entri sebelum ini..
Kesalahan kami yang ditulis dalam tu adalah sebab 'aku ikat rambut'. Jadi kesalahan ke atas kami berdua adalah kerana aku ikat rambut. Baru aku tahu undang-undang di Saudi ini adalah menjadi kesalahan mengikat rambut. Baik. Satu pengajaran. ID pendi ditahan dan surat saman dikeluarkan dengan alasan aku ikat rambut. Pendi kemudiannya diarahkan ke balai polis Quba untuk angkat sumpah. Maka tinggallah aku keseorangan terkelip-kelip dalam khemah mereka. 2,3 orang beredar dan hanya tinggal 2, 3 kerat lagi yang masih syok minum syai (teh) panas dan menonton tv. Aku masih duduk diam dan tak bergerak. Bimbang membuat sebarang pergerakan mungkin dituduh pengganas. Aku diam dan tak berkata-kata..
...
oh. Mendapat sambutan juga cerita macam ini. Ini kira macam 'bedtime stories' lah. Time2 nak lali katup mata, memang sedap ah baca. Ye dak?
Oke, kembali kepada si Pendi. Dia diarahkan untuk ke Balai Polis Quba untuk angkat sumpah. Sumpah apa, jangan tanya aku. Tanya Pendi. Tinggallah aku keseorangan di dalam khemah yang ala-ala badwi nih. Ketaq lutut toksah kira ah. Aku terus diam dan diam tanpa bersuara apa-apa. Tiba-tiba..
Salam diberikan dan beberapa polis bangun berdiri salam-salam dengan seseorang yang agak tegap tubuhnya dan lebih besar dari aku ofkos. Pandangan aku, dia ni ketua cawangan kot. Mungkinlah. Tak pun paling koman, dia ni ketua bidang. Itu jerlah yang aku reti nak bagi pengkhususan. Sampai turn aku, dia tak berapa nak hulur salam. Terkejut kot tengok lelaki lebih hensem daripada dia. Aku agak dah. Takpe. Jangan bising.
Dia meneliti report aku. Ternampak wajahnya berkedut seribu. Dari jata negara yang terlekat di dadanya aku tahu dia pangkat besar. Macam-macam darjah kebesaran ada di situ. Siap ada bintang lagi di atas bahu. Last skali dia tanya budak-budak prebet yang lepak di situ, pasal apa aku ni ada kat sini. Kawan yang tulis report pasal kesalahan aku dengan bangga jawab, dia ditahan sebab ikat rambut.
"Pasal apa dia ikat rambut hang pi saman dia?" Tanya PPB (polis pangkat besar) seraya bernada tinggi.
"Err. Pasal dia ni suruh saya tulis apa-apa sahaja report. Jadi saya tulislah pasal ikat rambut." Jawab gagap si PPR (polis prebet rendah).
"Laa.. Dia ni student Univ Madinah. Tak patut hangpa buat dia lagu neh. Lagi pulak rakyat Malaysia. Setakat rekod kita takdak lagi orang Malaysia buat masalah. Dah-dah. Jangan banyak lepak. Lepas jerlah dia neh. Aku tengok pun kesian budak nih. Letih nampak." PPB bersuara tenang dan ibarat seorang ayah mengasihani anaknya. Mujur dia tak gosok kepala aku jer. Tapi makan dalam jugak ayat dia. 'Jangan banyak lepak'. hahahaha.
Aku nak senyum, tapi takut dituduh menghina pulak. Aku tahan aku punya senyum sampai rasa nak kembung perut. Uncle PPB ajak aku naik kereta dia pegi jumpa Pendi yang entah apa cerita pegi angkat sumpah di Quba. Aku takut Pendi pegi mengamuk jer kat sana. Naya.
...
Sesampai si Pendi di sana. Ni kisah pendi pulak. Polis cawangan Quba tanya apahal dia datang sini? Pendi jawab dengan jujur dia datang sebab ditahan dan disaman atas kesalahan kawan dia ikat rambut. Aku lah tuh.
"Nko nak apa?" Tanya receptionist polis tuh. Konstabel kot dia neh.
"Nak angkat sumpah pasal kawan aku ikat rambut. Depa suruh aku datang sini." Jawab pendi dengan penuh kejujuran dan takde niat nak tipu sedikit pun dalam keadaan sekarang.
"Kawan ko mana?" Konstabel mamat tanya lagi.
"Ada kat taftish lah. Dah depa suruh aku mai sorang. Aku tak bawaklah dia." Jawab pendi dalam-dalam sambil nafas disedut dan tak lepas secara kuat. Spek matanya dibetulkan sebelum dia menghembus nafas kasarnya tepat ke atas muka si konstabel mamat tuh.
"Takde. Takde. Iqamah (ID) ko mana?" Konstabel mamat tanya banyak soal pulak.
"Ada dekat sana lah."
"takde. takde. Ko tunggu kawan ko datang dan iqamah ko datang sekali." Konstabel mamat letak pen dan teguk syai di tepi dengan tangan kanan.
"@#$%^&*" Pendi.
...
Aku diarahkan supaya menaiki kereta Uncle PPB itu tadi. Lagi sekali penyakit ketaq lutut datang. Ni aphal kena naik kereta polis berjeriji nih. Dahlah duduk belakang. Nampak sangat macam orang salah. Kereta tersebut memang telah direka khas dengan pintu belakang takde butang pintu untuk aku buka dari dalam. Dahlah ada besi berjeriji yang memisahkan antara driver dan penumpang. Kok ye pun, bagilah aku duk depan sebelah dia. Barulah nampak macam member sikit. Aku punya senyap time tu, lain macam. Memang tak cakap banyak dan hset pun aku silent. Makwe tak makwe, awek tak awek, semua aku silent dan tak angkat. Pendi call pun aku tak layan. Aku sedang jaga sensitiviti. Aku percaya, jika kita hormati orang lain, orang akan hormati kita. Itu pesan si Lutfi. Memang akan aku ingat sampai bila-bila.
Kereta Uncle PPB memecut laju membelah kepekatan malam menuju ke Quba yang terletak hampir dengan Kota Madinah. Perasaan sedikit tenang ada berlegar di minda selepas aku pikirkan aku sekarang sudah dekat dengan kawasan kediaman. Tempat aku belajar, tempat aku menginap di sini selama beberapa tahun. Negeri di mana manusia mengalu-alukan kedatangan Rasulullah S.A.W dan kota pusat bagi agama Islam. Tempat dimana menyaksikan pertukaran qiblat. Tempat dimana Rasulullah S.A.W merencanakan strategi peperangan dan pengukuhan akidah Tauhid. Sekaligus membawa sinar terhadap pembangunan insan yang kekal sehingga ke hari ini. Mengigatkan itu, aku sedikit tenang dan tersenyum nipis..
Setibanya di Quba, dari kejauhan aku nampak Pendi sedang terduduk di atas kerusi besi jenis nak sama dengan airport. Terpancar wajah kegembiraan dan perasaan selamat bila aku tiba. Dah agak dah. Aku jadi hero jugak.
Sampai-sampai di depan meja Konstabel mamat tu tadi, uncle PPB dah sound. Ni apsal tahan-tahan budak pelajar? Depa ni orang Malaysia. Bukan Filipin mahupun Indonesia. Korang tak tengok ke bila rakyat kita pergi ke Malaysia macam mana sambutan diorang dengan kita? Cuba pikir guna otak sikit. Terang uncle PPB berceramah sambil mata tak lepas pandang melihat anak buahnya termasuk konstabel mamat tunduk dan diam. Dalam masa yang sama, dia lemparkan iqamah aku atas meja.
"Ni iqamah siapa?" tanya konstabel mamat kepada pendi.
"Ni Naim punya." Jawab pendi secara zahir. Secara batin, ko tak nampak ke muka dia dengan aku ada banyak beza?
"Habis tu, sekarang ni kawan ko yang salah, kenapa nama nko pulak ada dalam surat saman?" Konstabel mamat tanya ala-ala brainwash. Kira nak cari gaduh jer nih.
"Ini taftish kat sana tadi buat. " Perlahan tapi padat uncle PPB tolong jawabkan.
Muka konstabel mamat memang tak puas hati tapi diam mengenangkan uncle PPB ada ditepi kami. Bekap besar beb. Dia dengan nampak sangat tak ikhlas, padam balik nama Pendi dan tukar nama aku atas kertas saman tuh dengan secara menconteng satu garisan yang tak sama dan tak parallel. Kami diarahkan supaya duduk dulu di satu hall yang berasingan mengadap satu lokap yang penuh dengan pakistan, bangla, saudi, yaman dan lain-lain lagi. Mereka berlainan bangsa tapi hidup dalam satu koloni yang sama di bawah satu nama iaitu 'lokap'. Happening giler dalam tuh. Siap ada budak saudi tu bising-bising ketuk jeriji besi suruh lepaskan dia. Sorang lagi pulak, sedang selongkar laci cari barang-barang dia yang polis tu rampas. Seolah-olah biasa dengan keadaan macam tu.
20 minit berlalu..
30 minit..
45 minit...
Pendi tengok aku, aku tengok pendi..
Tak lama kemudian, konstabel mamat datang semula bertanyakan soalan mengenai sponsored kami. Samada kami ada sponsored atau tidak yang boleh datang untuk jamin kami. Aku jawablah takde. Konstabel mamat bagitau kalau takde sponsored, kami terpaksa masuk lokap dulu semalam sebelum dibebaskan esok.
Pendi dengan penuh kecerdikan menjawab.
"hang kan saudi, hanglah jadi sponsor kami."
Surat saman aku sign dan kami boleh balik rumah dengan beriringan tangan dan penuh tandatanya kenapa dan apa yang sebenarnya berlaku kepada kami. Ia satu pengajaran yang amat berguna dan kami berbangga kerana kami adalah rakyat Malaysia. Proud to be Malaysian orang kampung aku cakap.
tamat. Terima kasih lutpi kerana memberi laluan untuk aku luahkan isi hati aku. Nanti kalo ko senang-senang, ko jemputlah aku lagi yer. Bye2 semua.
___________________________________________
Penulis, Mohamad Naim atau nama samarannya 'naim cichuQe' merupakan seorang pelajar di Universiti Madinah. Berasal dari Bentong, Pahang dan mempunyai suara yang sedap ketika makan. Amat menggemari rojak serta seorang yang mempunyai perwatakan menarik jika dia menerangkan tentang dirinya sendiri. Merupakan penulis jemputan pada kali ini bagi menceritakan pengalaman beliau ketika ditahan oleh polis baru-baru ini. Dia hanya minum air sirap dan air masak sahaja. Sangat tak saudi.