![]() |
| Burj Al Bait masih lagi dalam pembinaan. |
![]() |
| The whole world stops and stares for awhile |
![]() |
| 'ssebih' (bahasa terengganu 101 yang bermaksud tasbih). |
![]() |
| adik berdiri di tepi dinding. |
![]() |
| di belakang adik, ada sticker yang tertampal surah al-ikhlas. siapa yang membacanya 10 setiap hari Allah akan menyiapkan baginya rumah di syurga. Itu sticker tu tulislah. betul ke salah, wallahualam. |
Saya sambung review kembali.
Letih dengan isu yang banyak sangat nak review sekarang. Isu bersumpah dato' sk, isu zamihan mat zin alghari, isu sudais, isu wahabi, isu politik, isu gondol rambut, isu tu, isu nih. Banyak kan isu negara di negara kita. Namun, rakyat kini sudah matang dan tenteram dalam memilih perkara kebenaran. Berita alternatif boleh didapati dengan begitu cepat sekarang. Itulah kuasa facebook dan blogger. Juga tak ketinggalan twitter.
Sambung kembali review yang lepas. Blog ketiga pilihan saya ialah :
Belog ini boleh dikatakan antara belog-belog baru kunjungan saya. Seingat saya bermula dari akhir tahun lepas, saya mula mengadakan lawatan secara tak kena bayaran ke belog ini. Kemudian ada menyertai contest tentang mengapa saya berbelog di belog beliau dan akhirnya kami pernah berkomunikasi suara suatu masa dahulu. Hehehe. Tak gitu denaihati? hehehe. tapi takde jodoh, tak juga bertemu. Insya allah suatu hari nanti kita jumpa!
Juga boleh dikatakan antara belog menarik kerana sentiasa update dan terkini dengan isu-isu semasa serta tak kurang juga banyak mengajar saya tentang selok-belok cara untuk berbelog dengan jaya. Semua benda dalam dunia ini memerlukan ilmu untuk berjaya. Kalau ranggoh (bahasa terengganu 101 yang bermaksud main langgar jer) maka, kita takkan ke mana. Banyak juga tips-tips menarik yang dapat saya belajar dari sini. Paling penting, ada isu terkini yang dikupas di sini! Tahniah denaihati atas kesungguhan anda menghasilkan belog yang amat best ini.
Cahayaku adalah nama yang diambil sempena nama makcik saya. Pn. Chahaya bt Abd Manan. Beliau tinggal di Cheras, Kuala Lumpur. Belog ini akan menerima kunjungan saya hari-hari kerana ingin memantau belog beliau yang telah saya asaskan sejak beberapa bulan yang lepas. Sebenarnya tak sampai sebulan lagi kot? Alhamdulillah. Peningkatan demi peningkatan telah berlaku dan ada perkembangan dari segi penulisan artikel dan grafik. Kini ia dibantu oleh sahabat saya En R (Roshidi Abu Bakar, bukan nama sebenar) yang telah bekerja keras untuk menaikkan sistem cahayaku di Malaysia dan insya allah akan dikembangkan ke peringkat antarabangsa nanti. Selain itu, makcik saya sangat suka bercakap. Beliau juga mempunyai kemahiran menulis sepertimana beliau bercakap. hahaha. Belog ini mengisahkan bagaimana beliau mendapat ilham untuk mengetengahkan cara membaca dengan cepat kepada kanak-kanak kurang upaya seperti sindromdown, dislexia, autism, dan lembam. Apatah lagi anak-anak yang takde masalah apa-apa. Kisah bagaimana beliau dan pakcik saya berusaha dari bawah sehingga kini dikurniakan Allah sedikit rezeki dalam bidang ini. Melalui sistem cahayaku, anak-anak Insya allah boleh membaca dengan cepat dan paling penting, cara didikan anak-anak itu yang telah diserapkan dengan didikan akhlak dan tauhid mengEsakan Allah. Di mana nak dapat? anda sendiri boleh reviewnya di cahayaku.
Seperti yang pernah saya katakan di atas, saya suka sesuatu belog yang uptodate. Blog yang memberikan banyak input berguna dan maklumat yang amat diperlukan oleh seseorang pelayar ataupun pembaca. Paling best jika ia sangat terkini dengan isu semasa dan isu panas negara. Memang best untuk kita layari dan hayati.
Mr Joe saya kenali melalui beberapa komen beliau yang sangat rajin mengomen. Last skali, bila terbuka belog beliau, wah! saya merasakan rugi jika saya tak jengok hari-hari! Ini kerana beliau sangat kreatif dalam menyampaikan sesuatu perkara seperti menggunakan pendekatan komik, lukisan dan point-point yang digunakan memberikan manfaat.
Selamat melihat belog-belog di atas.
Ada lagi banyak belog-belog lain yang saya rasakan bagus untuk saya review, tapi dah denaihati.com mintak 5 jer, takkan rajin-rajin nak pergi tambah sampai 23 pulak. Kerja sekolah pun tak rajin macam nih. hahahaha!
Akhir kalam, selamat mempelajari ilmu agama sebagai benteng pertahanan kita di saat umat semakin gundah-gulana kini!
Follow @USERNAME





5 comments:
Salam Lotfi (sori sblm ni dok eja Lutfi),
Belog Na5wa ni dah jd batu loncatan saya meng'explore' belog2 lain..jika ada apdet:
1. Belog Uncle
2. PDKM
3. HjArshad
4. lain-lain (jika tajuk menarik)
buah ssebihh
huhu.. saya suka ayat terakhir ;)
Assalammualaikom wtb yg ukti. Khaifahaluka? Lama tak ke blog akak. Semoga sihat ye...
Comel semua picture baby yang akak uplode tu.
So...jumpe lagi di lain siaran.
JazakaAllah
fofuler tewww.. ehehe
Post a Comment