![]() |
| Saya dan Lego pertama saya. Circa 1990-1992. Kuantan, Pahang. |
![]() |
| Waseem dan lego pertama saya selepas kawin. 2011. Aziziyyah, Makkah. |
![]() |
| Terima kasih kepada orang yang membelikan saya lego ini. Tercapai cita-cita nak main lego time besar. |
Kita berhenti sebentar daripada Mad Cenok. Nanti jika saya dapat info lain mengenai dirinya, akan saya sambung lagi. Tadi kami pulang bersama-sama sejurus selepas peperiksaan Fiqh Muqaran. Soalan pun boleh tahan. Sedap-sedap jugak jawab. Saya memandu dengan penuh keseriusan dan menumpukan perhatian kepada jalanraya dari Arafah menuju ke Aziziyyah. Sekitar 12km jugak.
"Kalu aku abis pekso maso gini. Dey dop aku sapa Madinoh jey 12? (Kalau saya habis exam masa ni, sempat tak saya sampai Madinah dalam pukul 12 malam?)" Tanya Mad Cenok memecahkan keheningan malam.
Saya melirik pada jam di dashboard kereta Subaru saya. Jam 8.45 malam.
"Mung nok bowok keto sediri ko? (Awak nak bawak kereta sendiri ker?)" Soal saya jujur.
"Ho lah. 3 jey. Aku rasa dey. (Yerlah. 3 jam. Saya rasa sempat)" Ulas Mad Cenok dengan penuh kesungguhan dan muka tak tipu.
"Tok dey mad. 3 jey. Maner dey. (Tak sempat mad, 3 jam mana sempat)." Saya cuba menyanggah.
"Heh dio nih. Acu mung kiro. Aku bowok keto daley 140km/jam. 100 km sejey. 200 km 2 jey. 300 km 3 jey. Deylah sapa lebih kurey kul 12. Jatuh 1 minit sekilo.. (heh dia ni. Cuba awak kira. Saya bawak kereta dalam 140km/jam. 100km sejam. 200km 2 jam. 300km 3 jam. Sempatlah sampai lebih kurang jam 12. Jatuh 1 minit sekilo)." Terang Mad cenok panjang lebar.
Saya dah tak berapa sedap hati. 100km 1 jam? jatuh seminit 1km?
"Mung kiro sejey ada 60 minit ko 100 minit? (awak kira sejam ada 60 minit ke 100 minit?)" Saya memang tak berapa pandai matematik, tapi takdelah sampai takleh nak pikir sejam ada berapa minit.
Mad diam dan mata bergenang air..
"Tok dey mad. 3 jey. Maner dey. (Tak sempat mad, 3 jam mana sempat)." Saya cuba menyanggah.
"Heh dio nih. Acu mung kiro. Aku bowok keto daley 140km/jam. 100 km sejey. 200 km 2 jey. 300 km 3 jey. Deylah sapa lebih kurey kul 12. Jatuh 1 minit sekilo.. (heh dia ni. Cuba awak kira. Saya bawak kereta dalam 140km/jam. 100km sejam. 200km 2 jam. 300km 3 jam. Sempatlah sampai lebih kurang jam 12. Jatuh 1 minit sekilo)." Terang Mad cenok panjang lebar.
Saya dah tak berapa sedap hati. 100km 1 jam? jatuh seminit 1km?
"Mung kiro sejey ada 60 minit ko 100 minit? (awak kira sejam ada 60 minit ke 100 minit?)" Saya memang tak berapa pandai matematik, tapi takdelah sampai takleh nak pikir sejam ada berapa minit.
Mad diam dan mata bergenang air..
3 jam pergi Madinah? Lantak engkaulah Mad.
Dia nak ke Madinah semata-mata nak mengiringi jemaah travel di bawah jagaannya pulang ke Malaysia dengan selamat. Kemudian akan pulang semula ke Makkah.
Mad.. Mad...
..
Baru-baru ini PPM Makkah mengadakan kursus fotografi dan photoshop bertempat di Istirahah ar Rauha', Hudaibiyah, Makkah. Saya terlibat sebagai tukang bagi ceramah udoh-udoh. Berikut adalah beberapa prakata yang suka ingin saya kongsikan dengan anda buat tatapan dan perkongsian bersama.
Pernah menonton filem 'kongsi'? pernah menonton filem 'the mechanic'? apa beza dan apa persamaan?
Persamaannya kedua2 jenis filem tersebut ada aksi ganas-ganas dan aksi lasak.
Perbezaan, dari segi penghasilan. Mengapa filem melayu agak terkebelakang dalam penghasilan? Memang jika saya disuruh mengarah filem saya tak akan mampu mengendalikannya. Tapi saya mempunyai hak untuk meluahkan pendapat selagi ia tidak menyalahi agama.
Kita tidak melihat ini di bawah tajuk 'pengkritikan filem' atau seni. Akan tetapi, kita cuba melihat suatu perkara dari persepsi yang berbeza iaitu 'sikap'.
Saya, selaku orang melayu yang telah jadi melayu selama hampir 28 tahun, melihat dan mengamati bahawa, satu sikap kita yang berbeza dengan orang puteh @ barat @ mat salleh adalah 'ketelitian' dan 'perincian'.
Bukan maksud saya kita perlu berkiblatkan barat, tapi apa yang ingin saya maksudkan adalah ketilitian orang barat dalam menghasilkan sesuatu dan itulah yang perlu kita adaptasi dalam kehidupan kita.
Saya cuba membawanya dari sudut pengalaman saya..
Saya terjun dalam dunia fotografi kira-kira pada tahun 2003 dan secara serius di dalam dslr pada tahun 2008 dengan membeli kamera dslr pertama saya iaitu nikon d60. Kisah saya membelinya kerana pada mulanya saya sangat2 ingin membeli dslr jenis sony alpha yang mana jika dibeli di malaysia, kita akan dapat 2 lens percuma dengan harga sebanyak sr2800. Akan tetapi, masa pergi ke kedai, tak dapat pulak 2 lens. Penjual kata, hanya 1 lens sahaja yang akan diberikan. Saya kecewa.
Saya merajuk. Saya pergi ke kedai sebelah, sebuah kedai elektronik, ketika itu di Andalus Mall, Jeddah. Malam menjelang raya. Orang sibuk memasang langsir dan tukar peralatan baru untuk menyambut Syawal, saya pulak sibuk memikirkan perihal kamera idaman saya. Saya tak pikir panjang, terus saya beli nikon d60 sebab penjual Yaman yang bertugas mempelawa saya membeli dan mencadangkannya kepada saya. dan bawak pulang. Sejak dari itu, minat terhadap photography semakin meluas dan makin banyak ilmu yang saya timba. Setiap sesuatu kejadian, pasti akan ada hikmahnya bukan? subhanallah.
Ketika masih teruja dengan kamera, saya membuat pelbagai percubaan dalam fotografi. Model sudah tentulah bini dan anak saya yang saya pasti tak akan minta duit bayaran.
Saya belajar melalui internet. Secara terus-terang, saya banyak belajar daripada suatu forum yang dikendalikan oleh SaifulNang iaitu photoschool.net. Dari situ, saya banyak menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dengan para pengkritik yang sememangnya pakar2 dan ada jugak buat2 pakar.
Saya suka meniru. Maksud saya, saya suka meniru dari segi macam mana nak menghasilkan gambar tersebut. Saya akui, saya bukan orang yang kreatif. Oleh itu, banyak saya meniru dari internet, bagaimana nak menghasilkan gambar-gambar sebegini dan sebegitu.
Kadang kala, apabila kita melihat sesuatu gambar, kita akan berkata :
"owoh, mudah jer ambik gambor ginim. Mende payoh?"
Akan tetapi, apabila kita cuba snap, dan cuba shoot, kita dapati, kita tak dapat gambar seperti apa yang kita lihat di dalam gambar. Setelah saya fikir-fikir banyak kali, barulah saya faham, bahawa untuk menghasilkan gambar sebegini, memerlukan teknik, skill dan alatan yang cukup bagi menyebabkan gambar itu sempurna di pandangan kita.
Contohnya ialah gambar matahari pada waktu pagi yang menyinari wajah anak kita. Bagaimana nak hasilkannya?
Saya berpendapat, hanya snap begitu, pada waktu pagi, mesti boleh menghasilkan flare yang cantik.
Rupa-rupanya, kita kena memahami konsep sebenar di sebalik penghasilan sebuah gambar. Kita kena tahu lighting, kena tahu aperture yang sesuai diperlukan dan kita kena tahu berapa iso dan juga lens yang sesuai. Itu tak termasuk lagi external flash, pemantul cahaya, light meter dan sebagainya lagi. Komposisi juga penting untuk menjayakan gambar tersebut.
Setelah mengkaji dan membaca banyak bahan bacaan, saya melihat dan meneliti bahawa perbezaan antara orang melayu dan orang puteh ialah mereka amat teliti dan sangat terperinci. Mereka 'merancang' untuk menjayakan sesuatu.
Kita? ada juga merancang, tapi sampai satu tahap, kita akan kata :
"alah, bolehlah gini. Cincai-cincai jer. Asal nampak lebih kurang, bolehlah.. oke, proceed!"
Orang barat tidak. Mereka akan memastikan segala-galanya akan berjalan seperti yang dijadualkan dan dirancang.
Lihat sahaja rancangan 'dekor-dekor' dan perbezaannya dengan 'extreme makeover : home edition'. Pernah tengok?
orang puteh mengimplementasi (bahasa Indonesia bermaksud perlaksanaan) segenap elemen dalam merealisasikan rancangan mereka. Mereka bukan hanya berfikir selapis, malahan berlapis-lapis. Sehingga ada kadangkala penonton akan menangis apabila melihat rancangan dekorasi rumah! -saya lah salah seorang daripadanya.
Mereka amat mahir dalam sudut psikologi, iaitu bagaimana utk menarik perhatian penonton dan apa yang penonton perlukan untuk menjadi santapan mereka. Walaupun itu adalah sebenarnya rancangan dekorasi rumah!
Apa kaitan filem di perenggan awal dengan fotografi? Jawapan saya, ia berkaitan dengan ketelitian dalam penghasilan.
Jadi, kesimpulannya, setiap perkara yang kita lihat, kadang-kadang nampak simple apabila 'sudah siap'. Namun, untuk menghasilkannya memerlukan segenap ilmu dan alat yang bukan calang-calang harganya.
Oleh itu, pesan saya kepada diri saya sendiri dan juga saudara sekalian, sebelum berkata-kata, sebelum bersuara, sebelum mata pena bertindak, sebelum idea diaplikasikan untuk menghasilkan sesuatu, fikirkan 700% apa kesannya kepada masyarakat kita. Selamat berkarya!
Lutfi Lokman,
Shishah, Makkah.
31 mei 2011.



8 comments:
kemahiran photography adalah dari bakat semulajadi atau dari pembelajaran? Atau kedua-duanya sekali? ditambah dengan minat..? sesetengah org mungkin dia ade minat, tp mungkin kurang ade bakat semulajadi..
Syabas Pi...
berfikir berkali2 sblm bertindak....:))
apapun akk amat minat seni photo hasil seni-mu ni...
selamat maju jaya...........
mantop!!!....BHS berkenan la sangat dengan syarahan pi kali ini...ikhlas dari hati....cayalah....^_^....I followww.....boleh gitew...*_*....
Syabas..sj nk beri pandangan. dalam menjayakan sesuatu projek, apabila kita cuba amalkan ketelitian untuk menghasilkan result yg 'WOW' kita seringkali dikatakan cerewet..fussy...leceh..bnyk cekadak..etc..etc..susah btol la berhadapan dgn golongan yg sebegini. eh tetiba meluahkan perasaan plak..hahahhah..
basheerah : saya rasa kita blend semua skali, akan dapatlah semua itu. bakat pun perlu, minat pun perlu, belajar pun perlu. tanpa ketiga2 perkara nih, fotografi tak kemana. macam saya. hahaha
kak taj : mekasihhh!!!
kak ton : memang ikhlas kak. sejak memerhatikan orang melayu nih, memang rasa nak komplen jer. apapun, bangsa kita dah mula menaik. dah mula ada kemajuan. saya doakan bangsa kita akan terus ke hadapan dan dapat memberikan contoh terbaik buat bangsa2 lain.
anony : memang cerewet sangat diperlukan utk menjayakan sesuatu perkara dengan cemerlang atau wow!
tapi saya bukan orang begitu. hahahaha harus saya berusaha dengan lebih teliti dan keras lagi utk menjadi seperti itu!
Kenapa pi tak amik gambar mat cenok masa bergenang air mata tu?
Pi..
sassepeng...macang ceriter James Bong.....
salam, mad cenok @ kitorang panggil ustaz muhammad tu mutawwif family saya masa buat umrah kat sana..
masyaAllah kecik sungguh dunia ni..
rupa2nya dia berkawan dengan saudara..
akhirnya Allah tentukan yg die tersalah tarikh flight, n mutawwif lain hantar kami pulang ke airport..
Post a Comment