pengikut-pengikut yang menawan

Monday, May 31, 2010

alfatihah

buat sepupu ku Md Arif Hafiy bin Abdul Halim yang meninggal dunia semalam. Semoga Mak Su dan Pak Yen tabah dalam menghadapi dugaan ini. amin..


buat ayah dan pok long, semoga anda berdua cepat sembuh!~ amin ya rabb!

Friday, May 28, 2010

alShuraim

Menulis sudah tentu tidak lari dari berfikir. Ibarat kata, menulis memerlukan akal untuk berfikir. Atau, menulis dan akal saling berkaitan antara satu sama lain. Benar?

Benar, kita boleh menulis tanpa berfikir. Tapi, ayat akan berterabur dan maksud tidak jelas. Sekadar hentam keromo tidak menjanjikan apa-apa. Kesudahannya, orang tidak akan memahami apa maksud dari tulisan kita dan apa yang ingin kita sampaikan kepada mereka.

Dari itu, pesan saya, berfikirlah sebelum menulis. Bukan kena bayar pun bila berfikir.

Gambar di atas ini adalah jadual peperiksaan saya yang akan bermula sabtu ini. Padat juga. Tak ada masa langsung untuk bermain dan berfotografi jawabnya. Dimulakan dengan Feqah dan berterusan sehingga ke penghujung. Jika anda perhatikan nama2 di bawah itu, yang sebelah kiri, tertulis nama dekan kami iaitu Dr. Soud bin Ibrahim alShuraim. Pernah dengar nama itu? kat sini saya ada ulas. Dia memang imam peberet saya sejak dulu sampai sekarang. Tapi dia jer yang tak peberet dengan saya.Tak apalah. Dia tak baca belog ini lagi, mana nak peberet. Nanti kalo dia dah baca belog ini, mesti dia tekan tanda 'like' macam dalam fesbuk. hehehe.

Apapun, selamat menyambut bulan peperiksaan kepada semua yang terlibat. Saya sudah tak ada masa lagi untuk berbicara panjang. Pendek2 boleh konsiderlah.. wassalam.

ps : ingatku dalam doamu. (exam. exam. exam. exam.)

Monday, May 24, 2010

alam barzakh (18 tahun ke atas) untuk orang yang berani sahaja.

amacam? rare tak barang nih? Aku ingat nak jadi saudagar jual barang-barang antik lah. hahahaha

Ini kamera Hasnan. Err.. Lens pun dia yang punya. Betapa cantiknya wide lens. Fuh. Plus Nikon D700 punya penangan pulak. aii.. aii.. 

Sebelum saya menulis belog, saya akan melihat-lihat gambar dahulu. Oh. Sebelum saya melihat-lihat gambar, terlebih dahulu saya mestilah mempunyai idea untuk disampaikan kepada pelanggan saya iaitu anda. Saya akan berfikir sepanjang hari tentang pelbagai perkara yang banyak ingin disampaikan dan dikongsikan bersama. Sambil berjalan saya berfikir, sambil membuat kerja di hotel pun saya berfikir. Sambil makan saya berfikir. Sambil berada dalam kelas pun saya berfikir. Kebiasaannya saya akan mendapat idea ketika saya berada di dalam kelas. Betul-betul baguslah kelas saya. Banyak idea datang ketika Lecturer berada di hadapan kelas.Tak tahulah itu ilham atau itu bisikan syaitan. Apapalah. Yang penting, saya mendapat idea yang banyak dari situ.

Kemudian, saya akan balik ke rumah dengan keadaan paling penat pernah orang lihat. Tapi saya segar dengan sesegarnya ketika perjalanan pulang atau ketika lecturer saya berkata "Kita berhenti setakat ini dahulu"...

Setelah itu, saya membelek-belek gambar-gambar yang biasanya tak berkenaan dengan tajuk yang diberikan oleh akal. Ada jer gambar-gambar yang tak masuk akal dan pelik dari kena-mengena dengan tajuk akan saya letakkan. Itu saya punya 'trademark'. Iaitu lari dari tajuk. Jangan tiru ya.

Saya juga akan edit sedikit gambar dengan meletakkan watermark atau tanda gambar itu diambil oleh saya walaupun saya pakai lens orang lain. Idea untuk meletakkan 'Lens By Lutfi Lokman' itu sebenarnya saya dapat ketika saya bekerja dengan Research Institute 2 tahun lepas. Saya ketika itu meninjau-ninjau dalam koleksi gambar-gambar lama yang diambil oleh photographer otai dari Makkah. Ada yang menulis perkataan seperti mana yang saya tulis sekarang ini. Jadi saya pun cuba meniru dia dengan meletakkan lens by lutfi lokman supaya orang tahu itu gambar aa.. saya yang ambil dan bukan saya curi dari orang lain. Tenkiu.

Akhir sekali, saya akan upload ke flickr.com segala gambar-gambar yang saya ingin publishkan di belog na5wa.com ini. Jangan tak tahu, saya sudah mempunyai lebih dari 10 akaun flickr! Yerlah, kerana flickr hanya melimitkan sebanyak 200 keping gambar sahaja pada satu akaun, maka saya terpaksa mencipta lebih dari satu akaun. Saya tak mampu nak bayar dan mengupradedkan kepada akaun 'pro'. (ayat belas kasihan).

Sebelum akhir, saya akan terus lupa apa yang saya nak sampaikan pulak. Tengoklah 'trademark' saya yang selalu lari dari tajuk. Sangat hebat bukan? 

Apa yang saya ingin sampaikan adalah sedikit pelajaran yang saya pelajari tadi. Walaupun dalam malas-malas saya pergi kelas, saya dapat juga pengajaran sedikit sebanyak. Kami belajar mengenai perbezaan mukjizat, karamah, menhah dan istidraj.

Mukjizat adalah perkara yang mencarikkan adat dikurniakan Allah kepada Nabi dan Rasul. Contoh terdekat Mukjizat Nabi Muhammad S.A.W ialah Al-Quran selain perkara terbelahnya bulan. 

Karamah adalah perkara kurniaan Allah kepada hambaNya yang soleh dan bertaqwa juga yang mencarikkan adat dan luarbiasa. 

Menhah adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yang taklah sangat soleh ke, bertaqwa ker tapi biasa-biasa.

Manakala Istidraj pula adalah kurniaan Allah kepada orang kafir dengan tujuan untuk menambahkan takabur dan bongkak mereka.

Syeikh Yusuf AlGhamidi kemudiannya menambah contoh pada perkara-perkara tersebut. Contoh bagi Menhah adalah seperti sebuah kereta sedang terbakar dan pemandunya boleh pulak rilek-rilek keluar tanpa apa-apa kesan terbakar sedangkan hambaNya itu bukanlah soleh sangat.

Manakala karamah pula seperti mana hambaNya yang soleh berdoa di dalam MasjidilHaram supaya turun duit 10 juta riyal, tiba-tiba datang duit dari mana tidak disangka..

10 juta??

Aku (menggantikan perkataan saya) dah tak ingat lagi contoh-contoh yang seterusnya.

Nikon D3s, Nikkor wide lens, manfrotto, aku nak balik malaysia, Flash SB900, Set lampu studio, IPad, gajikan  orang gaji bagi mak supaya jaga ayah, beli hotel di Makkah, argghh! banyak jugak benda aku nak beli dengan 10 juta neh. Terus lupa pelajaran.. hahahahahaha

notakaki : satu perasaan lega terhempas dari atas benak apabila hari ini saya telah membentangkan kertas kerja saya bertajuk alam barzakh untuk para anbiya', terputusnya wahyu dengan kewafatan nabi, mimpi dan peranannya dalam kehidupan serta perolehan pahala terhadap orang mati dari orang yang hidup. Cikai tak cikai pun hasil saya, lecturer pilih untuk masuk dalam peperiksaan akhir tahun yang akan bermula minggu depan!~

Saturday, May 22, 2010

featuring..

hadiah dari Kak Ton, BoxHouseStudio.

Sunday, May 16, 2010

Sandera - Allahyarham Arena Wati

Lutfi menggalas beg hitamnya yang berisi buku feqah dan novel itu. Dia tergesa-gesa membuka daun pintu utama ruang masuk rumahnya. Dia keluar dan menyarung selipar berwarna coklatnya yang dibeli tempoh hari di kedai Pakistan. Membeli pun kerana terpaksa akibat selipar sandalnya sudah mula membuatkan kaki berbau.

Perlahan-lahan dia mengatup kembali pintu dan menguncinya. Berhati-hati agar Waseem tidak terjaga dari tidurnya yang lena. Kemudian dia berlari menuruni anak bukit dari celahan bangunan di kawasan perumahan di Khansa' menuju ke arah keretanya yang diparkir bertentangan jalan. Memarkir kereta di tengah-tengah jalan adalah perbuatan biasa di sini lebih-lebih lagi pada waktu petang dan tengahari kerana ketiadaan ruang meletak kenderaan. Kenderaan Subaru yang berusia 8 tahun itu dihidupkan. Dipulasnya anak kunci ke sebelah kanan bertujuan menghidupkan kereta dengan cepat. Tapi dia terlupa yang nat pengikat baterinya telah tertanggal sebelum dia meninggalkan kereta itu tengahari tadi. Dicubanya banyak kali untuk men'yetat' kereta, namun tidak berjaya. Akhirnya dia keluar dari kereta dengan membuka but kereta untuk melihat-lihat bateri dan menyentuh dengan ala kadar. Perangai itulah yang diamalkannya sejak dari dulu lagi. Selalu bertangguh dalam segala segi. Perkara bateri itu bukan baru terjadi. Sudah lama! Tapi disebabkan sentuh-sentuh sahaja, kereta boleh hidup,

"Ah.. Biar dululah. Lain kali kalo mati pulak kereta ni, baru aku repair betul2". Kata-kata yang selalu diungkapkan di bibirnya sendirian dengan memikirkan dia akan ingat pada waktu lain untuk memerhatikan perihal kereta. Sedangkan, sampai hari ini pun dia tak ada masa untuk memikirkan hal kereta.

Lutfi memecut kereta dengan kelajuan sederhana membelok ke kanan melalui lorong kecil yang memuatkan hanya sebuah kereta dalam satu-satu masa. Dia memperlahankan kenderaan apabila tiba di tepi jalan raya utama yang menghubungkan Syare' Hajj dan Syishah. Setelah isyarat masuk ke kiri dipamerkan, dia mulai meninggalkan service road dan memasuki jalan utama. Jam di Dashboard menunjukkan 5.20 petang. Bermakna dia telah terlewat 35 minit untuk memasuki kelas Feqah Dr. Siddiq alFaki di Universiti.

Lutfi memberhentikan kenderaan di kepala simpang pertemuan empat jalan. Kenderaan bertali-arus datang dari sebelah kanan menuju ke Jabal Nur. Ada yang nak ke Syaraye' dan ada yang mungkin terus ke Taif dan seterusnya ke Riyadh. Dia meneruskan pemanduan berkalanya menuju ke Shishah.

Setibanya di suatu lorong sebelum menuju ke Jamarat, dia membelokkan kenderaan ke simpang sebelah kanan melalui bangunan Tabung Haji Shishah yang dijadikan Hospital Malaysia pada waktu haji setiap tahun.

"Oh.. Kereta GMC Pak Abu ada lagi. Bilalah Pak Abu ni nak ambik kereta dia. Berdebu terus!" Ngomelnya sendirian tatkala melihat sebuah GMC hitam berplat 7070 terparkir kemas di tepi pagar bangunan Tabung Haji.

Lutfi meneruskan pemanduan sehingga sampai di simpang tiga Jalan MasjidilHaram. Di sebelah kirinya terletak Bin Dawood Shishah yang pernah terbakar suatu masa dahulu. Pikiran Lutfi mengatakan tokey dia sengaja nak bakar untuk dapatkan cover insuran. Sebab bangunan yang lama dah terlalu buruk dan sangat kecil. Lantaran itu, dia sengaja bakar Hypermarket Bin Dawood itu untuk senang mendapatkan gantian dari syarikat insuran yang confirm sedang sakit kepala mengira hasil kerugian kini. Itu pikiran dia. Pikiran budak yang sangat membenci nombor. Masalah Matematik Moden pun dia tak boleh nak selesaikan, inikan pula memikirkan perihal kewangan syarikat orang lain. Tapi dia tak sedar.

"Aku punya pasallah nak pikir apa benda pun. Aku punya pikiran. Apa aku pikir pun aku yang tanggung." Balas dia sambil mata tak lepas perhati sebelah kanan takut-takut ada kereta tersesat meluru pergi langgar waktu dia meluncur tenang menuju ke jalan sebelah kiri terus menuju ke Arafah.

Sebelah kanan bertentangan dengan Hypermarket Bin Dawood itu, kedapatan suatu restoran yang dinamakan Restoran Malaysia lengkap dengan gambar KLCC Twin Tower diletakkan di papan tanda restoran tersebut. Tapi dalam kedai, hampeh. Makanan Indonesia. Paling best di situ adalah daging gorengnya yang dipanggil 'dinding'. Memang sedap. Paling sedap di sekitar Kota Makkah.

Lutfi menekan-nekan brek kakinya apabila sampai dipersimpangan Masjid Bin Baz. Sambil matanya tak lekang memerhatikan kenderaan dari cermin pandang belakangnya yang diselitkan di celah penahan teduh cahaya matahari, dia terus masuk ke lorong kecil di sebelah kanan apabila kenderaan tiada datang dari arah belakang. Signal pun dia sudah lupa nak bagi.

Di sini, dia tiba-tiba menarik talipinggang kaledar. Kerana pada kebiasaannya waktu petang selepas asar, polis akan buat road-block. Kurang-kurang mau terbang SR100 jika tak pakai talipinggang kaledar. Menyedari hakikat itu, dia lekas-lekas memasang talipinggang kaledar tersebut. Hampir-hampir dia terbabas ke tepi kerana kurang mahir mengawal stereng dengan sebelah kanan. Lagipun dia cemas kerana sudah terlambat ke kelas.

Ingatannya terbayang pada wajah Dr Siddiq AlFaki yang kadang-kadang buat hal pergi tanya orang soalan pasal pelajaran lepas. Mana nak baca buku. Dah tak baca buku, macam mana nak jawab? Lagi pedas kalo dia kasi ayat pekena atas kepala kita. Hangpa datang sini bukan suruh kerja. Suruh belajar. Pasai apa tak boleh nak baca buku? Dia menekan pedal minyak dengan semakin tidak berkala. Kala tak kala. Kena marah memang takdak kala-kala.

Ketika di lampu isyarat berwarna merah, Lutfi memberhentikan keretanya. Dia sudah acap kali mengeluarkan jam dari Blackberrynya. Melihat angka yang tertera di situ. Sudah 5.40! Dia semakin tidak keruan. Dia tak pakai jam tangan. Dia tak pakai cincin. Dia tak pakai spek mata. Dia sememangnya jenis orang yang tak boleh memakai apa pakaian lagaknya seorang lelaki hebat pada badannya. Tak lekat lama. Mujur dia sayang si Blackberry itu. Kalo tak, aku ingat itu pun tak lekat lama. Walaupun lampu masih merah, dia sudah start menekan-nekan pedal minyak kereta Subarunya. Broom.. Broomm.. Gema bunyi berterbangan seluas angkasa menarik perhatian kereta-kereta di sekeliling. Tak kurang juga menarik perhatian sang Bangladesh yang bertugas pam minyak di Stesen Patrol Pam di sebelah kanan seberang lampu isyarat. Tersengih-sengih wajah Bangla itu sambil mengunyah sireh dan meludah ke tepi.

Di tepi sebelah kirinya kelihatan sebuah kereta jenama Infinity yang dihuni oleh seorang arab berwajah bersih. Kereta berwarna hitam berjenama itu, sangat berkilat dan bersih. Jelas menunjukkan imej pembawanya yang mungkin seorang keturunan bangsawan atau orang kaya. Cermin kereta rapat ditutup dan dipasang hawa dingin. Cuaca bersuhu 40C ini memerlukan pemandu memasang penghawa dingin jika tak nak kena angin panas dari luar. Lutfi lihat pemandunya hisap rokok. Asap berkepul memenuhi segenap ruang kereta. Agaknya alang-alang isap rokok, sedut sekali asap baru kaw-kaw. Itu pikirnya sendiri. Pemuda arab itu berkulit putih, badannya agak ricing dan mukanya lepeh dan dagunya runcing labuh ke bawah. Shimag (serban) merah yang dipakainya diangkat hujung yang ke bawah itu disanggul di atas kepala. Spek mata hitam kemas dipakai jika dizoom dekat mungkin jenama Nona Roguy. Pemuda itu seraya berpaling dan melontarkan senyuman sinis kepada Lutfi. Kereta buruk ada hati nak berdehem kuat. Itu Lutfi pikir sendiri lagi tatkala dia melihat senyuman pemuda itu yang mempamerkan giginya kekuningan dan ada hawa-hawa hitam di celahnya. Kuat minum teh!

"Ceh. Hilang hensem. Kah! Kah!" Gelak Lutfi dalam kereta sambil menepuk stereng dan tak lepas pandang pada lampu hijau yang akan bertukar pada bila-bila masa sahaja lagi.

Sekilas lampu hijau terbit, dua buah kereta berjenama hebat memecut laju. Lutfi tidak mengalah. Dia masuk gear 3 dan tak tukar-tukar gear 4 walaupun jarum meter sudah tunjuk angka 120. Kereta tak usah cerita bunyi kuda mengaum. Mbek. Mbek bunyinya. Lemas agaknya.

Si Infinity terlebih dahulu mengambil ruang depan di sebelah kiri. Memecut sejauh mata memandang. Si Subaru tersenyum nipis memujuk hati yang dibakar panas. Tiba di Matajer Saudi, Muzdalifah, Si Infinity memperlahankan kenderaan memberi can Si Subaru memotong. Hati Lutfi tersenyum riang dan bangga dapat potong si Infinity.

"Sia-sia letak nama Infinity. Lain kali letak nama Tiffany cukup!" Bisik Lutfi ketawa berdekah-dekah sambil pandangan tak lepas menonton dari cermin pandang belakangnya.

Tiba-tiba dia ternampak lampu kereta kat depan ada keluar warna putih-putih dari sebelah belakang. Macam cerita Knight Rider pun ada. Terus pecutan 145 km sejam itu tadi bertukar menjadi 75km sejam. Itu polis! Patut pun si Infinity me'nyelow'kan kereta. Melintasi si Knight Rider, Lutfi melihat polis tengah sibuk makan sandwich dari dalam kereta. Huh! Alhamdulillah. Lega!

Terus pemanduan ke universiti diteruskan dengan jam menunjukkan tepat 6 petang. Senja menyeret matahari yang bulat dan berwarna merah menjunam ke kaki langit, dan perlahan-lahan terbenam ke dasar gunung-ganang di pertengahan bumi Saudi. Di angkasa, ufuk barat memancar warna lembayung dan merah jambu, kuning dan abu-abu berlegar dan tegak serong di angkasa. Angin padang pasir kian tipis, dan perlahan demi perlahan, angin gunung yang dingin membawa udara baru yang segar mengandung bau harum dan berat..

Lutfi sudah berada dalam kelas Usul Fiqh yang disampaikan oleh Syeikh Dr Mish'al alMutairi. Matanya tak berkedip memandang Syeikh berada dihadapan bercakap. Bahasa percakapan yang disampaikan dalam bahasa arab itu begitu mengganggu hatinya. Otaknya semakin lama semakin perlahan dan bertambah bengap. Ingatan kepada jemaah THTS yang akan sampai seramai 104 orang dari UiTM pada 19 haribulan ini begitu menganggu fikiran. Hotel apa cerita dia pun tak tahu. Dia semakin pening dengan kerjayanya kini. Akhirnya dia membuka novel dan mengelamun..

Dia kadang-kadang mengangkat kepala dan melihat-lihat kepada Syeikh yang berada di hadapan. Mengangguk-angguk dan kembali menundukkan kepala ke bawah. Terlindung rapat oleh Shimag (serban) berjenama Rhanderouz made in England yang dipakai oleh rakan-rakan arab sekelasnya, Lutfi kembali meneruskan pembacaan novel Sandera yang dikarang oleh Allahyarham Arena Wati. Menarik!

Antara tulisan yang masih menjadi tanda tanya pada dirinya ialah :

"Orang yang berpaut pada awan, akan jatuh lebih dahulu sebelum awan itu sendiri bercerai-berai" - Sandera, Arena Wati.

Dalamnya maksud dia..

Kelas si Lutfi berakhir pada jam 8.45 malam. Abis cerita. Apa aku belajar hari ni, aku pun tak tahu! wakakaka.



Tuesday, May 11, 2010

blablablaba

ding blballbalablabalaballa

Monday, May 10, 2010

ayah 3

 Official Photographer for Minister of Hajj. -Movenpick Hotel, Makkah.

Selama ini, aku tak pernah menangis apabila aku solat atau berdoa. Selama ini, aku solat semata-mata memenuhi tuntutan tanggungjawab ibadah dalam Islam. Semata-mata ingin melangsaikan perkara rutin yang telah kebiasaan dilakukan. Kini, aku benar-benar memerlukan Allah. Aku benar-benar terdesak dan terhimpit. Aku amat memerlukan Dia! Setiap masa dan detik aku lontarkan permohonan dan permintaan kepada Allah. Manusia aku kira tidak akan bisa menolong di saat ini kecuali sedikit.

Perkara utama yang bermain-main di fikiran adalah perihal kesihatan ayah. Bagaimana ayah pada hari ini. Apa yang ayah makan. Apa ayah buat. Apa perkembangan terbaru kesihatan ayah. 

Di dalam solat, aku mudah menangis. Aku mudah tersentuh dengan bacaan imam-imam muda di Tanah Suci ini yang lantang dan sangat emosional dalam melagukan bacaan. Mereka juga, dikurniakan suara yang sangat lunak dan melenturkan jiwa pendengar. Aku baru tersedar dan akan menangis semahunya kerana bagiku, inilah peluang untuk aku menangis. Hati telah diperalatkan dengan kisah ayah untuk mendapatkan tangisan yang bagiku sangat sukar dan mustahil aku lakukan ketika dulu. Di dalam solat, aku mengadu dan berkata-kata semahunya dengan Allah. Aku sangat malu dengan diri sendiri. Apabila terdesak baru beringat. Bila senang, mudah sahaja melupakan. 

Kerana itulah, kita dinamakan manusia. Manusia yang juga dinamakan insan. Berasal dari perkataan nasia yang bermakna lupa. Unik kan? Kita selalu lupa dengan kesenangan yang telah Allah berikan kepada kita. Juga unik kan?

Kita selalu lupa dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat mata yang dapat melihat, otak yang dapat berfikir, tangan yang dapat bergerak mencapai sesuatu, kaki yang berjalan ke serata tempat semahunya kita. Ah! Jika dihitung, takkan habis nikmat yang Allah kurniakan. Namun, nikmat itulah yang sebenarnya kadang-kadang kita terleka. Menyebabkan kita terjerumus di lembah kufur. Kufur kerana tidak berterima kasih atau bersyukur atas pemberianNya kepada hamba. Cuma apabila ditimpa musibah baru kita kembali beringat dan menyesal. Ketika itu, kita tercari-cari 'agama' yang telah lama ditinggalkan. Lebih bernasib baik daripada mereka yang 'terus' tidak mengetahui ke mana perginya 'agama' yang perlu mereka anuti. Maka pada ketika dan saat inilah aku merasa malu kepada Allah atas 'kelupaan' aku padaNya. Pada kelekaan aku. Semoga ini akan menjadi titik tolak kepada pertemuan kembali 'agama' yang telah lama aku tinggalkan. Agama yang sentiasa menjanjikan jalan yang lurus dan benar serta penuh ketenangan ibaratnya sebuah jalan yang dipenuhi pemandangan sawah padi luas terbentang serta teduh daripada kepanasan matahari. Jalan yang sangat lurus dan saujana mata memandang...

Berbalik kepada perihal ayah, nana (adikku) mengkhabarkan yang ayah tadinya meminta suratkhabar berita minggu untuk dibaca. Memang, ayah amat gemar membaca suratkhabar. Aku masih inga ketika kecil, rumah kami di Kuantan dipenuhi dengan suratkhabar. Ayah akan membaca sehelai demi sehelai suratkhabar sehingga ke akhirnya. Itu amat aku pasti. Suratkhabar yang sudah habis dibaca akan disusun di satu tempat biasanya terletak di bawah meja tv. Kadang-kadang ayah gunakan jugak suratkhabar untuk bakar sampah atau menyalakan api. Emak pun sama gunakan suratkhabar tadi untuk dijadikan seproh @ alas makanan ketika kami makan bersama-sama di atas lantai menonton tv. 

Semalam, ayah kembali meminta suratkhabar minggu untuk dibaca sedangkan ayah sudah tidak mampu membaca dengan sempurna seperti waktu dahulu. Ayah, masa telah berlalu dan zaman sentiasa berlari tanpa memandang ke belakang. Kita seringkali ditinggalkan jauh ke belakang seolah-olah telah dipijak oleh masa. Sampai waktunya, kita akan digulung di dalam lipatan masa dan cerita kita akan berakhir di situ. Yang tinggal hanyalah kenangan dan memori silam buat tatapan di masa hadapan. Aku amat pedih dan sedih apabila teringatkan perkara ini. Aku ingin selama-lamanya menjadi anak kecil yang melihat ayah seorang yang gagah dan hebat. Aku tidak mahu melihat ayah lemah dan sakit.

Aku ingin mengadu kepada ayah seperti mana waseem datang mengadu kepadaku jika dibuat orang atau ketika dia tidak mampu menyelesaikan sesuatu.

Aku ingin datang memeluk ayah dan bersorak gembira tatkala melihat ayah pulang dari kerja sepertimana yang waseem lakukan kini. Meninggalkan semua mainan semata-mata mahu memegang dan bersalam dengan ayah.

Aku ingin memicit ayah tatkala ayah mengadu sakit seperti mana yang waseem lakukan padaku kini.

Namun, perkara itu takkan berulang buat kali keduanya. Ia akan terus berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi...

Ayah, anakmu ini akan tetap menjadi anak kecilmu buat selama-lamanya. Anak ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah buat selama-lamanya. Tidak akan bosan serta jemu untuk berdoa buat dirimu yang membela serta membesarkan aku sejak dari kecil. Pengorbanan yang tiada ganti kecuali rahmat dan balasan syurga dari Allah.

Cepat sembuh ayah.. Allahu yashfeek...

anak sulungmu, 
Lutfi bin Lokman,
Makkah Al-Mukarramah.

Friday, May 7, 2010

ayah saya 2

Semalam ketika berbual-bual bersama sahabat2 di Felda, aku menerima panggilan daripada Kak Cik (adikku) dari Terengganu.

Ayah telah dimasukkan ke wad di Hospital Besar Kuala Terengganu. Wallahualam apa sakitnya. Cuma kata doktor, saluran darah ayah tersumbat di dalam otak. Sakit lain tak ada. Kesan daripadanya, ayah tak boleh menggerakkan anggota badannya yang kiri serta sukar untuk bercakap.

Dunia seolah-olah telah terhenti. Aku tergamam. Apakah berita yang baru aku terima tadi sebuah mimpi? Sejurus mendengar berita tersebut, mujurlah kami berada dekat dengan masjidilharam, aku terus berlari menuju ke dalam masjid untuk mengadu nasib kepada Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui...


***

Aku masih lagi termangu di hadapan bongkah hitam. Derap kaki manusia semakin deras mempercepatkan langkah masing-masing mengelilingi bongkah itu. Lautan manusia semakin luas. Aku sedikit terpinggir ke tepi dek sangat ke depan melabuhkan punggung sendiri.

Mereka hanyut dalam dunia ciptaan sendiri. Mereka mempersembahkan hajat dan doa mereka kepada Allah Yang Maha Esa... Pelbagai bangsa, pelbagai kaum, pelbagai rupa dan warna kulit, namun tujuan mereka satu. Beribadah kepada Allah.

Aku menangis semahunya sambil berkata-kata dengan Allah. Aku tahu, Dia tahu perasaan pedih yang aku alami. Dia tahu perasaan meronta ingin pulang meneman ayah di dalam dadaku ini. Dia tahu aku begitu rindu pada ayah. Dia tahu.. Aku pasti Dia tahu segala-galanya.

Dan untuk sekian kalinya, dugaan ini amat berat aku tanggungi. Aku serasanya seperti tidak mampu untuk mendengar pernyataan yang hakiki ini berlaku walau ku pasti ia tetap berlaku. Aku berada jauh beribu kilometer dari tempat ayah. Aku tak mampu untuk hadir menemani ayah di kala dia kesakitan. Aku tak kuasa untuk berada di sampingnya dan bercerita mengenai kisah kami. Aku takut aku tidak sempat untuk menyatakan perasaan sayang aku pada ayah. Aku takut dan takut..

Airmataku berjurai turun menitis di lantai hamparan Kaabah. Membasahi bumi Makkah yang didamba orang itu. Bongkah hitam yang berdiri megah dan handal menjadi saksi kepada perasaan sayangnya aku pada ayah. Ayah adalah seorang manusia agung yang pernah aku kenali. Aku berdoa dan mengadu semahu-mahunya persis anak kecil meronta ingin bebas. Aku tidak malu pada manusia sekeliling yang pelik memerhatikan aku. Aku pasrah ini adalah ujian Allah pada aku. Tepatnya pada kami. Kami sekeluarga yang masih lagi memerlukan ayah. Masih merindui gelak tawa ayah dan kasih sayang seorang ayah.

Ayah, Pi tujukan entri ini buat ayah. Pi sangat sayang pada ayah. Kuatkan semangat ayah. Kami sentiasa mendoakan agar ayah cepat pulih dan sembuh seperti sediakala. Ya Allah, ampunkanlah dosa ayahku dan selamatkanlah dia. Amin..

Ayahku.

Lutfi Lokman,
8 may 2010,
Makkah Al-Mukarramah.

Monday, May 3, 2010

En Route To Makkah

Ketika di Jeddah, Lady Ebelyn Cobbold telah menulis pada tanggal 28 februari 1933 :

" Kami melepasi jemaah yang dalam perjalanan mereka ke Kota Suci. Ada yang menaiki kenderaan berenjin, ada yang terhoyong-hayang di atas unta-unta, dan mereka yang miskin hanya berjalan kaki. Golongan lelaki telah siap memakai ihram tanpa penutup kepala. Golongan wanita yang menuju ke Madinah berpakaian hitam, manakala yang menuju ke Makkah pula berpakaian haji berwarna putih. Sesetengah jemaah haji yang miskin dari negara yang jauh mengambil masa yang lama untuk sampai. Tuan rumahku menceritakan pada suatu hari sewaktu beliau sedang memandu di atas jalan Madinah, beliau terpandang sepasang suami isteri dan seorang budak lelaki yang sedang menapak dengan tidak bermaya di atas pasir yang panas, dengan menjunjung dan memikul bungkusan barangan mereka. Beliau telah memberhentikan kenderaannya dan mempelawa mereka untuk tumpang kerana beliau juga menuju ke arah yang sama. Apa yang mengejutkan beliau ialah sewaktu mereka dengan gembiranya meletakkan bungkusan mereka ke dalam kereta, terdapat tiga orang bayi di dalamnya! Mereka dilahirkan sewaktu keluarga tersebut di dalam perjalanan mencapai impian mengerjakan ibadah haji."

-Dipetik dari halaman 155-156, buku En Route To Mecca Pilgrims' voices throughout the Centuries.

Aku baru dapat buku yang telah diterbitkan oleh Muzium Kesenian Islam kira-kira 3 hari lepas. yang dikirimkan oleh mak. Sampai hari ini, aku masih membawa buku ini ke sana-kesini kerana di dalamnya ada terdapat karyaku. Gambar2 yang diambil ketika musim haji yang lalu telah terpampang di dalamnya. Benar.. sangat terharu dan sangat-sangat gembira dengan perkara itu!~

Catatan di atas telah dicatatkan oleh seorang wanita Eropah yang pertama merekodkan perjalanan dan pengalamannya dalam mengerjakan haji. Betapa di dalam catatan itu mengisahkan betapa sukarnya manusia pada zaman dahulu dalam mengerjakan haji berbanding dengan kita pada hari ini. Itu pun nak komplen banyak lagi. hahaha.

Untuk buku itu, aku tak dapat satu sen pun dari hasil karya melainkan penghargaan dan kredit nama sahaja. Biarlah. Bagiku, itu satu titik permulaan dalam hasil seniku. babai!~

untuk mama zainab dan others..

gambar diupload dari atas meja pegawai hal ehwal pelajar Higher studies enchek Nawwar alDa'di selepas aku bosan tunggu dia sampai 2 jam.


masya allah, cantik pulak bila dah masuk dalam buku.

gambar yang diambil ketika di atas jabal rahmah.

gambar di Hada, Taif. eh, Hada ke Shafa? dah lupa. Tapi memang tempat ini sangat cantik dan sejuk.


Ini yang sebenar-benarnya nak bagitahu. Jauh betul pusing2. hahahaha.. TQ

Sunday, May 2, 2010

ada penambahan video di entri bawah ini

-sekadar makluman. syukran.

Bahagia ini akan berlalu jua nanti. Cuma...













Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

-Imran Ajmain

.. aku harapkan ianya akan kekal di ingatan buat selama-lamanya. Amin.


-Lutfi Lokman,
Makkah Al-Mukarramah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...