
City View dari ZamZam Tower, Makkah.
Syai Adni. Teh yang dicampur dengan serbuk buah pelaga.

Muka sedap dapat
Syai Adni. Pesyen apa jenis mengidam aku pun tak paham.
Perjalanan kami bermula selepas maghrib. Kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan, basuh dinding, basuh lantai, basuh kipas angin, lap ekon, bersih bilik air dan lain-lain yang memakan masa sehingga ke waktu isyak. Selepas sahaja Isyak dalam 9.30 malam, kami keluar. Aku keluar dari rumah aku di Khansa'.
Kami melalui jalan Syishah untuk mengelakkan traffic jam di laluan Khansa' menuju ke Ma'abdah. Sejurus membelok ke Bin Dawood Shishah, kami berhenti di traffic light. Apabila lampu mengeluarkan cahaya hijau, aku terus memecut kereta dengan menggunakan gear 1 dan seterusnya memasuki gear 2, 3 dan 4. Tak sampai gear 5, aku kembali membelok ke kanan melalui jalan belakang Masjid Bin Baz (bekas Mufti Mamlakah) terus ke jalan utama Aziziah Janubiah. Waseem dan Naseem sudah senyap terlelap di belakang masing-masing. Tinggal Najwa sahaja yang banyak cerita itu dan ini.
Perjalanan diteruskan sehingga ke Mahbas Jin. Kami bercadang hendak ke Felda D'saji sebenarnya. Ada 3 sebab. Pertama, aku ingin melantak. Kedua, Najwa nak minum syai Adni. Ketiga, aku nak update belog dan guna internet sebab rumah aku tak dapat network broadband Mobily.
Di kebanyakan ruang memarkir kereta di Mahbas Jin, penuh dengan GMC, Land Cruiser, Hummer dan sebarang lagi jenis kereta pacuan 4 roda yang berplatekan lain-lain negara GCC atau disebut Khaleej (Gulf). Ini disebabkan cuti sekolah sudah bermula selama seminggu. Jadi, mereka yang berada di sekitar Saudi tidak akan melepaskan peluang untuk datang menunaikan umrah menggunakan jalan darat.
Kami meneruskan perjalanan ke terowong Ajyad. Terowong yang menghubungkan Aziziah dan Ajyad betul-betul berada di bawah Jabal Abi Qubais yang bersambung terus ke tepi MasjidilHaram. Keluar daripada terowong Ajyad tersebut, kelihatan kereta mula bersusun-susun memperlahankan kenderaan dengan lampu nyalaan berwarna merah. Sah! Jalan jem! MasjidiHaram kira-kira hanya 1 km sahaja lagi. Namun, dengan keadaan jalan yang tersangat jam, mana mungkin kami dapat sampai ke Safwah Royale Ochid dalam masa 5 minit. Jarum telah menunjukkan jam 10.02 malam.
Aku mencilok naik ke lorong sebelah kanan yang berada di tepi Difa' Madani (BOMBA) menaiki flyover ke jalan seberang. Kami berpatah balik. Aku meneruskan perjalanan kembali memasuki terowong Ajyad. Keluar dari terowong Ajyad, sekali lagi aku terpaksa memperlahankan kelajuan kenderaan disebabkan begitu ramai makcik-makcik dan jejaka-jejaka juga tak ketinggalan aweks-aweks Syria yang melintas jalan menuju ke penempatan mereka di Crystal White Palace di sebelah kanan. Walaupun terowong pejalan kaki di bawah tanah sudah disediakan, mereka tetap memilih untuk menyeberang jalan menggunakan cara berbahaya iaitu melintas di atas jalanraya yang rata-rata penggunanya menggunakan kelajuan 85-100km sejam. Ini masalah attitude fikir aku sendirian. Attitude tu salah satu jenis sikap kot?
Aku membelok ke kanan, menuruni bukit memasuki jalan Aziziah Janubiah. Aziziah Janubiah menghubungkan terus sehingga ke Arafah dan seterusnya ke Taif, Riyadh dan sampai ke Bahrain. Itu jugalah jalan hari-hari yang aku lalu untuk ke Universiti di Abidiah, Arafah.
Aku melalui jalan itu dengan penuh hati-hati dan perasaan berbunga-bunga. Tak ada sebab. Saja jer nak sedapkan ayat.
Terus masuk ke service road dan melalui bawah flyover untuk ke jalan sebelah kiri memandangan tak ada simpang yang boleh membawa kami ke jalan sebelah sana.
Orang Makkah sudah pasti tahu ke mana tempat aku tuju. Aku ke Surabaya Rest. Apa lagi. Kalo tak beli, nanti kebulur tak tahu nak makan apa memandangkan Felda D'Saji sudah menamatkan operasi pada pukul 10.30 malam. Selesai membeli, aku kembali memandu kereta dengan kelajuan sederhana menuju kembali ke Mahbas Jin dan memasuki terowong Ajyad. Orang sudah kurang mungkin pikirku sendiri buat sedap hati.
Sekali lagi, aku kena tipu. Kenderaan tetap seperti tadi. Sekali lagi, aku pusing balik naik flyover dan cerita dia sehingga aku sampai tempat abang-abang dan kakak-kakak Syria melintas jalan dan aku sekali lagi, terpaksa memperlahankan kenderaan. Ini masalah attitude fikir aku sendirian. wakakaka
Aku meneruskan pemanduan dan tidak membelok ke kanan seperti awal. Kali ini aku menuju ke Jalan Mina. Tapi di aku kemudiannya membuat u-turn dan membelok ke kiri terus turun ke jalan MasjdilHaram melalui Syishah. Kami melalui Bin Dawood lagi. Ia tetap Bin Dawood yang sama seperti awal penceritaan.
Aku memecut dan memasuki service road turun di Raudhah dan terus ke kiri memasuki terowong Malawi. Terowong Malawi menghubungkan Raudhah dan Shiab Amir. Shiab Amir dan Shiab Ali adalah adik beradik. Dekat maksudku. Shiab Ali adalah tempat di mana Rasulullah dan keluarganya berlindung apabila suatu masa dahulu mereka dipulau oleh Kafir Musyriq Makkah.
Aku tiba di traffic light yang merupakan laluan utama aku ke Jeddah. Seterusnya aku menaiki jalan utama ke Jeddah melalui Rusaifah. Tiba di Rusaifah, aku masuk ke Syari' Mansor dan terus ke laluan utama yang satu lagi untuk masuk kembali Kota Makkah. Laluan itu membuatkan kami akan tiba di lorong bawah masjidilharam dan seterusnya kami dapat membelok ke kanan untuk betul-betul tiba di hadapan Safwah Royale Orchid. Aku dah malas nak cerita sebab apabila sampai di bawah terowong itu, jalan dah tak jam macam tadi. Cuba teka pukul berapa kami sampai?
Kami sampai pukul 12.30 am. Macam hebat kan? Aku berjaya mengelakkan jalan jam. Fuh. Gara-gara nak beli syai Adni dan nak update belog, aku telah melalui perjalanan yang berliku dan penuh ranjau.
Hikmah di sebalik kejadian ini ialah, anda akan dapat maklumat sedikit sebanyak bahawa aku ni mahir jalan-jalan di Makkah. Kedua, anda akan tahu bahawa jika sabar dalam kesesakan lalulintas, taklah sehingga membazir 2,3 jam dengan pusing jauh-jauh konon nak elak jam. Ketiga, anda dapat tahu beberapa nama-nama tempat di Makkah dengan percuma.
Di samping cerita yang aku sampaikan di atas, aku ingin membuat sedikit bancian mengenai pembaca belog ini. Boleh ke?
Aku ingin tahu, apakah profesyen pekerjaan anda. Contoh, saya seorang penganggur. Saya seorang cikgu. Saya seorang pelajar di ITM. Saya seorang Bos. Saya seorang Datuk. Saya seorang Perdana Menteri. Saya seorang Mekanik bujang. Saya seorang duda dan sebagainya. Anda boleh melakukannya di ruangan komen atau di chatbox. Aku amat menghargai komen2 dari anda. Nak bagi detail sangat dialu-alukan. Terima kasih sebagai pendahuluan. Sengkiu.