Seperti yang dijanjikan, saya akan membuat beberapa review mengenai kedai makan di sekitar Kota Makkah dan mungkin Jeddah. Tak kesahlah apa jenis kedai pun, asal sedap masak, cepat hidang dan kenyang, kira dah oke!
Kedai makan pertama yang saya akan ceritakan di sini ialah Asian Coast Restaurant. Ia terletak di Nuzhah St, berdekatan dengan Umm al Judd, berdekatan dengan Kilang kelambu Kaabah, Muzium AlHaramain, bangunan OIC, balai polis besar Makkah, ladang unta Hudaibiyyah dan masjid Hudaibiyah (miqat). Agak jauh dari rumah saya. Kira-kira 15 minit perjalanan jika naik kereta. Jika naik bas, mungkin sekitar 25 minit. Jika naik kapal terbang, pun mengambil masa yang lama kerana anda perlu ke lapangan terbang di Jeddah. Apatah lagi jika naik basikal. Kurus pun tidak, gemuk pun tidak kerana basikal akan letih dan tak sempat sampai ke destinasi.
Kami datang ke mari asalnya kerana meraikan kejayaan team takraw kami 'cengkhudu' kerana memenangi tempat ke 4 pertandingan takraw Piala Dato Hidayat di Konsulat Malaysia Jeddah malam sebelumnya. Boleh tahan jugak orang cerita pasal tekong kami yang agak hensem dan bergaya. Kebanyakan faktor kemenangan datang daripada dia lah. Kah kah kah! Mesti ahli cengkudu yang lain bengkak habis baca fakta ini. kah kah kah kah!
Oke, bila sebut pasal 'asia' mesti terbayang dalam kepala kami tentang tomyam. Itu tarikan utama. Kami memang mengesyaki tomyam kedai ni sedap sebab tengok papantanda dia pun dah menarik.
Warna tema dalam restoran ini ialah merah! Fuh! Berani betul dia menggunakan kaler merah. Banyak ong ah!
First impression adalah penting untuk tujuan perkenalan. Kita akan meng'judgemental' perkara yang belum kita ketahui melalui pandangan kali pertama itu tadi. Oleh sebab itu, untuk pergi interview, kita perlu membawa cv sebagai bahan panduan untuk si penemuduga mengenali kita sepintas lalu dan juga kita kena berpakaian kemas dan datang awal! Itu untuk mengelakkan orang menilai kita melalui perspektif yang buruk walaupun kita asalnya memang terrer bab interview nih.
Kali pertama menjejakkan kaki ke kedai ini, wow! kata saya di dalam hati. Designnya cantik dan urban. Penggunaan meja kayu dan perhiasan dedaun mendamaikan walaupun pemilihan warna dinding agak kontra dan terang di mata saya.
Sekali-sekala menonton dinding dia, cantik. Dua kali dua kala menonton macam serabut jugak dengan daun-daun yang berselirat tuh. Model kali ini kita menggunakan khidmat Dayat Ismail. Talent dari Singapore. Walaupun agak berisi tapi kita sudah kekurangan model untuk photoshoot kali ini. Nak order Aaron Aziz, mana dia sudi dengan syarikat PMCrew picisan macam kami ini. Hahaha.
Restoran ini menyediakan 2 ruang utama di bawah satu bumbung. Bahagian hadapan dikhususkan untuk lelaki sahaja, manakala bahagian belakang, dikhususkan untuk family entrance.
Dari segi penataan cahaya amat cantik dengan penggunaan lampu kuning yang menghidupkan mood romantik dan ingin makan. Romantik saja pun tak guna kalau tak lapar. Namun, dari segi tatahias dinding mereka hanya menggunakan lukisan yang boleh dibeli dengan harga 20 riyal sahaja di Haraj (tempat jual barang-barang secondhand). Tak menjadi masalah, cuma pendapat saya, saya tak suka lukisan sebegitu. Apa salahnya jika diletakkan gambar foto yang saya ambil. Kah kah kah!
Antara tarikan selain dari warna terangnya, di sini juga terdapat kids section yang menempatkan gelungsur, buaian, king castle, newcastle, beauty and the beast dan lain-lain lagi sebagai tempat permainan kanak-kanak yang simple tapi menyelesaikan masalah kanak-kanak bosan menunggu makanan lambat sampai. Satu idea yang luarbiasa dan jarang juga ada restoran yang menyediakan space sebegini kerana ia akan menyebabkan kos melambung tinggi dengan kekurangan tempat dan kehilangan 2 meja makan yang sepatutnya boleh diletakkan di sini. Namun, untuk keluarga yang mementingkan keselesaan makan tanpa kekacauan dari anak-anak mereka, restoran ini adalah tempat terbaik untuk anda!
Di suatu sudut di sebelah kiri playground itu tadi, mereka menyediakan jus corner atau stall minuman yang ditugaskan khas untuk membuat air sahaja tanpa melibatkan makanan. Jenis open macam ni memang menarik minat saya. Cuma dari segi meja store buah tu tak menarik sangat. Nampak sangat beli borong dan asal boleh muat jer letak di sudut itu. Tak kreatif. Apa salah jika merekacipta suatu meja seperti bar dan menggunakan space yang agak luas supaya ia boleh dijadikan suatu sudut yang menarik jika dipandang.
Gambar di atas adalah gambaran ruang makan di dalam bilik. Kebanyakan restoran di sekitar Saudi akan memperuntukkan tempat makan yang sangat privasi dan bersifat peribadi bagi menghalang orang lain meng'skodeng' anak dara atau ibu dara mereka makan. Mungkin tabiat permakanan mereka amat hudoh, jenis letak kaki atas meja untuk makan menyebabkan mereka tak ingin orang 'luar' melihat keluarga mereka makan. Ia juga amat selesa kerana kita berada hanya di bersama kita dan tiada gangguan luar dari pelanggan-pelanggan lain mahupun pelayan. Dari segi keperibadian, ia bagus, namun dari segi perniagaan, bagi saya ia amat merugikan kerana pelanggan akan mengambil masa yang lama untuk berileks-rileks di dalamnya sedangkan waktu yang berlalu itu 2,3 pelanggan yang lain boleh mengambil-alih tempat itu sekaligus mendatangkan hasil yang lumayan kepada tokei kedai!
Meja makan yang dilapik dengan cermin adalah satu idea yang bagus dan bernas. Ini kerana, jika lapik dengan tikar getah, atau plastik menyebabkan kita berasa berada di kampung sahaja dan tak berapa internasional. Berlainan dengan makan di atas meja dilapik cermin, kita akan berasa seperti orang kaya. Oleh itu, saya menyokong penggunaan cermin pelapik ini yang mana lepas makan mudah nak sapu dan lap. Cuma pesan saya, kalau boleh ukur meja tu betul-betul dan kasi sama dengan cermin time nak potong cermin. Jangan bagi lebih sana, kurang sini. Kan susah kami nak betulkan kembali kedudukan cermin tu!
Restoran ini menggunakan kos perabot yang agak tinggi pada pandangan saya. Benar, mereka ingin membuatkan pelanggan selesa dan selamat dengan penggunaan kerusi kayu dan meja kayu bertakhta marmar di atasnya. Meja bulat yang boleh pusing ini amat elegan jika letak lauk banyak-banyak dan kita boleh main pusing-pusing tanpa perlu bangun dan hulurkan tangan ke hadapan muka orang lain untuk mengambil lauk pilihan kita.
Mangkuk tomyam ni pada pandangan saya memang sesuai kerana orang akan tahu tomyam berada di dalamnya dan bukannya rendang mahupun lemang. Saya pernah menonton filem Bangkok Dangerous dan mangkuk yang sama juga digunakan di Thailand ketika penggambaran filem tersebut menyebabkan saya merasakan memang mangkuk ini akan digunakan oleh orang Thailand untuk menghidangkan tomyam. Cuma jika menonton filem itu, saya melihat ada api yang keluar dari tengah-tengah lubang mangkuk ini menyebabkan tomyam itu akan sentiasa panas. Tapi jika dilihat dari gambar di atas, senduk pula yang mengambil-alih tempat api. Hmm. Bolehlahh..
Mengenai makanan, pemilihan tomyam amat mendukacitakan saya. Dah nama asia restoran, orang di sini pasti membayangkan tomyam yang spicy dan pedas serta panas menderita. Itu baru kena dengan asia restoran, tapi apa yang dihidangkan kepada kami adalah tomyam rata dan tak berapa kick. Ada jugak sekali sekala rasa kuah tomyam seperti air zat besi dan sekali sekala rasa kuah tomyam seperti air paip tak disuling. Meloyakan.
Saya hanya makan ketam kerana ketam agak lembut isinya dan saya rasa ketam itu bukan jenis umur tua. Mungkin baru berumur sekitar 16 hingga 18 tahun ketika dibunuh dan dimasak. Sedap dan fresh.
Antara perkara lain yang kami mohon untuk makan ialah squid tempura atau sotong celup tepung. Memang rasa dia tak akan sama dengan sotong celup tepung di Pantai Batu Rakit, atau di Pantai Tok Jembal. Tapi, boleh tahan jugak. Cara penyediaan pengasingan antara sos cili dan sotong itu juga saya puji. Mereka meletakkan bawang. Memang sangat cool cara gitu. Saya ingatkan pinggannya memang ada partition yang tertentu. Rupa-rupanya tidak.
Ini pula saya panggil sayur campur. Tak tahu apa ke benda nama jenis permakanan macam gini. Overall, saya bagi 8/10 kepada makanan-makanan yang disediakan. Sedap dan mengenyangkan. Kami juga ada merasa mee halus dan mee kasar, cuma dengan cara penyediaan yang menggunakan kicap manis indonesia, saya rasa sangat kurang dan tak sedap.
Kami memesan air teh ais limau. Sedap, cuma mereka mungkin sedang menjalankan kempen kurangkan gula, jadi air teh ais limau kami sangat tawar...
Lain-lain perkara berbangkit : Harga sangat berpatutan. Lokasi jauh dari kesibukan masjidilharam. Sesuai buat jemaah yang baru pulang dari hudaibiyyah lepas penat cium unta datang berehat di aircond kedai ini dan belasah nasi putih dia. Penggunaan pintu ala-ala kedai koboi yang jenis boleh tolak tarik itu, patut ditukar kerana menyusahkan anak-anak kecil yang ingin masuk dan ada kemungkinan boleh berlaga antara orang dalam dan orang luar.
Terakhir, selamat menjamu selera dan terima kasih diucapkan kepada Dato Bandar, Hj Arshad kerana sudi belanja kami setelah kemenangan bergaya kami di piala Dato Hidayat tempohari. Khabarnya, lepas bayar bil makan malam tu, tangan atas dahi jugak dato bandar masa nak tidor. kekeke.
kredit : Lens by Ridhuan Mohammad Hasim (PMCrew for video & photography)












7 comments:
pi bawa iklan kat tokey kedai ....
ok best
mencabar jugak nak ambik gambar kat kedai makan kan.. sib baik x ramai org pandang2..
panjang lebar .....
Tapi CA suka .. section khusus utk family tu ... kalau buat kat Malaysia ... agak2 family ka ..sapa yang tempah kat situ ...
next review- kari kambeng kat restoran toyiban, ibrahim khalil street... tolong! hihi
hj arshad : hahahaha. agak2 bleh makan free lagi ker?
bahshee : ini tak mencabar sangat sebab takde orang. lagipun tokei dia patani + saudi. boleh konsider ah.
ca : hahaha.. mendalam maksud tuh.. hahahaha
kog : restoran toyiban ek? kat mana secara tepatnya?
sejenis review yg berbeza drpd biasa, lawak. tima kasih membuatkan sy gelak, har2.
suka baca blog ni, gmbr2 dlm blog ni mengingatkan sy kpd mekah masa wat umrah dlu. makan biasa2 je masa tuh, roti canai, al-baik, nasik mandi dll. xde aih mkn best2 cam dlm post ni, almaklumlah masih pelajar hehe.
kipidap ustaz bro! :D
Post a Comment