pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, October 31, 2010

haji 2010

haji 2010


haji 3


haji 4

Thursday, October 28, 2010

updet belog

saya sedang apdet belog. terima kasih.

Wednesday, October 27, 2010

versatile blogger

versatile-blogger-award

terima kasih marvic atas pemberian yang best ini. Walaupun saya kurang pasti apa makna versatile sebenarnya, tapi agak-agak saya macam best jugak bunyi dia. kah kah kah.

oke, mengikut syarat yang dikenakan, anda perlulah menulis 7 perkara tentang diri anda. Kemudian kasikan hadiah ini kepada 10 orang blogger yang seterusnya anda rasakan mereka ini fabulous cat. 

7 perihal mengenai diri saya :

1. Saya seorang lelaki.
2. Saya baru sahaja menyelesaikan 1 assignment yang penting mengenai aqidah ketuhanan dan pegangan ahli sunnah wal jamaah.
3. Saya ada buku tabung haji.
4. Saya suka kumpul perfume.
5. Saya suka kumpul duit-duit kertas lama dan pelbagai negara.
6. Saya tak suka sangat kamera-kamera nih.
7. Saya rasa Patrick kadang-kadang lebih cerdik dari Spongebob.

itu sahaja mengenai diri saya. Untuk soalan sterusnya, saya tak suka untuk mengetag sesiapa. Haha. Terima kasih.

...

Jemaah haji pelbagai negara telah tiba di Kota Makkah. Tahun ini, maaf bebanyak kerana saya tak dapat mengambil gambar dengan banyak dan jelas. Saya sangat tak ada motivasi dan semangat.

sekian.

Tuesday, October 26, 2010

suatu pagi yang hening dan nyaman...

hari ini mood saya tak berapa elok akibat kerana kekurangan tidur dan memikirkan assignment yang masih belum habis ditaip tapi perlu dihantar hari ini!

Pagi tadi, saya keluar membeli beberapa kitab karangan syeikh ibnu taimiah dan syeikh abdulrahman nasir albarrak dalam ilmu aqidah.

Ketika dalam perjalanan pulang, saya memberi laluan kepada seorang lelaki tua yang agak tua dan memang layak digelar orang tua. Lagi tambah tua apabila beliau bertongkat dan berjalan pelan.

Ketika saya melintasi beliau, beliau menahan kereta kerana ingin menumpang ke jalan hadapan. Otak saya masih lagi berfikir akan assignment saya yang masih belum selesai dan bersisa sedangkan masa semakin suntuk.

"boleh tumpangkan aku ke depan sana?" soal lelaki tua itu. Bertongkat dan memakai ghutrah (serban putih).

"naiklah. Takdak masalah. Boleh" agak dingin saya jawab. Bukan marah dia, tapi otak saya tak boleh nak fokus dengan tepat.

"terima kasih banyak-banyak anak. Mulia sungguh hati anak kerana tumpangkan saya." balas lelaki tua itu sangat beradab dan sopan bukan seperti sesetengah pemuda kita di zaman ini.

"anak ini dari negara mana ya?" tanya lelaki tua itu jujur.

"...."

"korea." saya jawab ringkas sambil otak berfikir mengenai assignment yang masih sangat banyak untuk ditaip.

"oo.. korea. Pertama kali aku jumpa orang korea di sini! Belajar di umm alqura university ini jugak ker?" soal lelaki tua itu banyak. Kerana tempat kejadian hanya berdekatan dengan universty umm alqura, aziziah.

"yer." jawab saya acuh tak acuh sebab dah kelam kabut dengan otak yang tak berapa betul.

"oke, turunkan aku di sini sahaja. sudah sampai destinasiku. terima kasih anak!" lelaki tua itu sangat bersopan santun dan sangat elok untuk dibuat menantu.

"oh, jika ada apa-apa keperluan, carilah aku di jabatan dakwah dan usuluddin, kuliah qiraat. Aku, dr. sya'ban blblalala.. (tak ingat nama penuh). By the way, terima kasih banyak-banyak yer anak. Orang korea sangat baik." sapa dr sya'ban.

saya : "errr..."

saya dengan ini memohon maaf kepada dr sya'ban kerana telah bersikap acuh tidak acuh dan saya akan cari juga beliau suatu hari nanti untuk menyambung pembelajaran ilmu qiraat saya yang agak lama tertangguh sekian waktu dahulu. Aih, tobat dah aku taknak tipu orang tua.

Monday, October 25, 2010

faraidh

naseem2
look at me..


naseem4

mirror, mirror hanging on the wall...

naseem 5
smile, and everlasting smile, the smile can bring you near to me..

faraidh adalah salah satu ilmu daripada ilmu Islam. Kami pada sem ini belajar tentang ilmu faraidh yang pada saya adalah sangat berguna untuk diri dan keluarga juga masyarakat.

Takleh sembang banyak sebab saya pun tak habis lagi belajar. Nanti habis belajar bab faraidh ni baru kita boleh sembang. kakakaka. 

selamat pagi semua!

Sunday, October 24, 2010

selamat hari ahad

selamat hari ahad. Fuh! letih menaip.

Saturday, October 23, 2010

naseem dan selamat datang jemaah haji.

naseem1

bulan haji bulan mulia. apa lagi, buat korbanlah dengan kami. hehehehe. - iklan ikhlas dari penaja www.na5wa.com

Tuesday, October 19, 2010

Ahmad AdDousari


"ahmad addausari!"

"ya Ahmad Ddausari!" Kedengaran jeritan bergema dari kejauhan.

Ahmad tetap begitu. Tidak bergerak. Kejap. Termangu di tepi kelas memandang ke luar melalui tingkap yang terbuka. Fikirannya berkecamuk. 

"Oi Ahmad! Hang wat apa nih? duk sorang-sorang macam orang putuih kasih. Pasai apa? Aku panggil pon hang tak menyaout. Takkan sebab 'tu' hang nampak muka tak siap?" Tiba-tiba Abdul Aziz alQahtani muncul di sisi Ahmad.

"Adalah. Yang hang sebuk sangat pasai apa?" Balas Ahmad. Muka masam tak mencerminkan remaja berwawasan. Pandangannya tetap tidak berganjak. Matanya semakin bulat dan pandangannya tajam.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.. 

Hati Ahmad semakin berdebar-debar. Masa yang dijanjikan telah semakin hampir tiba. Ahmad mula tidak keruan. Fikirannya melayang kepada peristiwa minggu lepas.


sarie li majdi wal a'lyaa'
majdi likhaaleeqel samaa'
warfaie alkhafaaq akhdar
yahmilu nnur mastur
raddadillahu akbar ya mautini
mautini eishtu fakhar muslimin
aasha lilmalik alam wal watan... 



Lagu kebangsaan Saudi bergema di seluruh Sekolah Menengah Malek Abdul Aziz, Jeddah. Para pelajar lazimnya sebelum memasuki kelas akan menyanyikan lagu negaraku itu sebagai pembakar semangat patriotik bagi seluruh warga Saudi. Tidak ketinggalan Ahmad Addousari dan rakan-rakannya yang lain. Mereka sama-sama menyanyikan dengan penuh perasaan dan semangat. Tanpa Ahmad sedari, dirinya diperhatikan oleh beberapa teman yang lain.

"Ahmad, awat hang laju sangat nih. Slow ah sikit. Aku pun nak pi kelas jugak." Teman baik Ahmad, Abdul Aziz tergesa-gesa berlari memakai selipar made in China yang dibeli raya tahun lepas di Makkah. Lajunya semata-mata untuk berjalan bersama dengan Ahmad yang begitu cepat berjalan macam tak cukup tanah.

"Eh. Aku jalan macam biasa jer. Engkau tu yang lambat. Dahlah gemuk. Makan banyak pulak. Ni apa ko punya sarapan pagi tadi? nasi mandi? kah! Kah! Kah!" Ahmad gelak menonton Abdul Aziz berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejarnya. Shimagnya yang berwarna putih kelihatan menyenget ke tepi mungkin asakan para pelajar yang ramai tadi membuatkan dia tak perasan tentang hal itu.

"oo.. Hang perli aku noh. Takpa. Hang tengoklah nanti. Aku nak diet pastu aku kuruih cam Chuck Norris baru hang tau." Abdul Aziz membalas perlian Ahmad.

"Ko punya pasallah nak kurus macam sapa pun. Yang aku tahu, sekarang nko gemuk. Hahaha" Ahmad kembali ketawa.

"Ahmad!" Suatu suara kedengaran menegur dari tepi.

"Eh! Khalid. Ada apa?" Ahmad berpaling ke arah pemilik suara.

"Mung ingak mung baru masuk skoloh nim, mung hebak arr?" Khalid bersuara tinggi dan memegang jubah putih Ahmad. Bimbang takut dia tak habis bercakap, Ahmad blah. Apa tak malu kalau kes begitu berlaku? hilang maruah dia selaku gengster besar di sekolah ini.

"Eh. Kenapa ni Khalid? Aku buat apa?" Ahmad sudah berasa cuak dan tak selesa. Benar dia baru sahaja berpindah ke sekolah ini selama sebulan lebih. Mengikut keluarganya berpindah ke Jeddah.

"Mung ingak ustak Faisol puji mung mmareng, mung ssohor ah di skoloh nim?" Khalid melepaskan perasaan dan dendamnya kepada Ahmad. Di tepi kedapatan rakan-rakan sepekidanya yang memang bermuka bengis dan tak penyayang. Abdullah AlAzzazi, Fareed AlZahrani, Sultan AlFallutah dan Muhammad AlSuwaiheri. Mereka memang terkenal sebagai kaki penyangak dan kaki pukul di sekolah Malek Abdul Aziz ini. Namun begitu, apa yang turut membanggakan, walaupun mereka kaki penyangak, tapi mereka adalah aset penting sekolah disebabkan kepandaian mereka dan keterroran mereka dalam pelbagai bidang pelajaran seperti pidato, syarahan, futsal, bola tampar, pecah rumah, kongsi gelap dan sebagainya.

"Lah. Takkan pasal aku baca syair minggu lepas tu pun ko nak jeles? Kebetulan aku terhafal, aku baca jerlah. Yang ko tak puas hati ni pasal apa pulak? Kalo ko tak puas hati sama, ko baca jerlah minggu ni. Aku apa ada masalah?" Ahmad memberanikan diri bersuara. Membela dirinya yang dirasakan betul dan benar.

"Oke. Kalu mung beraning, minggu depang, aku nok mitok ustak faisol jadi hakim. Kita bbaca dua orang ddepang kelas. Biar budok-budok laing tahu. Sapa lebih terrer baca syair. Ada bran?" Khalid mencabar Ahmad yang dirasakan sangat menggugat popularitinya sebagai pembaca syair terbaik di sekolahnya. Walaupun dia jenis pukul orang, tapi dia ingat banyak jugak syair-syair dan puisi arab. Dari zaman Jahiliyah, zaman Islam, zaman Abbasiyyah, zaman Muawwiyah, dan sehinggalah zaman kini. Banyak syair-syair terbaik telah dihafalnya seperti nukilan Ahmad Shauqi,  termasuk syair femes iaitu 'Qais dan Laila' atau lebih dikenali dengan Laila Majnun. 

"Aku takdak masalah. Aku sambut cabaran tu. Ko letak jer syair tajuk haper. Semua aku berani tanggung!" Ahmad sudah mula berasa tercabar. Budak-budak di hadapannya semakin kecil dan kecil dirasakan. Apa mereka ingat dia tak ada maruah? setakat syair arab tu, dia kikis gigi jer baca dan hapal. Dia akan buktikan yang dia sememangnya terbaik dari ladang!

Abdul Aziz awal-awal lagi sudah menyorok di tepi dinding. Terperasan jer Khalid menegur, dia terus melarikan diri dengan penuh kegigihan kerana memang Khalid terkenal seorang yang takkan memberikan peluang kepada lawannya. Baik dia lepak di tepi tembok ini dulu sebelum mereka bergaduh dan bertumbuk. Selamat pun selamat.

"kita baca syair Laila Majnun chapter 78 tentang rindu Qais pada Laila. Kita baca serentok 56 baris dop bereti. Kekgi aku kabor ke ustak Faisol! Minggu depang kita juper! Jom kawang-kawang, kita blah!" Ajak Khalid kepada rakan-rakan pekidanya. 


Mengingati peristiwa itu, Ahmad sangat merasakan sesak nafas. Kenapalah dia sangat bodoh bersetuju tanpa periksa terlebih dahulu. Konpem dia akan dapat malu besar sebentar lagi. Hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sebelum ustak faisol akan masuk kelas dan memanggil mereka ke hadapan untuk membacakan syair penentu kepada maruah mereka berdua!

Kenapa!
Kenapa!

.. Ahmad termangu dan semakin hatinya semakin malap… Dia tak tahu yang syair Laila Majnun ini panjang. Masa sangat tak mengizinkan. Mana sempat seminggu nak hafal semua tuh! Ya Allah, jika masa dipanjangkan lagi sehari, nescaya dia rasakan dia mampu untuk menyahut cabaran itu. 

"Hoi Ahmad! Aku tegoq hang nih. Pasai apa hang tak jawab." Abdul Aziz yang dari tadi begitu setia berada di tepi Ahmad kembali bersuara keras. Bengang jugak dia. Dia nak khabarkan berita baik pun member dia buat bodoh jer. 

"Ha! Yang nko duk sebuk sangat ni pasal apa? ada apa?" Ahmad menjawab sambil hati tak tenteram.

"Ni, aku nak habaq hang. Ustaz Faisol keluaq. Dia ada kerja kat Mahkamah hari nih. Dia tak masuk kelas." 

"Pasal apa nko tak bagitahu awal-awal!" Muka Ahmad kembali bercahaya dan berseri-seri. Ada sedikit harapan dan sinar di situ.

"Yerlah. Aku nak habaq dari tadi lagi kat hang. Hang tu yang muka macam lepat pisang. Nak habaq macam mana!" Abdul Aziz juga rupanya mempunyai sifat marah.

"Yess!!" Jerit Ahmad kuat!


Ustaz Faisol Aqsom melajukan pemanduan. Jarum jam semakin menghampiri ke pukul 12 tengahari. Dia agak terlambat untuk ke Mahkamah Juz'iyyah Jeddah demi untuk menolong rakannya yang memerlukan dia sebagai saksi kepada suatu kes pelanggaran kira-kira 2 tahun lepas. 

Membelokkan keretanya ke kanan, dari kejauhan dia melihat rakan sekelasnya yang juga pelajar kelas petang bersama-sama dalam kursus Diploma Tinggi di Universiti Umm alQura tersengih-sengih melambaikan tangan. 

"Apa khabar sahabatku Lutfi Lokman!" Sapa Ustaz Faisol Aqsom dengan penuh kemesraan.

"Baik. Alhamdulillah. Maaf mengganggu enta. Last-last minit baru call untuk dapatkan saksi. Maaf banyak-banyak!" 




tamat.

Thursday, October 14, 2010

kalendar oktober

naseemkalendar
boleh dapatkannya di www.flickr.com/photos/na5wadotcom

Monday, October 11, 2010

nu metal (tajuk berat. Anak-anak sila dapatkan pengawasan ibubapa sebelum membaca entri ini)

suatu hari emak berpesan : "perkahwinan ibarat melihat di sebalik dinding. Sebelum kahwin, kita lihat dinding tu putih, bersih, cantik dan macam-macam perkara elok padanya. Lepas kahwin, baru kita sedar tentang perkara di sebalik dinding. Cabarannya ialah bagaimana nak menerima dan redha tentang perkara di sebalik dinding tersebut."

Pesanan itu rasanya sudah lama terpahat di kepala saya. Entri-entri sebelum ini pun rasanya ada saya keluarkan perkataan tersebut, tapi sudah lupa.

...

naseem
naseem di suatu majlis hari raya di IDB open house, Jeddah.


Nu Metal


Istilah "nu metal" mula digunakan dalam satu reviu bagi konsert Coal Chamber pada pertengahan Oktober 1995 dalam majalah Spin sebagai satu bentuk "muzik metal baharu" (new metal).
Sebagaimana kumpulan pemuzik pendahulunya iaitu funk metal, kebanyakan kumpulan nu metal berasal dari California. Kumpulan seperti P.O.D.Deftones dan Korn kesemuanya adalah kumpulan nu metal yang berasal dari California dan mula aktif pada awal 90an.[3]
Nu metal secara amnya bermula dengan pita demo Korn, Neidermeyer's Mind, dilancarkan pada tahun 1992. Muzik "trademark" Korn terhasil daripada cubaan untuk menghasilkan kod yang digunakan oleh pemain gitar Mr. BungleTrey Spruance, yang dirujuk sebagai "kod Bungle mudah alih". Mereka juga memetik kumpulan lain yang disertai Mike Patton iaitu Faith No More bagi Video Terhebat Sepanjang Zaman 2006 oleh majalah Kerrang!, menyatakan bahawa Korn dipengaruhi kumpulan-kumpulan tersebut kerana mereka melakukan sesuatu yang luar biasa bagi sesebuah kumpulan metal. Kumpulan nu metal juga sering melakukan aksi konvensional metal sebagai satu pengaruh, terutamanya olehBlack Sabbath.[4] Korn menggunakan gitar 7 tali berbanding gitar tradisional 6 tali yang lebih lazim. Steve Vai asalnya memperkenalkannya ke pasaran khusus untuk pemain gitar teknikal. Munky, gitaris Korn, bukanlah pemain teknikal tetapi dia mengambil keputusan untuk membawa gitar 7 tali ke satu arah yang berbeza.[5] - sumber wikipedia.org


Linkin Park

Ternyata nu metal adalah cabang daripada cabang-cabang metal. Antara kumpulan yang turut tersenarai dalam nu metal termasuklah kumpulan LinkinPark. LinkinPark ditubuhkan oleh Mike Shinoda dengan nama asal xero pada tahun 1995. Kemudian mereka menukar nama dari xero kepada hybrid theory lantaran nama xero telahpun digunapakai. Malangnya ketika proses penubuhan kumpulan, nama hybrid telahpun diguna oleh sebuah kumpulan british. Lalu dengan cadangan bernas dari Chester Bennington yang selalu melepak di taman lincoln Park, Santa Monica, California mereka menukar nama kepada Lincoln Park. Tetapi ketika proses pembelian domain website, nama lincoln park telah pun dibeli. Jadi mereka memutuskan untuk mengguna nama Linkin Park sebagai nama kekal mereka. 

Panjang jugak sejarah diorang nih. Sejarah para sahabat dan ulama, konpem tak ingat. :p

Apa kena-mengena dengan cerita asal saya? 
sebelum melanjutkan perkaitan, maka suka saya merujuk kepada perihal 'orang puteh' dalam membuat perangkaan dan plan. Mereka sangat teliti dan sangat terperinci. Oleh kerana itu, mereka berjaya dalam sesuatu bidang seperti perniagaan, perumahan juga fotografi. Bukan biasa-biasa, malahan world class!

Anda pernah mengikuti program 'dekor2' atau apa sahaja yang seperti itu di rancangan televisyen malaysia? apa perbezaannya dengan 'extreme-makeover-home edition'? mungkin jawab kita bajet mereka besar. bajet kita ciput. Apapun alasan, kita masih lagi ketinggalan jauh kerana mungkin teknologi, pemikiran dan budaya kerja kita berbeza. 

Kita punya jawapan : "alah, sikit-sikit kira bolehlaahh"
mereka punya jawapan : "rejek. Buat semula kasi tepat. 0.00000, bukan 0.000001" 

beza bukan?

Itu yang membuatkan mereka berbeza dengan kita. Apapun, meniru budaya kerja mereka tidak berdosa bagi pendapat saya. Semoga dengan ilmu mereka, kita dapat memajukan teknologi, dan ketamadunan kita. Lebih lagi, kita mempunyai panduan agama Islam sebagai garisan agar tidak melencong. 

Contoh kumpulan LinkinPark di atas, mereka sanggup menukar nama kepada Linkin daripada Lincoln kerana memikirkan nama domain yang bagi mereka, itu satu pelaburan dalam memajukan kumpulan mereka. Walhal, pikir kita, apa sangatlah ada pada nama?

Oke, berbalik perkaitan apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah emak saya berpesan tentang kehidupan kita selepas perkahwinan, selepas menonton klip video ini oleh kumpulan LinkinPark, seakan-akan saya faham apa yang ingin disampaikan. Pedulikan apa ideologi mereka, apa lirik mereka, apa yang mereka nak sampaikan yang penting, contoh dan perbandingan melalui klip video ini sampai kepada saya.


Rata-rata kita pun begitu juga dalam kehidupan. Luarannya nampak tenang, baik, tak ada apa2, namun dibelakang, sebaliknya terjadi dan penuh dengan gelojak dan kelam-kabut. Sama-sama kita baiki diri kita dan diri mereka yang berada di sekeliling kita.

nota tambahan : 
- saya menggunakan contoh yang sentiasa berada di sekeliling kehidupan kita agar senang anda fahami apa yang saya ingin sampaikan dan contoh2 itu sentiasa bermain di sekitar pembesaran saya dan apa yang saya alami. Itu tidak bermaksud saya ni seorang yang pro kepada perkara-perkara begitu.
- saya minat linkinpark kerana teknologi dan video clipnya ada maksud. Bukan kerana chester chez itu suka pakai tatoo, punk, atau kerana drummer mereka yahudi. Mendengar muzik bukan mereleasekan tension, akan tetapi menambahkan tension. - sekian.


Thursday, October 7, 2010

mad cenok masuk hospital

LOP_7182
Capt. Hazmi Harun Rasit. Seorang pilot MAS yang sanggup turun ke Makkah demi menunaikan umrah walaupun cuti yang diperuntukkan hanya 3 hari sahaja sebelum berlepas memandu pesawat pulang ke Malaysia. - butik Shiaka, Aziziah, Makkah.


LOP_7188
Daglah - sejenis pakaian seperti mishlah yang digunapakai untuk majlis perkahwinan. Lanjut, anda boleh menonton clip ini http://www.youtube.com/watch?v=lv9n04PmS70 - the wedding by Jeddah Legend.



hari ini mad cenok dimasukkan ke hospital kerana ada gangguan angin pada paru-parunya. ya Allah sembuhkanlah Mad Cenok dan kembalikanlah kesihatan kepadanya.. amin..

Wednesday, October 6, 2010

pemangku




dah ada depan mata.. shoot arr
Anak-anak merupakan permata hati. Sudah nama permata hati, maka ia akan sentiasa berada di hati dan bukan di Taman Permata, Kolumpo.



Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa atas segala yang berlaku dengan sekelip mata. Banyak hikmah, suka duka, pengajaran, pembelajaran dan pengorbanan yang dilalui sejak 2,3 bulan yang telah lalu. 

Sekolah telah dibuka kini. Saya masih lagi belum bertemu rakan-rakan sekelas yang lain kerana kami tidak bersemuka. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

Saya? pak abu telah pulang ke Malaysia untuk tujuan bercuti. Saya ingatkan bila Pak Abu pulang, saya akan rileks dan tenteram jiwa raga. Namun, segala-galanya silap. Semakin sibuk apabila memangku segala kerja-kerja yang diamanahkan. Check bilik, cat bilik, siapkan kerja terbengkalai, tengok contract hotel, bayar gaji pekerja, silau cara pekerja bekerja, masalah pekerja kena saya dengar, buat jamban dan sebagainya lagi. Ohh.. 

Dah tak banyak sangat saya nak bicara. Sikit-sikit cukuplah kot. Macam tetiba tak berapa ada mood nak update belog. Tak tahu kenapa..

Saturday, October 2, 2010

tiada update

taip sampai 20 kali. taip-taip, padam. taip-taip padam...

iyer...

idea tak ada..

jadi tak perlu lah apdet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...