pengikut-pengikut yang menawan

Wednesday, June 29, 2011

review kedai makan siri kedua (F&T)




Ful dan Tamees. Tanyalah mana-mana orang arab, kebanyakan depa tau apa benda jenis makanan nih. Dikatakan berasal dari Yaman, tapi yang mempopularkan makanan ini di Saudi ialah orang Afghan atau Bukhari. Setakat ni, saya blur lagi mengenai status orang afghan dan bukhari nih. Mana satu bukhari, mana satu afghan. Orang bukhari ni putih-putih setakat yang saya jumpa. Takdak lagilah jumpa bukhari hitam-beletum. Di sekitar masjidilharam, jika anda jumpa budak2 comel, kiut, putih2 jual tisu, itu orang bukhari ah tuh. Penempatan terbesar mereka adalah di Ajyad Musofi, yang terletak kira-kira 1km dari masjid dari pintu Ajyad (gate 1). Si lelaki biasanya hensem2 dan berambut perang. Si perempuan, toksah kira ah. Nak kata cina tak cina. Nak kata arab tak arab. Nak kata pakistan tak pakistan. Kesimpulannya orang panggil mereka bukhari. Bukhari adalah nama salah satu bandar dari bandar-bandar di Uzbekistan.  Bilalah boleh nak pergi melawat uzbek ni. Orang kata, negara depa cantik. Insya allah. Masuk dalam list.

LOP_4259

Berbalik kepada review kita. Kedai ful dan tamees (F&T) memang banyak di sekitar kota Makkah. Di sekeliling masjidilharam sahaja dah bersepah. Anda boleh berjalan-jalan di sekitar masjid menghala ke ajyad, akan kelihatan sebuah kedai di sebelah Hotel Elaf Masyair ada kedai F&T ini. Jika menghala ke misfalah, banyak jugak kedai F&T ni di kiri dan kanan jalan utama. Pandai-pandailah cari sendiri. Dalam gambar di atas, kedai tersebut terletak di Shishah, kira-kira 2km dari Jamaraat Mina.

Apa yang menarik mengenai F&T ini ialah ia adalah makanan pagi bagi masyarakat di sini selain kedai sandwiches dan fastfood mereka seperti KUDU. Antara kedai yang paling awal dibuka iaitu sejurus usai solat subuh. Menyediakan makanan berasaskan gandum iaitu tamees itu sendiri. Tamees terbahagi kepada 3 kategori utama. Iaitu 'biskut', tamis biasa dan cheese tamis. Paling mahal cheese tamis tu ah. Sampai 5 riyal sebijik. Tapi boleh tahan jugak dia punya sedap. Ful adalah kacang atau kuah kacang yang diperbuat dari kacang ful. Saya tak tahu malaysia kita panggil kacang apa nih. Kacang kudaku lari gagah berani kot?


Biskut dan tamees biasa hanya berharga sr1. Boleh makan sampai esok! Tamees itu sendiri diperbuat daripada kacang ful yang diadun dengan tepung dan minyak sapi. Diperap dan dibakar di dalam oven tanahliat. 


Makanan ini popular kerana kebanyakan negara arab, rata-rata masyarakatnya memakan gandum dan bukan beras seperti orang asia kita. Setakat harga beras melambung tinggi, diorang tak kesah. Tapi kalau harga gandum naik, mungkin BERSIH 2.0 akan melanda saudi. 



Kebanyakan pekerja-pekerja pembuat tamees akan terdiri dari jenis perniagaan anak-beranak. Memang kesemua orang afghan / bukhari akan memonopoli perniagaan ini. Ada juga bangla-bangladesh yang cuba mengambil alih perniagaan ini, tapi tak berapa menjadi.


LOP_4255





















Tamees itu tadi akan diletakkan di atas meja di hadapan kedai dengan banyaknya kerana mereka yakin yang tamees itu akan habis. Plastik pun disediakan sebab ini jenis perniagaan layan-diri. Datang, ambil tamees, letak dalam plastik dan campakkan 1 riyal pada tokei kedai.

Kuahnya terbahagi kepada 3. Kuah pertama kita panggil 'gullaabah', kuah kedua dipanggil 'adas' dan kuah ketiga dipanggil 'ful'. Kesemuanya jenis kacang dan takde kari. Saya suka gullaabah. Sedap. Semua berharga 1 riyal. Approx 0.805 sen. Murah kan makan pagi depa. SR 2 dah cukup kenyang sampai tengahari. 


Model pagi ni ialah Emad alFatani. Anak jiran kami. Baru jer habis sekolah rendah dan akan memasuki sekolah menengah. Sangat fanatik dengan pasukan Ittihad. Sedih baru-baru ni akibat Ittihad kalah dengan Al-Ahly di final King Abdullah Cup dan mengamuk hampir satu rumah. Bercita-cita untuk menjadi doktor, tapi tak minat sains. Hampeh.

...

Tengok, time rajin datang, 2 review dalam masa 2 hari boleh saya buat. Tapi time malas datang, 30 bulan pun belum tentu ada 1 entri. kah kah kah kah! utk KOG, nanti saya cuba cari2 kedai yang dinyatakan itu!

8 comments:

kucingorengemok said...

kalau salah nama kedai, nasib kamu le, keh keh >:)

swit@kon said...

di madinah tempoh hari sempat layan roti dan kuah dal kaler oren. maybe itu la tammes dan ful kot?

masa sejuk2 itu makan plak roti pepanas. layaaaan..

Hj.Sabri : said...

Assalamualaikum. Info yg baik.Nanti kalau ada rezeki dan di jemput lg ke Tanah Suci,pok cik kena cari tammes ni.Semoga sihat dan bahagia anak beranak

rozy said...

Waktu di Madinah hari tu makan di restaurant hotel, tp tk berapa gheti nk mkn mknan depa, tgk org hentam campor je kuah2 tu..
mc rozy

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kog : sila bagi direction dengan tepat. satgi silap kedai, kena review skali lagi. dahlah kita ni fit, nak kurangkan kolestrol. wakakaka..

switakon : yup! itulah dia. kalau kaler oren tu, dipanggil gullabah. memang makan panas2 roti dia terbaaaaaiikkk ahh!

hj sabri : insya allah!! ni saya punya nombor 00966564975984. nanti datang lagi, call lah saya.

mc rozy : hehehe.. betul doh tuh...

Norabudy said...

Sedap kan.. tames tu bapak la beso. kenyang smapai malam.. ful tu kena taruk sikit minyak zaitun.. adas n gullabah tu mmg sedap.. .. memula laki owang tunjuk mende ni mcm nak tergelak pun ade .. tgk roti nye beso gedabak.. keras2 sikit.. hehehehhe.

kucingorengemok said...

ada kat wikimapia... saya dah e-mel

salah restoran takpe, ada alasan nak gi makan lagi kan... makan puas² kat sana, nanti rindu menyesal, hehe (nasihat nak bagi orang naik 10 kilo)

Azhar Abdullah said...

feveret saya setiap kali berkunjung ialah kedai pakcik yaman dekat elaf masyair tu...terbaik so far...kat madinah dah tak jumpa kedai lama2 dulu pindah abih dah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...