Suatu peristiwa yang saya masih ingat sampai hari ini ialah peristiwa Mad Cenok mengajar saya menggosok jubah. Katanya dia pandai gosok jubah arab. Biar dia tolong gosokkan jubah pertama hari raya saya di saudi ketika itu. Wah! Jubah pertama beli tu. Beli semata-mata untuk pakai pegi beraya. Orang gosok jubah, testing dulu atas kain pelapik. Panas ke tidak. Atau paling kurang, lapiklah dengan pelapik. Si Mad Cenok ni, dia main tekan terus atas jubah sehingga jubah baru yang saya beli kelihatan seperti merekah.. dan agak kehitaman.
Mad Cenok diam!
Saya pun diam!
"Takpo, beso ah gini. Toksoh rusing ah." (takpe. biasa ah macam ni. Jangan bimbanglah)
Saya nak marah, dia lebih senior daripada saya. Jadi saya diamkan sahaja dalam diri dan menyimpan perasaan itu sehingga hari ini di mana saya boleh belasah dia. Jadi kami kembali menceritakan perkara itu ketika dalam perjalanan ke kelas sama-sama. Mad Cenok gelak terbahak-bahak dan mengakui itu memang silap dia, tapi dia cover sebab takut saya menangis jubah baru beli untuk dipakai hari raya dah rabak. Kurang asam betol.
Dia adalah teman seperjuangan ketika belajar di Institut bahasa di Universiti umm alqura. Apa yang dia tekankan adalah belajar, belajar dan belajar. Kadangkala kami bersukan bersama seperti bermain takraw yang mana salah satu sukan yang paling saya minat dan juga ada bermain bolasepak di atas padang di dalam tv. Itu pun saya gemar jugak. Time datang waktu rajin, saya akan membuat studygroup bersama dia. Banyak dia yang terangkan dan saya hanya mendapat faedah sahaja. Kelebihan dia bagi saya, dia banyak membaca. Ketika saya sebilik dengan dia suatu masa dahulu, kitab dia sahaja sudah penuh separuh bilik. Sekarang? tak tahulah. Tapi kesemua kitab tersebut telah dibawa pulang ke Cenok untuk disumbangkan di sekolah yang dibuat oleh Mad Cenok. Mad Cenok buat sekolah? Saya terpegun dan terpaku dengan kenyataan itu.
Mad Cenok banyak merahsiakan perihal dirinya menyebabkan saya tidak tahu asal-usulnya. Katanya dia bersekolah di Sekolah rendah kebangsaan Thailand di Cenok dan seterusnya memasuki sekolah agama di selatan Thai dan datang ke mari. Tapi dia tak bagitahu di mana dia lahir. Saya fikir, dia mungkin lahir di Burma atau Sri Lanka. kah kah kah kah.
Mad Cenok juga seorang yang pandai bersosial dengan masyarakat. Dia kadang-kadang takdak sebab telefon kita saja nak bertanyakan khabar. Dia juga rajin telefon emak dan ayah saya yang tak ada kena-mengena dengan dia semata-mata untuk memberitahu perihal saya yang malas belajar. Kurang asam betol sekali lagi.
Namun, perkara itu sebenarnya banyak membantu dia dalam menambahkan kenalan dan perhubungan. Orang suka jika mereka diingati lebih-lebih lagi orang yang mengingati itu adalah orang yang baik dan berhati mulia seperti Mad Cenok.
Ketika pulang bercuti ke Malaysia beberapa tahun lalu, dia ada datang ke rumah singgah seketika dari Thailand. Apa yang menyedihkan ialah, dia terlepas keretapi kerana ke tandas. Namun, hikmah di sebalik itu, keretapi yang sepatutnya Mad Cenok naik itu, telah dibom oleh pihak pemberontak. Alhamdulillah, Mad Cenok selamat dan masih lagi hidup sampai hari ini.
Mad Cenok juga adalah pendorong saya untuk belajar seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Menyambung high diploma di umm alqura ini bukan mudah sebenarnya. Kami terpaksa melalui pelbagai peringkat. Saya ada masanya ingin menyerah kalah dan mahu pulang terus ke Malaysia. Sekali lagi, Mad Cenok memainkan peranan dalam memujuk saya dan memaksa saya untuk belajar di sini sehingga ke hari ini. Hari di mana seminggu lagi, akan berakhirlah high diploma saya dalam tidak sedar selama 2 tahun.
Begitu sahajalah kisah dia kot. Tak ada apa yang special. Hanya dedikasi ringkas sahaja buat Mad Cenok yang akan saya tinggalkan di sini. Dia tak mahu pulang lagi. Katanya mahu tinggal di sini lagi dan cuba untuk menyambung ke peringkat Master di Umm alQura. Saya? wallahualam. Masih belum mendapat apa2 ilham untuk membuat sebarang perkara.
Biodata lengkapnya, maaflah, saya tak dapat nak ambil sebab Mad Cenok enggan bercerita lebih lanjut. Mungkin ada rahsia dirinya yang tak dapat kita cungkilkan. Nak kata dia hasil keluaran CIA atau FBI, mungkin mereka akan demam kalau dapat perisik seperti ini. kah kah kah kah. Harapan saya, agar dapat lihat Mad Cenok berkahwin dengan seorang wanita yang baik dan soleh yang dapat menjaganya. Dia masih single dan masih tak berfikir untuk berkahwin sebelum dia betul-betul habis belajar katanya!
Oh. Sebelum berakhir. Kelebihan Mad Cenok sebenarnya dia pandai urut. Memang tukang urut yang mempunyai tauliah dan keturunan. Sebab tu, dengan duit dia tak berapa hairan sebab sekali urut arab, bukan 100, 200 riyal yang kena bayar. Lebih dari itu. fuh!
Maaflah, cerita tak teratur sebab apa yang saya cerita adalah hanya melalui otak saya yang kadang-kadang keluar dan timbul secara tiba-tiba ideanya.
11 comments:
single! ayat paling best saya baca!
*misi menekel mad cenok pon bermula..*
anony : hahahaha.. tekel mad cenok terus. hahahaahahaha
tetiba jer...admire kat mat cenok...ha ha ha...nanti akak recommendkan mat cenok ngan sesapa.Boleh?
sebagai tambahan.. mad cenok telah pun menukar jinsiyyah dia, sekarang ni dia dah jadi rakyat Singapore
kak gerau : boleh jer kak. saya bukan peduli pun dia kawen dengan sapa. hahaha
elmoyat : hahaha. dia baru ni takde warganegara. tapi dia memang mengaku dia datang dari singapore ah. aku rasa dia lahir kat singapore ah sebenarnya. sebab tu dia malu mengaku. hahahahahhahaha
wahhhh..........Mad Cenok
diantara org Mekah yg ingin ku jumpaa....hehehe
nanti Pi kenalkan ye...:)
waahhh menarik betul perkataan single tuh...
dia penah jd mutawwif ms sy mengerjakan umrah...dia kelihatan sungguh strict...
hmmm...kira sebuah kisah yg memberi inspirasi juga la ni.
pandai bro lutfi ni ngarang. =)
bagus orgnya mad cenuk nih, low profile!
tp org dari cenok ni mmg dikagumi semangat depa. waktu sy kecik kecik dulu, org org pompuan dari cenok, thailand ni dok meniaga barang, periuk belanga dgn menjujung sebakul barangan atas kepala + yg dok jinjit dgn tgn + dok kepit celah ketiak lg pastu jalan kaki merata kampung 10 - 12 km.
mad cenok ni kira org lelaki cenok yg pertama kot sy terbaca kisah dia kt sini.
Post a Comment