pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, June 11, 2011

the wedding

the groom

kanak-kanak riang ketika masjlis perkahwinan

the photographer from PMCrew Makkah.

Local arab usually wearing thoub, egal and shimag during the reception.

the Majaz man.

powered by VESPA KL. Salah seorang ahli PMCrew Makkah.

Videographer and Director of PM Crew.

عائلة آل فطاني مكة

berdansa dan bergembira. Tarian yang saya tak paham.




Saya fikir, saya perlu pecahkan cerita kepada beberapa bahagian supaya saya sendiri paham macam mana nak cerita.


The wedding

Oke. The wedding sebenarnya adalah salah satu nama video clip yang dipopularkan oleh Qusai. Seorang rapper dari Jeddah. Video clip yang sangat menarik menceritakan perihal perkahwinan di Saudi. Juga menyentuh beberapa isu tentang perkahwinan, adat dan budaya saudi yang sangat menarik jika anda menontonnya. Cari sendirilah di youtube. Takkan itu pun nak kena suap.

Jadi bertemakan perkara itu, sekali lagi PMCrew for Video & Photography Makkah cuba untuk mencari kelainan dalam shooting perkahwinan di Saudi yang kebanyakannya sangat plain dan rata. Kami tahu, kami tidak memiliki peralatan yang cukup dan lengkap. Idea juga kurang sebenarnya kerana banyak faktor. Antaranya ialah sibuk dengan peperiksaan, karang idea dalam kereta, takde banyak sangat perkara yang boleh diambil dan macam-macam lagi. Anyway, bagi saya, tahniah buat team kerana berjaya menggunakan apa sahaja yang ada untuk mempersembahkan kepada anda bagaimana budaya perkahwinan di arab saudi walaupun bukan arab betul yang kahwin, tapi diorang ni pun dah dikonsider sebagai arab jugak sebab family diorang banyak campur dengan arab dan budaya yang tak saling tumpah seJibik.


The Examination



suasana lepas peperiksaan terakhir.



rakan foreigner dari merata ceruk negara. Dari kiri Abrar (India), Atique (Indonesia), Isa (Senegal) dan Ayatollah (Kirkistan). 

Naif Sa'don dan Lect nahu saya sedang berbincang mengenai jawapan mereka.

jawab, jangan tak jawab.

Makcik Rozy yang kami kenal melalui internet. Terima kasih banyak2 atas pemberian. Insya allah kami akan ke Penang balik nanti! :)

Saya periksa lebih awal daripada budak-budak lain. Kami sememangnya pelik sikit. Tapi alhamdulillah, selesai sudah tentu lebih awal dari budak-budak yang lain walaupun kami tak bercadang nak balik awal. Ketika peperiksaan baru-baru ini, pelbagai  perkara dan cabaran saya alami. Antaranya ialah boleh lupa jadual peperiksaan dan pergi periksa dengan hanya tawakkal. Boleh cari di entri2 di bawah-bawah ini mengenai peristiwa itu. Soalan memang jenis tahap para ulama je yang paham. Tapi ada jugak soalan yang jenis tak ulama pun boleh jugak jawab. Bergantung kepada pemikiran dan kepahaman masing-masing. Apapun, saya banyak menimba ilmu dalam pengenalan ilmu agama di sini. Perkara yang tak jelas selama ini, dah boleh nampak. Perkara yang samar-samar pun dah terang. Perkara yang tak tahu pun dah boleh tahu. Islam itu mudah, tapi ramai orang yang tak paham membuatkan Islam itu menjadi susah. Lalu menjauhkan diri dari agama. Kesimpulannya, belajarlah bab agama supaya anda tak ketinggalan dalam agama dan merasa malu.

The Arab-Exhibition London

Expanision-Holy-City-Makkah-Almukarramah_700482

arabexhibition_711090

arabexhibition_711092

Expanision-Holy-City-Makkah-Almukarramah_700456

Di atas adalah beberapa keping gambar simple saya yang terpilih untuk ke pameran fotografi di NOUS, London. Semuanya berlaku ketika saya sedang sibuk dengan musim peperiksaan. Kenapalah time2 nak peksa ni, macam-macam peluang yang datang. Tapi, apapun, saya taknak pisang berbuah banyak kali, saya kejar jugak perkara ni dan luangkan masa untuk submit gambar pada mentor saya, si Wais Bashir dari Demotix.com. Dia siap telefon saya untuk mendapatkan lagi gambar-gambar yang lain yang mana saya rasa, saya memang boleh pergi hasilkan gambar tersebut, akan tetapi, kekangan masa yang membataskan saya. Wah. Speaking london kita baru-baru neh. Kah kah kah.

Ada 2 lagi kisah yang saya tak sempat nak tulis di sini iaitu mengenai Buku saya 'a glimpse of makkah' dan majlis graduasi budak2 arab di sini. Sebab sibuk nak pergi sembelih kambing pulak lepas asar nih. 

Saya tetap menyokong negeri saya Terengganu, walaupun jika mereka kalah pada piala FA ini!








5 comments:

tyrah. said...

banpi, bakpe some of your picture unavailable ? ke sebab kakcik gune mozilla?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ha? bampi guna mozilla oke jer.

Anonymous said...

best lah lutfi punye blog. sronok tgk life student malaysia kt makkah. teruskan update blog ni ye. p/s: abg lutfi suke benor dgn lagu sherine tu kan. =) sincerely,Ariff Hamdan

taj said...

Pi...


ada bbrp gambar yg takleh ditgk..huhu

takpelah, ada yg lain...

takniah n syabas...moga mu sukses selalu...

gmbr yg last...menarik hati akk..
dan harap juga boleh menarik di london nanti...insyaAllah...siapa taw kan..:)

safiudin.com said...

saya suka membaca setiap entri yang dicatat disini...[malas nak komen aje].

saya suka gaya bahasa dan penggunaan kata yang bersahaja. santai.

terkadang 'sesuai' saya katakan Lutfi adalah penulis yang terbaik dari merungkai kata.

tahniah.

ps: bila buku yang diwar-war di FB akan berada di pasaran?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...