pengikut-pengikut yang menawan

Friday, December 2, 2011

epelbis

LOP_9829
pemandangan petang dari balkoni rumah saya.

LOP_9836
semalam kami makan restoren amerika. eh, epelbis tu amerika ker?

LOP_9842
Saya dan anak saya.

LOP_9843
takkan nak tulis caption : 'saya dan anak saya'?

LOP_9845
panas dan sejuk. Gabungan yang mantap utk penuhkan perut.

LOP_9846
kek coklat dan aiskrim. Gabungan yang mantap. Saya memang mudah jatuh cinta dengan kek coklat. Semalam, isteri saya order, saya gunakan anak-anak sebagai alasan untuk saya suapkan separuh daripada kek tersebut ke dalam mulut saya.

LOP_9850
Cappucino. Howard Schultz akan jeles jika saya ceritakan yang saya minum cappucino ini semalam.  Schultz adalah chairman, president, and chief executive officer of Starbucks. 

LOP_9855
Team Futsal Konsulat Jeddah. Pakai baju hitam duduk sebelah kiri sekali tu adalah pemain harapan.  Semalam main, banyak jugak peluang untuk buat gol tapi disebabkan pintu gol kecit sangat, jadi dia cancel untuk jaringkan gol.

LOP_9858
tukang kutip bola jer nih.
Suatu masa dahulu, saya sangat teringin untuk menjadi orang-orang 'besar'. Dengan erti kata lain, saya mahu merasai bagaimana lepak di lobi hotel mewah, bagaimana menaiki kenderaan eksekutif mewah, bagaimana berada di kediaman mewah, bagaimana bershopping seperti mall itu kita yang punya dan bagaimana orang menghormati kita dengan satu respek yang lain macam. Saya teringin perkara itu. 

Semakin saya dewasa, semakin saya menghampiri ke arah apa yang saya inginkan dan cita-citakan. Saya terlibat secara terus dengan VVIP, dengan orang-orang kenamaan dan saya mengorak langkah semakin besar untuk terus menjadi orang-orang 'besar' seperti yang diidam-idamkan suatu masa dahulu. 

Dalam keghairahan saya mengejari langkah panjang saya, tiba-tiba saya merasa penat. Saya merasakan lelah yang tidak berkesudahan. Ada masa saya sangat bahagia dengan apa yang dikecapi dan bakal dirasai. Ada masa, saya merasakan sedih dan mengenang segala memori lalu yang telah saya perolehi dan bakal tinggalkan sebagai kenang-kenangan. 

Kini, dalam tempoh bertenang yang saya dapati untuk bakal seminit dua, saya cuba merenung kembali dan menyoroti apa yang telah saya alami dan kecapi. Nyatanya, saya menuju ke arah impian saya dan cita-cita saya. Allah sentiasa memakbulkan doa hambaNya cuma dengan cara lambat ataupun cepat. 

Memikirkan dalam masa seminit dua waktu rehat ini saya mendapati, agak sukar untuk membawa 2 perkara dalam satu masa. Contoh, kita mempunyai pangkat dan kerjaya. Namun, kita terpaksa mengorbankan masa yang sangat-sangat kita dambakan. Suatu masa dahulu, kita mempunyai masa, namun kita inginkan pangkat dan kerjaya buat menyambung hidup yang semakin tersepit. Kini, saya menyedari satu perkara yang perlu saya adaptasikan dalam diri saya iaitu merealisasikan makna 'bersyukur' terhadap apa yang dikecapi. 

Kehidupan 'orang senang' selalunya kita lihat daripada luar jendela mereka. Mereka kelihatan gah, berprestij, mewah, gaya dan sebagainya.. Namun, di dalam dinding kehidupan mereka, kita tidak mengetahui segala maha masalah yang telah menimpa untuk membuatkan mereka berdiri terus bersama yang lain. Sesusah-susah kita, kita tak peduli dekat mana kita nak belanja makan, kita tak kesah apa yang kita nak makan, kita tak perlu pikir masalah orang bawahan, rakan sekutu, musuh yang sekufu dan sebagainya lagi. Kita adalah kita dan apa yang perlu kita pikirkan adalah menuju ke hadapan bersama-sama diri kita yang sedang kita bawa. 

Saya merasa biol dengan apa yang saya pikirkan ini, oleh itu, saya minta undur diri untuk berehat seketika pada petang jumaat yang nyaman dan dingin di Kota Jeddah ini. Urusan saya menuju ke fasa lapan sedang lagi berjalan dan menunggu jawapan. Hanya Allah tahu apa yang terbaik buat diri saya dan keluarga. Saya cuba untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan apa yang diperolehi.

قال تعالى: {لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد}


Tapi pemain baju hitam yang saya sebut dalam gambar itu tadi, betul tak tipu. 

5 comments:

Uncle said...

Salam Pi.
Saya memang peminat Pi dari zaman kita dok menyamung lagi masa di Mekah dulu!Gambar2 Pi sungguh mengancam naluri saya untuk belajar menenep foto tapi sampai kesudah tak pandai2.......Pi, bila mung nak balik ajar ke Uncle nih????????? Tsk3......

Hajah Zainab bt Abdullah said...

cantiknya gambar2 tu...tahniah!!

indahnya coretan lutfi...dari sekeping hati kecil yang ikhlas..tapi sangatlah berbunga-bunga ayatnya hingga mama kurang jelas maksud yang tersirat...mama tunggu fasa kelapan tu..hehehe

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

uncle : hahaha. tak tahulah bila nak balik uncle.. insya allah jika diizinkan allah dapat balik dalam masa terdekat. adik saya nak kawin neh... hehehe

mama : hehehe.. cerita sebenarnya simple sahaja, tapi saya mengada-ngada nak buat kasi gempak. banyak orang menyampah neh. hahahahah.. neway, terima kasih mama kerana masih setia bersama rapuan saya. :)

Fida said...

Elehhh..applebees konon..mana boleh lawan budu & ikan singgang wehh!

safiudin.com said...

luahan hati yang tidak berkesudahan..

masih menunggu fasa ke lapan ni..
soalnya bila?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...