4:48pm.
Tiba msg dari Mad Cenok..
"Aku d jamiah dh."
Oh.. Mad cenok sudah ada di jamiah. Tapi utk apa? bisik saya sendirian. Saya menggonyoh ( bahasa Terengganu 101 yang bermaksud gosok dengan agak kuat) mata yang tak berapa nak dapat celik. Almaklumlah, hari ni bangun pagi sebab pergi cari bahan assignment di Institute of Scientific Research & Revival of Islamic Culture. Borong 8 kitab terus hari ni dah alang-alang susah sangat nak jumpa. Apabila kembali ke rumah, saya yang keletihan menaip assignment, terus tidur terbungkam dan tak berapa nak sedar diri. Waseem ke, Naseem ke, mak Naseem ke, dah tak berapa letak dalam otak. Mata sangat mengantuk. Terus terlelap dan takde mimpi apa2 petunjuk pon. Yerlah, exam Feqah esok. Bukan hari ini. Silibes untuk subjek feqah amat banyak. Dari bab Riba, Gadaian, Pinjaman, down payment, installment, up payment, cimb, ocbc, muamalat, wadiah, mudharabah, mudohbangun dan sebagainya lagi. Banyak! Memang tak sempat nak hafal segala dalil dan sebab, serta pendapat dari imam 4 mazhab termasuk qaul yang dipilih oleh Imam Ahmad Hanbal itu sendiri.
Saya kembali menyambung tidur yang terganggu oleh msg itu tadi...
....
Saya celik mata dan melihat kembali msg tadi.
Apa yang tak kena dengan msg nih? kenapa mad cenok pergi skolah hari ni?
Saya cuba telefon mad cenok.
"Apa hal mung msg aku? mung buat gapo di jamiah ssore?" (ada apa msg saya? apa yang awak buat di univ sorang-sorang?)
"Aku mari nok perekso lah. Mung nok mari bilo?" (saya datang sebab nak exam lah. Awak bila nak datang?)
"Perekso gaponyo hari nim. Esok key kito perekso feqoh. Hari ni hari sabtu." Jawab saya lagi.
"Haiihh!! Mung kabar ke dop nim? pekso hari nilah. bukey esok!" (haih. awak sedar ke tidak ni? exam hari nilah, bukan esok.)
Serta-merta saya jadi besar kepala ibarat seperti dibius di kepala sebanyak 7 kali!
Apa neh! baca buku pun tak habis lagi! Apa yang saya baca semalam pun tak ingat2 lagi. Terus saya tak gosok gigi sambil berlari start kereta dan menuju ke Universiti. Exam dijadualkan bermula jam 7 malam nanti. Lagi 2 jam!
Sambil membawa kereta, saya belek ipad. Di dalamnya ada nota-nota peperiksaan. Saya belek sehelai-sehelai. Ia amat bahaya, tapi kerana desakan, saya terpaksa lakukannya. Sambil mata terus mengawasi kenderaan di hadapan. Tapi, dah nama last minit, apakan daya, otak sudah dijadualkan untuk tidak menerima apa-apa maklumat lagi. Ingatan saya melayang kepada perkara lain..
...
Kita kembali ke hari semalam.
Saya memarkirkan kereta di Mahbas Jin. Satu kawasan parking kereta yang agak luas dan mengunjur menuju ke terowong Mina dan bersambung sehingga ke MasjidilHaram di sebelah Bab As Salam.
Saya membawa bersama-sama ipad dan kitab utk exam saya konon-konon nak baca buku dalam masjid sambil beriktikaf.
Saya tahan teksi dan dia bawak saya menuju ke Masjid. Tak jauh pun, kira-kira sepelaung sahaja. Cuma parking kereta susah sikit. Kalaupun ada, mahal. Paling murah SR10 sejam! Sesampainya saya di hadapan pintu istana di sebelah Bab Ajyad, saya turun dan melintasi pagar istana. Kelihatan seorang lelaki tua indonesia sedang bercakap-cakap dengan askar istana yang memakai topi hijau.
"Hebat orang tua ni, boleh ajak askar bersembang. Mungkin sedang ajar arab tu bahasa indonesia kot?" Bisik saya sendirian sambil berlalu melintasi mereka berdua. ipad dan kitab, saya pegang kemas di celah lengan sasa saya.
"Ta'aal." Abang askar yang ada misai tu panggil saya.
Apa kejadahnya pulak panggil saya. Sembang bertiga dahlah. Janganlah babitkan kisah saya pulak dalam episod ni. Saya kembali ke tapak perbualan mereka sebab askar tu panggil. Di pinggang dia kemas terselit Custom AK-47, jenis semi-auto rifle, caliber 7.62x39. Harga kalau tak silap saya lebih kurang $899. Order online pun boleh tapi make sure anda ada lesen ah. Sebab itu saya kembali semula. Kalo takde makhluk Allah tu di pinggang dia, saya boleh konsider nak buat sombong lagi.
"Indonisi?" Soalan biasa yang akan keluar bila tengok muka jenis jawa datang. Saya masih lagi berbangga dengan saya seorang malaysia menggeleng dan berkata "malizi".
"Hang tulong tengok pakcik ni, apa dia nak. Aku dah letih nak menjawab." Abang misai tu merayu mintak tolong. Saya tersenyum dan melihat name tag pakcik tu.
Ibrahim Lani.
Sembang punya sembang, goreng punya goreng rupanya dia sesat. Dia bawak selipar jepun di tangan. Bila saya tanya kenapa bawak selipar nih, dia marah-marah dalam bahasa sumatera barat. Rupanya apa yang saya paham, kawan dia tertinggal selipar, yang dia ni pulak jenis rajin nak menolong kawan, pergi masuk semula masjid dan tolong ambilkan, tapi last-last, kawan tinggal dia dan dia dah hilang punca tak tahu nak balik ke hotel di mana.
Di tangannya ada sekeping kertas yang tertulis "
-Hotel movenpick 9041
"Oh. Hotel ni senang aja pak. Bapak ikut saya. Saya udah tau dimana. Jangan khuatir pak. Saya di sini bisa bantu bapak." Speaking pun dah macam lahir dari Jakarta.
Kami berjalan menyusur dataran Masjidilharam menuju ke menara The Royal Clock Tower yang merupakan bangunan paling tinggi di Kota Makkah.
Sesampainya di Hotel Movenpick, saya menggunakan segala kepandaian saya dalam ilmu perhotelan selama ini hasil pengalaman saya bekerja bersama Tabung Haji Travel & Services (THTS) dan Pak Abu untuk memasuki hotel tanpa dicurigakan oleh pekerja atau jaga hotel.
Kami terus menuju ke lif. Saya masih ingat lagi hotel ini. Kira-kira tahun lepas, Dato' Sri Jamil Khir ada datang untuk tujuan melihat-lihat hotel ini dan saya bertugas selaku jurufoto rasmi bagi Tabung Haji ketika itu. Cantik hotel ini. Memang betul-betul 5 star dan di tingkat atasnya ada musolla yang memandang terus ke Kaabah as Shareef. Tingkat berapa, saya dah lupa. Tapi yang pastinya hanya kami bertiga yang dibenarkan naik. Saya, Dato' sri dan Datuk Ismee Ismail yang merupakan CEO Tabung Haji kerana itu adalah tingkat Royal Suite dan masih belum dibuka pada umum. Padanlah dengan royal suite, lukisan pun diimport dari England. Kurang-kurang mesti lebih mahal dari kamera saya.
Sesampainya di tingkat 9, saya menjenguk nombor bilik. 9041..
9041..
Eh! Mana ada nombor 9041. Nombor di sini hanya 941 sahaja!
Kami pusing-pusing dan ternyata, tak ada. Bapak Ibrahim macam yakin, pergi ketuk pintu bilik 941. Ini katanya, bilik dia.
Saya hanya diam dan menunggu. Jika benar, alhamdulillah, kalau salah pun, mintak maaf jerlah.
Rupanya salah bilik. Arab Jordan yang besar dan tegap membuka pintu. Saya cepat-cepat minta maaf dan tarik tangan bapak Ibrahim berlalu kembali ke lif.
"Rupanya seperti teman aku. Tapi kenapa besar sekali badannya?" Tanya bapak Ibrahim kepada saya sambil tangannya masih memegang dinding lif takut jatuh.
aaa... Takpe. Saya hanya diam dan menganggukkan kepala. Tak lupa juga saya senyum. Dah pangkat datuk saya dia nih. Umor dah 70 tahun.
Kami keluar dari Hotel Movenpick dan saya membawa dia ke Grand Zamzam pula. Mujurnya lobi hotel-hotel tersebut terletak di aras yang sama. Hotel ini suatu masa dahulu juga saya pernah main-main ketika bekerja dengan THTS. Ada beberapa kenalan saya di dalam. Saya bertanyakan mereka, juga jawapan yang diterima adalah sama. Di sini tak ada bilik 9041 dan juga tak ada travel yang menggunakan nama Intan Salsabila. Oke, baik. Saya terus menelefon ke Indonesia, mengambil nombor dari tag nama bapak Ibrahim. Seorang wanita yang merupakan pengarah urusan Travel Intan Salsabila itu sendiri. Dia memohon maaf dan akan mengarahkan seorang mutawif mereka datang mengambil bapak Ibrahim itu sendiri.
Ketika saya mengkhabarkan perkara itu kepada Bapak Ibrahim Lani, dia memegang tangan saya dan dia minta saya tunggu dia dan jangan pergi lagi. Saya sangat terharu dan fikiran melayang teringatkan ayah di kampung.
"Jangan bimbang bapak. Aku ada di sini. Aku akan tunggu mu sahingga datang mutowif itu."
Bapak Ibrahim berbisik perlahan kepada saya bahawa ini adalah kali pertama dia datang ke Makkah. Setelah berpenat lelah, dia tak mampu untuk datang Haji kerana umur yang dibenarkan hanyalah 65 tahun. Maka dia hanya boleh datang umrah kerana untuk peluang haji, dia sudah tidak mungkin lagi.. Alhamdulillah, bisiknya lagi. Diketemukan dengan anak yang baik ini.. Semoga anak akan berjaya di dunia dan di akhirat. Satu doa yang saya akan simpan sampai bila-bila di ingatan. Paling menyedihkan apabila melihat riak wajahnya yang sangat menyentuh perasaan. Layak seorang ayah yang terasing dan tak ingin ditinggalkan sendirian.
Saya memegang tangannya dan menggosok perlahan. Bisik saya, insya allah, jika ditakdirkan Allah, nanti kita jumpa lagi..
Lantas dihulurkan duit bermatawang indonesia kepada saya. Saya sangat-sangat menolak, tapi sebab dia berkeras dan katanya haram jika saya tak ambik, saya mengalah.. Duit itu akan menjadi kenangan saya dan bapak Ibrahim Lani.
...
Saya masih di dalam kereta ketika sampai di hadapan universiti. Otak saya sangat bercelaru dan satu perasaan kesal melanda di hati. Kenapalah saya boleh tidak perasan yang hari ni sebenarnya peperiksaan feqah bakal berlangsung??
Saya sangat ingin menangis mengenangkan saya tidak membaca nota dan buku sehingga habis. Saya pasrah dan saya letakkan tawakal segalanya kepada Allah. Pelan-pelan tangan saya menghantar msg kepada mak di kampung untuk doakan saya agar berjaya menjawab exam.
"Insya allah" jawab emak ringkas tapi padat.
...
9 malam, saya keluar dari dewan peperiksaan. Hmm.. Bolehlah..
Follow @USERNAME








25 comments:
Wah.. cerita yang sangat menarik dan mempunyai kronologi yg tersusun. Boleh buat novel lah encik Lutpi ni!
anda telah membuatkan saya membaca cerita ini sebanyak 4 kali. kakakakaka.. terima kasih. novel?? hahahahahhahahaah.. nanti siap buku pertama dulu. baru pikir.. insya allah!
anakanda lutfi sangat budiman orangnya...insyaAllah, bakal lulus dengan cemerlang..:))
maqosid enta menulis cerita ni pasti Allah saja yang layak membalasnya . dan saya yakin , Allah maha kaya .Ameen .
kenapalah mata ni rasa bergenang jer bila baca kisah ni...
Kalau ada gambo Pak Ibrahim lagi best..hehhehe
Handsome Mad Cenok ni...
Salam Pi...
akak terharu.......moga Allah merahmatimu dik...
yelarrr....amat hensem model kali ini...hehehe[kim slm]
mm... :( ... ... ...
bro lutfi..sy memg terharu bc cerita ni kali ni..menolong org menyampaikan hajat, ada ganjaran di sisi Allah..apatah lagi di tanah suci, dan lagi, pak Ibrahim tu dah doakn lagi..moga result exam bro cemerlang hendaknye..:)
Anonymous said...
Handsome Mad Cenok ni...
hahhahaha... tadi masa tengok gamba tu terasa jugak nak tulis benda yg sama...
kena buat blog post pasal model handsome tu ni..cerita sikit pasal dia.
saham dia sudah naik mendadak.
hahahahahah!! saham mad cenok dah naik!!! hahhaa.. oke, nanti saya buat siri khas utk dia!
Cerita atas cerita. Dah macam Inception-lah pulok. Pergh!
hohohoho,,, buat pening orang baca jer.
ala..sedih.
ingat cerita orang sesat di mekah/madinah memang sedih. sebab mereka akan betul2 hilang arah.
tahniah encik lutfi. semoga allah membalas jasa anda.
*haritu ingat nak jumpa waseem dan naseem, tapi anda balik t'ganu semasa saya ke tanah suci*
tulis lagi. i like. :D
Jom berpiket ramai-ramai sampai dia tulis pasal Mad Cenok:
"Kami mahu artikel pasai MAD CENOK!!"
SOKONG!!
sambil pegang sepanduk WE WANT MAD CENOK!! WE WANT MAD CENOK!!
Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan,Bittaufiqwannajah,Insyaallah.
Muke mad cenok cam muke ustaz Aziz abadullah....Orng ganu gak...Adek bradik ka??huhuh
InsyaAllah...lulus cemerlang...awak tolong orang, Allah tolong awak...tapi memang akak gelak beriya-iya baca cerita ko kat atas tu dik...
wah cikgu pinat tu ngalahkan anak murid, siap bawak sepanduk! haha
Terbayang arwah ayahku pulok bila bc kisah Pak Ibrahim nih..sbb arwah ayah kerap p Makkah sowang2. Walau tak penah dia citer sesat, tapi citer sedih ini membuatkan ku terbayang sekiranya ayahku yg sesat..Tima kasih ust..buat sy terkenang arwah ayah..
teringat arwah ayah.. ;(
Ibrahim Lani tu salah seorang 'WALI' di Indonesia!
hehehee....jgn hafal sebab bukan soalan utk exam!
-Doa ana....enta mumtaz!
InsyaAllah pie..lulus exam dgn jayanya berkat tolong orang tua..nasib baik med cenok ato mes..kalo dok, wassalam.jwb dlm mimpi la fekoh..
dah ada bakat, buat la novel pulak..kisah benar sepanjang mu di Mekah..doh bila nak tubik Bukunyer??
Post a Comment