pengikut-pengikut yang menawan

Saturday, November 19, 2011

fasa kehidupan Lutfi Lokman

breakfast di Mercure Hotel, Makkah.

Mercure Hotel a.k.a Manazel Al Ain, Mina, Makkah.

Hotel yang sangat selesa dengan bajet serendah SR270 per night!

Anda akan mendapat fruitbasket sebagai complimentary dari pihak hotel. Complimentary tu apa benda?


Fasa? Apa itu fasa?

Fasa bagi pendapat saya bererti bahagian atau tingkatan-tingkatan yang digunakan secara meluas dalam subjek sesuatu pembangunan. Fasa lebih digunakan dan ditujukan untuk pembangunan sesuatu bidang seperti pembangunan sebuah projek pembinaan, sebuah projek lebuhraya, pembangunan kawasan perumahan dan sebagainya lagi. 

Saya mengimplementasikan penggunaan perkataan 'fasa' kepada kehidupan dengan bermaksud kehidupan itu adalah simbol pembangunan diri. Kita tak akan berada di takuk lama. Kita akan berubah dan terus menuju ke depan. Samada perubahan dari segi akhlak, sikap, pemikiran dan juga paling kurang, fizikal akan berubah.

Heractilus (greek philosopher) pernah berkata : 'tiada yang kekal melainkan perubahan'. Kita perlu perbetulkan bukan semua yang tidak kekal. Allah tetap kekal selama-lamanya. Hebat jugak saya. Bleh kritik Heractilus. Saya yakin, Heractilus akan merasa sedikit tersinggung jika dia membaca pernyataan yang saya tulis dalam blog pada entri kali ini. Tak apa, Heractilus tidak sempat hidup dalam zaman saya. Dia hanya hidup dalam zamannya yang mana ilmu falsafah sangat bergerak dengan laju dan cepat penyebarannya. Agama didominasi dengan pelbagai ilmu falsafah ciptaan manusia dan melupakan penciptaNya iaitu Allah Subhanahuwata'aala. Biarkan mereka. Eh, kita bincang pasal fasa tadi.

Makan konpleks. Bukan sedap kenyang pun. Tapi dah menda tu jer ada.

Oke, berbalik kepada penggunaan fasa, saya menamakan fasa kehidupan merujuk kepada satu cerita yang ingin saya kisarkan di sini mengenai diri saya. Fasa kehidupan saya. Anda bosan nak baca fasa saya? haha. Tak ada apa. Bacalah.. Mana tahu dapat memberikan inspirasi kepada anda dan anak-anak nanti. :)

Saya banyak melalui fasa-fasa kehidupan yang mana bagi saya, setiap orang melalui fasanya tersendiri. Sangat unik dan ajaib untuk dikongsikan bersama orang-orang lain.

Fasa pertama saya bermula sejak kecil lagi. Itu saya namakan fasa pertama kerana saya tak berapa ingat apa sumbangan yang saya buat sejak dilahirkan melainkan menggembirakan ibubapa saya dan family lain. Seingat saya, masa saya kecil, saya takdelah bermain dengan facebook sangat. Saya juga tak bermain langsung dengan henpon. Saya hanya melihat muka ayah saya, emak saya dan beberapa saudara-mara saya termasuk emak dan ayah angkat saya. 

Saya suka lighting dan design hotel ini.

Ia berterusan sehingga saya memasuki fasa kedua, iaitu fasa persekolahan. Itu ada saya ceritakan di beberapa entri lepas yang saya dah lupa kat mana. Tapi rasanya pada entri hari lahir saya kot.

Fasa ketiga bagi saya adalah kehidupan saya di Maahad Tahfiz Al Quran Negeri Terengganu. Ia adalah fasa remaja saya. Orang lain bercinta, kita pun gatal nak bercinta. Tapi guideline yang emak bagi, menjadi panduan untuk diri saya mencari calon yang sesuai. Mengejas gadis-gadis, memang banyak. Maafkanlah saya jika anda adalah gadis-gadis tersebut. Saya seorang insan yang lemah. Ilmu agama juga banyak yang saya timba di MTANT (sekarang IQT) ini. Ilmu kenakalan juga tak kurang banyaknya!

Terasa berada di luar negara. :)

Fasa keempat bermula peringkat saya mendapat tawaran ke Umm alQura University, Makkah. Itu adalah bermulanya peringkat cabaran di perantauan. Ia bermula daripada hari pertama saya jejakkan kaki ke UQU dan seterusnya saya menghadapi zaman bujang dan bercinta saya dengan si gadis yang kini sudah menjadi isteri saya. Macam-macam dugaan, cabaran, merempit dan sebagainya telah saya lalui ketika saya masih lagi muda remaja. 

Fasa kelima bermula ketika saya mula menempuh alam perkahwinan. Saya berkahwin ketika umur saya 23 tahun. Najwa ketika itu berumur 18 tahun. Fasa perkahwinan merangkumi anak pertama dan kedua kami. Macam-macam dah saya cerita pada entri lepas mengenai hal ini. Anda rajin, anda boleh belek page-page yang sebelumnya kerana saya malas nak cari untuk letakkan link. :) Fasa ini jugalah adalah fasa pengajian peringkat degree saya di dalam pengkhususan bahasa arab dan pendidikan.

Antara lukisan-lukisan yang memberikan inspirasi dan idea baru kepada saya.

Fasa keenam adalah merupakan fasa saya berjuang untuk mendapatkan penyambungan high diploma saya dalam bidang syariah. Iaitu satu bidang yang saya sambung selepas menamatkan pengajian di dalam ijazah bahasa arab dan pendidikan saya. Sangat mencemaskan dan penuh dengan debaran. Hampir-hampir berputus-asa jika Allah tidak mengurniakan kesabaran dan kecekalan.

Fasa ketujuh saya adalah fasa saya dikurniakan anak ketiga yang mana saya mendapat pekerjaan di Konsulat Malaysia Jeddah dan sehingga kini saya masih lagi berada di 'penghujung fasa ketujuh'.

Saya ingin membuat jualan gambar kepada anda. Berminat?

Kenapa saya mengatakan saya berada di penghujung fasa ketujuh?

Sebab fasa kelapan sudah mulai menunggu untuk saya tiba ke dalamnya..

Nanti kita cerita, apa kaedah penjualan gambar2 saya. oke?

Apakah itu fasa kelapan? mana bleh citer. tak saspen ah kalau saya citer siap2. kah kah kah! oke, mohon maaf di atas kelambatan update entri akibat kesibukan dan kemalasan!



11 comments:

||alis|| said...

great n3, as usual, tahniah lutfi :)

shami2 said...

Salam dekk

Gambo dan n3 yang sangat baik..tahniah..

PINATBATE said...

Nikmatilah setiap fasa kehidupan itu sebaiknya..ambil sebanyak mungkin pengalaman..masa yg berlalu tak mungkin kembali..

Basyirah Abd Rahman said...

fasa ke 8 adalah fasa naik pangkat :O)

Uncle said...

Fasa perut naik????? Hahahahahah...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

mama sabar menanti fasa ke8 tu :)

safiudin.com said...

setiap fasa mempunyai peranannya tersendiri...

saat; gumbira, sedih, duka, lara, alpa digabungkan menjadikan setiap fasa ada kemanisan teramat sangat, tawar dan masinnya hadir dengan sendiri..

garapan setiap fasa diolah dengan baik dan mudah difahami..

sedia menanti fasa seterusnya --> fasa ke-8 walaupun Lutfi sibuk dan kemalasan bersarang dihati..

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

alis : terima kasih.

shami : salam kak, terima kasih.

kak pinat : yup. setiap pengalaman yang ditimba takkan sama dan setiap yang berlalu takkan kembali buat selama-lamanya..

basyirah : hoho. fasa kelapan adalah fasa yang masih lagi rahsia dan menjadi tandatanya. saya sendiri pun tak tahu apa lagi fasa tersebut. akan tetapi, sudah ada planningnya tersendiri.

uncle : uikhs.. fasa naik perut tu dah lama dah! hahaha

mama : hehe. terima kasih mama atas kesabaran itu!

safiudin : hahaha.. terima kasih banyak2 atas sokongan. paling tak dilupakan, ilmu paypal! sangat berguna. hehehehe

nuralwahid said...

tahniah....sy sedang melalui fasa2 sedemikian.harap diberikan kecekalan dan ketabahan oleh Allah..

ucapan tahniah buat najwa kerana berjaya berkahwin di usia muda di mana masa tu mungkin sy juga masih di cinta2 monyet.hehehe...

sy menanti penceritaan seterusnya..fasa ke-8.

Ma Yusof said...

n3 yg sentiasa 'menarik' saya utk baca. diharap fasa seterusnya makin mendekatkan bukan menjauhkan diri kita dgn akhirat, insyaallah....

awangje said...

Ustaz, saya agak cemas dengan fasa-fasa menddatang kehidupan saya dan anak-anak. Ada penawarnya ke ustaz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...