hari tu tajuk pra raya. Oke, kali ini tajuknya bertukar kepada raya.
hari raya kami disambut dengan sangat sederhana dan murah-murah. Tak ada nak ke Kamdar, Kamceng, mahupun ke Kadir. Sekadar berada dalam bilik di hotel dan sekadar pulang untuk mengambil baju melayu berwarna pinky saya di rumah. Itu sahaja.
Pagi raya, kami berempat, saya, dr rahman, dr fendi dan dr naim berlari-lari anak untuk ke masjidilharam bagi menikmati solat eidulfitri yang dilakukan sekitar jam 6.30 pagi.
Pulang dari masjidilharam, kami hanya tidur di bilik hotel sehingga tengahari. Malamnya baru saya berkesempatan menziarahi abg ipar dan juga jiran-jiran sekitarnya yang alhamdulillah, menyediakan makanan pelbagai jenis citarasa melayu. Hilang juga kerinduan kami pada tanahair.
Akhir sekali, saya hanya tinggal2 di hotel dan tak pergi ke mana-mana untuk beraya.
Tamat sudah festival raya kami di sini. Oke, belog pun tak boleh menulis panjang. Kita mahu kerja. Kerja. Kerja..
...
Had laju yang dibenarkan adalah 120km di sesebuah highway. Kita memandu sebuah kereta subaru berstatus legacy. Saya memandu pada kelajuan sekitar 60km. Saya sangat selesa dengan gaya pemanduan saya. Tak terlalu laju dan tak terlalu perlahan. Saya enak menikmati pemandangan di kiri dan di kanan saya. Akan tetapi, pakcik yang memandu sebuah kereta berjenama mercedes di hadapan saya memandu dengan sangat perlahan. Saya agak dia memandu selaju 20km sejam!
Oleh kerana saya tertekan dengan gaya pemanduan dia yang tak menyenangkan saya untuk memandang ke kiri dan ke kanan, maka saya dengan fikiran masak-masak dan sangat matang, terus memotong kereta mercedes tersebut dan menekan pedal minyak sehingga mencecah 90km! Akhirnya, saya berjaya memotong kereta beliau dan meneruskan kembali pemanduan saya dengan kelajuan baru yang saya rasa sangat selesa iaitu 90km dan buat masa ini saya akan bertahan dengan kelajuan ini. Alhamdulillah. Saya meneruskan pemanduan dengan tenang dan tersenyum...
...
Apa yang anda faham dari cerita saya?
oke, saya terangkan. Cerita di atas adalah satu ibarat yang ingin saya ceritakan mengenai gadget saya iaitu kamera. Saya telah pun membeli sebuah kamera baru iaitu nikon D300s dan lens nikkor 85mm f1.4. Saya membeli bukan kerana suka-suka nak habiskan duit dan nak bergaya dengan kamera baru. Saya membelinya kerana saya fikirkan sudah masanya saya upgrade kepada kamera baru memandangkan kamera lama sudah terbatas dan tidak mengecapi maksud yang saya inginkan. Bukan bermakna saya sangat hebat dalam pencapaian akan tetapi, saya menginginkan sesuatu yang lebih mampu membantu saya mengejar cita-cita saya. Itu sahaja. Bergaya ker, berlagak ker, itu korang punya pasallah nak fikirkan apa pun. Saya tak ada masalah mengenai apa sahaja pemikiran anda. Kerana saya berhak membuat apa sahaja keputusan terhadap diri saya.
Apapun, saya masih dalam mood teruja dengan kamera baru.. Raya ke, tak raya ke, tadak apa2 masalah sentimental. Saya tetap dalam misi mengejar impian saya yang sangat susah untuk diterangkan.
...
selamat hari raya buat semua. mood raya masih ada neh walaupun raya bagi kami sudah tamat.
 |
seorang budak lelaki tajikistan merenung masjidilharam sejurus selesai solat raya. Dianggarkan kira-kira 2 juta jemaah membanjiri kota Makkah untuk meraikan aidilfitri 2010. - Nikon d300s + lens Nikkor 85mm f1.4
|
 |
| MasjidilHaram dari Ghazzah Dist. Pembesaran tempat mas'aa membolehkan jemaah yang menunaikan umrah bersaie di 5 tingkat yang menghubungkan bukit Safa dan Marwah. - nikon d300s + lens Nikkor 85mm f1.4 |