Tahun 2003 menyaksikan kedatangan saya ke Saudi Arabia menerusi penerbangan sv383 menaiki business class. Macam orang kaya-kaya saya punya lagak. Padahal duit pinjam mak punya. Dah lupa, saya dah bayar ke belum. Harap-harap mak saya halal sudah perkara itu. hehe.
Memasuki Universiti berprestij seperti Umm alQura ini memang hebat dugaannya. Datang seorang diri dengan hati yang cekal dan tak reti cakap arab sepatah pun membuatkan saya kadangkala rasa ingin pulang kembali ke tanahair. Saya diletakkan sebilik dengan rakan dari Thailand yang pertama kali saya kenali iaitu Mad Cenok. Seorang pemuda yang agak berumur pada perkiraan peribadi saya dan fasih berbicara dalam bahasa melayu kelantan. Tapi kadang-kadang saya tak faham juga apa yang dia bicara membuatkan saya benci berada bersama dia.
Kami tinggal sebilik seramai 3 orang. Tandas di luar. Pembahagian kawasan telah dibuat. Saya berada di bucu dekat tingkap bersebelahan dengan Abg Pi. Juga pelajar warga Thailand yang sangat alim dan warak. Sering kejutkan saya dan sarankan agar saya solat subuh berjemaah dan bukan hanya solat dalam bilik seperti kebiasaan. Saya rasa sangat ingin nak balik ke Malaysia dan menyampah dengan manusia seperti dia. Kenapa harus saya berada sebilik dengan dia? Kenapa dia suka tegur saya? kadang-kadang pakaian saya pun dia tegur. Nasib baik dia tak jumpa discman sony milik saya yang di dalamnya ada cd LinkinPark dengan tajuk album Meteora. Jika jumpa, harus dia bunuh saya. Apa yang saya takjub dengan dia adalah kitabnya sangat penuh dan melimpah ruah sehingga masuk ke sempadan saya. Saya? kitab percuma pemberian universiti pun masih tak cukup lengkap. Lagi menambah ketakjuban saya ialah dia sangat rajin belajar. Setiap masa kalo tak mengaji, baca kitab sendiri. Jarang bersembang dan ketawa lagilah tak pernah nampak langsung. Ada jugak pesyen manusia macam gini.
Kehidupan sangat membosankan. Saya sering turun makan di tingkat bawah bersama-sama senior malaysia seperti zul, din, man, hakim, saiful dan lain-lain lagi. Kehidupan berjalan seperti biasa. Pagi pergi kelas, tengahari balik makan di bilik zul dan tidur di bilik sendiri. Mad cenok ada juga ajak saya makan sama-sama. Tapi saya geleng kepala. Tak ingin saya makan walaupun sedap sebab saya tak berapa faham apa mereka cakap.
Sehingga saya berada sekelas dengan mad cenok kerana mad cenok ada menangguhkan semester bertujuan untuk pulang ke kampung menyebabkan saya berada satu kelas dengan dia. Ketika itu, saya sudah tidak tinggal sebilik lagi dengan dia. Bertitik-tolak dari itulah, saya mula mengenali manusia bernama mad cenok.
Lahir di Thailand sekitar tahun 2222 katanya mad cenok. Ajaib bukan? Kata mad cenok lagi, negara Thai mempunyai 13 bulan!! Saat menulis ini, saya sudah menangis dek ketawa dan tak mampu menyambung lagi taipan saya. kah kah kah kah!
oke. saya tidur dulu!

8 comments:
hahahah...kelakar..walau saya tak kenal mad cenok nih..tapi tulisan saudara lutfi mmg kelakar..
bro lutfi,
jgn lupa habiskan siri kisah mat cenok nih.
intro nya dah agak menarik.
bro lutfi,
nak tanya, sekitar 25 Jun nnt agaknya la berapa temperature kat Mekkah?
- shaharin -
Cer cerita cer cerita lagi...tetiba sangat nak tahu tentang mad cenok...
ade ke negara mane2 13 bulan ????
die wat bulan sendiri tu...
bulan mat cenok!
anony : tenkss. alah, setakat nak merapu tuh, memang jaguh lah.. kakakakakaa..
shaharin : insya allah, akan cuba teruskan. sekitar 25 jun rasanya temp akan capai sehingga 49-50C. Itu pendapat saya lah. pendapat ahli jawatankuasa pengkajian cuaca tak tahulah macam mana. memang panas skarang neh.
gerau ; beresss..
salina : itu nasib baik kita tak tahu nama sebijik-sebijik bulan tuh. lagi power. susah sikit nak sembang sebab mad cenok tak bagi cerita.
best best bestttttttt!
kisah mad cenok kita akan adaptasikan dalam bentuk video i'allah
13 bulan?!! selatan thai je kot. kekeke
Post a Comment