Saya mendapat satu tugasan baru iaitu mengambil gambar-gambar hotel di sekitar Kota Makkah oleh travel-travel yang berminat untuk mengetahui lokasi, dekorasi, keadaan bilik, struktur bangunan, dan pelbagai lagi yang berkaitan. Alhamdulillah, bolehlah buat isi duit poket hujung-hujung minggu.
Baru-baru ini, Syarikat Ashar Travel melalui Directornya Ustaz Hj Shukri telah mendapatkan khidmat saya dalam mengambil contoh-contoh gambar hotel dan dekorasinya untuk dihantar ke Malaysia. Apa dia nak buat, mana saya tahu. Saya kerja ambil gambar sahaja. Terima kasih kepada Tn. Mukhalis kerana telah memperkenalkan saya kepada Ustaz Hj Shukri walaupun sebelum ni dah kenal cuma tak secara rasmi sahaja.
2,3 hari sebelum itu, saya telah banyak study gambar-gambar yang perlu diambil untuk hotel dan mengambil kira pencahayaan serta sudut melalui kiraan matematik. Kira study ah nih. hahaha.
Hari penggambaran, saya tiba agak lewat (ini satu kelemahan yang perlu diperbaiki kerana client tak suka photographer datang lambat kecuali ..) tapi saya telefon ustaz shukri pun, dia juga baru terjaga disebabkan kepenatan menguruskan jemaah semalam. Jadi, saya tak salah, dan dia juga tak salah sebab kami tak berjanji pun pukul berapa perlu ambil gambar. Oke. Selamat.
Hotel pertama yang perlu kami ambil gambar ialah Hotel Hajeej. Disebabkan saya pernah bekerja di sini suatu masa dahulu, jadi untuk mendapatkan access adalah bukan satu masalah yang besar. Boleh siap lepak dan minum teh di hotel tersebut memandangkan saya dikenali kerana pernah bertugas di situ suatu masa dahulu sebagai tukang booking hotel bersama syarikat Tabung Haji Travel Malaysia. Penggambaran pun hanya shoot gambar lobi dan bilik sahaja. Oke. 5 minit siap. Hotel Hajeej terletak di Hajlah Street, Misfalah. Appxm 350m dari Masjidilharam gate 1.
Tabung Haji Travel telah mengambil sepenuhnya hotel ini untuk digunakan sebagai tempat penginapan Jemaah Pakej Delima.
Seterusnya, kami mengunjungi Hotel Ufuk Fateh yang terletak berselang dengan Hotel Hajeej kira-kira 50m ke belakang. Hotel yang sederhana 2 bintang mungkin dan sedap-sedap untuk tinggal serta murah. Shoot barang sekeping dua gambar dan kami blah ke hotel seterusnya iaitu Hotel Umm Hanie. Berada di sebelah belakang laluan Misfalah, Hotel Umm Hanie menariknya menggunakan khidmat Catering Felda D'Saji dalam menyajikan makanan dan juadah kepada para penginapnya. Juga, merupakan sebuah hotel yang baru serta dekorasi yang sangat urban pada pendapat saya.
![]() |
| Jika anda melalui lorong ini, anda akan jumpa satu hotel Malaysia Fal El Saha yang dikendalikan oleh pihak Residence Malaysia. |
Hotel ini menempatkan rata-rata jemaah dari Malaysia. Saya suka keadaan lobinya walaupun agak kecil dibandingkan dengan hotel 4 bintang, namun sudut pencahayaan dan sofa yang elegan menaikkan seri membuatkan timbul mood untuk melepak di lobi sambil membaca akhbar dengan santai.
Ini adalah pemandangan di suatu sudut di lobi kedua yang menempatkan tv flat screen. Sofa sahaja sudah nampak selesa dan 'enak' untuk dihempuk bukan? Pemilihan warna putih amat tepat bagi saya kerana ia adalah warna 'eksklusif' dan 'mewah'.
Seterusnya kami ke Hotel Olayan. Suatu hotel yang diberikan taraf 4 bintang kata tukang bookingnya encik .. Ah. Sudah lupa pulak apa nama dia. Sebuah hotel yang baru. Sebenarnya diberikan nafas baru dan bukan hotel baru. Bangunan ini telah lama siap. Tapi tidak dibuka kepada pengunjung kecuali pada tahun ini baru dibuka dan masih lagi belum siap sepenuhnya. Hotel ini terletak kira-kira 200m dari MasjidilHaram gate Malik Abd Aziz (1).
Bagi saya, seni hiasan / ukir / dekorasi dalam hotel ini lebih kepada 'kolot'. Apabila diselidik dan disiasat, rupa-rupanya tukang design adalah seorang Mesir. Bukan mengata orang mesir tak pandai, ada sesetengahnya yang sangat canggih dengan idea masing-masing namun kebanyakan designer yang berada di sini adalah membawa senibina yang agak 'usang' dalam penataan seni hiasan dalaman mereka menyebabkan kita berada 10 tahun kebelakang di zaman 2011 ini. Hotel yang sepatutnya diberikan status 4 bintang dengan khidmat Jaga, Bell Boy, Coffe Shop dan sebagainya terus didown-grade setaraf 3 bintang pada pendapat saya yang tak berapa pandai menilai hotel. Anda boleh melihat pemilihan dalam lifnya yang berwarna keemas-emasan dan pening kepala. Apa neh?
Dinding, set sofa dan bunga jelas menjadikan lobi hotel ini hambar dan tidak setaraf dengan hotel 4 bintang. Sebenarnya, hiasan dinding ini adalah sama seperti hiasan di Lobi Hotel Le Meridean (Bab Malik Abdul Aziz gate 1 berhadapan dengan Istana Raja). Namun, Le Meridean lebih bijak memadankan warna iaitu dengan menggunakan warna kayu yang lebih gelap dan tidak pudar seperti warna oren ini. Lagipun, menurut Ust Shukri, hotel ini sebelum dibaik pulih telah mempunyai dinding yang sudah sedia cantik cuma jika dihias dengan frame-frame gambar Makkah atau sebagainya mungkin akan menjadikan suasana di sini hidup.
Akhirnya, setelah berpenat-penat, kami menyambung kembali shooting pada hari ini. Cuma hari ini tak banyaklah ambil gambar hotel, cuma beberapa hotel terdekat sahaja. Tapi saya pulak malas nak review sebab mungkin itu adalah rahsia syarikat mereka. So, nantikan review seterusnya untuk hotel-hotel besar jika saya berkesempatan. Selamat membaca.
kah kah kah! macam ini punya review pun orang baca ka. Kah kah kah!















11 comments:
mestilah baca review ni, sbb blum pernah sampai Makkah lagi..:-)terima kasih untuk perkongsian..
semoga Allah memilih diri ini utk sampai ke sana suatu hari nanti..
saya teruja nak melihat gambar-gambar yang dipaparkan dalam entri kali ini.
rasa dekat dihati.
saya sangat tertarik dan 'ditarik' untuk melihatnya.
terima kasih.
kamu berjaya membuat saya nak kesana lagi skrg, huhu.. skrg tau!!
of course la akan membacanya - apa2 saja review mengenai kota yg indah ini - untuk melegakan rasa rindu (bukan menghilangkan...). sila la review lg.
kooo tulislah apa pun .... CA mesti baca... cuma komen atau tak itu ..... ikut kesedaran hati hahahaha....
Salam Pi...
Kah kah kah...itu pun akk nak tengok juge...ish3x
nice shoot...sukran
eh tolong review abam jual pakora kat sebelah hijaz palace, special request (takmo bayar), haha
layannns.. gudjobb abg tewwww..
canggih2...lusa nak gerak dah ni..teruja plak ai..huhu
salam perkenalan,pic2 tu yang membuatkan akak terpaksa layan sampai abis.teruskan usaha anda untuk download lebih banyak lagi buat tatapan kami ditanah air.tq
Gembira sgt dpt tengok gambar2 hasil anak Terengganu. Mac lps saya cuba call Lutfi semasa di mekah tp tak dpt.InsyaAllah akan berjumpa juga satu hari nanti.Tlg beri no.tel sebab dok jupe doh no hok hari tu.
Post a Comment