Suasana : sekitar tahun 1993
Waktu : jam 9.00 pagi
Lokasi : kelas 4 biru, Sekolah Rendah Tengku Bariah, Kuala Terengganu.
"Afifi, awak besar nanti nak jadi apa?" Soal cikgu Zarina Bt Abdullah, seorang cikgu muda yang cantik dan berwajah pan-asia memulakan tajuk kelas pada hari ini.
"Saintis cikgu. Sebab cita-cita saya besar dan saya minat sains." Jelas dan terang jawapan Afifi. Selaku ketua kelas kami yang sangat tegas dan matang.
"Norherizal, besar nanti apa cita-cita awak?" soal cikgu Zarina beralih kepada rakan di sebelah.
"Saya nak jadi pendidik cikgu. Kerana ia adalah kerja yang mulia." Norherizal membetulkan rambutnya. Rambut Norherizal memang kemas dan tak pernah berubah. Mungkin disebabkan gel yang dia pakai mengandungi kanji tepu.
"Lutfi pulak?"
"Err.. Entrepreneur cikgu."
"Ha, apa dia entrepreneur tu?" soal cikgu zarina menduga.
"Usahawan cikgu. Saya pun tak tahu. Emak saya suruh jawab macam tu. Jadi saya ikut jerlah."
Cikgu Zarina dan rakan-rakan dalam kelas ketawa dengan jawapan saya yang agak lurus dan betul.
...
Itu adalah senario 18 tahun yang lepas. Kebanyakan rakan-rakan saya akan menjawab untuk menjadi guru, polis, askar, bomba,profesor, saintis dan lain-lain lagi apabila ditanya apakah cita-cita mereka. Jawapan orang yang ada wawasan dan nampak apa yang ingin dikejar. Ada juga beberapa rakan saya yang menjawab untuk menjadi pelukis komik seperti Najib dan Fayadh. Memang. Mereka memang berbakat melukis. Pada umur 10 tahun, mereka sudah menghasilkan komik bertajuk 'sekandang' yang dipenuhi dengan lukisan lawak mereka. Itu adalah kawan-kawan sekampung saya. Kami selalu melukis di gerai di bawah rumah nenek ataupun ke dalam surau di lorong 5, Pulau Kambing. (bukan kami melukis. Depa melukis. Saya penonton sahaja dan tukang komplen). Kini mereka jadi apa, saya pun dah putus hubungan. Mungkin dah kerja dengan MOY kot?
Kini, setelah 18 tahun berlalu, ada yang menjadi jurutera, ada yang menjadi penjawat awam, ada yang menjadi pensyarah, ada yang menjadi juruteknik dan setakat ni belum ada lagi yang menjadi perdana menteri.
Saya? melihat kembali jawapan yang saya berikan pada 18 tahun yang lalu, saya kembali merenung. Itu adalah jawapan yang dicadangkan oleh emak saya. Emak sebenarnya adalah seorang pendidik yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Di dalam salah satu bab subjek Kemahiran Hidup, terdapat unsur-unsur keusahawanan yang ditonjolkan di situ menyebabkan emak amat mengharapkan agar anaknya dapat menjadi seorang entrepreneur pada suatu hari nanti.
Melihat saya pada masa kini, saya telahpun bekerja sebagai interpreter / translator di bawah wisma putra ministry of foreign affairs, di Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah. Tempoh percubaan adalah selama setahun. Kerjaya yang mengubah seratus peratus kehidupan sebagai seorang pelajar saya. Alam pekerjaan sememangnya berbeza dengan alam pelajar. Kita tidak lagi disibukkan dengan exam dan tesis serta assignment. Namun, kita diduga dengan perkara sebenar lebih hebat daripada perihal kertas dan lecturer!
Segenap ilmu yang telah dipelajari dari bangku sekolah ke menara gading perlu dikeluarkan dan diadaptasi ke dalam kehidupan seharian. Apa sahaja yang merangkumi di bawah satu lembayung bernama ilmu, saya perlu gunakan. Matematik, ekonomi, kira-kira, akaun debit kredit, usul fiqh, teori sains, geografi, psikologi, sejarah, ilmu pengetahuan am dan juga membaca jambatan ilmu. Semua kena pakai ketika bekerja. Sebab itu, saya ingin menasihati adik-adik yang masih lagi belajar agar terus menerus menimba ilmu tanpa jemu dan kautlah sebanyak yang mungkin.
Kerjaya sebagai interpreter ataupun translator tidak menjanjikan kesenangan. Segala perihal penterjemahan dan penukaran bahasa digalas di atas bahu saya untuk diselesaikan. Subjek nahu yang paling saya benci, kini menjadi rakan karib dalam hidup. Bukan itu sahaja, saya juga perlu berdepan dengan beberapa istilah-istilah moden yang perlu ditakrifkan dengan betul melalui penterjemahan dokumen-dokumen dan juga surat-surat kerajaan. Kini saya sedar betapa pentingnya belajar bersungguh-sungguh dan bukan sekadar untuk mendapatkan markah lulus periksa sahaja. Paling penting, apa ilmu yang kita dapat untuk kita gunakannya sekarang.
Pemikiran juga perlu cepat dan tajam. Anda tidak lagi boleh berlengah dan bermalas-malasan dalam membuat sesuatu perkara. Saya kini cuba mengubah sikap saya yang suka bertangguh kepada membuat segala kerja dengan segera. Satu mujahadah buat diri saya sebenarnya. Ia lebih penting daripada saya sibuk cerita pada orang tentang diet diri sendiri.
Pengaruh fesbuk tak dinafikan sangat memberikan kesan dalam kehidupan. Saya menggunakannya untuk berinteraksi 2 hala kepada komuniti-komuniti sekeliling saya yang berada berjauhan dan juga sebagai satu bahan pemasaran diri untuk menuju ke jalan yang lebih luas dan selesa lagi di masa hadapan. Namun, saya tidak merasakan tersangat perlu kita promosikan diri sendiri dengan tidak tentu hala dan asyik bercerita mengenai diri sendiri sahaja di dalam status fesbuk. Orang lain banyak kerja lain lagi nak buat dari membaca perihal diri kita di fesbuk. Hahahaha. Itu saya mengata kepada diri sendiri.
Oke, buat sekalian kalinya, saya memohon maaf di atas segala keterlanjuran saya dalam berbicara dan juga berkelakuan terhadap 'anda'. Saya insan biasa dan tidak maksum selalu membuat dosa dan kesalahan. Sempena aidilfitri ini, saya memohon kemaafan kepada 'anda' semua kerana time lain, saya takde terfikir pun nak minta maaf.
kullu am wa antum bikhair.
Akhir sekali, entrepreneur dengan interpreter tu dah bunyi macam nak sama kan?
![]() |
| dari kiri : Pn Najwa, Basmah, Naseem dan Waseem. Sorang lagi anak tak keluar lagi. sabar.. |

17 comments:
mmm...i love black....
waseem dah nampak macam abg yg macho la... :)
Kerja translate memang susah. Saya translate sikit saja pun dah rasa macam, er, "kenapalah bahasa aku teruk sangat.."
assalamualaikum pi.. selamat hari raya buat najwa dan anak2. =) Raya kat jeddah ye tahun ni.. oh ye.. nape ye baby basmah tu di antara kening die tu ada ape ye.lama da nak tanya.. hehehe
kullu am wa entum bikhair.. akhirnya..naseem nampak comey dan ayu dalam gambar nih..waseem? garang!
kak nor: antara kening basmah tuh ada tulisan Allah "الله" :)
haaa.. welkom back encik lutfi, saya sudah lama tunggu cara penulisan beginih. haha.. :) tahun depan ada rezeki kita jumpa di Makkah InsyaAllah. kalo turun mesia kasi tau deh!
Assalamualaikum tuan blog,
nampaknya blog ni dah menarik hati sy utk membaca, ada unsur ilmu & ada unsur buat sy gelak sorang2 dpn pc mcm oqang x betui....Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin...
salam..selamat hari raya.seronok bila menghadapi bidang kerjaya yg mcm2 ragam ni.sgt berbeza dgn alam belajaq.tahniah!
Salam.
Masa belajar dulu memang Ada satu penyakit ni. Penyakit suka mempersoalkan apa yang saya terpakasa/ dipaksa (?) belajar. Buat apa belajar benda yang kita tak akan guna bila bekerja nanti? Waktu tu, memang malas betul. Tapi bila dah bekerja ni...hmm, menyesal pun dah tak berguna. Terpaksalah buka buku balik belajar teori yang dulu dirasakan ntah apa2 ;p
Salam eidul fitri!
kak ton : tenkiu. nasib baik love black. kalo love me tadi. pengsan. wakakaka
marvic : mmg stylo skarang nih. rambut nak sikat sendiri. tapi kalo nak kencing, kena baba dia teman jugak. hahah
tasneem : yup. baru kita sedar langit tinggi dan rendah.
nor : itu tulisan allah. satu peringatan buat siapa2 yang melihat dia utk menyebut masya allah tabarakallah. orang msia tak buat. :)
anuar : basmah lagi garangg
khm : memang punya! gua turun, gua kasi tau sama lu nanti!
inabu : wsalam wbt. haha. terima kasih kerana sudi membaca. ni semua gosip liar jer dalam nih. haha.
nuralwahid : diakui. sangat berbeza. walaubagaimana pun, saya seronok bekerja.
kb : sekarang kita menyesal kan?? hahaha. itulah saya nak nasihatkan kepada adik2 supaya kautlah ilmu sebanyak mungkin dan jangan belajar semata2 utk sijil dan kelulusan sahaja.. menyesal kemudian tiada gunanya..
assalamualaikum...
tuan blog..
blog yg menarik perhatian saya.. bukan setakat bacaan kosong semata, manfaat pun ada... kelakar pun ada... very interesting!
P, selamat hari raya...
Pok Li kabo, tahun ning dua2 tukang amik gambo dok balik raya di Ganu hehe..
maaf zahir batin
-kazen-
selamat hari raya... baguih gak der cita2kan... tak kisahler menjadi ker tak janji der kan...
en lutfi n pn najwa, kullu 3am wa antum bi alf kheir...
lady isma : wsalam. alhamdulillah. terima kasihhh atas testimonialnya..
kazen : 2 taun doh akdop. hehehe.. kita ejas taun depan lahhhh
cho zila : yup. itu lebih baik dairpada tak ada cita2 langsung.
neo : wa antum bikhair..
Salam Pi...
cantik gambar...semua dgn gaya tersendiri...suka sgt, lbh2 lg pd si abang tu...hehehe
tahniah dh dpt kerja yg baik, dan akk doakan akan jd entrepenuer yg berjaya suatu hari nanti...harapan mak juga kan...insyaAllah dipmudahkan...
slmt hr raya & maaf zahir batin ye...
Lovely B&W photo, Pi...
Post a Comment