pengikut-pengikut yang menawan

Monday, April 25, 2011

المشويات التركية (kedai makan turkey)

mashweeyyat turkey, Aziziah, Makkah.
terletak di Aziziah, Makkah.

terung goreng campur lada
Semua lauk ni saya tak beli. Saya tengok jer. 

ubi goreng celup tepung
Ini konpem ubi celup tepung.

bashameer
Antara makanan yang isteri saya boleh makan dan saya tak berapa boleh nak telan. Bashameer ni ada nak macam lasagna jugak. tapi tak letak cheese dan daging.

halawiyyat
Halawiyyat. Manisan yang arab suka.

kabab laham
Inilah masywiyyat. Jenis bakar-bakar.

Jam menunjukkan tepat jam 4 petang. Saya memecut kereta yang dah rabak akibat dilanggar tempohari dengan kelajuan yang tak lebih 70km/jam. Laju lah tu. Memandu di Highway Arafah. Walaupun had laju ialah 100km/jam, tapi saya memandu tak lebih dari itu. Ini kerana saya pemandu yang berhemah dan berwawasan. 

Terik mentari sangat tegar dirasakan walaupun di dalam kereta yang berhawa dingin. Oh, lupa tekan butang A/C rupanya. Patut blow angin jer. Ching Sea Ya betol! Saya menekan punat ac dan bukan ac mizal yer, lalu memandu secara perlahan-lahan dan berskala tetap dengan hembusan bayu laut tak kurang 33C saya rasa. Bayu pun takdak, laut pun takdak. Angin panas ada. Begitulah cuaca Makkah sekarang nih. Sudah menjelang panas dan akan terus meningkat..

Kelas dr Mish'al Ghaneem Zoufi AlMoutrafi akan bermula pada bila-bila masa. Saya sudah jangkakan yang beliau akan masuk apabila saya tiba kelak kerana itu tabiat beliau. Masuk awal dan bersembang dengan pelajar yang hadir awal. Walaupun kehadiran pelajar beliau tak tanda, tapi beliau tahu siapa yang ponteng dan siapa yang selalu datang lambat. Hebat.

Kelas Usul Fiqh masih belum bermula ketika saya sampai. Beliau sedang duduk sembang-sembang dengan beberapa kerat pelajar yang telah hadir.

Antara perkara menarik yang diusulkan beliau adalah mengenai 'uslub' berdakwah.

"Untuk berdakwah, jangan memutuskan hubungan dengan sangat berkeras dalam setiap perkara. Dengan berkeras, orang akan menjauhkan diri dari kita dah hasilnya, kita dibenci. "

"Suatu cerita yang ingin saya kongsikan dengan anda mengenai pengalaman saya sendiri ketika dalam perjalanan ke Masjidilharam bersama seorang teman yang sangat bersemangat dan masih berdarah muda dalam berdakwah. Ketika kami melalui satu lorong, kawan saya ternampak seorang lelaki berumur yang sedang asyik menghabiskan rokoknya sambil menyandar di dinding bangunan. Azan asar telah berkumandang menandakan masuknya waktu dari corong menara Masjidilharam. Lalu dia menegur lelaki itu tanpa salam, tanpa bertanya khabar dan terus menyergah si lelaki tersebut...

(bersambung) sebab saya malas nak habiskn.

ok. Ada permintaan. Saya sambung..

"Haram! Haram! Buang rokok tuh! Kamu tak malu ke dekat dengan masjid, dalam tanah haram berperangai begini?" Sergah kawan saya yang masih 'baru' lagi dalam bidang dakwah. Saya tak terkata apa-apa kerana tidak menyangka dia akan menegur sedemikian rupa!

Si lelaki itu, dengan selamba meneruskan hisapan rokoknya dan menghembuskan asap tepat ke depan muka kawan saya yang sangat 'rakus' berdakwah itu. Kemudian dia melemparkan rokok ke tanah dan memijaknya dengan selipar untuk mematikan api yang masih menyala seraya berkata :

"Wallahi, jika sekalipun merokok ini jatuh ke tahap kufur, aku takkan berhenti hisap rokok!" Lalu dia blah dari situ dengan muka yang amat merah padam menahan kemarahan..

Kawan saya semakin bingung dan berleter bersendirian serta beristighfar banyak kali mendengar perucapan tersebut. Saya menegur kawan saya dengan berkata sikapmu yang terlalu 'isti'jal' (tak sabar)membawa padah kepada si penerima. Kita nak menegur orang pun, kena ada hikmah. Bukan pakai tala gitu jer.. Kawan saya mengangguk lemah dan kami sama-sama menyambung perjalanan ke Masjidilharam yang berbaki tidak jauh dari pandangan kami.

"Lihat sahabat sekalian, hanya kerana teguran yang sangat kasar menyebabkan lelaki itu telah menukar prinsipnya sehingga jika jatuh ke tahap kufur sekalipun merokok itu, dia akan tetap menghisapnya dek kerana teguran rakan saya yang tidak kena pada tempatnya. Apa salahnya jika dia memberi salam, bertanyakan khabar atau sekadar menasihati dengan lemah lembut dan berhikmah? Itu lebih baik dari menegur secara langsung dan mengaibkannya di hadapan orang ramai."

Cerita kedua berlaku ketika kami dalam perjalanan dari Madinah untuk pulang ke Makkah. Ketika itu, kami mencari-cari taxi (prebet sapu) untuk membawa kami pulang dari Madinah ke Makkah. Ketika kami sedang ralit mencari, kelihatan seorang driver Badwi menegur kami :

..

Bersambung. Saya nak ke kelas.

oke, saya sambung cerita saya.

"Makkah! Makkah! Makkah!" Jerit driver Badwi itu kepada kami. Kebiasaan perokok, dia akan hulurkan tangan ke luar tingkap. Maka si kawan saya yang 'rakus' berdakwah ini melihat rokok di tangan si pemandu terus menegur :

"Aku memang nak ke Makkah, tapi aku takmo pergi dengan orang yang merokok"

Ringkas tapi padat.

Anda tahu apa jawab si pemandu itu?

"Wallahi, aku takkan padamkan api rokok ini sampai aku tiba di Makkah dari Madinah. Jika mati rokok ini, aku akan sambung yang lain!" Dia meneruskan perjalanan mencari pelanggan yang lain untuk dibawa ke Makkah.

Sekali lagi, rakan saya sangat 'cepat' dalam bertindak. Dia telah membawa masalah biasa kepada satu perkara yang luar biasa dan sangat berat. Jika dia bersabar dan berhikmah dalam menegur, mungkin intipati itu akan sampai kepada si pendengar.

Jadi pesanan saya kepada anda wahai sahabat2ku, hendaklah berpesan-pesan perkara kebaikan dengan penuh kesabaran dan hikmah. Gunakan uslub yang bijak dan akan mendekatkan diri kita kepada pendengar dan bukannya menjauhkan diri.

sekian. saya nak tidor.

9 comments:

Anonymous said...

sambungla cepat ustaz...!best nak baca ni =)

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ah panggil aku ustaz pulak. ponteng kelas kang baru tau! hahahah

geraugebang said...

bila nak sambung da...Ok la...biar kak gerau masak dulu...nanti sambung

Ghazali B Abd Aziz said...

Eh apa kena mengena cite tuh ngan Kedai Makanan Turkey?

kucingorengemok said...

nak kurung je orang hisap rokok dalam satu kampung, hisap la kau kat situ puas²... (saya pun tak sabar ni)

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

huhu.. mujur dia buang ke tanah, kalo di tepek ke idung, ha bocor jawabnye

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mama seronok tengok gambar2 makanan turkey tu :))

cik sitinurul said...

betul, (asik setuju aje aku nih..). walau 'seniat baik' mane pon sesuatu teguran itu, kalao disertai dgn cara kasar ditambah lagi mengaibkan, akan lagi memburukkan keadaan. Saya sgt setuju dgn nasihat ustaz Lutfi ttg cara dakwah/teguran yg berhikmah. Lebih mesra di telinga, lebih melekat dihati.. InsyaAllah. :)

taj said...

Salam Pi....


kali kompom mung mmg ustad....

syabas...suka:)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...