pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, September 20, 2011

semalam hari lahir saya yang ke 28 (siri entri sama macam belog-belog lain)



Kek harijadi yang dibuat oleh waseem dan naseem. Sudah tentu dengan tunjuk ajar mama dia. Takkanlah depa ni buat sendiri. Saya pun takut nak makan kalo depa buat sendiri. Takut terkeluar pampers adik dia. Tak ke haru biru.

Tak ada apa yang menarik pun semalam. Cuma saya rasa gembira sebab isteri saya boleh buat kuah kacang yang sama sedap dengan kuah kacang di kedai tepi epot kuala terengganu. Makan dengan nasi impit pulak. mak aih!! Memang tak perasan muka isteri saya yang masam ketika saya buat bodoh makan dan terlupa ucap terima kasih!

terima kasih kepada kak eni dan abg amin kerana tahu bahawa kek coklat yang dia buat sedap. maka dia tinggalkan pembuat kek tersebut kepada isteri saya supaya isteri saya boleh buat kek sepertimana kak eni buat suatu masa dahulu.

-saya memang suka kek coklat dan saya tak malu pegi rumah orang time majlis apa2 utk belasah kek coklat terlebih dahulu. sila berhati-hati dengan kedatangan saya jika anda mempunyai kek coklat yang sedap.

amacam entri kali ini? simple tak? kekeke. saya mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan ingatan hari lahir saya semalam. juga terima kasih kepada anda yang memberikan komen berupa kesemuanya pujian dan penghargaan kepada saya! saya amat terharu dan tak makan budu utk beberapa hari ini akibat terlampau gembira. baarakallahu feekum. 
    
proses pembikinan kek cokelat : IMG00610-20110919-1037 IMG00601-20110919-1006 IMG00615-20110919-1457 IMG00608-20110919-1016 IMG00606-20110919-1015 IMG00612-20110919-1038 IMG00605-20110919-1014 IMG00618-20110919-1457 IMG00604-20110919-1014 IMG00603-20110919-1010 IMG00602-20110919-1009 IMG00614-20110919-1456 IMG00616-20110919-1457 IMG00609-20110919-1037 IMG00617-20110919-1457 IMG00613-20110919-1456 tak lama lagi, sorang lagi watak timbul pulak duk buat kek. adoihh.. sudah tua saya ini..

4 comments:

Faslin said...

Mana gambar banyak tak keluar?? Tak taulah kot line internet saya ni yang problem.

"This photo is currently unavailable"

denaihati said...

Happy Belated Birthday semuga sukses dunia n akhirat. Rindu betul dengan tanah haram.

annasofea said...

whooppppiiiii...best tol jadi bebudak yerrr, hepi belated besday

maas salamah

Marvic said...

what a great family u have... skrg aku plak jeles... hmmmm....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...