pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, July 24, 2010

kalendar ogostus

ini semua sentuhan isteri saya. Sekarang saya dah gajikan dia untuk buat kalendar saya.Lumayan jugak gaji dia. Lepas ni bolehlah minta dia belikan saya kamera baru!

Friday, July 23, 2010

The Royal Clock Tower, Makkah

The Royal Clock Tower, Makkah.

Jabal Nur, Makkah.

The workers 

 The menara yang sangat tinggi dan tobat taknak naik dah lainkali.

Nantikan siri seterusnya.. Bersambung..

Thursday, July 22, 2010

the Arabian ...

saya suka design dan decoration dalam kedai ini.

arab-arab yang datang menghabiskan waktu. Takpelah. duit dah banyak.

Insya allah suatu hari nanti, saya pun nak buat satu tempat macam ini di Malaysia.


Pagi ini saya tak pergi bekerja. Semenjak insiden itu, saya sudah jarang ke pejabat. Saya cuma menyelesaikan segala kerja melalui internet dan telefon sahaja di rumah. Cuma jika ada perkara penting bos minta baru saya pergi walaupun waktu malam!

Boleh tahan juga sifat rajuk saya. Macam kanak-kanak ribena. Pagi tadi saya pergi cuci kereta. Kereta dah jadi macam padang pasir. Jika binatang dhob berada di atas kereta saya, pasti mereka akan pelik kenapa padang pasir ini boleh bergerak laju. Siap boleh berhenti di traffic light. Hebat betul padang pasir ini.

Sambil menunggu kereta siap, saya pekena teh di kedai sebelah. Memang owner car wash itu sendiri yang membina kedai teh / gahwah arabi di tepi kedai cuci tersebut. Pandai jugak arab ni. Boleh saya pekena teh barang sebiji dua. 

Bukan saya tak boleh cuci sendiri kereta, namun memandangkan bekalan air sukar untuk didapati di sini. Sini bukan macam malaysia, kebanyakan rumah ada ruang parking sendiri. Kebanyakan rakyat di sini tinggal di apartment dan ada yang lebih teruk dari rumah flat. Oleh itu, kereta mereka kebanyakannya diparkir di tepi-tepi jalan besar dan jauh dari sumber air. Basuh kereta kat kedailah senang. Campur dengan saya sendiri pemalas.

kos utk basuh kereta adalah 20 riyal termasuk di dalam sekali dia cuci. Oke lah tu.

...


Saya sekarang masih lagi menunggu jawapan.. Jawapan untuk masa depan saya.. Nantilah, pelan-pelan saya ceritakan rancangan 'agak besar' saya. Tolong jangan bagitahu George Soros. Bimbang dia pun terkejut dengan plan saya dan tiba-tiba pulak dia nak pikat saya supaya kerjasama dengan dia. Tak nak ah. Tak reti cakap omputeh dan bahasa israel. 4 hari lagi mau pulang...

Wednesday, July 21, 2010

dikau pulang

anak perempuan saya.

anak lelaki saya dan saya.

saya dan anak-anak.

ini buah kurma yang belum lagi masak sepenuhnya dipanggil 'balah'..

saya teringin nak kurus macam badan anak saya. Tapi apakan daya... baju disponsor oleh Cik Faezah.

kami berempat. Anda yang menonton entri hari ini sangat beruntung kerana dapat melihat saya yang kini jarang-jarang menampilkan diri. Tolong jangan cerita pada rakan-rakan yang lain.

mak, ayah, masa pi kecik dulu, pi pun ada gambo macam ni kang? beza dia, pi lagi hensom arr.

tanggungan saya.

dalam usaha mewujudkan fotografer muslimah.

nikkor 70-200mm f2.8

flare semulajadi.

jika anda bangun pagi, segalanya mungkin dan cantik.

tak ada tongkat, kayu pun berguna. Apa guna beli mahal-mahal kalo tak multi-skill.

hari ini alhamdulillah, selesai part 1 cerita saya untuk pulang ke malaysia. Dalam pukul 1 ptg tadi, saya telah mengambil passport malaysia saya dan visa dari universiti menandakan selesai sudah kerja-kerja urusan saya untuk pulang. Insya allah jika tidak ada aral melintang, saya akan pulang pada 26 Julai 2010 dengan penerbangan MAS dan akan sampai di KLIA pada 27 Julai 2010 pada jam 11 pagi waktu tempatan. Kemudian kami akan ke Kuala Terengganu menaiki pesawat MAS pada jam 3 ptg lebih kurang. 

Sebarang perkara yang saya belum selesaikan, saya minta mohon kemafaan dan penangguhan terlebih dahulu. Terima kasih.

gambar-gambar di atas diambil di sekitar Jabal Nur dan Mahbas Jin, Makkah.

 senyum khipput

 romantis.

Monday, July 19, 2010

“a picture is worth a thousand words by udeyismail”

Saya ada menulis di sini mengenai bawang. Boleh tahan jugak artikel saya. Macam baca utusan malaysia! fuh.


Saya kadang-kadang terfikir setelah melihat artikel ini, di sini untuk membuat pameran saya sendiri di Malaysia sementelah ramai juga orang yang teringin nak datang ke Makkah. Namun, sebelum itu, saya mestilah membuat buku fotografi saya dahulu seperti ini, di sini oleh Udey Ismail. Rakan merangkap guru jarak jauh saya walaupun dia tak iktiraf saya anak murid dia. Hahahahaha! Bukan apa, di samping saya buat pameran, mestilah orang yang datang inginkan ole-ole untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan dan ingatan di hati masing-masing. Walaubagaimanapun, banyak sangat yang saya nak isi dalam buku tu sampai saya ingat 500 mukasurat pun tak muat nak isi apa yang saya nak keluarkan. Buku panduan tawaf pun saya pikir nak letak dalam buku fotografi saya. Hahaha. Tak koresponden betul saya ni.

   buat umrah tak pakai ihram.

Tapi, bila saya keluarkan buku, saya mestilah akan mendapat royalti kurang-kurangnya atau keuntungan dari hasil jualan buku saya walaupun yang membeli dalam 3 orang sahaja saya yakin. Apa susah, juall ah 12 ribu  ringgit senaskah buku. Itu sudah tentu untung cepat. Paling-paling tidak saya ingat, emak saya pasti beli  jugak sebab tak nak kecewakan hati saya. Hahaha. Dari duit untung, bolehlah saya membeli peralatan kamera yang baru untuk seterusnya saya menghasilkan buku kedua saya. Akan tetapi lagi, mana ada modal nak buat buku. Itu yang melemahkan semangat saya dan membantutkan usaha saya untuk menghasilkan sebuah buku fotografi yang sangat ilmiah dan sangat bermakna buat anda dan nenek anda. Saya sedang terfikir untuk mendapatkan sponsor dari Johor Corporation nih. Harap-harap dapat dalam 2, 300 ribu pun okelah buat saya beli gula dan minyak kereta yang telah diselaraskan dengan elok sekarang ini.

Itulah dulu celoteh saya pada malam ini. Kaki telah 'cramp' akibat naik kereta tolak sambil buat saie itu tadi. Sikit pun tak rasa penat. Apa punya nikmatlah. Alhamdulillah, sebarang doa yang dikirimkan telah pun saya sampaikan pada Pencipta kita, pada Tuan Kaabah itu sendiri agar dikabulkan dan dipermudahkan olehnya.

Saya sendiri pun berdoa agar rancangan besar saya yang saya nampak agak 'mustahil' untuk dicapai dapat tercapai dan direalisasikan oleh Rabbul Alamin. Wassalam.

Sunday, July 18, 2010

awan berarak mendung

behind the scene. sb600+umbrella+nikkor 35mm+tamron 10-24mm+nikon d80.

Food Photography

mendung

cahaya nipis harapan

mendung di bangunan sultan abd samad

mendung di bangunan sultan abd samad 2

ni dari zaman siapa aku pun tak tahu. tapi ini adalah bangunan kerajaan.


bapak mithali. tapi tengok muka naseem macam dah boring. hahaha.. din, din.

Lama sudah tidak menggunakan gantinama diri 'aku'. Hari ni aku nak guna perkataan 'aku'. Agak mesra orang kata. Banyak perkara berlaku dalam kehidupan seharian aku. Aku bangun tidur, aku mandi, aku makan, aku jalan kaki, aku 'gohek' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud memandu) kereta, aku makan, aku tido, aku mandi dan sebagainya. Banyaklah tu.

Berbalik kepada beberapa perkara yang aku kira sangat 'annoying' ialah perkara kelmarin. Aku berniat nak tolong satu orang local staff tu untuk menyiapkan tugasan dia membahagikan bilik, tapi dijeritnya aku pulak dihadapan jemaah. Hampeh. err.. nanti sambung balik. nak pergi felda sat. nak makanggg!

oke, berbalik kepada cerita kelmarin.

dia, memang dia telah melemahkan semangat aku. Aku memang nak tolong dia untuk setelkan masalah jemaah, walaupun aku ada buat silap ter'duplicate' nombor bilik jemaah. Tapi sepatutnya itu tak jadi masalah, dia pun ada reference, kenapa tak rujuk sebelum maki aku. Betulkan jerlah sendiri. Ini tak. Maki bukan main depan jemaah. Buat macam aku pulak orang Patani yang kerja dengan orang Malaysia. Siap cakap, lainkali ko tak payah buat kerja aku. Aku tahu. Oke. Baik.

Aku yang telah lemah semangat, terus down utk beberapa seketika. Aku memang sakit hati. Balik, macam biasa, aku mengadu pada bos.. Bos, aku nak berhenti kerja terus. Malas dah aku nak kerja. Buat sakit hati jer. Tapi bos sangat cool. Sabarlah.. jawab bos tenang sambil kunyah makanan dari dalam telepon. Kena marah tu, biasalah. Aku pun kena marah. Macam tak biasa kena marah. Kena maki. Sabarlah takat 25hb nih. Buleh gaji, blah lah. Oke?

Aku pun, macam budak-budak.. oke lah bos. Aku pun akan buat tak tahulah.

Hari ni, aku tekad dalam hati, semua booking-booking yang selama ni aku hantar suap kat dia, aku tak akan hantar. Enko carilah sendiri dah pandai sangat! Dah berasa jadi orang malaysia sangat.

Dalam perjalanan ke pejabat, aku singgah macam biasa ke pejabat satu lagi, tak masjidilharam, felda. 2 tu lah tempat aku punch kad sebelum masuk pejabat utama. hehe.. dalam pada melepak di masjid, aku terfikir dan tiba-tiba datang ilham bahawa apa yang aku buat nanti memang akan menyeronokkan hati aku. Aku akan puas hati melihat dia terkapai-kapai segan nak minta dengan aku untuk booking jemaah yang akan sampai hari ini. Bos pasti akan marah pada dia bila dia tak mampu nak selesaikan bilik-bilik para jemaah. Aku akan tertawa kegembiraan. Rasa puas hati pasti membuak di dada. Akan tetapi..

Apa yang aku buat akan memberi impak pada jemaah. Pada perjalanan dan kelicinan ibadah mereka. Mereka akan tertunggu-tunggu nombor bilik yang lambat dibahagikan, memaki hamun dan mengkomplen pada kelemahan tabung haji travel dan sebagainya.

Lalu.. aku buat bodoh jerlah hari ni. Tengok pun buat tak tahu jerlah. Sabar dan sabar. Kerja yang selalu aku suap pada dia pun, hari ni aku tetap suap seperti biasa. Biarlah dia seronok tengok aku bodoh sorong jugak kerja pada dia. Biarlah. Asal jemaah boleh beribadah dengan selesa tanpa memikirkan masalah teknikal yang sedikit sebanyak akan mengganggu mereka.

Balik dari kerja, aku puas hati dengan tindakan yang aku dapat dari ilham itu tadi. Berbaloi untuk diri sendiri dan orang lain. oke.. Itulah cerita untuk hari ini. Aku tetap hero dalam belog sendiri. Terima kasih. 

Wednesday, July 14, 2010

dunia luas 2

Majlis farewell mr khairani (th travel) dan mr raman sarif (konsulat) di Citarasa Restaurant, ZamZam Tower, Makkah oleh Pak Abu.

Peruntuhan bangunan hotel di Ghazzah, Makkah.

Kalo jumpa Haji ni, panggil Pak Abu.

takdak motif, saja test lens tamron 10-24mm f3.5.

nak cerita tak tahu apa nak cerita. masih kalut dengan pelbagai masalah. slow2 setelkan semua..

Friday, July 9, 2010

dunia luas

MasjidilHaram, Makkah Al-Mukarramah.

Hayy Ajlah, Makkah.

dunia ini luas, ia boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Beza dan sangat berbeza.. selamat hari jumaat. Banyakkan selawat supaya menjadi latihan buat kita berselawat selama berterusan. Ya Allah, permudahkan urusan kami.

Wednesday, July 7, 2010

hari ini

hari ni masya allah. banyak perkara baik berlaku. tapi aku sedang menunggu, apa masalah yang akan tiba apabila berakhirnya hari baik ini. sekian.

Sunday, July 4, 2010

"di atas awan ada lagi awan"



Saya menulis ketika sedang saya berada di Maktab Ahwal Madani. Ntah apa nak terjemah bahasa melayu pejabat ni saya pun tak tahu. Mungkin Pejabat Hal Ehwal Penduduk kot? yang penting, dalam pejabat ini terdapatnya bahagian pendaftaran kelahiran dan kematian.

Telah berlalu 4 bulan yang pertama dan saya masih lagi belum mendaftarkan kelahiran anak saya.

Benar, semuanya silap saya. Kan saya dah kata, saya ni jenis suka bertangguh.

Dek kerana kesibukan dan kelekaan, saya terlupa tentang anak kedua kami, Si Naseem.




Selepas kelahiran, apa yang perlu dibuat di Polyclinic Rahmah adalah menyerahkan salinan pasport ibu dan ayah bayi yang telah disahkan oleh pihak Universiti. Juga tak dilupakan sijil perkahwinan. Kemudian selepas seminggu, kami perlu mengambilnya kembali dan mendapatkan cop daripada Pusat Kesihatan yang berhampiran tempat tinggal. Step seterusnya adalah mendaftarkan kelahiran di Pejabat di atas ini.

Tepat semalam, selepas 4 BULAN, saya datang mendaftarkan anak saya di sini. Cik Naseem yang cantik jelita tapi kuat melalak.

Sedang saya mengisi borang kelahiran, saya mendapati satu soalan yang saya tinggalkan ruangnya kosong.

صفته في تبليغ
bermaksud sifat orang yang menyampaikan pengkhabaran. Puas saya pikir. Kena ke maksud terjemah itu? Apa yang saya nak isi? Saya cukup sifat? saya lelaki? saya ada 2 telinga? saya kuat tidor? saya hensom? takkanlah saya nak tulis perkara-perkara itu? macam tak berapa kena. Sat lagi, bantai gelak pegawai arab tu, tak malu saya?

Lantas saya tinggalkan kosong dan saya hantar borang tersebut. Lepas itu, saya buat-buat terlupa nak isi dan minta tolong dia isikan. Oh.. iya bermaksud apa relation saya dengan anak rupa-rupanya. Bodoh betul saya dalam pemahaman bahasa arab. Nasib baik tak isi yang bukan-bukan. Saya ingat, mahu dekat 2 minggu arab tu bukak cerita dengan kawan-kawan.

Setelah mengisi borang-borang terbabit, dia minta saya kembali pada keesokan harinya dan membayar denda kerana kelambatan sebanyak sr50. Alhamdulillah, lega rasanya hati. Ingatkan kena denda seribu.  Tapi yang menjadi masalah adalah dia minta saya datangkan 2 orang warga Saudi sebagai saksi!

Pulang ke rumah, saya berfikir bagaimanalah saya nak dapatkan saudi dengan percuma!

Akhirnya ilham datang. Saya mencuba telefon Ibrahim Barakat asShareef dan minta dia mendapatkan seorang lagi teman saudi buat saya yang dalam kesusahan ini. Tanpa banyak bicara, dia sanggup untuk datang pada keesokan harinya (hari ini) dan akan membawa Soleh Bouti, juga teman sekelas kami untuk datang.

Alhamdulillah, ucap saya sendirian tanpa sedar dengan berita gembira itu. 

Hari ini, ketika sebelum saya menulis entri di atas, beliau dan rakannya telah datang ke mari. Kedatangan beliau rupanya mengundang banyak kenalan baru buat saya. Di pintu masuk pun, beliau telah disalami dan ditegur oleh beberapa pegawai atasan. Rupa-rupanya beliau amat dikenali oleh beberapa kakitangan pejabat ini dek kerana beliau seorang pegawai MasjidilHaram. Kita pun tumpang salam sama lah dengan orang yang sebelum ini pandang tak pandang jer pada kita. 

Terus kerja saya hari ini menjadi sangat senang dan lancar dengan izinNya. Beliau iaitu Ibrahim Barakat AsShareef merupakan salah seorang keluarga yang dikatakan berketurunan Rasulullah S.AW dan juga rakan kami Soleh Bouti telah menandatangi borang dan perjanjian untuk menjadi saksi kepada kelahiran Naseem ini dan bertanggungjawab atas apa sahaja yang terjadi jika ada masalah yang timbul kelak. Subhanallah. Betapa cantiknya Allah menyusun perjalanan ini. Kelahiran pramatang Naseem rupanya mengundang rahmah buat saya dengan mendapat ramai kenalan baru di Pejabat Pendaftaran ini.  

Setelah selesai pendaftaran, Naseem akan mendapat sijil kelahiran sementara untuk saya uruskan pendaftaran passport dan kemudiannya memindahkan Naseem kepada kad permit PELAJAR saya. 

Oh ya, sebelum terlupa, saya ingin menjelaskan bahawa saksi saudi diperlukan hanya jika bayi telah dilahirkan di Poliklinik dan bukannya hospital kerajaan mahupun swasta. Sebagai bukti pengesahan sahaja mungkin. 

Keadaan ketika saya hampir selesai menulis ini masih lagi seperti semalam dan 3 tahun lepas ketika saya datang untuk pendaftaran Waseem. Dengan suasana kelam-kabut. Pegawai yang kesemuanya lelaki membuat kerja sambil jerit-jerit. Sudahlah hampir separuh abad umurnya, gigi kuning, celahan kuning ada hitam, ada yang sedang minum teh dan sembang dengan kawan tanpa menghiraukan kami yang beratur panjang. Panggil nama ikut sedap tune mulut. Kalo dengar, dengarlah. Komputer? Apa tuh? Pemain Liverpool ker?Semua pakai tulis tanganlah.. Kerusi tempat duduk pelanggan pun kena berebut. Apatah lagi nak guna sistem nombor? macam-macam hal ada.

saya membelek-belek resit bayaran denda saya tadi yang berjumlah sr50. Tiba-tiba ada seorang encik Pakistan di sebelah saya bertanyakan :

"resit apa tu?" 

"resit denda sebab terlambat daftar anak. Memang lambat sungguh. 4 bulan baru aku daftar. Terlupa. Apa nak buat." Jawab saya macam dah kenal lama dengan dia.

Dia sengih-sengih dan keluarkan resit dia dari dalam kertas berjumlah sr200 dan hulurkan pada saya.

"ini bil api ker?" saya tak tanyalah macam tu. Bersuara dalam hati jer.

"Kenapa nih?" soal sebenar saya.

"Lepas 5 tahun baru aku datang nak daftarkan anak..." sengih dia dan sengih saya sama naik dan agak sengit. 

Benarlah pepatah yang pernah saya baca di dalam komik Dewata Raya suatu ketika dahulu berbunyi :

"Di atas awan, ada lagi awan." wakakakakakaka

borang pendaftaran buat anak yang baru lahir. Berbelit jugak otak nak ingat Bahasa Melayu.

keadaan di sekitar MasjidilHaram.


Selipar yang kuat melalak. Sapa nak beli?


Berikut adalah keputusan peperiksaan saya yang baru-baru ini buat tatapan emaklah...


Lughah Arabiah : ??
Fiqh :  70

Sirah Nabawi : 75
Usul Fiqh : 76
Tafseer : 80
Ulum Quran : 85
Ulum Hadis : 88
Hadis : 88
Fiqh Perbandingan : 90
Aqidah : 90
AlQuran : 95

Subjek yang paling saya takuti belum lagi keluar keputusannya. Kenapa saya letakkan lughah arabiah yang pertama? kerana saya pasti, itulah tempatnya jika mengikut susunan.. adoilah... Abang Ibrahim kita pon kena bawak subjek tu ke sem depan, apatah lagi saya..

Thursday, July 1, 2010

MLM, Merdeka & Hendel Stereng (aku sambung neh) 3

Kali ni betul2 tak tipu punya. hahaaha.. sebab esok hari jumaat. Hahaha. (tak ada kena mengena)

Previously on Jazbah :

Pak Abu renung saya dalam-dalam... Matanya bercahaya seolah-olah ingin memulakan satu bicara yang panjang.... Lalu...


Dia melepaskan nafas kecilnya secara perlahan-lahan. Kedengaran dengusan nafas yang berada di antara seolah-olah lancar dan tersekat. Matanya disorotkan mengecil memandang wajah saya. Saya hampir tidak tenteram menelan roti planta di Felda Dsaji.

"Engkau faham tak konsep MLM ni macam mana?" Tanya Pak Abu serius.

"Itu sistem Multi level marketinglah setahu saya pakcik. Makin banyak kita cari ahli, makin banyak kita dapat untung." Macam orang bijak-bijak saya bagi jawapan. Terkedu jugak saya ingat Pak Abu nih. Dia ingat kita tak tahu apa itu MLM. Saya ada 2 keahlian CNI dan HPA. Itu dia tak tahu. Bangga saya jawab.

"Oke. Ini apa yang aku nak cerita kat engkau pasal MLM akhirat." Jelas Pak Abu tanpa dipinta.

"Kita, setiap kali masuk Haram (MasjidilHaram) mesti kita minum air zamzam kan?" Tanya Pak Abu pada saya lagi. Banyak betul soalan dia.

"Betul pakcik." Apa lagi nak jawab.

"Gelas tu, engkau jangan buang. Engkau buat macam pakcik. Engkau pergi tawaf, bawak gelas tu, setiap kali nampak tisu, nampak biji kurma, engkau kutip letak dalam gelas. Susah tak?"

"tak susah, tapi MALAS" Hehehehe.

"Engkau memang." Balas pak Abu sambil ketawa nipis. 

"Itu biji kurma kecil, tapi kalo kena pijak sakit. Wheelchair pun tayar rosak kalau silap gaya. Apa salah kita kutip, kita letak dalam gelas yang kita bawak, nak keluar dari masjid, ko campak dalam tong sampah. Senang kerja. Itu Insya allah, kerja bersihkan masjid Allah akan bagi ganjaran. Engkau cerita ini pada jemaah. Kerja pun senang diorang buat. Datang anak beranak, semua anak beranak buat. Pahala pun dapat, engkau pun untung bila diorang buat apa yang engkau ajar. Itu konsep MLM akhirat.Pahala berkembang dan tak rugi. Kerja pun bukan susah. Tak kacau orang. Orang ni pelbagai. Bukan semua jenis suka dengar ceramah panjang-panjang. Kita bagi yang ringkas, cukup."

Bagi saya, apa yang Pak Abu sampaikan adalah apa yang dia lalui. Apa yang dia dapati dari pengalamannya sendiri. Benar. Ada kebenaran apa yang disampaikan. Membersihkan rumah Allah. Lagi-lagi di dalamnya terdapat Baitullah asShareef. Apa tak mulia lagi kerja tuh? Benar, ada tukang bersih.Tapi manusia yang datang juga beribu. Malahan berjuta. Sedikit usaha yang kita lakukan Allah Maha Melihat. Maha Mengetahui. Benda kecil tapi manfaatnya besar. Err.. Pikir saya lagi, sebab itu mungkin Saudi ini kotor dan pengotor? Nak bagi kita peluang pekerjaan? hahaha. Apa-apalah yang related boleh dipikirkan. Kita pikirkan bersama. 

Merdeka? Itu kita sambung next entri. Baru saspen. Sementara tu bolehlah buat cupcakes ker, buat chocolate ker, buat nasi mandi ker, sambil-sambil saya reka cerita baru pulak untuk next entri. 

p/s :
saya boleh bezakan orang arab dari pengamatan mata saya sahaja. Kadang-kadang tak boleh jugak orang Jordan dan Syria. Arab Saudi dan Emirates sebab kadang-kadang pakaian lebih kurang sama. Tapi dari segi lahjah percakapan, kita boleh tahu. Cantik-cantik arab pun, melayu lagi comey (sebab pembaca belog ini orang melayu. wakakaka)

kak turkey dan makcik (kakak kepada ayah dia).

pakcik dari tunisia dibayangi oleh lens flare yang cantik.
semua orang tengok aku. sebab aku orang melayu.

besorlah bangunang2 nim. waser duk newyork pom ada.

MLM, Merdeka & Hendel Stereng (aku sambung neh) 2



"masjid kucin" - kata orang kedah.

"masjek kucing" - kata orang terengganu.

laluan pejalan kaki antara hilton dan zamzam tower. Harap jemaah pakai topeng sebab berdebu.

ni gambar masa saya pergi ziarah buenos aires tempoh hari.Semangat betol piala dunia.

kadang-kadang blur pun santai jugak.

peruntuhan bangunan di sekitar Ghazzah, Makkah.




Dar Ghazzah suatu masa dahulu pernah menempatkan jemaah Malaysia.

Pinky nyer awak hari ini.

fuh! Sedar tak sedar sudah 2 siri saya menulis ya. Fuh. Saspen betol. Oke. Kita pergi kepada babak pak Abu.

previously on jazbah :

"Pak Abu renung saya dalam-dalam... Matanya bercahaya seolah-olah ingin memulakan satu bicara yang panjang.... Lalu..."

(rasa macam menonton episod prison break pulak)
lalu... 

"Aku kena balik dulu lah Pi. Nanti esok kita jumpa lagi kat sini."

"Ok Pak Abu. Saya tunggu tu kisah Pak Abu!"

keh keh keh.. macam nak kena sepak pon ada kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...