![]() |
| tempat kejadian. eksideng blanggor. |
gambar2 di atas adalah gambar yang saya ambil ketika malam kejadian. Kejadian di mana nyawa saya anak-beranak nyaris diragut jika susur masuk ke ATM ini masih lagi jauh. Alkisahnya saya memandu dengan agak laju di lorong sebelah kanan bersebelahan dengan bas. Tiba-tiba muncul encik kereta corolla dengan takde bagi isyarat, terus terjah nak masuk ke kanan, lorong ATM ini. Saya yang menekan brek serta merta rupanya tak berupaya menahan kereta saya dari melanggari encik corolla dengan kuat dari sebelah tepi dan terus membalas masuk ke dalam lorong ini dengan jayanya. Encik corolla tak dapat mengimbang kereta, lalu terbabas melanggar divider yang berada betul2 di tengah-tengah gambar ini. Rabak kereta comel dia. Dia pun keluar dengan keadaan sakit-sakit dan macam dah nak mati. Kalo mati pun saya tak berapa nak kesah. Elok juga, boleh makan nasi 'hamboos'. Paling kurang boleh minum teh di majlis kematian dia.
Alhamdulillah, pujian sentiasa dipanjatkan kepada Allah kerana masih memelihara saya dan keluarga. Mujurnya Nawi, duan, dayat dan azmi ada di belakang mengekori saya. Mereka bertindak sebagai saksi dan jurucakap saya. Naseem juga berada bersama2 mereka.
Terima kasih kepada Pok Loh yang sudi datang, saudara mara dan Adil selaku hero last minit. Takdelah saya rasa keseorangan sangat.
Keluar dari pintu kereta, saya pastikan najwa dan waseem tak apa2. Waseem dengan penuh tandatanya bertanyakan saya :
"Leh baba langgor dia? Sian dia." (kenapa baba langgar dia? sian dia)
Saya mengisyaratkan kepada waseem supaya diam dan jangan banyak cakap. Orang masih dalam keadaan bingung nih.
Kami eksiden pukul 5 ptg, polis yang bakal mengambil report datang pada pukul 9 malam. Eh! sekejap jer tunggu. Mana ada lama.
Hikmah di sebalik kelambatan polis ialah kami berbaik-baik selepas bergaduh panjang dengan si lelaki dan keluarga dia. Habis cerita. Brrok brek, brok brek, saya kena bayar sr1500 sebab dikira macam kesalahan saya dan nak tutup cerita. Apa nak buat? ini negara dia. Saya akur dan nasib baik duit ada cash dalam wallet. Bagi jerlah. Panjang cerita pun, takkan nak menang saya. Mubtada' khabar pun bertukar lagi, ada hati nak lawan di court? Hasbiyallahu wa ni'mal wakeel.
Begitulah cerita saya. tamat. Ini kali ke5 saya eksiden. Wallahualam.
Follow @USERNAME




8 comments:
salam pi
awat jd mcm nie..
Salam Pi....
takpe...biarlah apa yg tlh berlaku...yg ptg,,, kamu anak beranak selamat...
dan juge ptg,,,,kamu masih boleh makan nasi mandi ngan sheikh tu...
dan ptg juge,,, kamu masih boleh update lg wlpun mood mung takdok...
apa2pun..........syukur, sabar dan redho....hepi2 kan hatimu...hehe
masa kak duk update komen ni...pasti kamu duk mimpi lagi....wakaka[harap mimpi indah le]
Syukurlah selamat semuanya.Riyal yg melayang tu lain cerita..Insyaallah ada rezeki lain nanti..yg penting tak ada cacat luka..cukuplah..semuanya ada hikmah tu..mudah-mudahan sentiasa dilindungi Allah.
pi,
kete kena mandi bunga.ak rasa la :)
hmm..itu adalah dunia belaka..dan ujian atas dunia.pendek kata sabar byk..
Salam,
saya jalan-jalan di alam maya
saya tiba di sini
lama saya di sini
kalau boleh ingin berlama-lama lagi
belog ini sangat menarik
;-)
Salam
Alhamdulillah... selamat sekeluarga... hati2 bawak kereta... InsyaAllah... ada hikmah disebalik kejadian...
Salam Pi,
Syukur byk2, tu kan dh dpt ganti riyalnye.. Hati2 d jln raya..
Cikgu rozi
betul tuh, "Hasbiyallahu wa ni'mal wakeel".
Hati Hati di jalan raya. :P
Post a Comment