pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, September 11, 2011

pengalaman saya ketika pesawat merempuh World Trade Center 11 september 2001. Ngeri.

umrah kali pertama
Penulis bersama Tuan Amer Abu Bakar Abdullah AlBakri di Masjid Miqat Bir Ali di Madinah Al Munawwarah.  Masa ni, berat badan penulis dianggarkan hanya 35kg sahaja. Kini.. dekat2 kali dua jugak nombornya itu.  - 12 september 2001.

"Lusa kita akan berangkat ke Makkah al Mukarramah jam 3 petang. Diharapkan kepada para jemaah dapat meletakkan beg dan bagasi masing-masing di lobi jam 8 pagi pada 12haribulan yer. Nak beli apa-apa, beli siap-siap hari nih. Esok lusa dok dang doh (tak sempat dah) nok beli." Seloroh Ustaz Harun yang merupakan pengarah urusan bagi syarikat Rayhar Travel ini. Ditubuhkan pada tahun 1990, Rayhar yang berpangkalan di Kemaman, Terengganu terus berkembang dengan kini membuka beberapa cawangan baru di Kuala Lumpur, Seremban dan Shah Alam.

Kami mengangguk-angguk tanda faham mengenai taklimat tersebut.

Kertas azimat, perlahan-lahan saya keluarkan dan baca berulang kali sambil menandakan beberapa perkara yang masih belum selesai lagi untuk saya cari. Boleh tahan jugak kawan-kawan pesan barang. Itu tak termasuk doa yang macam-macam. namun, itu tanda saya berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan. Menunaikan umrah pada tahun 2001 bukanlah satu trend seperti sekarang. Tak banyak rujukan yang boleh didapati tentang tanah suci Makkah dan Madinah.

madinah1
Pasar Kurma, Madinah. Tahun ni, takdak lagi kereta supercar ker, bmw 7 series ke, mercedes lampu kacang ke. semua jenis toyota pickup bawak kambing jer.

Saya bergegas keluar bersama rakan karib saya si Amer Abu Bakar. Kini merupakan lawyer di sebuah firma guaman terkenal di Malaysia. Kena panggil dia tuan sekarang. Kami menunaikan umrah bersama-sama keluarga. Saya bersama wan (nenek), ayah dan emak. Manakala Amer pula bersama kakaknya. Suatu pengalaman baru sebenarnya kepada kami. Di Madinah, saya sempat bertemu para senior saya seperti Fathul Bari, Zul Muda dan juga Sufian AtThauri yang banyak membantu saya untuk memasuki Umm alQura Universiti. Bersama-sama Fathul dan Zul juga, saya minum air tebu paling sedap di celah-celah lorong kota Madinah.

madinah2
Masjid Nabawi dari celah-celah lorong kedai. Bertarikh 9 september 2001.

Kami berjalan di lorong-lorong Kota Madinah, mencari-cari dan mengintai barangan yang masih lagi bersisa untuk dibeli sebelum pulang. Banyak betul barang nak beli. Jubah, Quran, kitab, minyak atar, kain tudung dan lain-lain lagi. Rasa seperti tak mahu meninggalkan bumi di mana bersemadinya Rasulullah pun ada. 3 hari yang diberikan terasa amat singkat. Akhirnya, kami pulang membawa barang-barang yang telah berjaya dikesan untuk dibawa pulang.. Kota Madinah ketika itu, masih lagi belum ada banyak hotel 5 bintang. Kami sendiri pun tinggal di hotel 2 bintang. Untuk ke masjid Nabawi, harus melalui lorong-lorong sempit dan tak sempat nak mintak projek pilihanraya utk turap jalan. Mungkin YB dia sibuk dengan masalah lain kot. Namun, masyarakat di Kota Madinah sangat menenangkan.. Baik dan sejuk mata memandang. Itu pandangan saya.. Harmoni dan tenang adalah perkataan yang sesuai untuk saya gambarkan Kota Madinah. Saya amat merindui perasaan itu. Perasaan mula-mula tiba di Kota Madinah. Perasaan seorang yang jahil tentang dunia arab. Perasaan kagum dan takjub...

madinah3
Emak saya sedang membilang duit untuk membeli kurma. 

Keesokan paginya, sejurus pulang dari solat Zuhur jika tidak salah saya, saya dan ayah memasuki hotel yang kami menginap di Madinah. Dari jauh kelihatan ramai orang sedang berkumpul menonton tv di lobi hotel. Kelihatannya filem aksi yang menunjukkan sebuah bangunan hampir runtuh. Saya dan ayah berhenti sambil turut sama menonton filem aksi tersebut. Boleh tahan jugak arab buat filem. Tapi, saya tak berapa paham sebab ada macam segmen berita pun yer. Setelah mendengar beberapa kali, kami paham ianya adalah berita dan bukannya filem aksi! Setelah bertanyakan kepada ustaz-ustaz mutawwif kami, sebenarnya itu adalah WTC yang telah dilanggar oleh kapal terbang. Live tu!

madinah4
Ayah saya sedang bosan menunggu emak saya membeli. Jangan tegur time nih. Dia garang.

Agak terkejut dan saspen. Kebetulan ustaz harun ada di tepi. Dia menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan para jemaah yang akan pulang ke Malaysia. Kami ada juga bertanyakan apa kena-mengena dengan kepulangan kita nanti? Beliau yang mempunyai banyak pengalaman berkata, mungkin akibat daripada serangan pengganas tersebut, kita akan terkena tempias untuk pulang dan mungkin kita terkandas. Ujar beliau menerangkan secara ringkas.

madinah5
Saya dan Tuan Amer lagi. Saya rasa, kami berdua lebih kacak sekarang jauh daripada waktu dahulu. Sapa ntah ambik gambar neh. Tak jaga exposure langsung!

Saya naik ke bilik sambil berfikir tentang peristiwa yang baru tadi saya saksikan. Sangat mengagumkan dan mengerikan. Saya tidak tahu bahawa sejak peristiwa itu, Islam terus dimusuhi sehingga ke hari ini! Walaubagaimanapun, pengalaman pergi umrah saya akan saya ingat sebab ia berkaitan dengan peristiwa tersebut. Keduanya, ia adalah hadiah hari lahir yang termahal pernah ayah dan emak anugerahkan kepada saya dan antara faktor-faktor yang mendorong saya untuk terus berada di Arab Saudi sehingga ke hari ini. Ajaib bukan? Bagi Allah, tiada yang mustahil.

madinah6
Emak dan kak Ida di hadapan masjid Qiblatain. Budak yang pakai baju merah kat tepi tu waktu sekarang saya rasa mungkin sedang berdebar tunggu result universiti limkokwing. Maklumlah dah 10 tahun berlalu.

Kami meneruskan perjalanan ke Kota Makkah tanpa apa-apa kebimbangan yang melanda kami. Nanti saya sambung lagi (jika rajin) pengalaman saya di Kota Makkah. (janji kosong) kekeke.

madinah7
Perkuburan Baqi' waktu pagi. Pakai filem maa.. mana nak tau apa yang keluar gambar.. Saspen betul.


bassooomah
Bassoomah. Gambar ini dirakamkan setelah 10 tahun berlalu peristiwa 11 september 2011. 

5 comments:

aMe said...

berat aku makin kurang p..makin kurus..mu x diet ni..haha

taj said...

comeyy masa tu...kurusss

ape2hal, 1st umrah is the best in the world...

and 11 Sept. is the best of suspended...hehehe

sambung lg...:)

NeoBalanoCarpus said...

best g umrah masa muda2 belia..napok gambo pun klasik je..gambo lame masa d KL ada ngan aku p..masa tu berat mung rasa2 dlm 30kg je kot...:p

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ame : mung sokmo kurus.. kekekeke

kak taj : part sambung tu susah sikit..

jepar : shh.. jangan keluarkan gambar tuh. orang jeles satgi tengok aku. kakakakakaa..

ViZieR said...

la..waktu ni akak pun ada sana..tp bukan di madinah, di mekah..
mmg masa tgk tv tu ingatkan filem!
dlm perjalanan balik ke mesia, kene tukar flight di riyadh kot, ada org kata sb ada bom dlm kapal terbang yg previous tu haha..betul ke tak tah la..
*sambut bday kat makkah waktu ni, mak akak belikan kfc :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...