![]() |
| helipad tuh. dekat2 dengan ipad lah. - shishah, makkah. |
![]() |
| comel kan? |
![]() |
| dan dan senget kepala time nak ambik gambar. |
![]() |
| the sunrise. taken from shishah, Makkah. |
Owh. sudah lupa untuk updet belog dek sibuk dengan pelbagai acara. Antaranya ialah program 'masuk jawi' untuk si Waseem. Wah! abang sudah dewasa. Bolehlah sembang bab nikah dengan baba nanti. hahahaha..
Kemudian ditambah dengan kesibukan utk pindah rumah. Rumah lama akan tamat tempoh penyewaan pada 20 hari lagi, walaupun kami banyak melabur dalam rumah lama utk menjadikan ianya cantik dan selesa, tapi kekangan tikus, lipas dan habuk yang berdebu menyebabkan kami pikir 48 kali untuk menyambung penyewaan. Takpelah, semoga Allah menggantikan rumah baru dengan yang lebih selesa dan selamat untuk didiami. Amin.
Kemudian, peperiksaan akhir akan berjalan dan berlari bermula hari ini. Sebanyak 45 orang peserta akan menyertai acara peperiksaan ini termasuk 8 orang dari afrika, 2 dari india, 1 dari Bosnia, 1 dari Tajikistan, 1 dari Thailand, 1 dari Indonesia, 1 dari Malaysia dan baki semua Saudi.
Doakanlah agar kami diberi kemudahan dan hidayah utk menjawab segala soalan peperiksaan. 2 tahun dalam program High Diploma akan tamat pada bila-bila masa membawa seribu kenangan dan perkenalan. Kurang-kurang setakat nak lepak dalam bilik pegawai MasjidilHaram dah boleh datang bila-bila masa. Nak kawin 2,3,4,5,6 pun dah ada jurunikah. hahaha.
Kemudian, saya ada 2 projek under PM CREW for video and photography. Pertamanya shoot gambar kereta dan kedua kelas fotografi yang dijadual akan berlangsung pada pertengahan bulan 5 ini untuk penduduk Jeddah pun terpaksa ditangguhkan. Apa nak buat..
Kemudian, proses buku saya 'A Glimpse Of Makkah' juga telah hampir 85% siap hasil pertolongan dari rakan-rakan dan kenalan yang sangat baik hati menolong. Antaranya ialah Ridhuan (student Singapore) yang membantu membuat kapsyen bagi gambar saya. Saya suka cara dia menghuraikan pemandangan di dalam gambar. Kedua, Madam zalilah yang bagi saya adalah orang terakhir bertanggungjawab meng'check' grammar english saya memandangkan saya ni kan lahir-lahir jer dah speaking omputeh, tapi lama sangat tinggal sebab duk sibuk 'kecek' arab membuatkan takut-takut ada salah nahu di situ. Tak ketinggalan dr rahman, kak fida, azmil dan azrin atas usahasama menterjemah karya-karya saya. Mereka ni semua jenis mat salleh yang menyamar jadi orang melayu. Pheww.. Tak ketinggalan, mestilah partner saya si Roshidi Abu Bakar. Bertungkus-lumus siang dan malam, sampai merajuk isteri sebab sanggup tinggalkan semata-mata nak siapkan buku saya. Hehehe. Dari segi photojournalism dan seni berfotografi, abg Radzi Hanif yang kini sedang mengusahakan projek e-warisan dan Pak Kolat (CV Director MMU) adalah penasihat terbaik dan mengukuhkan semangat saya utk terus terjun dalam dunia fotografi dan fotojournalisma ini. Ah, kalau nak ucap terima kasih kat sini, memang tak muatlah. Tunggu jerlah sesi launching buku itu the very very soooooonn..
Terakhir, demotix.com memohon gambar-gambar untuk dipamerkan di London-Arab Exhibition yang dijadual berlangsung Julai nanti di London. Apa neh. Time exam ginilah jadi sibuk tak keruan. Time management sangat penting. Ah, teringat Pak Abu. Ayahanda kawasan Ghazzah yang banyak mengajar ilmu tentang masa. hahahaha. Kelmarin baru jer lepak dengan dia di Felda D'saji.
Oke, mungkin tak ada masa untuk berceloteh panjang. Doakan saya yer. Nanti kita gosip2 lagi. Wassalam!
Follow @USERNAME




9 comments:
Assalam,
Nice pics. Moga sukses.
mama nak gmbr merpati tu...
mamawana : wsalam wbt.. terima kasih.
mama : hahahaha. itu memang utk mama. posing cantik punya abg merpati kita. hahahaha
Semuga dipermudahkan Allah semua urusan yg pelbagai tu..dan sukses semuanya!
Selamat masuk alam remaja buat Waseem..keh3X
yaaaaa!!! good luck bebeh!
Alhamdulillah you're making a pictorial book about Makkah!
kak pinat : terima kasih.. susah betul dapat anak bersunat neh. tiap2 hari kena teman dia tidor... manja terlebih dan mulut cakap banyak.. agaknya itu tanda dewasa kot? hahahahaha
khm : terima kasih..
zab : insya allah.. soon..
Selamat2 Lutfi... selamat menjawab peperiksaaan.
CA booking buku tu satu tau ...nanti ...jangan lupa...
good luck in ur exam..tinggal di Makkah eh? bestnya..^^
btw: ur photo is awesome!
Post a Comment