Tuesday, November 30, 2010

belajar bersungguh-sungguh dan van der sar - sebuah siri motivasi untuk orang yang malas (2)

alhamdulillah..

itu perkataan paling baik perlu kita ucapkan ketika sahaja kita merasakan gembira dan seronok atau jika iman yang kuat berada di dalam jiwa sekalipun di dalam kedukaan kita masih mampu mengucapkan Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang menjadikan setiap sesuatu ada hikmahnya.


the tunnel project 6
the tunnel. satu projek shoot gambar orang 'ngate rawe' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud secara rambang) di dalam terowong ajyad, salah satu terowong yang menghubungkan masjidilharam, mina dan aziziah.


ipad
i pad. sejenis makhluk yang chomel dan membuatkan waseem sudah pandai menyebut dan mengenal huruf-huruf.

azan asar sudah berkumandang. Menandakan masuknya waktu asar dan bagi Makkah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Asar juga bermakna, kelas saya akan bermula bila-bila masa sahaja nanti.

Tapi sebelum ke kelas, saya nak menulis coretan dahulu di sini.

Tadi, sebelum saya menulis coretan, saya melihat-lihat stats belog saya di dashboard belog.com ini. Ramai pengunjung datang dari Malaysia. Selama 7 bulan, pengunjung yang datang ke belog ini ialah seramai 58,000 orang datang dari Malaysia. Diikuti dengan Saudi Arabia dengan bilangan seramai 2,946 orang dan seterusnya dari United States 2,455 orang serta lain-lain negara seperti Brunei, Japan, Singapore, Jordan, Egypt, dan Indonesia. Tapi yang saya tak pahamnya, ada jugak negara Netherlands dalam senarai tu. Mungkin rakyat kita yang tinggal di sana membaca belog ini. Nak harapkan rakyat Netherlands sendiri membaca tulisan saya, tunggu saya telefon Edwin Van der Sar terlebih dahulu bagi kerja terjemahan belog. Beliau merupakan most capped player dalam sejarah Netherlands national football team. Ada jer nombor nih. Malas nak msg. Satgi ajak makan popia goreng pulak kat rumah dia. Dahlah jauh. Voorhout tuh. 

oke, itu adalah summary bagi bacaan carta pai yang selalu kita kena buat masa sekolah menengah dahulu. Jika ada soklan peperiksaan yang minta supaya membuat bacaan graf atau carta pai, maka saya akan abaikan dengan memilih soalan lain terlebih dahulu. Paling digemari ialah jenis karangan sambung muqaddimah seperti berikut :

"pada suatu petang yang hening, Ali sedang berehat dengan santai di tepi pokok mempelam jenis kacuk siam berhampiran dengan rumahnya. Tiba-tiba..." Fuh! Part tu memang seronok mengarang. Tak pusing kiri kanan dah mengarang. UFO datanglah, Mark Zukebeg bagi salamlah, Mak minta tolong masak nasiklah, dan macam-macam lagi punya cerita menyeleweng akan masuk ke dalam karangan. Jenis karangan macam tu, 57 muka surat pun tak apa. Hehehe.

Tapi itu semua perkara lama. Perkara yang akan menjadi pengalaman dan pengajaran kepada kita. Kita akan mengaplikasikan semua itu suatu hari nanti. Waktu itu ialah sekarang! Masa selepas sahaja kita sekolah dan kita memulakan alam kedewasaan kita dengan bekerja atau berumahtangga. Segala perkara subjek pelajaran yang pernah kita pandang remeh-temeh sebelum ini akan kita gunakan dan akan kita sesali kerana tidak bersungguh-sungguh belajar mengenainya. Namun, sesal sudah tiada gunanya. Contoh mudah adalah matematik dalam bab sifir. Dulu setiap hari ahad cikgu Zarina akan panggil secara rambang mana-mana anak muridnya ke depan untuk baca sifir 3, 4 atau 5 pada setiap pagi. Tak terkecuali saya. Lutut menggeletar bukan main kalo sifir tak ingat. Rotan cikgu Zarina Abdullah digenggam kemas di dalam tangannya. Sampai sekarang saya masih terfikir yang cikgu Zarina sebenarnya adalah orang puteh. Sebab memang dia puteh dan dia juga mengajar bahasa inggeris di samping matematik.

Ah. Sudah bercerita bab bersungguh-sungguh dalam pelajaran, maka saya pun berminatlah nak pergi ke kelas petang ini agar apa yang saya pelajari, boleh saya kongsikan bersama anda. Petang ini subjek kelas saya adalah aqidah, firaq, mazahib fikriah dan tafsir. Selamat bersungguh!


Monday, November 29, 2010

sistem dan daya lonjakan diri - sebuah siri motivasi untuk orang yang malas

Lama rasanya tidak mencatat apa2. Padahal baru beberapa hari. Itulah penangan sebuah blog. Membuatkan kita sentiasa merindu untuk menulis, berbicara, berceloteh dan berkhayal apa sahaja. Anda bebas berkarya dan melukis perasaan pada sebuah medan yang bernama belog.


saya, sejak bermula musim haji sudah ada sedikit berubah. perkara 'malas' sangat-sangat datang meliputi diri. Tak ada motivasi langsung dalam kehidupan. Apa yang saya usahakan, saya sendiri tak ada tujuan.

...

Semalam tepat jam 11.30 pagi, 'cik subaru' saya dilanggar orang. Dilanggar dari belakang. Ia berlaku di traffic light di Syari' Hajj St. Malas bicara panjang, saya maafkan sahaja dia yang keluar dengan emak dia, kakak dia, makcik dia, nenek sedara dia, biras ipar dia dan sebagainya lagi. Lagipun, saya ada temujanji dengan pejabat imigresen dalam pukul 11.40 pagi. Terlewat dari itu, permit saya akan mengambil masa untuk direnew. Masalah lagi. Asal kereta boleh bergerak sudah.

...

Banyak kerja masih lagi pending. Saya memikirkan untuk memasuki kelas management yang mana saya dapat belajar tentang apa yang dikatakan pengurusan masa dan tanggungjawab. Saya masih lemah dalam bab itu. Hasil yang didapati dari pak abu baru-baru ini masih terlalu sikit untuk saya bawa ke depan. Bimbingan dari orang tua masih diperlukan.

Sebut mengenai Pak abu, saya teringat satu kata-kata nasihat beliau ketika beliau sedang 'naik angin' dengan saya.

" dalam hidup ni pi, ko kena ada 'sistem'. Sistem ini tak akan mati. Kalo nko mati, sistem ini tak mati. Dia akan tetap wujud. Nko kalo nak buat suatu kerja, contoh ko ada arahan dari bos untuk siapkan kerja tu, ko kena buat dan pikirkan untuk ditinggalkan pada orang selepas nko. Kita tak tahu bila kita mati, jadi bila buat suatu kerja, kita kena prepare untuk tinggalkan kerja itu pada orang yang selepas kita. Contoh mudah aku bagi, bila nko beli barang-barang hotel, aku mintak resit kan? kemudian aku suruh terjemah resit tu atas kertas kan? sebab apa? sebab nanti bila audit datang, nko masa tu ntah ada ntah tak ada, senang aku nak jawab. Aku boleh bagitahu apa yang aku belanja duit selama ini dengan resit dan terjemahan resit yang nko tulis tu. Faham dan nampak tak apa yang aku kata nih? Sistem mesti ada dalam hidup kita. Kita tak boleh buat sesuatu dan tak akan berjaya jika sistem tak ada.

Sistem berkait rapat dengan daya lonjakan diri. Semangat nak majukan diri mesti ada dalam diri. Nko masuk kerja jadi kerani. Takkan sampai tua dan beranak cucu pun nko nak stay jadi kerani? mesti ada kemajuan dan perubahan. Naik pangkat dan sebagainya. Itu yang aku namakan daya lonjakan diri. Kita mesti ada keinginan untuk merubah nasib kita. Nak ke depan dengan cara yang benar dan betul. Penting pi. Penting. Nanti aku dah tak ada, kalo nko tak dengar cakap aku, nanti ko akan menyesal dan kata : "a'aah, betullah kata arwah pak abu. Menyesal aku tak ikut." Tapi lebih baik nko berkata : " a'aah betullah kata arwah pak abu. Nasib baik aku ikut." Nampak tak?"

Bertubi-tubi pak abu melontarkan nasihat dan pengalamannya. Memang sangat berguna. Tapi time syarahan pak abu bagi tu tak berapa kena kot. Pukul 1 pagi. Sampai dekat-dekat pukul 2.30 pagi baru habis dia punya ceramah. Ceramah pas tak macam nih. Apapun, saya masih sedar dan sangat memegang kata-katanya. Sampai bila kita nak berada dalam kedudukan ini? sampai bila? orang sudah jauh kedepan. Sudah ada perubahan. Saya ini  jenis sangat selesa dengan pencapaian yang sedikit dapat dihasilkan. Tak jenis tamak dan mahukan lagi dan lagi. Orang macam saya, jika diletakkan sebagai planner untuk sesebuah syarikat, ada harapan lingkup. Sebab saya cepat berpuas hati dengan apa yang kita capai dan sudah merasakan itu satu pencapaian yang sangat besar. Bukan otak cina saya nih. Orang cina katanya asnawi (sebab dia pernah sekolah cina dan mendapat pendidikan cina), sangat ligat otak mereka. Setiap kali membuka perniagaan, dia akan berusaha untuk menghasilkan duit modal. Apabila mereka telah dapat duit modal dalam perniagaan, mereka akan simpan dan mengusahakan perniagaan atau perusahaan yang lain pula. Sehingga mereka mempunyai 3,4 perniagaan dalam satu masa.

Kita? dapat duit modal, ada untung sikit, sibuk beli ipad, beli macbookpro, nikon d300s, nikkor 85 f1.4, monopod, beg kamera dan sebagainya lagi. Mujur tak berminat sangat dalam aksesori seperti jam, kasut dan sebagainya. Kalo tak, saya ingat, itu pun saya rembat.

Oke, berbalik kepada apa yang saya ingin sampaikan pada hari ini ialah, saya tak ada daya lonjakan diri dan sangat berasa selesa pada kedudukan sekarang. Saya lemah. Ia, saya sangat lemah dan tak ada daya memajukan diri. Hatta untuk menulis dan mengupdate belog pun malas. Anda bagaimana?

Friday, November 26, 2010

Esok...

Esok sekolah akan bermula.. Kehidupan akan kembali seperti biasa..

Tuesday, November 23, 2010

haji berakhir

the jamaraat
Para pekerja Bangladesh berjalan pulang dari Mina. Tahap kebersihan ketika ibadah Haji berlangsung amat mengecewakan. Setiap tahun, Kerajaan Saudi terpaksa membelanjakan jutaan ringgit bagi mengekalkan tahap kebersihan di tahap maksimum untuk keselesaan para jemaah.


Saturday, November 20, 2010

getaran

saya suka fotografi. Sebab itu saya beli buku ini. Ia adalah merupakan sumber2 gambar menarik yang telah dikumpulkan oleh team national geographic sejak beberapa dekad yang lalu. Memang tak ternafikan gambar bukan setakat biasa, malahan luarbiasa dan mempunyai nilai tersendiri dalam menceritakan gambar-gambar tersebut.

LOP_8338

Diakui, saya telah melaburkan sejumlah wang yang agak besar dalam fotografi. Seribu? dua ribu? biarlah berapa pun, yang penting, itu memberikan kepuasan kepada saya dalam cubaan menghasilkan karya teragung. Kawan saya, merangkap sifu telah melaburkan ratusan ribu ringgit semata-mata kegilaannya dalam fotografi. Ia. Sebijik kamera hasselblad yang bermegapixel 50. Tahniah kawanku. Memang anda sangat gila dan anda berhak dengan kemahiran anda di dalam dunia fotografi. Sila layari kupih

Namun, antara kelemahan saya yang sangat ketara ialah 'tidak berterusan' atau dalam bahasa arab disebut 'istiqamah'. Mujur nafas saya Allah yang mengawal pergerakan keluar dan masuk. Jika tidak, saya pun tidak tahu samada saya boleh  berterusan bernafas atau kadang-kadang boleh lupa. 

Ia ibarat satu getaran dalam jasad yang mengawal keseluruhan pancaindera, perasaan dan pergerakan saya apabila datangnya saat itu. Saya akan meninggalkan apa yang telah saya cuba untuk 'istiqamah' itu tadi. Saya akan bermula meninggalkannya selama beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan dan seterusnya memakan masa bertahun sehingga sebarang perkara yang ingin saya kejari akan tercicir dan terbengkalai. 

Getaran itu ada nama. Namanya sangat unik dan ada disebut dalam alQuran mengenai nama itu. Biarkan di akhir entri ini saya akan menyebut namanya itu. 

Memiliki sesuatu aset yang jarang orang perolehi merupakan satu keistimewaan atau kelebihan yang Allah kurniakan kepada anda. Seorang artist (penggiat seni) dapat menjadikan sesuatu yang biasa kepada perkara luarbiasa pada pandangan orang biasa. Seorang pelumba kereta dapat naik di mata dunia kerana kelebihan dia mengatasi sifat takut dan perasaan mati dalam perlumbaan menyebabkan dia berjaya di dalam hidupnya. Begitu juga kita. Setiap dari kita, antara perasan atau tidak, memang mempunyai satu atau dua atau banyak kebolehan yang sangat orang lain mahukan. Cuma cara kita luahkan kebolehan itu yang membezakan kita dan yang lain.

Saya akui, saya tidak mempunyai langsung bakat untuk berbicara. Tetapi dengan menulis, saya mampu menaikkan nama saya ke persada internet. Begitu juga dengan gambar. Jika ada yang meminta saya untuk menyampaikan ceramah tentang gambar-gambar saya, saya tak akan mampu untuk memberikan kepada anda. Akan tetapi, ketika saya berseorangan, berjalan, meninjau keadaan, saya nampak, itu sangat menarik untuk saya potretkan dan abadikan. Saya akan mengetepikan perihal shutter, iso dan wb. Saya hanya press shutter dan mendapati gambar itu sudah berada di dalam memori kad saya untuk saya abadikan bersama anda. Ia lebih kepada asas yang anda miliki. Perkara ini saya telah bicarakan dalam entri-entri yang lalu iaitu kemahiran luar kawal anda. Ibarat anda memandu kereta, dan bercakap telefon. Otak anda ke mana? mesti sedang menumpukan kepada perkara yang anda bualkan bersama orang di dalam telefon bukan? lebih-lebih lagi orang itu adalah client anda yang sangat penting! Namun, pemanduan diteruskan dengan tangan mengawal stereng, menekan minyak, clutch dan menukar gear tanpa ada melanggar pakcik tua berjalan dengan makcik tua.

Kemahiran itulah yang kita perlu latih untuk membuatkan kita tidak gugup ketika mana berada di dalam situasi penting dan genting. Kemahiran itu saya namakan 'cekap'. Tanpa perlu menaburkan fungsi otak dengan sepenuhnya, anda masih boleh mengendalikan sesuatu dengan selamba dan cool. 

Masalahnya..

Untuk menjadi cekap, anda memerlukan latihan yang berterusan dan berpanjangan. Cekap tidak akan datang dengan sehari dan sekali sahaja percubaan. Ia datang dengan pelbagai rintangan dan halangan serta cubaan. Oleh itu, untuk menjadi cekap, anda harus ketepikan getaran yang saya namakan di atas iaitu :

"MALAS"

sekian. Saya sudah MALAS untuk bertaip panjang. selamat berjaya.

Monday, November 15, 2010

haji 2010 (3) saya tak buat haji

kelambu kaabah ditukar bermula seawal 8 pagi sehingga selepas zuhur. Kalo ada nak beli kelambu kaabah, contact saya yer.
kelambu kaabah sedang ditukar pada pagi 9 zulhijjah 1431h

seorang jemaah haji sedang menyeberang jalan tanpa menghiraukan keselamatan diri dengan menggunakan jejantas yang disediakan. Kebanyakan jemaah dari negara ketiga memang macam ini perangainya. wakaakkakaka
seorang jemaah haji sedang melintasi jalan - model : asnawi


Banyak persoalan yang berlegar-legar di kepala ramai orang yang mengenali saya. Mengapa saya tidak mengerjakan haji pada tahun ini? Bukan orang lain, rakan-rakan seperjuangan pun pening kepala. Apatah lagi rakan-rakan tidak seperjuangan dan teman-teman jauh.

Tak apalah, saya mempunyai alasan saya sendiri mengapa saya tidak mengerjakan haji. Yang penting, emak dan ayah saya tidak kecil hati, sudah cukup baik.

Hari ini, saya keluar seawal pagi bersama keluarga untuk ke Safwah Royale Orchid. Kami mendapat keizinan abg y dan kak engku untuk menginap di bilik mereka sepanjang peninggalan mereka mengerjakan haji.

Masjidilharam dan kawasan sekitarnya amat lengang.

Ketika petang, baru kedapatan ramai perempuan-perempuan arab yang datang berpakaian abaya dan cantik. Ops. Sangat ramai!

Rupanya mereka datang berbuka puasa dan sama-sama solat maghrib di masjidilharam kemudian pulang untuk persiapan hari raya aidiladha di kediaman masing-masing.

apapun, selamat hari raya aidiladha.. nanti saya postkan gambar raya!

eidul adha greeting

Friday, November 12, 2010

haji 2010 (2)

DSC_6075
Lautan manusia di Arafah. - haji 2009


Wukuf di Arafah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Beberapa hari sahaja lagi, manusia berbondong-bondong akan mengunjungi arafah untuk mengerjakan ibadah yang kelima dalam rukun Islam iaitu ibadah haji.

Saya sebelum ini bekerja keras bersama pak abu dalam persediaan menyambut kedatangan jemaah haji dan menyelaraskan hotelnya di Ghazzah. Namun, panas yang disangka berpanjangan sehingga ke petang hari rupanya ada juga titisan hujan menyembah ke kaki bumi menghalang panas dari memegang rekod satu hari suntuk menyinari dataran bumi. Saya akhirnya menghantar surat perletakan jawatan kepada pak abu agar ditimbang dan difikirkan tentang keputusan saya yang ingin berhenti dari bekerja bersama-sama cantumas travel di saat-saat akhir. Saya tahu, apa yang saya lakukan akan memberikan impak yang sangat besar kepada diri saya. Pak abu sudah pasti akan memarahi tindakan saya dan akan mendendami saya yang sangat gopoh dan gaduh membuat tindakan. Namun, biarlah. Biar saya sahaja yang tahu mengapa saya mengambil tindakan sebegitu drastik. Saya bukan berumur 17 tahun. Bukan juga berumur 23 tahun. Akan tetapi saya sudah berumur 28 tahun pada tahun hadapan. 28 tahun walaupun tak sebesar nilai 61 tahun, akan tetapi ianya tetap mengandungi aset walaupun tak sehebat mana.

Semoga dengan pilihan saya ini, saya akan dikurniakan Allah rezeki yang berlainan dan saya tahu, rezeki ada di mana-mana. . .

Monday, November 8, 2010

sekeping artikel yang tak diterjemah


Sedang saya memarkirkan kereta saya di suatu kawasan penempatan kereta yang bernama hujun, saya menerima suatu msg dari dalam blackberry saya. Oh! email masuk rupanya. 

saya membuka email tersebut sambil berjalan kaki pulang menuju ke hotel pak abu di alwaleed royal. Perjalanan sejauh 1km lebih itu tak terasa dek membaca cerita bawah. 


"One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company. He passed the first interview; the director did the last interview, made the last decision. The director discovered from the CV, that the youth's academic result is excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never has a year he did not score.  

The director asked, "Did you obtain any scholarship in school?" and the youth answered "none".

The director asked, “Is it your father pay for your school fees?" the youth answered, my father passed away when I was one year old, it is my mother who paid for my school fees.

The director asked, " Where did your mother worked?" the youth answered, my mother worked as cloth cleaner.

The director requested the youth to show his hand, the youth showed a pair of hand that is smooth and perfect to the director.

The director asked, “Did you ever help your mother washed the cloth before?" The youth answered, never, my mother always wanted me to study and read more books, furthermore, and my mother can wash cloths faster than me.

The director said, “I had a request, when you go back today, go and help to clean your mother's hand, and then see me tomorrow morning”.
The youth felt that its chance of landing the job is high, when he went back, he happily wanted to clean his mother's hand, his mother feel strange, happy but mixed with fear and she showed her hand to the kid. The youth cleaned his mother's hand slowly, his tear drop down as he did that.  It is first time he found his mother's hand is so wrinkled, and there are so many bruises in her hand. Some bruises incite pains so strong that shiver her mother's body when cleaned with water.  This is the first time the youth realized and experienced that it is this pair of hand that washed the cloth everyday to earn him the school fees, the bruises in the mother's hand is the price that the mother paid for his graduation and academic excellence and probably his future. After finishing the cleaning of his mother hand, the youth quietly cleaned all remaining clothes for his mother. That night, mother and sons talked for a very long time. Next morning, the youth went to the director's office
The director noticed the tear in the youth's eye, asked: “Can you tell you what have you done and learned yesterday in your house?" The youth answered, “I cleaned my mother's hand, and also finished cleaning all the remaining clothes”.
The director asked, “please tell me your feeling."

The youth said;
Number 1: I knew what appreciation, without my mother is, there would not the successful me today.
Number 2: I knew how to work together with my mother, then only I can realize how difficult and tough to get something done.  
Number 3: I knew the importance and value of family relationship.

The director said, " This is what I am asking, I want to recruit a person that can appreciate the help of other, a person that knew the suffering of others to get thing done, and a person that would not put money as his only goal in life to be my manager. You are hired.

Later on, this young person worked very hard, and received the respect of his subordinates, every employees worked diligently and in a team, the company's result improved tremendously.

“A child who has been protected and habitually given whatever he did, he developed "entitlement mentality" and always put himself first. He is ignorance of his parent's effort. When he started work, he assumed every people must listen to him, and when he became a manager, he would never know how suffering his employee and always blame others.  For this kind of people, he can have good result, may be successful for a while, but eventually would not feel sense of achievement, he will grumble and full of hatred and fight for more. If we are this kind of protective parent, did we love the kid or destroy the kid?”

You can let your kid lived in a big house, eat a good meal, learn piano, watch a big screen TV. But when you are cutting grass, please let them experienced it. After a meal, let them washed their plate and bowl together with their brothers and sisters. It is not because you do not have money to hire a maid, but it is because you want to love them in a right way.  You want them to understand, no matter how rich their parent are, one day their hair will grow gray, same as the mother of that young person. The most important thing is your kid learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learn the ability to work with others to get thing done."

Regards;
Al Khair Ahmad Rahimah
Jeddah



Menarik? bagi saya sangat menarik dan sangat memberikan kesan.

Kita putar masa kepada beberapa jam sebelum kejadian saya membaca msg email tersebut.

...

"nko kalau macam ni pi, tak maju. Tak ada usaha daya untuk majukan diri sendiri. Takde keinginan untuk develop diri sendiri. Start kerja dengan kerani, sampai bersara pun tetap jadi kerani kalau macam ni. Ibarat curahkan air atas daun keladi." Sound Pak Abu tegas dan tepat ke dalam telinga serta perasaan saya.

Saya terkedu. Kenapa sampai begini sekali Pak Abu memarahi saya. Hanya kerana saya tidak menghantar laporan di mana saya berada?. . tak paham.

...

"Hari ni diplomatik dari Libya yang bekerja di Malaysia akan sampai bawah syarikat cantumas. Aku nakkan bilik 1001 dan 901 bersih sebersihnya dan tingkat 10 clear!" Pohon Pak Abu kepada saya. Ini berikutan seorang pekerja hotel telah pun berhenti bekerja kerana beliau mempunyai pekerjaan lain. 

Saya naik ke tingkat 10 bersama si Alam (bangla) yang bertugas menjadi housekeeper. 

"Alam, mulai sekarang sebelum tibanya pekerja baru, nko jadi aku punya bos. Ko suruh jer aku buat apa, aku ikut. oke?" pesan saya kepada alam.

"oke bos!" jawab alam tak paham. Tetap memanggil saya bos pulak.

Kami membersihkan karpet, menukar cadar, memasang cadar, mencuci tandas dan sebagainya. 

Saya keluar dari bilik 1003 untuk mengambil cadar baru. Berhadapan dengan kami ialah bilik 1001 yang kami sudah bersihkan. Saya terperasan kelibat orang di dalam bilik air. Sapa pulak jenis main-main dalam bilik air tengah-tengahari neh. 

Saya mengendap dan saya terdiam..

Pak Abu sedang mencuci dinding bilik air dan bersamanya ialah kain buruk dan liquid glass cleaner yang dipegang di tangan kiri. Beliau memberus mangkuk tandas sambil tak perasan saya ada di belakang.

Pak Abu berpaling.

"Nko tengok ni pi. Kerja, kalo tak ikhlas buat, macam nilah jadinya." Bebel Pak Abu sambil mencuci segala kotoran di atas cermin bilik air dan hatta di atas suis lampu dan tingkap luar tandas. 

"Ini, kalo buat guna otak, senang jer. Bukan susah." Bebel dia lagi, sambil tak berhenti menggonyoh dinding. 

Jantung saya seperti berhenti dan saya pelan-pelan mulai mencuci kepala paip serta menolong beliau membersihkan tandas dengan penuh hati-hati dan perasaan yang bercampur aduk.

Beliau selayaknya hanya duduk di bilik pejabat dan rilex sambil bilang duit masuk. Tapi dari sikap yang ditunjukkan itu, saya yakin, ianya adalah hasil pengalaman yang telah beliau alami dari muda sehingga membawa ke 'umur dewasa'. Saya seratus peratus menukar persepsi diri beliau kepada seorang yang perlu saya segani.

Cuci bilik air sendiri pun aku tak pernah. Inikan cuci tandas hotel?? subhanallah.. 

...

3 jam kemudian, para diplomat dari Libya telah tiba. Mereka sepertinya perangai orang Libya yang lain, asyik ada jer yang tak puas hati. Pak Abu dimarahi dengan begitu teruk kerana mereka tidak berpuas hati tentang layanan yang dikatakan tidak sepatutnya. Saya yang menonton perkara itu pun kadang-kadang merasa ingin menjawab tapi Pak Abu  mengisyaratkan supaya saya diam dan dengar sahaja. 

keluar dari bilik itu, hanya saya sahaja yang tahu apa Pak Abu sebut..

learns how to appreciate the effort and experience the difficulty and learn the ability to work with others to get thing done.


fuh. Artikel omputeh tu saya baca. 




saya tak pandai ambik gambar, cuma kelebihan saya, saya mempunyai model sejuta wajah.


poor


sejuta wajah 2


haji. haji. haji.


masjid jafali

Thursday, November 4, 2010

gambar sahaja

subaru2


waseem dan adik


waseem


mama dan naseem


subaru

makkah hujan lebat

jahanam lens...


thunder makkah3


thunder makkah2


makkah thunder

semalam, hujan lebat melanda makkah. Sangat lebat sehingga saya pun tersangkut dalam jem dan banjir yang agak menyeramkan. Menyeramkan kerana tahun lepas juga berlakunya hujan lebat di Jeddah yang mengorbankan banyak nyawa dan kereta tersadai di merata-rata tempat. 

Semasa berada di dalam hujan lebat, saya sangat-sangat menyesal kerana tidak membawa kamera bersama-sama. Di samping sesalan, saya juga rasa bersyukur kerana jika apa-apa terjadi, kamera saya akan selamat. Mujur saya membawa GMC, kereta besar yang boleh meredah setakat air tinggi lutut. 

Sambil kilat sabung-menyabung di dada langit, saya tidak sabar untuk pulang ke hotel AlWaleed Royal kerana saya membayangkan sesuatu di dalam fikiran saya. Anda tahu apa dia?

Iyer, gambar-gambar di atas adalah apa perkara yang saya fikirkan ketika itu. Serta merta perasaan takut pada kilat hilang akibat saya ingin mengejar perkara itu. 

Subhanallah, bertemankan sebatang payung (betul ke penggunaan sebatang?) dan juga lens tamron, saya snap gambar-gambar yang saya fikirkan agung. Banyak lagi kelemahan saya dan kekurangan. Tapi, tak apalah. saya abadikan juga gambaran fikiran saya ke dalam kamera cikai ini. ~ 

Sekian dulu. 

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...