Tuesday, September 13, 2011

tinjauan kepada pembaca belog na5wa.com


5
Penulis ketika berumur beberapa tahun. mana nak cari budak comel pakai songkok sampai kat telinga. - Beserah, Kuantan, Pahang.


soalan tinjauan.

Kenapa anda meminati belog ini?

"Saya meminati belog ini kerana..."

sila nyatakan tak lebih daripada 900 patah perkataan di ruang komen. semua dialu-alukan untuk menyertai tinjauan ini. Silent reader tak loud reader ke, sila yer. silakan.. takdak akaun, anonymous pun boleh komen tapi, lebih manis jika anda letakkan nama di bawah itu. taklah saya tersilap teka farid kamil ke, diana danielle ke komen. tak manis orang kata.

oke. cepat sebelum ketibaan entri terbaru saya.

contoh jawapan :

"saya meminati belog ini kerana Lutfi sangat hensem. fullstop." ini jawapan yang paling bernas!


20
Anak penulis bersama ayah penulis ketika penulis telah dewasa. Klakar pulak pakai kataganti nama'penulis'. kekekeke - Pulau Kerengga, Marang, Terengganu.

45 comments:

-hazen said...

saya meminati/membaca belog ini kerana latar penulisan di tanah haram, dan budaya masyarakat arab yang menarik untuk saya ketahui. Ditambah lampiran-lampiran gambar yang best.

Cik Masz said...

kenapa saya meminati belog ini?..

hmmmm...
saya meminati belog ini kerana banyak sebab.
1) saya dapat mengetahui informasi terkini keadaan/situasi di Mekah dan Madinah.
2) melalui belog ini.. saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya.. sebagai contoh review hotel dsb..
3) belog ni mendekatkan dan sering mengingatkan saya semasa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah...
4)belog ini juga menarik kerana ditambah dengan gambar2 yang cantik kerana mengunakan camera yang bertechnology tinggi setinggi big ben mekah..
5) Saya terhibur dengan keletah 3 orang anak-anak yang amat comel dan bijak.. psstt terutama bila sesi menangis beramai2 tu yek..
6) oke saya pun dah mengantuk.. terima kasih..

tyrah. said...

saya membaca belog ini kerana penulis adalah abang saya dan saya suka tengok gambar yang diambil penulis. lagi2 gambar anak2 beliau. FULLSTOP. kekekeke.

Faslin said...

Saya meminati belog ini kerana apabila membaca belog ini, stress yang disebabkan masalah duniawi boleh hilang. Serius. :)

Oh. Satu lagi. Sebab Waseem, Naseem dan Basmah yang comel. Naseem tu... menggeramkan!

Umi Azuddin said...

Salaam.
Saya meminati belog ini kerana ia CANDID - baik dari segi gambar yang dipaparkan oleh penulis mahupun gaya penulisan beliau. :-}

faris said...

sebab gambar2 mekah/madinah dll. yang menarik, dan gaya penulisan yang aneh dan santai kah3. jarang saya x tersengih bila baca blog ni (sila jangan kembang).

Aulialyna said...

saya suka baca blog ini kerana :-

1)gambo2 dan penceritaan ttg mekah,madinah,arab saudi sngt menarik..
2)semua entry2 yg boleh "pakai", logik dan leh wat org senyum sokmo..
3)family en.lutfi yg bahagia n comel2 sokmo..

Anonymous said...

Skema SPM :
"Pada pendapat saya, saya meminati belog ini kerana Lutfi sangat hensem. fullstop." (100 markah)

Bebas:
Blog ini merupakan antara belog-belog terawal yg pernah saya baca.. meliputi pelbagai peristiwa yang aneh dan menarik dimana saya ada mahupun tiada. Jadi, sebab saya meminati blog ini adalah kerana ia bercerita tentang perjalanan seorang hamba Allah yg telah berhijrah ke tanah air dan telah berkahwin dengan seorang wanita yang jelita (Najwa) dan telah dikurniakan 3 orang anak yang comel2..yang menjadi model yg terpenting dlm blog ini..dan tk lupa juga..sbb penulis blog nih hensem gak arr..tpi tgk la brother-in-law dia sapa..mesti lgi hensem...wkakakaka. full stop." (10 Markah) -Anuar.

norcahaya said...

Saya meminati blog ini kerana Tuan Haji Lufti sangat hensem ( 10 markah), tambah lagi dia berkahwin dengan Puan Hajjah Najwa yang jelita ( 10 markah ) berasal sama senegeri degan saya.( KEDAH DARULAMAN)
Lagi pula penceritaan dan gambar2dipaparkan cukup menari , mengingatkan saya semasa di Mekah & Madinah.

Gambar Puteri @ anak ketiga chomel & dianugrah Allah dg satu tanda yang istemewa.

Selamat menjalankan tugas dengan sebaik mungki & ikhlas.

Salam sejahtera....... said...

saya meminati blog ini kerana.....
1. Model-model dalam blog ini sangat comel(naseem),cun(waseem),hensem(mad cenok), cantik(najwa) dan hebat(makkah).

2. Ragam hidup penulis yang macam2 terutama bila diselang seli dengan bahasa terengganu 101.

3. Orang kata “Jika kita berada dekat dengan tukang besi maka tubuh kita akan berbau besi hangit. Jika kita dekat dgn mereka menjual minyak wangi, maka tubuh kita turut akan berbau wangi” Oleh itu saya berharap dengan membaca blog ini saya mendapat manfaat dan keharuman minyak atar makkah.

sekian terima kasih.

(25 markah)

NeoBalanoCarpus said...

"Saya meminati belog ini kerana penulis blog adalah kawan saya dan saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau sejak dari bujang sampai dah ber anak 3..." buleh dok?.kalu dok leh aku tarik diri la...:D

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mama minat blog ini kerana kisah2 cerita yg menarik...lucu...menghiburkan...gambar2 yg sangat cantikkkk

annasofea said...

Saya suka baca blog ni sebab suka kat waseem yang hensem tu....hehehehe, kebetulan terjumpa blog ni semasa cari cari blog makkah selepas pulang haji,,,tu kerana rindu kat makkah, madinah, dan jugak kerana ni blog dari tanah haram...wassalam

Chik Att said...

saya meminati belog ini kerana ...saya sudah jatuh cinta .....(boleh kaaa)....cinta itu abstrak .....

kucingorengemok said...

saya meminati/membaca belog ini kerana latar penulisan di tanah haram, dan budaya masyarakat arab yang menarik untuk saya ketahui. Ditambah lampiran-lampiran gambar yang best

-saya tiru jawapan hazen, takpe kan? bukan upsr tak boleh tiru² :)

Maryam said...

"Saya meminati belog ini kerana saya suka lah. Kalau tak suka, memang tak buka. Lagipun tuan belog ni ikut suka dia ja nak taruk apa.

sebab-sebab sampingan, 1) latar makkah 2) model-model cilik: waseem, naseem, basmah "

Anonymous said...

Yana-Bangi,
Salam,
Sy jumpa blog nih slps pulang dari Haji, ingin membalas rindu dendam kepada tanah haram....kadang2 tengok gambar dari sini pun boleh nangis (over sensitive)...sbb suka blog nih :-
I) rindu pd Mekah & Madinah
ii) rindu gambar Mekah & Madinah
iii) rindu Kaabah sesangat
iv) lama2 rindu kt Waseem & adik2
v) penulis berjaya menulis serta memberi gaya penulisan yang mampu memberi pembaca dalam kerinduan....

TQVM kpd penulis...anda hebat!
Wasalam

shami2 said...

Salam adik lutfi

Akak meminati blog ini kerna penulisnya tulus bercerita pengalaman hidupnya yang baik dan yang tak baik untuk dikongsi sesuai dengan tahap usianya

lebih teruja bila berlatar belakangkan kehidupan dibumi Madinah dan Makkah...

tahniah...terus menulis dan update setiap hari

safiudin.com said...

Saya meminati blog ini kerana:

1. Gambar-gambar yang menarik.
2. Gaya penulisan yang santai, menghiburkan dan mudah difahami.
3. Gelagat penulis yang boleh di'gelar' wartawan untuk info terkini kota Makkah.
4. Gelagat anak-anak penulis.
5. etc... [rahsia..]

Safiudin Abd Advis
http://safiudin.com/website

http://www.facebook.com/safiudin.advispage

dkay said...

Say meminati blog ini kerana :
1.saya rindu dengn bumi Mekah dan Madinah.
2. Suka baca rakan-rakan ust. Saya boleh baca cite Mad Cenok berkali-kali..kgum dengan cara ust bercerita dan kagum dengan Mad Cenok.
3. Saya suka gambar-gambar yg cantik.

Cuma say berharp ust dpat tunjukkan rumah orng-orng mekah, sbb saya teringi nak tengok macam mana rumah dorang, sekolah rendah dan menengah dorang. Boleh kan.

Yana-Nilai

taj said...

saya suka belog ni...sbb.:

1. penulisnya, di waktu dulu cuba nk ngorat, tup2 taw dah ada anak...keh keh keh

2. dah mula suka belog yg dulu, so sambung ke belog ni..

3. saya suka mekah, so dgn belog saya rasa dekat ngan mekah

4. bila kita dah mula taw pasal mekah, kita mahu taw lg..dgn belog ni, mcm2 leh taw pasal mekah..

5. suka segala modelnya samada yg tetap atau tempelan...plg suka abang waseem n mad cenok...wkakakaka

6. corak penulisan dan bahasa yg digunakan menusuk ke kalbu saya jiwa2 selamba ni...makna penulis ni mmg jiwa selamba cam saya lerrr...hehehe

7. saya suka saya tetap suka dan terus suka...insyaAllah

nota kakiku:

terus menetap di sana lah Pi, terasa akak pun berada di sana...sob sob [rindu ni]

Anonymous said...

salam..

"saya meminati belog ini kerana penulis menetap di Makkah,expect dalam bidang fotografi dan mempunyai anak-anak yang comel. MasyaAllah Tabarakallah"

:)

-Nur-

Anonymous said...

Salam
Saya suka blog ini kerana:-

1. Saya kenal kawan 'penulis' a.k.a Incik Lutfi siapa dia biarlah rahsia

2. Saya rindu sama Mekah & Madinah

3. Saya suka tengok gambar cantik sebab saya minat fotography

4. Sebab lain, saya boleh jadi marah jika penulis lambat update( sorry yer..)

Saya berpendapat 'penulis' boleh menjadi penulis yang sebenar maksudnya boleh tulis buku lah. Semoga penulis sekeluarga di dalam rahmat Nya.

ikhlas,
~pembaca setia tidak mahu di kenali~

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ah. yang ni kena komplen. siapa dia kawan penulis tuh? kekekekke... oke..2 neway, tenks semua atas penulisan komen anda. saya tak nak sampai 600 juta orang komplen baru saya nak buat new entri.

terima kasih sekali lagi dari saya yang ikhlas turun padang mengkomplen di laman belog sendiri neh.

jazakumullahu khairan katheera.

Azhar Abdullah said...

saya minat blog ni sebab mampu mengembalikan kenangan zaman saya di madinah dulu (walaupun lebih banyak kisah mekah), yang mana zaman saya dulu tak leh ambik gambar (pernah segulung kodak kena tarik dengan polis), tak de internet (belum wujud kat Saudi), takde kemudahan komputer (seluruh Jami'ah cuma ada 3 bijik kot komputer) dan takde blog lagi zaman tuh. Dan blog ni memang awsome..!!

aMe said...

sy meminati blog ini sebab saya rasa mcm tgk cite csi..apakah..

Mohamad Fitri B Mohd Azlan said...

sy meminati blog ini kerana saya pon hensem gak mcm penulis blog. klu pompuan org tak panggil hensem.

eha said...

saya suka baca sebab.....saya suka lah..suka sangat....suka sbb ...SUKA BACA..jangan marah sbb memang Saya Suka Baca Blog Saudara...hari2 mesti jengok

Anonymous said...

Salam..kenapa saya meminati blog na5wa?
1. Sudah Allah temukan jari saya ke blog anda
2. Teknik fotografi yang menarik
3. Gaya penulisan yang santai dan kelakar (tak perlu beli majalah gila-gila)
4. Mood yang pelbagai..
5. Mempunyai isteri yang jelita, banyak jawatan yang mampu beliau sandang (Dr, S/U etc)
6. Memiliki cahaya mata yang ‘bijak’ dan berdikari
7. Rasa bahagia tengok anda, isteri dan anak2 bergambar sekali
8. Memiliki ibu, ayah dan saudara mara yang baik-baik belaka
9. Anda memiliki sahabat2 yang membina dan sekepala
10. Berbangga apabila nama blog anda sempena nama isteri(tak semua suami kat dunia ni rajin sangat nak bubuh nama isteri dalam blog..)
11. Anda boleh pergi jauh lagi..(kembangkan bakat yang ada)

Kak Shamshuriza -Perlis

Siti Najwa said...

saya suka baca blog ini....oh tidak, saya x baca sangat kadang-kadang. saya suka tengok gambar je. penulis pandai ambil gambar. tapi, untuk tengok gambar saya akhirnya baca juga blog ni.

Siti Aishah Salim said...

Assalamualaikum,...Ustaz Lutfi..akak ni silent reader yang sngt2 meminati tulisan ustaz,,,santai,lucu dan bersahaja,,,syabas...tiap2 x miss baca setiap entry ustaz,kalau malas...upload gambar2 disekitar Haram...boleh..tima kasih bbanyk

Anonymous said...

sbb..cite2 relaks, gmbr2 menarik,femly & anak2 yg comel.mcm2 ada..
just opinion.penulis tak mau try buat vlog? hee..mungkin akan bertmbh happenning blog na5wa..peace no war :)

die hard fan waseem,
siti

nuralwahid said...

saye nurul wahida suke tgk belog ini karena belog ini mempunyai kisah tersendiri dgn keletah anak kpd lutfi & najwa disamping keindahan Mekah yg teringin sgt sy kunjungi nya..kesemua perceritaan belog ini dan gamba2 nya menarik hati utk dibaca dan ditatap hingga hujung ayat.tahniah buat anda!
*tahniah jugak buat 3 bdk yg comel yg tabah menjadi mangsa kamera baba nye.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Beta tak lain dan tidak bukan meminati blog ini kerana sesudah saya kembali dari tanah suci pada tahun lepas, saya amat rindu untuk kembali ke sana..tapi apakan daya, sy pergi temphari pun atas usaha saya menabung sejak darjah satu, mana mungkin saya kembali ke tanah suci semula dalam waktu terekat ini..so, akhir tahunlepas, dek kerana rindu ingin mengetahui berkenaan tanah suci...tiba2 suatu hari tidak semena-mena saya ter-google dan terjumpa blog ini...wah hebat seorang muda, seusia dengan saya...sy fikirkan org disana, tahu mengaji je..hehe..skali tgk blog ini up todate gak,siap gambar-gambar comei lagi...sama mcm anak-anak penulis blog comei..hehe...so rezeki saya boleh tahu ttg mekah lagi dan credit dpt tgk gambar-gamabr cantik...tambahan penulis blog boleh tahan sengal..hehe..so sejak dari hari itu yg sy tak ingt tarikhnya saya menjadi follower blog ini....sekian terima kasih..

p/s:tolonglah rajin-rajin update blog..hehe

yg benar..
ilhamiah

Anonymous said...

saya kadang2 jer baca belog nih..jgn le ambil hati yer, tapi nk juga bg komen. Saya meminati photography tapi kurang berbakat dan malas nak trial and error and learn. Jd sy suka melihat teknik2 fotografi sdr lutfi. sy rs model2nya ensem bese2 jer.., nak2 mad cenok..(heheee..sori ye mad cenok, dan maaf pada semua peminatnya) tetapi disebabkan teknik fotografi sdr yg sgt superb maka model itu menjadi superhensem. Tapi model2 lain spt isteri dan anak2 sdr mmg menarik. Saya pernah berkunjung ke Makkah, dan Makkah di hujung lensa sdr menjadi sangat menakjubkan. Terubat rasa rindu. Thanx saudara. Keep up the good work and may Allah bless you & your family always..

Basyirah Abd Rahman said...

Saya meminati belog na5wa.com kerana:
1) Gaya penulisan encik penulis sangat bersahaja, tidak skema, dan boleh membuatkan pembaca membaca entri yg sungguh panjang tanpa langkau2.

2) Jalan cerita yang menarik, permulaan cerita yang baik untuk sesuatu entri

3) Suka sbb ade unsur humor dlm penulisan dan sangat sempoi

4) Paling menarik sebab banyak gambar2 yang cantik & kreatif

marlina mz said...

saya meminati blog ini kerana saya sgt cintakan tanah haram, Makkah. seni fotografi yg menarik sgt2 mmbuatkan sy rindu utk ke haramain lagi. penulis seorg yg penyayang kpd isteri dan anak2. saya sgt suka mmbc dan mlihat perkembgn ank2 penulis. tq=)

Uncle said...

Saya suka blog ini sebab penulisnya "tak berapa betul!". Selain tu penulis seorang yang "down to earth!". Keep up the good work!

Tasneem Sayorwan said...

saya suka blog ini sebab gambar2nya "hensem" walaupun penulisnya tak berapa hensem. hahahaaha

inabu said...

Saya suka baca belog ni pasai blog ni ada gambar2 makkah yg sgt menarik, rasa mcm la ni gak smp makkah, insyaAllah tahun depan sy pi umrah...pastu sy suka baca belog ni pasai belog ni bleh wat sy gelak dlm hati, dok wat lawak apantah, hahah...ooo 1 lg, sy suka baca belog ni pasai ada mad chenok, huahuahua (ensem gak mad chenok nooo), awat tak dak dah cerita mad chenok...semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah....

rahimJB said...

mintak komen ni mcm nak ngetest power je bro. Awak membawa kita melihat kehidupan di tanah haram dari sudut pandangan orang muda(jiwa bergelora). cerita sikit pasal minyak wangi bro, org balik mekah beli seribu bunga, raja isteri dll.. kat mydin pun byk ni. kat sana tgk kedai2 besar mcm "abdul samad quraishi" takut lak nak masuk. abdul rahim(MAKTAB 77,haji 2010, sevilla hotel)

Anonymous said...

P, selamat ulang tahun..semoga sihat-sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan..

PS: dok brp rajin nok jawab soalan survey tu hehe

-kazen-

chieyda said...

saya suka baca belog ini sebab tulisan penulis yang sempoi dan penuh humor macam baca komik, tapi padat dengan informasi.

dan saya juga rindukan mekah dan madinah :')

Anonymous said...

*cough*cough*..

saya suka baca blog ni sebab masih menunggu kot2 penulis dpt stalk Shaykh Salleh Talib & ajar dia supaya sukakan budu dengan seberapa segera..senang nak mengejas nanti.

Anonymous said...

saya meminati blog ini kerana....
1)ia berlatarkan Tanah Haram.moga saya dapat ke sana.
2)mengenengahkan kehidupan pelajar yang sudah berkeluaraga di buni orang
3)keletah anak-anak yang comel
4)gambar yang sngt cantik

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...