
Feqah adalah satu ilmu yang memerlukan penelitian dan pemerhatian yang mendalam. Sebarang dalil dari nas perlu difahami dan dihuraikan dengan tepat agar related dengan hukum yang bakal dikeluarkan dalam masalah-masalah feqah ini.
Di Umm AlQura univ, kami mempelajari subjek feqah bersama dr. Ghazi Saeid Hamood alMutrafi. Seorang dr yang sangat syadid dan sangat teliti dalam permasalahan yang melibatkan sebarang hukum hakam.
Kami mempelajari kitab Roudul Murbe' syarah Zadul Mustaqnea'. Sebuah kitab feqah dalam mazhab Hanbali. Suatu kitab yang agak susah huraiannya dan perkataan yang digunakan. Sememangnya memerlukan seorang guru yang pakar dalam mengeluarkan isi yang terkandung di dalam kitab itu.
Setiap hari sabtu, kami akan mempelajari subjek Usul Fiqh oleh Dr. Mish'al kemudian Dr. Ghazi akan mengajar subjek Hadis dan seterusnya Feqah ini. Akhir sekali adalah subjek Lughah Arabiah oleh Dr. yang didatangkan khas dari Mesir tapi saya lupa pulak nama dia.
Di dalam Subjek Feqah, kami sebelum ini mempelajari kitab Buyu'. Bab jualbeli kata orang melayu. Pelbagai permasalahan mengenai pinjaman, penyewaan, gadaian, pertukaran wang, hak-milik, riba, leptop, ipad2 dan sebagainya telah diperbincangkan sehingga tiba hari ini di mana Dr. Ghazi telah menukar tajuk seterusnya iaitu Kitab Nikah. Selesai sahaja Dr Mish'al keluar, Dr. Ghazi masuk ke kelas dan meminta seorang pelajar iaitu Soleh Bouti untuk membacakan kitab Hadis Sohih Muslim jilid 17-18 Bab doa sebelum tidur.. Yerlah. Subjek pertama kan usul fiqh, kemudian hadis, pastu feqah dan last skali lughah arabiah.
Dia yang bersemangat terus membaca :
"bismillah.. blablbalablaa.. Telah berkata sheikh rahimahumullah.. Bab Nikah. Lughatan Annikah.. blablablablabala..." Abis satu perenggan.
Ini pertama kali saya lihat Dr. Ghazi ketawa sungguh-sungguh. Sampai dia bukak spek mata dan lap air mata yang keluar.
Si Soleh Bouti boleh tak perasan Subjek Feqah dengan Hadis adalah suatu yang berbeza. Inilah akibatnya terlalu seronok sangat nak belajar bab nikah. Haih. Budak-budak zaman sekarang.
Rumusannya, ini kali pertama juga saya rasa tak mengantuk langsung semasa mempelajari Subjek Feqah dan boleh memahami dengan penuh kefahaman. Kenapa selama ni tak paham ha?
6 comments:
seronok ye dok kat sana,.. i follow you
haha... adoila pi....
bukan belajar mazhab Wahabi ke Pi? takut nanti ada org tak bagi balik Mesia kang....
belajarlah Pi selagi mampu dan berdaya...itu ilmu tu Pi.....balik nanti boleh ajar kat Uncle...errr, pree boleh?
macam tu lah : hehehe. alhamdulillah.. nanti i follow u.
bob : nok wat ganer.. madah fiqh jadi sedap lenim. hahaha
ma : takpe. tak payah balik terus. hahaahhaa
ankel : ini ilmu kita kena pekena kat pelita. boleh jer free.. hahahaha
hehe.. hebat hebaaat.. hehehehe
Post a Comment