pengikut-pengikut yang menawan

Thursday, December 22, 2011

ada arab cakap : "beginning from the beginning".

Me in new facebook

to be a better man - arafah.


Pagi tadi, sekitar jam 9.30 pagi, kami bergegas ke Pejabat CRCC (Chinese Railway Construction Company) di Andalus St. untuk menyelesaikan kes-kes terbaru yang melanda.Perbincangan dengan wakil kementerian dan wakil-wakil pihak atasan. CG, En. Soffian dan saya ke sana untuk bertemu pihak yang menguruskan visa dan kedatangan pekerja KTMB. Adalah kesnya.. Dah rasa macam CSI pun ada. Setiap hari ada sahaja kes yang berlaku dan memerlukan penyelesaian serta tindakan daripada pihak konsulat yang mencerminkan kerajaan malaysia. 

Banyak yang saya belajar daripada meeting yang dihadiri tadi. Perkara pertama sudah tentu adalah masalah bahasa komunikasi. Anda haruslah mempunyai kepetahan bercakap di dalam bahasa inggeris yang baik bagi mengelakkan diketawa oleh orang-orang ditepi. Saya akui, saya sangat lemah dalam bahasa inggeris dan harus diperbaiki banyak lagi kelemahan itu. Kedua, ketika bercakap, hendaklah anda memandang kepada setiap orang yang berada di hadapan anda. Ini adalah skill yang jarang-jarang orang perhatikan. Ketiga, perlunya ketegasan di dalam keramahan. Kita tetap ramah dan ceria ketika bercerita dan bercakap namun, ketegasan perlu diutarakan dan kadang-kadang kita perlu angkuh meneruskan bual-bicara kita sehingga kita selesai kepada point yang diinginkan sebelum mendengar pendapat orang lain. Jika kita tidak bertegas seperti saya, maka orang akan memotong percakapan kita dan membiarkan hajat kita tidak kesampaian. Terakhir, biarpun kita melihat pihak lawan berada di kumpulan yang salah, memuji mereka tidak merugikan kita malahan memberikan impak yang sangat besar dengan pujian itu kepada mereka. 

Terima kasih bos di atas pelawaan mengikut meeting-meeting sebegini. Ia sangat bermanfaat dalam menambah ilmu kehidupan yang kami tak belajar di sekolah dulu mahupun universiti. - 

Paling penting, masing-masing pakai iPhone 4 tadi dalam meeting. fuh! nasib baik saya takdak iPhone 4. 
...

24 hari bulan ini adalah hari bersejarah buat adik saya Nurlina Lokman. Beliau bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka yang dikasihinya di kampung kami di Kuala Terengganu. Sedikit perasaan terkilan menyelubungi hati saya kerana kami tidak dapat pulang ke sana untuk membantu dan menceriakan keadaan. Apakan daya, untuk mencapai hajat yang lebih besar, pengorbanan diperlukan bagi menjayakan hajat tersebut. 

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan selamanya dan diberkati Allah..



4 comments:

taj said...

Salam...

takpe Pi, lama2 terror lah tu...sebelum terror kena terrorist dulu...perlu juga sekali sekali menjadi semacam bagus utk tingkat keyakinan bukan utk belagak...lebih2 lagi dlm berbahasa org putih ni...
dalam masa sama, niatkan bila kita dah jd bagus kita mau tolong org...insyaAllah akan mudah...

**tak lama lg pakai Iphone4 le...

Mazwandi Mustaffa said...

Apekehalnya cina railway tu ada lagi di tanah haram nii?

Teringat cite abang hambe pasal kafir masuk tanah haram dan puak2 saudi ni serupa adik beradik abu jahal.....

ps- abang hamba sanggup keluar dari Mekah meninggalkan gaji RM35k sebulan kembali ke Malaysia krn tidak mahu sekongkol dgn rasuah yg melampau dlm kes buat keretapi ....

Uncle said...

Pi.
Yang nak "yak-yak yeay" tu adik Pi yang mai ambik kamera kat rumah Uncle ka dulu?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

uncle : yup.. yang itu lerr. hehehe 28 jan ni jemput mai umah mertua dia di ampang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...