semalam saya mendapat pengajaran yang sangat berguna hasil kepatuhan saya mengikut kata-kata orang tua. Ayah dan emak saya menyuruh saya membakar sampah sarap, dedaun kering dan sebagainya lagi pada waktu pagi yang indah.
Saya, dengan penuh kemalasan dan kegemukan, membawa barang2 sampah dan pembakaran ke tempat pembakaran kami yang agak terbuka (terima kasih kepada bro azmi kerana menasihati saya tentang pembakaran terbuka!) Setelah membakar dan hanya menghasilkan asap, saya melihat ke arah cahaya matahari dan terus berlari masuk ke rumah untuk mengambil kamera!!
RAY OF LIGHT!!!!
baru saya tahu bagaimana nak menghasilkan ray of light. Ianya mestilah disebabkan oleh asap yang berkepul menghasilkan cahaya lurus yang cantik!
Oh, pengajaran yang sangat berguna bagi saya.
Semalam juga, saya keluar bergosip bersama-sama abg nasir ali, ariff akar umbi, alli akar umbi, widd nurhuda dan lan utusan di ayunie cafe, kuala terengganu. Banyak ilmu fotografi yang dikongsi bersama-sama. Terima kasih semua..
gear : nikon d300s + nikkor 35mm f1.8