pengikut-pengikut yang menawan

Monday, January 31, 2011

update dari mesir untuk tatapan mereka yang berkenaan

petikan dari blog denaihati.com

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini adalah khidmat masyarakat membantu Rakyat Malaysia di Mesir yang memerlukan bantuan segera Kerajaan Malaysia. Entri adalah sumber daripada entri khas yang dibuat oleh Ariffshah, yanmieonline dan Kak Jie (dengan kebenaran).
Petikan dari blog Kak Jie : Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir. Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar…
ni update dari adik saya..
keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas…
pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh  charge or no kredit so dah tak  boleh call..
dan  gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang  hidup dalam kegelapan…
then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle… makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..
Petikan dari blog Ariffshah :
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I gothome, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia
Sahabat baik aku mempunyai dua anak yang sedang menuntut di sebuah Madrasah Tahfiz di Mesir, semuga Allah beri perlindungan ke atas mereka dan seluruh rakyat Malaysia di Mesir.
Jadi apa yang perlu ANDA buat?
1. Kalau ada Twitter, retweet this. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.
2. Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.
3. Share this on Facebook.

diharapkan sedikit sumbangan kecil ini mampu menyelamatkan nyawa dan keselamatan rakyat malaysia kita.. amin.

Sunday, January 30, 2011

updet kecil

Terharu jugak bila ada orang hargai usaha kita. Silakan melawati almiskeenah

dan juga denaihati !!

saya nak jadi photojournalist

egypt_protest_37

egypt_protest_39

tapi saya tak berusaha ke arah itu. Tapi gambar-gambar ini sangat cantik dan penuh 'art' orang kata. Credit kepada sini

Hidup ini luas lagi sebenarnya. Banyak lagi bahagian dunia lain yang belum kita terokai. Semakin dewasa, kehidupan ini semakin rumit dan membebankan.

Friday, January 28, 2011

trip to langkawi part 2 (edisi takleh tido)

 originally uploaded by na5wadotcom.
yer tuan-tuan dan puan-puan, kita sambung lagi entri kita tentang pelancongan ke langkawi tempohari. Kami dibawa oleh cik siti dan encik hafiz ke Gunung Raya. Memang tinggi ciptaan Allah ini. Macam tinggal atas awan. Dahlah sejuk mencecah tulang. Tapi..

Pemandangan memang cantik. Rupa-rupanya, di atas sana terletak motel dan ada menara yang membolehkan kita naik dan melihat Pulau Langkawi dari atas! Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 sahaja seorang. Anda juga boleh menikmati teh, kopi, susu, dan pelbagai lagi juadah yang tak berapa nak selera sangat cuma sedap mata memandang sahaja di atas sana.

LOP_0117

DSCN0454

LOP_0126

Pemandangan dari atas juga tak mengecewakan dan sangat cantik. Masya allah tabarakallah. Mujur bawak wide lens. Boleh jugak ambik gambar sebahagian Pulau Langkawi.

DSCN0455

Turun dari situ, perut kami tidak keruan. Kami memang tak boleh pikir panjang lagi kecuali diisi dengan nasi. Memanglah minat kami fotografi. Tapi fotografi biarlah seiring dengan nasi dan lauk pauk baru ia mendatangkan hasil menawan! Hahaha.

kak siti bercadang untuk membelanja kami di Bamboo Restaurant yang terletak di tepi pantai dengan pemandangan yang sangat indah dan air pasang. Akan tetapi, setibanya kami di hadapan restoran itu, termaktub pulak kat papan tanda yang restoran ini mengalami waktu rehat pada pukul 3 sehingga 5 petang. Ada pulak jenis restoran macam pejabat gitu?

Kami pun terpaksa menapak ke Pekan Kuah dan bersantap di sana sahaja. Oke jugak pekena kari ikan dia, ayam goreng dan sambal belacangg!

Takpe, kak siti bayar. :p

LOP_0169

Sejurus sebelum pulang, tak sah kalau tak pergi ambil gambar di binatang raksasa yang lama bertenggek kat Pulau Langkawi ini sebagai mercu tanda.

Shootlah ala kadar sebagai tanda pengenalan Pulau Langkawi kepada anda semua. Berada di situ, saya bertemu dengan Encik Bob! Tak susah nak cari pakcik, cari yang pakai topi macam nih, itulah pakcik. Terang Pakcik Bob ketika kami berpisah dengannya. Lupa pulak nak ambil gambar dia. Tapi dengan abg firr saya, ada gambar ketika kami sedang rancak bersembang bab fotografi. Pakcik Bob ini dulu pernah bekerja dengan ABC, American Broadcasting Company ketika perang di Vietnam. Otai jugaklah dalam dunia filem fotografi. Apa yang saya ingat mengenai kata-katanya ialah :

"Digital telah membunuh dunia fotografi. Percaya atau tidak? Budak-budak sekarang sudah tidak mengetahui ilmu fotografi, filem, slide, klorofom, klorofil, kaler warne blblablabla.. (saya tak ingat). Depa tekan shutter dan tahu hasil gambar akan keluar melalui lcd. Itu sahaja."

LOP_0182

LOP_0159

LOP_0183

Kami seterusnya pekena jamuan ringan teh panas dan pau di kedai Penarak, Jeti Kuah sebelum pulang ke pangkuan jalan.

Terima kasih Kak siti atas jemputan itu dan jika tak serik, jemputlah lagi!

DSCN0456

LOP_0189

Kami pulang ke Kuala Kedah pada pukul 6.30 petang dengan feri yang sedap2 juga naik. Cuba teka kenapa gambar dalam perjalanan pulang takdak?

LOP_0196


Flickr

This is a test post from flickr, a fancy photo sharing thing.

trip to Langkawi part 1

raining

Malam sebelumnya, abang ipar saya, abgfirr mengajak untuk ke Langkawi pada keesokan harinya untuk satu photoshoot gambar2 bot dan kereta. Saya mengenai gambar dan kamera nih memang tak boleh fikir panjang, terus setuju.

Kami memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi. Menghampiri Kuala Kedah, kelihatan mat-mat motor yang diceritakan oleh abg firr mereka menanti pelanggan-pelanggan yang ingin menaiki feri supaya parking di tempat yang mereka cadangkan. Sambil mencadangkan pelbagai lagi perkara seperti jika anda memerlukan penginapan, mereka ada. Jika anda memerlukan kereta, mereka ada. Jika anda memerlukan pemandu pelancong, mereka ada. Mereka hanya menuju pada kereta yang mempunyai potensi untuk ke Pulau Langkawi. Macam kami neh, takdak potensi langsung. Hahaha.. Nanti nak kena naik kereta Audi baru mereka kejar kot? haha..

LOP_9920

LOP_9928

Menaiki feri pada jam 8.30 pagi membuatkan saya sangat teruja. Ini merupakan kali kedua saya pergi ke Pulau Langkawi. Memang cantik seingat saya. Kali pertama pergi berbulan madu. Hotel pun tajaan Abg Sidek dan Kak Farah. Hotel Berjaya tuh..


DSCN0450

Vandalisme memang tidak lari dari budaya kita. Kita jenis pantang tengok benda bersih dan licin, konpem tangan akan gatal untuk menulis. Conteng atas buku taknak. Tak pasal2 saya kena baca nama depa nih. Haih.

DSCN0451

Apapun, saya masih sangat teruja dengan feri dan suasana Malaysia. Maklumlah orang baru balik dari obersea yang kering kontang dan payah nak jumpa air. Tapi la nih, habis banjir semua kat Jeddah nun.

DSCN0449

Kami sampai kira-kira 1 jam setengah selepas bertolak dari Jeti Kuala Kedah. Matahari pun dah agak meninggi ketika sampai di Jeti Kuah. Ekon dalam feri punyalah sejuk. Tahap beku! Sesampai di sana, kami disambut oleh En. Hafiz dengan Jaguarnya. Jaguar?? Saya naik jaguar? macam mimpi. Tapi itu kenyataan. Rasa macam orang kaya-kaya pun ada. Walaupun kita duit ada berapa sen jer dalam poket.

Kami dibawa berjumpa ngan Kak Siti. Merupakan pengurus bagi sesi photoshoot kali ini. Orangnya sangat peramah dan ceria. Senang buat kerja.

LOP_9936

Kami menuju ke Hotel Langkawi Lagoon dulu sebab ada barang tertinggal katanya kak siti. Sempat jugak shoot 2, 3 keping gambar buat kenang-kenangan. Ada berselisih arab 2,3 keping. Buat-buat sombong pulak. Hentak buat kueh lapis baru tau!

LOP_9932

Sangat cantik langkawi lagoon ini. Nanti kaya-kaya nak datang semula lah. Tapi bila tu tak taulah. Mungkin suatu masa lagi. Insya allah. Sekarang cuaca tak berapa menentu. Tapi alhamdulillah, kami sampai dalam keadaan tak mendung dan tak hujan. Cuaca sangat cantik!

DSCN0452

Kami makan-makan di Pantai Chenang terlebih dahulu sebelum menuju ke Harbour Park. Wah! sangat menakjubkan. Sedap sangat roti telur dia. Nak mintak tambah, masih malu-malu lagi ngan kak siti neh. So, diam-diamkan sahajalah. Nanti aim, nak pekena lagi.

DSCN0453

Kami terus bertolak ke Telaga Harbour Park untuk tujuan Photoshoot. Dulu dah mai ambik, tapi ada part tak berapa cukup, so dijemput lagi ke sini untuk menghabiskan sisa-sisa penggambaran.

LOP_9976

Inilah rupanya bot tersebut. Berapa ratus ribu ntah tokei dia beli, saya pun tak berapa nak ambil tahu. Cantik dan sangat menarik.

LOP_0049

Ini sejenis lagi bot yang kecil buat tujuan nak main-main boleh kot. Setakat nak pergi tangkap ikan tenggiri mungkin tak lepas.

LOP_0065

Saya kalau saya pakai baju biru, mesti saya akan tayang muka saya kat sini. Jangan jeles noh.

LOP_0105

Selepas berletih-letih ambil gambar dan berpeluh sakan, kami seterusnya menuju ke Gunung Raya untuk meninjau-ninjau keadaan gunung raya dari atas. Saya ada tanyakan kak siti, kenapa dinamakan gunung raya? Pendek kan soalan saya? Tapi jawapannya memang sangat panjang. 13 muka surat pakai kertas kajang pun tak abis nak cerita lagi. Siap ada indera kayangan, dewa-dewa, pari-pari, kumpulan sarkas, pinggan mangkuk, periuk belanga, jeles, gongxifachai dan macam-macam lagi.

nanti saya sambung lagi yer. part2

Wednesday, January 26, 2011

Langkawi, Malaysia

LOP_9949
Telaga Harbour Park, Langkawi. - nikon d300s + tamron 10-24mm

Kami ada mengadakan photoshoot di sini. Nanti saya uploadlah cerita kalau saya rajin. Saya nak pergi makan dulu. Makan, makan, makan.

Monday, January 24, 2011

catatan dari dalam kapal terbang

tadi saya solat subuh di dalam kapalterbang. ya! kapalterbang yang bergerak. nak buat apa main-main solat dalam kapalterbang tak begerak. lagipun saya bukan ada access saja-saja nak lepak dalam kapalterbang.

ini rasanya pengalaman ketiga saya solat subuh di dalam kapalterbang. pujian harus diberi kepada kapalterbang saudi. mereka menyediakan suatu ruang solat untuk kegunaan para penumpang. bab solat memang saya sangat respek kepada saudian. mereka bergegas untuk solat. siap boleh tanya member sebelah yang tak ada kena mengena dengan depa pasal hang dah solat ke belum? 

allah berfirman : فاتقوا الله ما استطعتم 
 
yang bermaksud, bertaqwalah kepada allah dengan sekadar kemampuan kamu. - attaghabun : 16

ia memberi tafsiran tentang bagaimana ibadat kita kepada allah. allah tak rugi sedikit pun mahupun 'terusik' apa-apa bahagian dari dirinya jika kita tidak menunaikan solat. Dia malahan menyuruh hambaNya menunaikan solat sekadar ingin menguji sejauh mana ketaatan kita dalam mengaku sebagai khalifah di muka bumi ini. 

maka kerjakanlah solat dengan sekadar kemampuan kamu dan berusahalah untuk sempurna walaupun hakikatnya kita jauh dari kesempurnaan..

21 januari 2011
- lutfi lokman,
dhaka, bangladesh.




Sent from my iPad

na5wa.com berada di malaysia!


hurry up! dapatkan kami. hahaha. nak buat apa.

sekali lagi, saya ucapkan terima kasih berbanyak kepada semua yang sudi untuk melontarkan idea dan pandangan kepada saya. alhamdulillah, tak sangka sangat ramai yang sudi berutus email kepada saya menyatakan pelbagai pendapat dan pandangan mengenai 'projek underground' saya insya allah yang telahpun bermula.

LOP_9834

cantik sungguh. pandai jugop aku ambik gambor. nak try hantar kat nesyenel jeograpik ah.

LOP_9899

kami telah selamat mendarat di KLIA pada 21 01 2011. kemudian kami terbang ke LT Sultan Abdul Halim Kedah dan selamat sampai pada waktu malam. Kini masih lagi menetap di Kedah dan insya allah akan pulang ke Terengganu sedikit masa lagi.

Tuesday, January 18, 2011

kata orang tua dan projek underground



DSCN0335
Pembahagi jalan yang rosak akibat hujan lebat yang melanda kota makkah baru-baru ini.

DSCN0334
Warga makkah di dalam dilema, samada mahu membasuh kereta masing-masing atau tinggalkan sahaja kerana hujan yang tidak menentu mengakibatkan kereta kotor. Sebab itu saya tak basuh kereta.

DSCN0336
Typist yang bekerja di luar pejabat imigresen, Makkah. Kebanyakan mereka bekerja hanya pada waktu pagi dan mendapat pendapatan yang agak lumayan sehingga 100 riyal sepagi.

DSCN0340
Budak-budak dan barang mainan memang tak dapat dipisahkan.

DSCN0392
Bukan calang-calang budak dapat hirup melalui straw. kah kah kah. masya allah.

DSCN0397
Kota makkah kini sangat cantik dengan udara yang sejuk, bandar yang agak bersih, langit biru, awan putih, tanaman hijau dan saya sihat.

LOP_9685
Awali, Makkah. Kelihatan dari kejauhan gunung Taif.









LOP_9686
Saya sangat suka flare pada waktu petang atau pagi. - Awali, Makkah.

"sell yourself, don't sell ur product.." sembang mamu pada Tuan Bad. Saya hanya mendengar sipi-sipi dari tepi telinga. Namun kata-kata itu terngiang di dalam kepala sehingga terbawa-bawa ke mimpi dan waktu menjawab peperiksaan.

Jual diri anda?

Ia bukan bermakna pergi pada orang dan tawarkan diri sendiri sebagai barang dagangan. Itu kurang sampai akal maknanya. Tapi apa yang dimaksudkan di sini ialah kita buat satu aset yang ada pada diri kita untuk dipromosikan pada orang. Jika anda seorang penceramah yang handal, gunakan aset sebagai penceramah itu untuk melonjakkan diri anda di kalangan umat. Jika anda seorang pemain bola yang handal, pastikan skill anda tinggi menyebabkan anda dapat dibeli oleh kelab-kelab luar negara walaupun anda hanya bermain di liga tempatan walaupun orang tak suka kelab yang anda bermain, tapi apabila orang minat pada anda, konpem orang akan tengok kelab anda beraksi. Lagipun, mana ada orang main bola sorang-sorang.

Itu antara beberapa contoh tentang 'jual diri' yang dimaksudkan. Jika jual produk sekalipun, anda tetap perlu mempunyai skill untuk menarik pelanggan dan diminati pelanggan. Antara faktor2 menyebabkan barangan laku dan anda cepat naik. So, itulah yang dimaksudkan oleh mamu (hj Halim Noor) ketika berbual dengan kami semalam. Dia mencadangkan supaya Tuan Bad 'menjual' dirinya untuk menjadi peguam yang berjaya di masa hadapan. Insya allah.

Hj arshad, mamu, pak abu, hj fadil dan uncle adalah antara nama-nama di samping mereka yang lain yang sangat suka berkongsi pengalaman mereka kepada kami. Lebih tepat, kami banyak belajar daripada mereka tentang banyak perkara dalam selok belok dunia perniagaan dan pengalaman sebagai orang tua. Terima kasih diucapkan. Banyak perkara yang sebenarnya 'simple' di mata orang dan di mata mereka yang tidak berfikir, akan tetapi perkara itu memberikan satu impak di dalam jiwa dan di dalam pemikiran kami. Ianya kecil, namun bila dikumpulkan akan menjadi satu perkara besar dan akan tersemat kemas di akal kami buat kegunaan di masa depan. Insya Allah.

...

Entri di bawah nampaknya mendapat sambutan yang hangat dengan purata 'like' ketika saya menaip entri ini adalah sebanyak 27 orang. Ini yang saya malas letak gambar saya nih. Konpem saham naik. Kah! Kah! Kah!

...

Oke, serius. Saya ada satu perkara yang ingin saya bincangkan dengan anda semua. Lebih tepat, saya ingin meminta pendapat. Saya bertujuan untuk membuat buku bergambar kerana memandangkan koleksi gambar-gambar saya sudah lebih dari 20 keping. Oleh itu, saya ingin mendapatkan tukang sponsor, tukang design, tukang buat jalan cerita, tukang jual dan tukang apa yang kena-mengena dengan 'projek underground' ini. Sila emailkan kepada saya di kamitaken@gmail.com tentang sebarang idea kerana saya sangat ingin merealisasikan impian saya dalam masa yang 'cepat'! Cepat yang saya maksudkan adalah selama 1 bulan dari sekarang. Apa? mustahil? tak ada yang mustahil dalam dunia serba laju dan fesbuk ini. Saya sanggup beli kapalterbang dan balik bertemu dengan anda yang ingin berbincang secara lebih lanjut dengan saya.

...

Cadangan projek.

Saya mempunyai bergigabait gambar sekitar Makkah dan Madinah. Ada di antaranya jarang anda dapat lihat seperti gambar saya makan kurma, gambar saya sedang berjalan, gambar saya sedang mendukung anak. Oohh! Itu sangat 'rare'. Saya suka untuk mendapatkan seseorang yang mampu memilih dan menapis gambar-gambar tersebut sebelum memilih beberapa ratus di antaranya untuk dimuatkan ke dalam sebuah buku bergambar yang cantik untuk dimiliki dengan harga berpatutan.

Ia lebih kepada konsep buku journal dan gambaran ringkas mengenai kota makkah dan madinah. Kota Makkah sahaja pun tak apa rasanya sebab gambar madinah takdelah banyak sangat. Saya tidak akan menolak sebarang idea yang berkongsi bersama. Nak suruh saya tulis nama anda dalam buku itu nanti pun saya setuju dengan syarat, anda belanja saya makan 'ayam penyet' sebab saya tak tahu apa jenis makanan ayam penyet itu.

Sekian. Jangan lupa ya, email saya dan letakkan tajuk :

'projek underground'

Terima kasih saya ucapkan pada anda semua. Semoga Allah membalas jasa anda.


...

Semalam, merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang kelima. 5 tahun! Alhamdulillah. Biasalah asam garam rumahtangga, setakat gaduh-gaduh kecil dan besar itu biasalah. Namun, itu akan diingati sentiasa supaya menjadi pengajaran kepada kami. Anak pun alhamdulillah dah nak masuk yang kelima! hahahaha!

Saya tidak menyambutnya kerana jika tiap-tiap tahun sambut, jadi macam acara wajib pulak. Satgi menyangka yang kita perlu menyambutnya pulak. so, saya nekad untuk tidak sambut. Hanya ucapan ringkas yang mana jika tak kerana tarikh ini, saya tak akan teringat pun nak ucap apa-apa.

Terima kasih Najwa kerana menerima saya sebagai suami dan untuk anak-anak, anda sangat bertuah kerana mempunyai bapa yang penyayang macam nih. Hahaha..

Friday, January 14, 2011

sebuah assignment


DSCN0317

Alkisahnya, saya sangat lapar sedangkan isteri saya hari ini sangat rajin membasuh rumah, mencuci rumah, mengvakuum dinding, menggosok lantai dan menjemur baju. Kebetulan pulak, encik gas dah habis. Isteri saya, dia boleh hidup hanya dengan makan roti-rota sahaja. Tak kesah. Senang betul bela. Akan tetapi, tidak saya dan anak-anak. Kami mesti mau makan nasi!

Jadi saya bercadang untuk keluar dari rumah dan mencari sesuap nasi di felda lah.. Mana lagi..

Perjalanan kami bermula!

LOP_9646

Adik saya letakkan di bahagian hadapan dan dipakaikan talipinggang kaledar yang berjenama mahal. Hanya kereta-kereta porshe, audi dan Kamarul sahaja yang boleh pakai sebab mahal sangat dan berprestij tinggi!

LOP_9648

Cuaca agak tenang dan cantik. Simpang-siur di hadapan rumah tu biasalah. Kampung kami ni sikit lagi nak jadi metropolitan. Itu sebablah asyik sibuk jer 24 jam!

LOP_9651

Melalui jalan shishah, saya terpandang matahari cantik baru nak tenggelam. Apa lagi? kamera dah ada dalam tangan. So, kami berhenti untuk sedikit photoshoot.

LOP_9652

Sekarang kan musim sejuk, jadi rumput pun cantik dan udara pun sangat segar. Tambahan pulak bawak 3 orang model bersama.

LOP_9655

Ini model pertama saya. Sangat cute dan menyakitkan hati kalau dia menangis lapar. Garang macam nenek dia dan mak saudara dia.

LOP_9658

Ini model kedua dan ketiga bersama model pertama. Self-portrait. Terima kasih kepada manfrotto atas kebijaksanaan anda menghasilkan mini tripod. Boleh tahan jugak model baju biru tuh. Dulu pernah ditawarkan menjadi model kolam renang di New York, tapi ditolak mentah-mentah sebab perut boroi. Tak apalah, dia pun tak berapa kesah sangat mengenai dunia modelling neh.

LOP_9662

Model kedua dan pertama sedang menghayati matahari jatuh.

LOP_9663

Kaki kami tak sama walaupun kami satu keturunan.

LOP_9667

Model pertama ni boleh tahan jugak dia punya buas. Asyik letak cap jari atas lens sahaja. Nak kena lepuk?

LOP_9669

Akhirnya di atas permintaan ramai orang yang melihat, memohon supaya saya mengambil gambar model bertiga sekali lagi sambil berbaring. Model pertama baru belajar cara baru untuk posing iaitu antaranya ialah buat-buat tak tengok kamera.

LOP_9670

Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang dituju. Kelihatan dari jauh menara Royal Clock Tower, Burj Al Bait.

LOP_9674

Sesampai di tempat parking, parking di tingkat B2 telah penuh. Maka terpaksalah saya memarkirkan kenderaan di tingkat paling bawah yang tidak mempunyai lif. Hanya ada tangga sahaja. Ini satu ujian fikir saya. Tangga pun tanggalah. Saya usung stroller si Naseem dan mengheret tangan abg Waseem untuk naik ke tingkat atas. Lapar nasi punya pasal. Sesampai di Felda, Felda telah tutup kerana waktu solat Mahgrib telah berkumandang! Kami turun ke bawah untuk solat di dataran. Kepada Waseem, saya pesan, jaga adik baik-baik. Baba nak solat. Kalau ada orang mencurigakan ingin mengambil beg hitam baba ini (dalam tu semua kamera dan ipad), jerit kuat-kuat! Kalau dia nak ambil pun, cakap pada dia, bagi baba sudah solat dulu! Waseem mengangguk macam paham.

LOP_9673

Rupanya, si Waseem pergi main belon dengan teman pompuan yang baru dia jumpa tadi. Boleh harap betol si abang! Tinggallah Naseem terkulat-kulat memamah kuih donat yang saya beli di tepi hotel tadi.

DSCN0320

Makanlah nak. Asal nko bahagia.

DSCN0321

Punyalah lapar, sampai tak perasan stokin adik tak sama sebelah. Hahahaha!

DSCN0323

Alhamdulillah, kami sempat menjamu selera bersama Tok Mamu! Mujur ada tukang suap.

DSCN0324

Waseem sebut ni sebagai  ' self- portrait '.

LOP_9676

Di tempat parking, sekali lagi si abang ni hilang. Rupanya main nyorok-nyorok! Adohai saleha..

DSCN0329

Apa lagi yang boleh dibanggakan selain memandu dan anak tidur dengan nyenyak di tepi dan dibelakang? fuh! memang anugerah ayah mithali, saya nak daftar tahun depan dengan membawa gambar-gambar ini sebagai bukti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...