 |
| Waseem dan basikal barunya di rumah nenek, Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu, Malaysia. |
 |
| nikon d300s + nikkor 35mm f1.8 |
Ketika melihat daun bertaburan, saya teringat satu gambar yang amat saya kagum melihatnya dari flickr rakan merangkap cikgu saya : nasir ali.
sila klik di sini
nasir ali. Untuk melihat gambar yang saya katakan itu. Apa yang menarik, beliau menggunakan kamera nikon d80 dan lensa nikkor 50mm f1.8!
 |
| plastik dop buang lagi toww. |
 |
| antara tarikan si dia ni pulang ke Terengganu ialah basikal itu! |
 |
| Ketika sessi penggambaran clip video what I've done by Linkin Park. Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. |
 |
| ombak jahat. |
 |
| saya tak reti edit gambar. |
 |
| Nikon d300s + tamron 10-24mm f3.5 |
 |
| model tangkap muat yang saya pinjam untuk memenuhkan gambar. |
 |
| antara pengunjung yang mengunjungi Pantai Tok Jembal, Terengganu. Pantai ini menjadi tarikan kerana pengunjung dapat melihat kapalterbang turun dan naik akibat lokasinya yang terletak di sebelah lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. |
 |
| Anak sedara dan Makcik. |
 |
| Gambar ini cantik kalau saya pandai edit. |
 |
| Banyak 'perkara' menarik sebenarnya jika kita tahu mengaplikasikan kamera kita. |
 |
| cahaya, moment, lokasi dan model. Itu membuatkan saya terus mengagumi fotografi. |
 |
| Budak-budak dop tau benda. |
 |
"Sorong papan, tarik papan, buah keranji dalam bot..
Suruh makan, aku makan, suruh mengaji , aku dop tau stabot" - Ustaz Azhar Idrus.
(stabot @ starang baroh merupakan bahasa Terengganu 101 yang bermaksud langsung) |
Terengganu yang saya kenang suatu waktu dahulu adalah satu kawasan yang sangat 'kampung' dan berdekatan dengan pantai. Memori saya banyak tertumpah di Terengganu kerana ini adalah kawasan kelahiran saya. Saya dilahirkan di Kuala Terengganu dan dibesarkan di sini. Semasa kecil, saya agak malu kerana bercakap di dalam bahasa Terengganu yang membuatkan saya rendah diri dibandingkan dengan sepupu sepapat saya yang bercakap dalam loghat KL. Namun, kini segala-galanya telah berubah. Kedewasaan telah mengajar saya erti suatu kebanggaan!
Saya amat berbangga kerana saya seorang anak kelahiran negeri Terengganu dan masih bercakap dengan menggunakan slang @ loghat Terengganu. Saya cuba adaptasikan percakapan dan kebanggaan itu kepada anak sulung saya si Waseem. Namun ianya agak sulit. Bahasa ibunda beliau ialah bahasa arab. Apa boleh buat. Tapi berada lama di Terengganu nampaknya dia mengalami perubahan yang besar terhadap bahasa!
...
Selain daripada bahasa dan keadaan, Encik Perubahan telah membawa banyak pembaharuan dalam kehidupan kita hari-hari. Percaya atau tidak, apa yang kita alami ketika kecil telah kini hampir tiada dan pupus.
Emak-emak dan makcik-makcik kini telah tua dan meninggalkan anak-anak mereka iaitu sepupu. Hubungan kita setelah mereka berkahwin dan kita sendiri berkahwin adalah tidak seakrab dulu. Masing-masing mempunyai urusan hidup masing-masing yang perlu diutamakan terlebih dahulu dari mementingkan keluarga besar. Mereka pasti ingin mencapai keselesaan dalam kehidupan sendiri samada dari segi kewangan mahupun kejayaan.
Penghormatan terhadap orang tua pun sudah menjadi sangat janggal bagi anak-anak muda. Jarang kelihatan anak-anak muda yang duduk bersembang dengan orang-orang tua dalam mendapatkan ilmu dan nasihat mereka. Bergaul dan bertanyakan khabar? Mark zuckerberg menunaikan umrah pun belum tentu perkara sebegitu akan terjadi.
Sosial kini dan sosial dulu jauh berbeza. Internet dan realiti memisahkan kita. Percaya atau tidak, kita menuju alam kehancuran.. Hanya segelintir sahaja yang berjuang dan patut dipuji dalam usaha mengukuhkan dan menghalang Encik Perubahan dari memasuki dunia mereka. Terpulang anda sendiri yang memilih untuk menetapkan jalan hidup anda dan keluarga anda. Kris dayanti pun tak boleh nak tentukan.
Selamat menikmati cuti-cuti Malaysia dan nantikan kemunculan buku sulung saya yang bertajuk :
"A Glimpse of Makkah"
100 mukasurat, 100 ringgit. Beli. Jangan tak beli. Nanti saya merajuk.