? buat keju? Gunakanlah..

Thursday, March 18, 2010

Profesionalisme n Photography

"Berada di hadapan bukan bermaksud anda terbaik. Tapi saling bergandingan menghasilkan yang terbaik."

"Dunia kita berbeza."

"nama gua Bilal."

Tuesday, March 16, 2010

Makkah wa Ahwaluha

pasir melintas jalan. Tak pakai jejantas pon.

Align Centerkelvin white balance terlajak nih. maybe 3500 kot. Biru abes.

sekarang musim ribut pasir melanda sepanjang perjalanan pulang dari Jeddah ke Makkah. Ia berlaku antara waktu tengahari sehingga petang. Musim peralihan kata orang arab. Kehebatan ribut padang pasir ini, ia boleh memindahkan sebuah gunung pasir dari seberang jalan kiri ke seberang jalan di sebelah kanan. Jika datang angin kuat, unta pun boleh transfer mudah-mudah sahaja ke sebelah sana.

Membawa kereta hendaklah perlahan-lahan dan jangan terlalu gopoh mengejar destinasi. Namun, arab apa peduli. Dibantainya jugak 180-220km. Selagi umur panjang jawabnya.

Cuaca sudah mulai kepanasan sekitar 30-32C. Orang sudah ramai berpusu-pusu datang dari Malaysia dan serata dunia. Cuti sekolah kan? Turki tak kurang juga ramainya.

Pulang dari kelas, Ustaz Rashid telefon bertanyakan nasi saliqnya. Owh. Aku lupa yang aku ada tempahkan nasi saliq buat dia via Tuan Bad. Seekor kambing direbahkan untuk tujuan nasi saliq itu. Nasi saliq ini macam bubur jer. Tapi sedap. Dengan ayam pun oke. Dengan daging laaagi oke!

Ustaz Rashid merupakan teman baik Dr MAZA yang datang bersama rombongan umrah. Turut hadir sama Dr MAZA yang akan menyampaikan ucapan di rumah YDP Makkah pada hari rabu ini. Jadi makan saliqlah mereka semalam.

Kemudian aku melepak bersama rakan2 lepak si rashid dan asnawi di Felda Dsaji. Makan roti canai dan teh tarik tak berapa sedap sebab sejuk. Cuma jika Felda ni dibuka sehingga pagi, lepas tu terletak tepi jalan besar dan open air, aku rasa mau aku berkhemah tepi felda. hhaha.. Yer, kita sedap bercerita memberi pelbagai cadangan dan harapan. Tapi, kita kena faham situasi orang dalaman. Mereka yang bekerja bertungkus-lumus untuk memberikan kita kepuasan sehingga kita dapat mengecapi rasa tanahair sendiri di negeri terasing. Mereka bukan dibayar dengan gaji seorang CEO. Mereka bukan dibayar dengan gaji seorang menteri. Apatah elaun mereka tidak seberapa. Tapi mereka bersyukur kerana berpeluang mencari rezeki di tepi Masjidilharam dan memenuhi tuntutan rakyat Malaysia di sini. Apa salahnya dinaikkan gaji untuk keselesaan mereka.

gerhana matahari tempoh hari. nikkor 70-200mm.

Menyentuh mengenai gaji, aku banyak belajar daripada bos THTS sini iaitu Mr. Khairani. Beliau amat menekan-beratkan tentang gaji pekerja yang bekerja di bawahnya. Aku sendiri mempunyai pengalaman itu. Kita bekerja dengan sepenuh perasaan dan kesungguhan, namun apabila tiba hari yang dijanjikan gaji, gaji kita tak dapat. Apatah lagi yang tidak setimpal dengan pekerjaan kita. Kita akan menjadi putus asa dan mudah lemah semangat. Jangan main-main dengan duit. Ada yang sanggup berbunuh mengenainya.

Gaji seorang pekerja seharusnya tidak boleh dipandang ringan. Dengan menepati waktu dan janji terhadap pekerja, motivasi serta semangat kerja mereka akan menjadi stabil dan positif. Begitu juga sebaliknya. Jika sekali dua terkena tidak mengapa. Tapi lama-lama, ia akan sangat merugikan prestasi syarikat disebabkan oleh semangat yang luntur ditunjukkan oleh para pekerja. Benar, pekerja cemerlang seharusnya tidak terlalu memikirkan tentang gaji yang bakal diperolehi. Harus ikhlas dalam melakukan pekerjaan. Jika dikaji, kebanyakan orang bekerja disebabkan faktor desakan hidup. Mereka mempunyai keluarga yang harus ditanggung, hutang yang membebani dan masalah kewangan yang meruncing menyebabkan mereka terpaksa bekerja untuk menyara hidup. 'Kebanyakan' tegas aku. Bukan semua. Jadinya, sifat ikhlas yang sepatutnya disemai haruslah disulam dengan ganjaran yang setimpal buat mereka agar lebih gigih berusaha dan mampu tersenyum riang dalam melakukan pekerjaan yang diceburi. Lebih-lebih lagi kita hidup di zaman bukan pekerjaan mencari kita akan tetapi kita mencari pekerjaan.

Ia bermakna, apa sahaja pekerjaan yang kita mampu lakukan, kita sambar dahulu. Agak-agak dah boleh lompat ke tiang yang lebih tinggi, blah lah. Jangan sibuk berangan untuk mengecapi pekerjaan bawak roket ke angkasa sahaja tanpa sebarang usaha dari bawah dan memandang remeh pekerjaan yang lain.

pelajar-pelajar Ajyad ketika majlis Maulidur Rasul.

Dewasa kini, banyak syarikat dari Malaysia yang datang menaburkan bantuan dari segi material dan pemikiran di Tanah Suci Kota Makkah ini. Pelbagai syarikat dan pekerja dari Malaysia yang datang bekerja dan berkhidmat di sini dalam meningkatkan kualiti dan prestasi kerja orang arab saudi. Namun, mereka sedikit sebanyak pasti akan mendapat pengalaman berharga bekerja dengan orang arab. hahaha. Itu mau simpan sendirilah kenangan-kenangan berharga bersama-sama pak arab.

Akhir kata, buatlah pekerjaan yang anda minati kerana dengannya anda tidak akan jemu berkarya.

Wedding Reception Datin Paduka Umie Aida & Datuk Paduka Khairuddin

petikan dari laman utusan.com.my. Kredit untuk Saharudin Musthafa.

DESTINASI cinta pelakon terkenal, Umie Aida kali ini sudah sampai ke kemuncaknya. Dia bukan saja sudah bergelar isteri orang, sebaliknya, gelaran buatnya juga sudah berubah.

Umie kini akan dikenali sebagai Datin Paduka selepas sah bernikah dengan usahawan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Masjidil Haram, Mekah awal pagi Ahad lalu.

Setelah dihimpit dengan kecelaruan emosi, pelakon berkarisma ini reda dengan jodoh yang ditentukan Allah buatnya dengan lelaki yang usianya berjarak 10 tahun lebih tua daripadanya yang juga duda anak dua.

Entah 'rasukan' apa yang menghantui dirinya, Umie yang mengakui hampir membatalkan niatnya berkahwin dengan Khairuddin dua hari sebelum berangkat ke Mekah akhirnya menarik nafas lega kerana hasrat itu berkubur sebaik tiba di kota paling suci buat umat Islam itu.

"Perasaan bimbang dan takut untuk bergelar isteri menjadi sebab utama mengapa saya membuat keputusan untuk menimbang semula hasrat berkenaan.

"Pada masa yang sama, saya juga begitu sukar menerima kehadiran cinta lelaki memandangkan beberapa hubungan sebelum ini berakhir tanpa sebarang ikatan.

"Saya juga amat risau seandainya saya tidak mampu menyayangi lelaki dengan sepenuhnya kerana pengalaman putus cinta sebelum ini membuatkan saya tidak percaya pada cinta," jelas Umie yang anggun mengenakan persalinan serba putih rekaan pereka terkenal, Jovian Mandagie.

Kini di bahu wanita berusia 37 tahun itu ialah tanggungjawab yang sangat besar iaitu sebagai isteri kepada seorang lelaki yang hanya dikenali dalam tempoh enam bulan.

Lebih penting buat Umie ialah memelihara keharmonian rumah tangga memandangkan ikatan pernikahan dia dan Khairuddin dilakukan di tempat ibadat yang sering menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjakan haji dan umrah.

Benarlah sudah tertulis, Tanah Suci boleh mengubah pelbagai karakter dan peribadi seseorang. Umie mengakui, hakikat itu berlaku kepadanya.

Tanah Suci menterjemahkan diri Umie makna mengenai kehidupan, pemahamannya mengenai erti kasih dan cinta selain mengenal dengan lebih mendalam erti pengorbanan mereka yang mengasihi dirinya.

Contoh paling dekat ialah bagaimana Khairuddin berjaya menarik hatinya untuk mempercayai bahawa tidak semua lelaki hanya mahu mengambil kesempatan.

"Abang (panggilan buat suami) mengubah hati saya untuk mencintai lelaki. Di Tanah Suci saya dapat lihat dia sangat luhur mencintai saya. Abang benar-benar mahu menjadikan hubungan kami sebagai suatu yang suci.

"Dia benar-benar mengangkat martabat saya sebagai wanita. Semua ini menyebabkan cinta saya kepadanya semakin mekar. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana memberikan saya anugerah yang paling indah dalam hidup," ujar Umie yang mengakui Khairuddin lelaki yang mempunyai pekerti mulia.

Menurut Umie, dia benar-benar kagum dengan kesediaan Khairuddin yang sanggup membuktikan keluhuran cintanya dengan membawanya ke Tanah Suci untuk mendirikan rumah tangga.

"Kesediaan membawa saya bersama keluarga menunaikan umrah dan sekali gus berkahwin di Masjidil Haram membuatkan saya dapat merasakan yang beliau sangat jujur dan benar-benar serius untuk memperisterikan saya.

"Daripada situ, saya dapat menelah dia adalah lelaki yang budiman. Doa saya semoga perkahwinan saya dengan abang akan kekal hingga ke akhir hayat kami berdua," jelasnya dalam nada terharu.

Umie atau nama sebenarnya Umie Khalsum Rahmad, 37, dan Khairuddin, 47, dinikahkan oleh jurunikah Marwan Zakaria di masjid paling agung buat umat Islam, Masjidil Haram pada pukul 1.20 pagi (waktu tempatan) dengan mas kahwin berjumlah 1,818.18 riyal (kira-kira RM1,709) serta sebentuk cincin berlian.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung cukup sederhana dengan hanya dihadiri oleh kaum keluarga serta rakan-rakan rapat selain disaksikan jemaah yang mengerjakan umrah.

Pernikahan itu juga sekali gus mencatatkan sejarah buat beliau sebagai artis Malaysia pertama yang bernikah di rumah ibadat paling agung buat umat Islam di seluruh dunia.

Sehubungan itu, Umie berkata, dia akan mencintai suaminya itu yang juga seorang duda anak dua dengan sepenuh jiwa dan raga biarpun hanya mengenali Khairuddin dalam tempoh enam bulan.

Hari ini, jiwa Umie tidak lagi bercelaru. Dia benar-benar sedang mengenali cinta yang luhur. Umie juga sudah boleh merasa selamat kerana sudah ada lelaki yang boleh melindunginya daripada sebarang fitnah dan umpat masyarakat.

Usaha yang perlu digandakan oleh Umie ialah memekarkan rasa cinta dan mencurahkan kasih buat Khairuddin yang kini sah menjadi teman hidupnya.

Realitinya, kali ini kisah cinta Umie bukan lagi seperti dalam skrip filem mahupun drama. Sebaliknya, fasa hidup baru yang dikecapinya hari ini merupakan apa yang telah tertulis di Loh Mahfuz.

Umie dan Khairuddin akan melalui hidup baru dengan pelbagai cerita indah dan tidak kurang cabaran dalam melayari bahtera rumah tangga dan kita semua pastinya meyakini pasangan pengantin baru ini mampu untuk melalui semua itu.

Yang pasti, Tanah Suci bukan hanya menyatukan umat Islam dari seluruh dunia, sebaliknya, kota paling agung itu turut menyatukan dua jiwa dalam satu cinta - Umie Aida dan Khairuddin…



bersama ustaz Marwan Zakaria dan isteri.

Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan

tetamu tak diundang.

bodyguard sedang berkawal. takut-takut ada rusuhan.

In Person Umie Aida.


pasangan pengantin baru.

memotong kek perkahwinan.

Para photographer.

bersama wakil perwakilan wanita Jeddah.

Align CenterAhli keluarga dan kenalan bergambar kenangan di Hotel Zamzam Tower, Makkah alMukarramah.

Kami menerima jemputan makan dari Marwan Zakaria. Terus usung kamera. Yerlah, bukan semua orang berpeluang menikah dalam masjidilharam. Saya dulu pun kawin kat mahkamah Qudai jer. Saya bukan OP utk majlis makan ini. Saja usung kamera nak snap sana sini.

err.. sebenarnya susah jadi wedding photographer. Bagi saya, mereka sangat cekap dalam mengenali situasi-situasi genting dan penting. Mata dan minda mereka sangat cepat dalam menganalisa elemen-elemen yang dapat mencantikkan gambar. Silap langkah, sia-sia. Di samping alatan gear yang berteknologi tinggi membantu penghasilan gambar terbaik, mereka juga perlu cekap berinteraksi dengan pelanggan untuk mewujudkan suasana 'natural' dan bersahaja tanpa kehilangan nilai-nilai kualiti. Tabik pada para jurufoto perkahwinan yang saya kira saya tak akan buat kerja tu sampai bila-bila kerana saya tak ada bakat langsung.

Pengalaman pertama saya shoot gambar pengantin adalah pada tahun 2004 jika tidak silap. Itupun atas permintaan kakak rakan saya yang tinggal di Pasir Panjang Kuala Terengganu. Saya hanya memakai canon ixus yang sebesar tapak tangan sahaja. Gambar pun saya tidak tahu di mana kualiti yang diperlukan untuk sesebuah gambar perkahwinan. Seterusnya, saya melangkah lebih ke hadapan bersama abg ipar saya Mr Firdaus yang kini kekal menjadi jurufoto perkahwinan sepenuh masa di www.pengantin.biz dengan tag along bersama beliau di Kedah baru-baru ini. Pun saya masih lagi kekurangan idea dan kekreativiti jika dibandingkan dengan beliau. Apatah lagi untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam industri ini seperti Saifulnang, Udey Ismail, Mukhriz Latif, Sharin Aziz, Markless, Shamabd, Acai (ko pun nama besar) dan lain-lain lagi yang takkan saya nak tulis semua.

Ini aspek yang saya sentuh mengenai wedding photographer. Jika saya menyentuh mengenai dunia fotografi, panjang lagi definisi dan analisisnya. Terlalu luas dan terlalu ramai nama yang perlu disebut di sini. Ternyata, saya bukan orang yang layak untuk membuat kerja itu dan saya kurang berminat. Kepada mereka yang berkecimpung di dalam arena ini, selamat maju jaya dan semoga anda sentiasa sukses selalu di samping tidak mengetepikan panduan agama.

Monday, March 15, 2010

hari lahir waseem

ini waseem.

Masa ini umurnya baru sehari. Berada di hospital As Salam, Makkah. 2007. -Sony DSC H1.

ini waseem bersama naseem. Tanpa disedari, dia kini sudah berumur 3 tahun bersama adiknya yang berusia hampir 2 minggu. - Nikon D80+18mm f3.5

masa berlalu sangat pantas. Kita sentiasa dicemburui olehnya. Hari ini pada 15 mac 2010, genaplah umur abang waseem 3 tahun. Apa yang istimewa pada waseem? Sebab dia ada bapak macam saya. Itu part paling spesel. Bukan semua orang boleh ada bapak macam saya. Tak gitu?

Apapun, baba doakan waseem, naseem dan mama semoga kita sentiasa bahagia selalu serta dipelihara Allah. Baba tau, baba kurang berkemampuan, namun kita memiliki satu perkara iaitu 'kita'.

Nikon D80+35mm f1.8+flash sb600 M 1/4

'Kita' ini akan tetap kita pelihara sampai bila-bila insya allah. Harapan baba pada hari kelahiran waseem yang ketiga ini semoga waseem akan terus menjunjung Islam dan memeliharanya sampai akhir walaupun baba tak seperti orang lain yang sungguh2 memegang dengan agama. Waseem pun tahu baba ni macam mana. Kadang-kadang datang time alim, jadi orang alim. Kadang-kadang datang time tak betul, jadi tak betul. Jangan tirulah perangai tak bagus tu. Waseem cipta perangai sendiri yang sentiasa berpegang teguh pada prinsip. oke sayang?

Satu lagi mama pesan, jangan manja sangat. jangan kuat menangis. nanti orang takmo kawan dengan waseem. jadi macam baba hang. kuat, hahahahaah!~

apa lagi nak sembang yer? itu jerlah kot pesanan kami pada kali ini. Jika dipanjangkan umur, tahun depan pulak baba pesan kasi semua orang yang baca ini jadi saksi.

Sesungguhnya kami amat berbangga memilikimu sebagai zuriat kami. Akhir kalam,

ربنا هب لنا من أزواجنا وزريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

ameen.

Friday, March 12, 2010

Holga Photography

the subaru 2002. Asal boleh jalan sudah.

the railway station in Muzdalifah.

connecting terus ke Mina

pergi dekat-dekat dengan tiang, ada cop tertulis "made in china". wakaka

matahari tenggelam.

kami shoot di arafah.

tanah merekah kerana musim panas telah tiba.


Arafah starts here.

Hakikatnya ia adalah syarikat dari tanah besar China.

dinding Universiti kami. Kereta di tepi menambahkan seri.

anak-anak saya. masya allah tabarakallah.

cupcake strawberry. menjilat jari.

Beijing, Utara Makkah.

kami shoot ini di luar tanah haram menuju ke Taif.
si abang waseem

si adik naseem. Holga photography.

Aku menulis lagi.

dari Salman bin 'Amir al-Dhabbi r.a, katanya : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : "Anak itu dengan 'aqiqah. Kerana itu adakanlah sembelihan untuknya, dan bersihkanlah ia dari segala kotoran.

- Hadis Shahih Bukhari. Jilid 1v

dari Abu Musa r.a, katanya : Anak saya lahir, lalu saya bawa ia kepada Nabi S.A.W. Beliau memberinya nama Ibrahim dan menyuapkan buah kurma ke mulut anak itu, serta mendoakan semoga ia mendapat berkat dan berbahagia. Setelah itu, anak itu beliau kembalikan kepada saya.

- Hadis Shahih Bukhari. Jilid 1v

Kedua-dua hadis tersebut di dapati dari bab makanan dan minuman dari kitab Shahih Bukhari. Nabi S.A.W mengsyariatkan kita agar melakukan 'aqiqah dan tahnik (menyuapkan kurma) ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan dengan tujuan agar anak tersebut terlepas dari segala kotoran dan agar dapat mengikuti jejak langkah orang yang alim yang bertanggungjawab menyuapkannya kurma tersebut.

Cerita pasal tahnik dan aqiqah. Baru-baru ini semasa dalam perjalanan pulang dari Jeddah bersama Bad, aku merancang untuk mencari tokoh yang sesuai untuk melakukan tahnik kepada Naseem sementelah baba Wan Nik yang dahulunya melakukan tahnik kepada waseem pulang ke Malaysia. Aku terfikir cadangan untuk memberikan samada Syeikh alShuraim, AlSudaisi atau Maher alMu'aiqily untuk mentahnikkan si Naseem.

Pulang ke Makkah, aku terus menelefon seseorang yang boleh dipercayai untuk menghubungi ketiga-tiga Sheikh tersebut. Alhamdulillah, dia sanggup untuk menyampaikan permintaan aku.

Akan tetapi, dipendekkan cerita, syeikh terlalu sibuk untuk urusan tersebut. Mereka hanya menyampaikan salam dan ucapan tahniah sahaja. Apa-apalah. Menerima ucapan tahniah dari mereka sudah cukup membanggakan. Insya allah suatu hari nanti, kita pasti bertemu.

Abg Firaidi telah memohon ustaz Ismail Dhob dari Aziziah untuk melakukan tahnik kepada Naseem. Alhamdulillah, dia sampai tepat pada masanya dan kami pun telah melakukan 'belah mulut' dan cukur rambut pada malam seminggu kelahiran mengikut sunnah. Kemudian pada malam esoknya baru kami membuat sedikit acara makan-makan untuk menjemput sahabat handai, saudara mara dan rakan taulan datang dan bertemu.

Habis cerita naseem.

cerita lain, lain kali pulaklah. mengantuk. hahaha

wassalam.


cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...