pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, May 7, 2011

Ada ke cara nak khusyuk dalam solat?

Safwah Royale Orchid Hotel, Makkah.
Safwah Royale Orchid Hotel, Makkah - Kaabah View.

Saya bukan orang alim. Bukan orang usrah-usrah. Bukan ulama. Bukan orang berpendidikan tinggi. Tapi bila orang tanya macam mana nak khusyuk solat, jawapan saya ialah dengan berpikir, solat yang kita lakukan itu adalah yang terakhir sebelum nyawa kita dicabut Allah Taala. Perkara itu tak mustahil bukan? Jadi, ada sebab lagi ke untuk kita berfikir macam-macam perkara dalam solat? fesbuk, twitter, blogspot, myspace, friendster, wordpress, youtube, vimeo dan lain-lain, biarlah lepas solat. 

Semoga dengan jawapan ringkas hasil pengalaman saya ini, dapat membantu anda menunaikan solat dengan hampir sempurna. Tak puas hati, pergi jumpa ustaz-ustaz anda lah pula. 

Mood : ustaz-ustaz. 

7 comments:

mama ju, said...

Assalamualaikum anakanda,

Terimakasih atas nasihat. Walau siapa yg bercakap asal baik kita ambil buat ingatan. Kdg2 lagi tua lagi byk lalai!
Tkasih, mama bloglist expresiruang tu.

Kekanda dr Kelantan said...

Terima kasih, ustaz. Saya memang salah seorg yg mencari2 cara utk khusyuk dlm solat. Barakallahufeek.

~CaHaYa KeMuLiaANkU~ said...

Mungkin cara khusyuk ialah dengan meninggalkan maksiat dan salah satu daripada maksiat ialah mendengarkan muzik.

Seperti mana Imam Syafi'i pernah mengadu kepada Waki' tentang buruknya hafalan beliau, dan Waki' menunjukkan kepada beliau untuk meninggalkan maksiat..

Dan juga perkataan Ibnul Qayyim bahawasanya Al-Quran dan nyanyian selamanya tidak mungkin bersatu dalam satu hati..

Jadi mana mungkin kita dapat khusyu' mengalunkan ayat AlQuran di dalam solat sekiranya hati kita sudah sebati dengan muzik..

Wallahu a'lam.

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

ngeee.. :)

azmietaha said...

Rasa dah kusyu' dah tapi...kadang-kadang ada juga fb melintas depan mata ketika solat...

-hish lemah sungguh iman.

Aimi Syahirah :) said...

LIKE! :')
Tu antara cara yang terbaik dan berkesan.

PS. Brooo! I've bought Nikonnn :DD Nanti boleh tunjuk ajaaa. Tau!

Anna Farhana.. said...

tu la cara terbaik utk rasa takut utk meninggalkan solat.:D
Menetap di mekah?Cikgu akan ke sana 26 may nanti insyaallah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...