pengikut-pengikut yang menawan

Wednesday, June 22, 2011

shish towut dan masakan






Makanan di atas mula diperkenalkan kepada saya oleh pelajar senior umm alqura saya, Zulkifli muda, khairuddin dan Rahman hamzah. Mereka adalah abang-abang kepada kami yang masih mentah dalam ilmu kehidupan dan perantauan ketika itu. Nak cakap arab pun gagap-gagap lagi. Tengok arab pun masih ketar-ketar nak lalu. Tapi sekarang, silap ah kalau ada yang nak cari gaduh.

Lepas selesai sekolah sekitar jam 1.45 petang, kami akan pulang ke hostel. Saya memang jenis tak gemar mandi time balik sekolah. Biasa jenis tidor dengan baju skolah terus. Tapi dah dewasa ini, takdelah pakai baju skolah. Dari awal saya masuk ke umm alqura saya jenis memakai tshirt dan seluar. Sampai nak dah grad ni pun macam tu lah gaya saya. Tu yang kadang-kadang jemaah geleng kepala tengok gaya saya seorang pelajar agama. Takpelah. Itu saya punya cerita. 

Selesai berehat, jika malas nak memasak, (tukang masak terdiri dari zulkifli, khairuddin dan man hamzah) maka kami akan makan di luar. Biasa port kami adalah di sekitar kedai afghan yang menjual nasi bukhari atau kedai khan khalili yang menjual makanan-makanan seperti di atas yang berpaksikan makanan mesir, atau kami akan mencuba selera makanan laut di ashour yang terletak tak jauh dari hostel. Kira-kira sepenanak nasi jaraknya. 

Kami akan berjalan beriringan kerana time tu, student masih lagi sengkek. Sekarang pun sama jugak, cuma lebih selesa berbanding kehidupan di zaman itu. Internet masih jauh. Telefon pun mahal, apatah lagi nak berkenderaan sendiri. Kami cuma mampu membeli motor skuter secondhand sahaja. Berjalan di tengah keterikan mentari membuatkan kami sangat insaf dan merasa perihal kehidupan seorang pelajar agama. kekeke. Jiwang sikit.

Khairuddin yang mempunyai pengalaman serba setahun dua berada di mesir sangat fasih berbahasa amiah mesir yang mana saya masih lagi terkial-kial nak faham. Jadi, dia amat dikenali di kedai khan khalili ini. Makanan pun agak sedap dan saya masih lagi keliru, shish towut ni makanan mesir ke turki kerana di kedua-dua kedai ada menyajikan makanan seperti itu. Ini termasuklah kebab, shawarma, iskandar dan lain-lain lagi. Apa yang amat mengagumkan saya mengenai kedai mesir ini ialah tukang pemanggangnya yang mempunyai tangan yang besar dan tahan panas. Setakat pegang besi panas pencucuk daging tu, dia rilek jer sambil tangan kanan minum shai panas yang pekat dan tangan kiri alihkan besi-besi pencucuk daging tu sambil asap menghinggap tepat ke dalam matanya. Fuh! Respek yang tak sudah. 

Kebiasaannya, kami akan memasak. Kerja tetap saya ketika memasak ialah memotong bawang dan menyediakan budu. Di sini baru saya tahu, enak rupanya cicah ayam dengan budu + bawang + lada + limau nipis. Jika selama ini, saya hanya makan ikan sahaja. Ajaib betul. Bab masakan, biasanya abang-abang seniorlah yang akan menyetelkan. Guna pressure cookerlah, guna termoslah, guna semawalah, guna bepanglah dan sebagainya lagi. Itu memang kerja-kerja pakar. Budak-budak seperti saya tak boleh campur. Kemudian, kami akan makan dan saya cuba membantu dengan membasuh pinggan mangkuk. Selesai makan, kami akan bersembang dan bertukar cerita sehingga azan asar berkumandang lalu bersiap-siap utk beriadah waktu petang. Kadangkala riadah atas katil pun sedap jugak time panas-panas cam gini. Terpulanglah.. (riadah bermaksud tidor).

 Malam selepas maghrib, kami akan ke masjidilharam dan ke kelas pengajian baba wan nik yang terletak di atas bukit shamiah. Isyak, pulang untuk memasak atau beli sahaja di kedai-kedai yang dinyatakan di atas. 

Masa semakin berlalu..

Kini, tinggal saya selaku abang senior yang malas nak mengajar adik-adik junior tentang jenis permakanan dan cara hidup arab. Lagipun, kebanyakan junior datang ni dah kawin dan beranak pinak. Apakehal pulak saya nak pandai-pandai campur kehidupan hal ehwal rumahtangga orang lain sedangkan isteri dia sendiri pandai masak. Jadi, kami terpisah dan kehidupan sudah tidak berlangsung seperti dahulu lagi. Gaya kehidupan semakin berubah dan terus berubah. Tiada yang kekal melainkan perubahan..

Saya akan pulang tidak lama lagi. Tinggallah segala memori kami selama 8 tahun berada di Tanah suci Makkah bersama kenangan, suka, duka dan memori yang sukar untuk dilupakan. Kembali ke sini? saya pun tak tahu lagi bila saya akan kembali..

Cukuplah sembang. Saya dah sebak ni. Mungkin akan menangis nanti.. bye!


16 comments:

Chik Att said...

tak cadang untk berkhidmat di Bumi makkah ka ...

taj said...

alaaaa...Pi, hang dah nk balik dah...yelarr setiap permulaaan mesti ada akhirnya...dah sampai waktu nyer kan...

huhuhu...cuma sedih juga kamu dah nak balik...ada juga berangan bila akk ke mekah, nak jejalan ngan Pi sefamili dan berguarau senda ngan si abang tu, nak lepak ngan korang di Dsaji...dan nak minta Pi tunjuk tenpat tuk membeli jubah di jalan mana tah yg Pi pernah kasi taw dulu tu...

yelarr...kita cuma boleh merancangkan...anyway all the best utk Pi dan famili...

selamat kembali ke tanah air...(tp bila tu?)

note: projek buku, simpan satu tuk akk ek...

kucingorengemok said...

tiba² teringat 1st time baca blog ni (via fotopages ayu) time kamu eksiden masa raya dulu

Cidak said...

bab pemakaian tu kita sama.

tapi, bab kahwin kita tak sama..

abg pi dah kahwin,saya belomm

mama bear said...

sangat sebak!yg tu saja boleh cakapbaca entry ni.dulu masa kami nak tinggal bumi Makkah pun macam nak luruh jantung!terlalu banyak suka,duka dan penuh miracle kehidupan disana!mashallah!selamat pulang ke tanah air dan welcome to the club - kelab pencen ex-student uqu!haha

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

macam mana nak 'like' komen mama bear ni ha? hahahaha.. yeah!! welkem bekk!!

norah_nor said...

cepatnya ...dah lapan tahun ya....

sweets said...

Oit! Shish Towuk la.. Tak apa.. ada rezeki jengah lagi bumi Anbia' ni.. aku yakin, tak lama mesti sampai balik.. Insya Allah..

Syahiddmilikku said...

aku ingat baca hang punya fotopages dulu sampai la hang nak balik mesia nih. aku emosional baca entry hang kali ni. lapar pun ye jugak teringat shish towuk kat mesir dulu. Walau bagaimanapun, pesal gambar shish towuk hang tak keluaq?

AnasMohdSalleh said...

boleh kongsi resepi tak? dah lama betul tak makan makanan macam tu. kat Malaysia mahal2. pasti puas hati kalau dapat buat sendiri

Hajah Zainab bt Abdullah said...

oh..balik kampung yer...keluarga menanti kepulangan anda..isteri, anak2 yg comey lote..dan yg bakal lahir...

geraugebang said...

tak pasal-pasal...kita lak sedih...apekepasal lak ek

geraugebang said...
This comment has been removed by the author.
Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

chik att : hmm.. bercadang jugak. insya allah jika dipermudahkan urusan oleh Allah..

kak taj : insya allah. saya doakan saya masih lagi di sini dan mendapat peluang utk tinggal lagi di sini. tapi hati dah kat msia neh. kacau betul. hehehe..

buku? jangan bimbang kak. doakan jer supaya berjalan lancar, kita akan promosikan dalam masa terdekat.. insya allah.


kog : ooh. ye ker? kadang2 baca balik belog entri lama2, klaka jugak. sedih pun ada dan paling penting, itu semua kenangan utk masa depan..

cidak : takpe. yang penting, kita tahu apa hala tuju kita dan apa yang kita buat. selagi ia tak bersalahan dengan agama, teruskan.. kawin jerlah cepat2.. tunggu apa laggiii..

mama bear : hmm.. semoga semua ini bukan jadi yang terakhir kan? ust man pun selalu datang.. insya allah nanti bawaklah mama bear and bear2 sekalian.. hehe..

kak norah : yup! dah lapan tahun.. tak perasan pulak.

sweets : yup. shish towuk.. best ah.. sampai sekarang asyik duk makan lagi. mmg asal dari mesir ek? atau makanan turkey? masih lagi konpius. masing2 claim itu makanan dia yang punya. hahaha...

p/s : ada jugak cita2 nak menjengah bumi anbiya'.. insya allah suatu hari nanti bila kelapangan.

syahid : hang memang antara orang terlama yang aku kenal dlm belog nih. walaupun kita tak pernah bersua.. hehe..

eh. gambar tak kuar lagi ek? dah tukar banyak kali dah.. haih. ada masalah apa plak neh..

anas : hehe. tu kena pi tanya kedai ah. kak najwa pun boleh buat rasanya tapi dia 'm.a.l.a.s'.. apa nak buat... makan kedai jerlah jimat kos.. hahaha

mama : konflik dalaman.. gembira nak balik dan sedih nak meninggalkan..

kak gerau : hahaha.. sabar kak.. sabar.. jangan emosional.. saya masih lagi di sini.. akan saya sebarkan sebanyak mungkin cerita saya di sini.. hehe..

PINATBATE said...

Semuga segalanya dipermudahkan Allah.Terbaekkkk..!

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

kak pinat : insya allah! ameen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...