Saya sedang melawat-lawat belog denaihati.com maka saya dapati satu perkara yang menarik utk saya review iaitu '5 blog paling kerap dilawati' oleh saya. Hehe.
Oke, berikut saya nyatakan.
Saya akan pergi ke senarai belog list saya di sebelah kanan ini dan belog pertama yang akan saya lihat adalah belog hilangpunca.com. Entah kenapa, memang artikel dalam belog itu sangat menarik hati. Sering tertawa sendirian dan sangat ceria apabila membaca cerita-cerita comel oleh Pipiyapong @ Firdaus Abdillah bin Hamzah. Saya akan sentiasa menanti updet daripadanya sehingga kadang-kadang dah tak sabar sangat, saya akan msg jer sepatah kepada dia supaya updet belognya. Kami pernah hampir ingin bertemu di KL semasa cuti baru-baru ini cuma saya amat sibuk dengan perkara passport dan visa menyebabkan kami menangguh perjumpaan. Belog yang telah saya ikuti sejak 2 tahun lepas dan sehingga kini tak pernah jemu saya ikutinya. Cuma beliau kini agak sibuk dengan perniagaan barunya iaitu menjual burger di ibukota. Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, bolehlah berjumpa dengannya di samping membeli burger, sampaikan salam saya kepadanya. Dia insya allah kenal saya.
Ini adalah belog kedua yang akan saya singgah apabila mendapat updet daripadanya. Seorang jejaka muda yang berambut hitam dan tak ada putih langsung. Sangat kurus dan sangat tough jika dilihat dari kaca mata seorang budak kecil, beliau adalah uncle merangkap ketua penyamun yang suatu masa dahulu pernah bekerja di Kota Suci Makkah di bidang F&B Hotel Safwah Royale Orchid. Kami pernah bersama-sama menghabiskan masa berkongsi pengalaman dan pengetahuan (walaupun dia yang banyak bercerita sebenarnya) di Felda Dsaji ataupun di lobi hotelnya. Seorang yang sangat peramah dan kuat bercerita sepertimana dia menulis di dalam belognya. Dari apa yang diutarakan di dalam belog, memberikan inspirasi kepada saya dalam membentuk jati diri dan sahsiah serta mempelajari tatacara kehidupan dalam bermasyarakat. Menarik bukan? dengan belog sahaja, anda boleh menarik orang lain supaya membina jatidiri sendiri. Hebat. Hebat.
saya tak dapat sambung review saya kerana terbantut dek membaca satu artikel oleh Syed Mu'az Syed Putra mengenai Imam besar MasjidilHaram bawa WAHABI ke Malaysia yang disyaki oleh Ustaz Zamihan Mat Zin.
Artikel lanjut sila layari The Malaysian Insider.
Ni apa pasal pulak? Saya malas nak komen panjang, biarlah pembaca sendiri yang menjadi pemerhati dan memberikan penilaian. Mengapa dan mengapa. Ia bagi saya telah mencemar nama baik JAKIM itu sendiri. Tolong baca komen-komen orang di bawah juga ya. Terima kasih.

8 comments:
kita srupaa.. suka amat hilangpunca.com ;)))
blogger fofuler tewww.. uhuhu
Lutfi.. ada masa kalu boleh tulisla sikit pasal Wahabi...apa yg betul/takbetul nya... heran jugak di M'sia ni bila sebut Wahabi maka disebut sbg ssuatu yg negative... di sini kat tak betul, tapi bila pi Makkah, berimamkan Wahabi bila smayang... fening2...
o o
dan aku plak.
ini adalah blog pertama yang aku lawat. hehhehe.
sebab aku jeles ko tinggal kat Mekah. uhhuhu
Salam Pi....
betul ke baca blog uncle? Ok nanti Uncle belanja sushi.....aunty bikin....special untuk Pi and the gang!!!! Hahahahahah anyway, thanks to you for reading all my cerita merapu!!!!
khairul, en_me :
hohoho.. memanglahhh..
ma yusuf :
susah nak terangkan pasal wahabi. saya sendiri masih terumbang ambing dalam mengambil keputusan yang tepat sebenarnya. walaupun saya seolah sudah ada jatidiri sendiri. insya allah saya akan usahakan suatu hari nanti.
kak ton :
ooooo
iyda :
haha. janganlah jeles kat aku..
uncle :
betul. itulah yang memberi semangat. ya. merapu itu yg bagi semangat pada kami. hehe. teruskan!
tu lah kalau ada masa boleh Lutpi kongsi sikit2... pasal ramai org nak bercakap/percaya benda yg dia sendiri pon tak reti.. dok ikut2 cakap org lain yg tak reti mcm dia jugak...
Post a Comment