pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, May 24, 2011

Muhammad Wan Laeh a.k.a Mad Cenok (trailer)

Safwah Royale Orchid, Makkah.
Nanti saya buatkan cerita mengenai kenapa Mad Cenok (berpakaian serba putih dalam gambar) dihidupkan di dunia ini. Nantikan...

...

Saya memerlukan duit sebanyak RM35,000.00 ada sesiapa nak bagi tak? kot2 ada duit lebih tak pakai, bagi saya lah. :)

Sunday, May 22, 2011

Ibrahim Lani

The Library, Umm alQura University, Abidiah, Makkah.
Perpustakaan Umm alQura Universiti yang terletak di kampus utama, Abidiah, Makkah.

LOP_3436

LOP_3437

LOP_3441
Mad cenok yang banyak menyokong saya untuk belajar. 

LOP_3450

LOP_3452

LOP_3455

LOP_3456

4:48pm.

Tiba msg dari Mad Cenok..

"Aku d jamiah dh."

Oh.. Mad cenok sudah ada di jamiah. Tapi utk apa? bisik saya sendirian. Saya menggonyoh ( bahasa Terengganu 101 yang bermaksud gosok dengan agak kuat) mata yang tak berapa nak dapat celik. Almaklumlah, hari ni bangun pagi sebab pergi cari bahan assignment di Institute of Scientific Research & Revival of Islamic Culture. Borong 8 kitab terus hari ni dah alang-alang susah sangat nak jumpa. Apabila kembali ke rumah, saya yang keletihan menaip assignment, terus tidur terbungkam dan tak berapa nak sedar diri. Waseem ke, Naseem ke, mak Naseem ke, dah tak berapa letak dalam otak. Mata sangat mengantuk. Terus terlelap dan takde mimpi apa2 petunjuk pon. Yerlah, exam Feqah esok. Bukan hari ini. Silibes untuk subjek feqah amat banyak. Dari bab Riba, Gadaian, Pinjaman, down payment, installment, up payment, cimb, ocbc, muamalat, wadiah, mudharabah, mudohbangun dan sebagainya lagi. Banyak! Memang tak sempat nak hafal segala dalil dan sebab, serta pendapat dari imam 4 mazhab termasuk qaul yang dipilih oleh Imam Ahmad Hanbal itu sendiri.

Saya kembali menyambung tidur yang terganggu oleh msg itu tadi...

....

Saya celik mata dan melihat kembali msg tadi.

Apa yang tak kena dengan msg nih? kenapa mad cenok pergi skolah hari ni?

Saya cuba telefon mad cenok. 

"Apa hal mung msg aku? mung buat gapo di jamiah ssore?" (ada apa msg saya? apa yang awak buat di univ sorang-sorang?)

"Aku mari nok perekso lah. Mung nok mari bilo?" (saya datang sebab nak exam lah. Awak bila nak datang?)

"Perekso gaponyo hari nim. Esok key kito perekso feqoh. Hari ni hari sabtu." Jawab saya lagi.

"Haiihh!! Mung kabar ke dop nim? pekso hari nilah. bukey esok!" (haih. awak sedar ke tidak ni? exam hari nilah, bukan esok.)

Serta-merta saya jadi besar kepala ibarat seperti dibius di kepala sebanyak 7 kali!

Apa neh! baca buku pun tak habis lagi! Apa yang saya baca semalam pun tak ingat2 lagi. Terus saya tak gosok gigi sambil berlari start kereta dan menuju ke Universiti. Exam dijadualkan bermula jam 7 malam nanti. Lagi 2 jam!

Sambil membawa kereta, saya belek ipad. Di dalamnya ada nota-nota peperiksaan. Saya belek sehelai-sehelai. Ia amat bahaya, tapi kerana desakan, saya terpaksa lakukannya. Sambil mata terus mengawasi kenderaan di hadapan. Tapi, dah nama last minit, apakan daya, otak sudah dijadualkan untuk tidak menerima apa-apa maklumat lagi. Ingatan saya melayang kepada perkara lain..

...

Kita kembali ke hari semalam.

Saya memarkirkan kereta di Mahbas Jin. Satu kawasan parking kereta yang agak luas dan mengunjur menuju ke terowong Mina dan bersambung sehingga ke MasjidilHaram di sebelah Bab As Salam.

Saya membawa bersama-sama ipad dan kitab utk exam saya konon-konon nak baca buku dalam masjid sambil beriktikaf.

Saya tahan teksi dan dia bawak saya menuju ke Masjid. Tak jauh pun, kira-kira sepelaung sahaja. Cuma parking kereta susah sikit. Kalaupun ada, mahal. Paling murah SR10 sejam! Sesampainya saya di hadapan pintu istana di sebelah Bab Ajyad, saya turun dan melintasi pagar istana. Kelihatan seorang lelaki tua indonesia sedang bercakap-cakap dengan askar istana yang memakai topi hijau. 

"Hebat orang tua ni, boleh ajak askar bersembang. Mungkin sedang ajar arab tu bahasa indonesia kot?" Bisik saya sendirian sambil berlalu melintasi mereka berdua. ipad dan kitab, saya pegang kemas di celah lengan sasa saya.

"Ta'aal." Abang askar yang ada misai tu panggil saya. 

Apa kejadahnya pulak panggil saya. Sembang bertiga dahlah. Janganlah babitkan kisah saya pulak dalam episod ni. Saya kembali ke tapak perbualan mereka sebab askar tu panggil. Di pinggang dia kemas terselit Custom AK-47, jenis semi-auto rifle, caliber 7.62x39. Harga kalau tak silap saya lebih kurang $899. Order online pun boleh tapi make sure anda ada lesen ah. Sebab itu saya kembali semula. Kalo takde makhluk Allah tu di pinggang dia, saya boleh konsider nak buat sombong lagi. 

"Indonisi?" Soalan biasa yang akan keluar bila tengok muka jenis jawa datang. Saya masih lagi berbangga dengan saya seorang malaysia menggeleng dan berkata "malizi". 

"Hang tulong tengok pakcik ni, apa dia nak. Aku dah letih nak menjawab." Abang misai tu merayu mintak tolong. Saya tersenyum dan melihat name tag pakcik tu. 

Ibrahim Lani.

Sembang punya sembang, goreng punya goreng rupanya dia sesat. Dia bawak selipar jepun di tangan. Bila saya tanya kenapa bawak selipar nih, dia marah-marah dalam bahasa sumatera barat. Rupanya apa yang saya paham, kawan dia tertinggal selipar, yang dia ni pulak jenis rajin nak menolong kawan, pergi masuk semula masjid dan tolong ambilkan, tapi last-last, kawan tinggal dia dan dia dah hilang punca tak tahu nak balik ke hotel di mana. 

Di tangannya ada sekeping kertas yang tertulis "

-Hotel movenpick 9041

"Oh. Hotel ni senang aja pak. Bapak ikut saya. Saya udah tau dimana. Jangan khuatir pak. Saya di sini bisa bantu bapak." Speaking pun dah macam lahir dari Jakarta. 

Kami berjalan menyusur dataran Masjidilharam menuju ke menara The Royal Clock Tower yang merupakan bangunan paling tinggi di Kota Makkah. 

Sesampainya di Hotel Movenpick, saya menggunakan segala kepandaian saya dalam ilmu perhotelan selama ini hasil pengalaman saya bekerja bersama Tabung Haji Travel & Services (THTS) dan Pak Abu untuk memasuki hotel tanpa dicurigakan oleh pekerja atau jaga hotel. 

Kami terus menuju ke lif. Saya masih ingat lagi hotel ini. Kira-kira tahun lepas, Dato' Sri Jamil Khir ada datang untuk tujuan melihat-lihat hotel ini dan saya bertugas selaku jurufoto rasmi bagi Tabung Haji ketika itu. Cantik hotel ini. Memang betul-betul 5 star dan di tingkat atasnya ada musolla yang memandang terus ke Kaabah as Shareef. Tingkat berapa, saya dah lupa. Tapi yang pastinya hanya kami bertiga yang dibenarkan naik. Saya, Dato' sri dan Datuk Ismee Ismail yang merupakan CEO Tabung Haji kerana itu adalah tingkat Royal Suite dan masih belum dibuka pada umum. Padanlah dengan royal suite, lukisan pun diimport dari England. Kurang-kurang mesti lebih mahal dari kamera saya. 

Sesampainya di tingkat 9, saya menjenguk nombor bilik. 9041..

9041..

Eh! Mana ada nombor 9041. Nombor di sini hanya 941 sahaja!

Kami pusing-pusing dan ternyata, tak ada. Bapak Ibrahim macam yakin, pergi ketuk pintu bilik 941. Ini katanya, bilik dia. 

Saya hanya diam dan menunggu. Jika benar, alhamdulillah, kalau salah pun, mintak maaf jerlah.

Rupanya salah bilik. Arab Jordan yang besar dan tegap membuka pintu. Saya cepat-cepat minta maaf dan tarik tangan bapak Ibrahim berlalu kembali ke lif.

"Rupanya seperti teman aku. Tapi kenapa besar sekali badannya?" Tanya bapak Ibrahim kepada saya sambil tangannya masih memegang dinding lif takut jatuh.

aaa... Takpe. Saya hanya diam dan menganggukkan kepala. Tak lupa juga saya senyum. Dah pangkat datuk saya dia nih. Umor dah 70 tahun. 

Kami keluar dari Hotel Movenpick dan saya membawa dia ke Grand Zamzam pula. Mujurnya lobi hotel-hotel tersebut terletak di aras yang sama. Hotel ini suatu masa dahulu juga saya pernah main-main ketika bekerja dengan THTS. Ada beberapa kenalan saya di dalam. Saya bertanyakan mereka, juga jawapan yang diterima adalah sama. Di sini tak ada bilik 9041 dan juga tak ada travel yang menggunakan nama Intan Salsabila. Oke, baik. Saya terus menelefon ke Indonesia, mengambil nombor dari tag nama bapak Ibrahim. Seorang wanita yang merupakan pengarah urusan Travel Intan Salsabila itu sendiri. Dia memohon maaf dan akan mengarahkan seorang mutawif mereka datang mengambil bapak Ibrahim itu sendiri. 

Ketika saya mengkhabarkan perkara itu kepada Bapak Ibrahim Lani, dia memegang tangan saya dan dia minta saya tunggu dia dan jangan pergi lagi. Saya sangat terharu dan fikiran melayang teringatkan ayah di kampung.

"Jangan bimbang bapak. Aku ada di sini. Aku akan tunggu mu sahingga datang mutowif itu." 

Bapak Ibrahim berbisik perlahan kepada saya bahawa ini adalah kali pertama dia datang ke Makkah. Setelah berpenat lelah, dia tak mampu untuk datang Haji kerana umur yang dibenarkan hanyalah 65 tahun. Maka dia hanya boleh datang umrah kerana untuk peluang haji, dia sudah tidak mungkin lagi.. Alhamdulillah, bisiknya lagi. Diketemukan dengan anak yang baik ini.. Semoga anak akan berjaya di dunia dan di akhirat. Satu doa yang saya akan simpan sampai bila-bila di ingatan. Paling menyedihkan apabila melihat riak wajahnya yang sangat menyentuh perasaan. Layak seorang ayah yang terasing dan tak ingin ditinggalkan sendirian. 

Saya memegang tangannya dan menggosok perlahan. Bisik saya, insya allah, jika ditakdirkan Allah, nanti kita jumpa lagi..

Lantas dihulurkan duit bermatawang indonesia kepada saya. Saya sangat-sangat menolak, tapi sebab dia berkeras dan katanya haram jika saya tak ambik, saya mengalah.. Duit itu akan menjadi kenangan saya dan bapak Ibrahim Lani.

...

Saya masih di dalam kereta ketika sampai di hadapan universiti. Otak saya sangat bercelaru dan satu perasaan kesal melanda di hati. Kenapalah saya boleh tidak perasan yang hari ni sebenarnya peperiksaan feqah bakal berlangsung??

Saya sangat ingin menangis mengenangkan saya tidak membaca nota dan buku sehingga habis. Saya pasrah dan saya letakkan tawakal segalanya kepada Allah. Pelan-pelan tangan saya menghantar msg kepada mak di kampung untuk doakan saya agar berjaya menjawab exam.

"Insya allah" jawab emak ringkas tapi padat.

...

9 malam, saya keluar dari dewan peperiksaan. Hmm.. Bolehlah..

Monday, May 16, 2011

tahniah kepada followers saya yang ke 500.


kenapa dengan dia? saya sebelum ini sentiasa menunggu, siapakah followers saya yang ke 500. Saya berjanji saya akan kongsikan dengan anda tentang dia. Itu niat saya. Maka orang yang ditunggu-tunggu telah tiba pada hari ini. Dia adalah adik Haziq. Tak kenal pun. tapi sebab saya melihat dia adalah followers saya yang ke 500 maka tahniah diucapkan. Hadiah? tunggu abang balik malaysia nanti, atau adik datang sini, nanti abg bagi hadiah yer. Apa hadiahnya biarlah rahsia. Paling penting, abang doakan adik supaya berjaya menjadi insan yang soleh, berguna untuk keluarga dan bermatlamat tinggi dalam kehidupan. Semoga dilindungi Allah dan dirahmati olehNya. oke? 

Baca belog dia, masih muda dan budak-budak lagi. Isu yang penting diutarakan mestilah berkisar mengenai dirinya, keluarganya, aweksnya, dan kehidupan sehariannya. Tak apa, itu adalah belog peribadi dan satu luahan diri dalam mencari 'identiti' yang diingini dalam kehidupan. Pesan abang, ingatlah adik, nanti bila besar-besar, kita akan melihat kembali tulisan kita dan membaca kembali apa yang kita pernah coretkan. Oke! 

study kuat-kuat dan jangan malas!

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada para followers sekalian. Anda, saya doakan agar bakal menjadi tetamu Allah suatu hari nanti insya allah dengan izinNya. 

Saturday, May 14, 2011

Perkara sibuk

LOP_3427
helipad tuh. dekat2 dengan ipad lah. - shishah, makkah.

LOP_3425
comel kan?

LOP_3406
dan dan senget kepala time nak ambik gambar.

Walaupun langit kita tidak sama keluarnya di waktu pagi, tapi itu tidak memisahkan kita. -shishah, Makkah.
the sunrise. taken from shishah, Makkah.

Owh. sudah lupa untuk updet belog dek sibuk dengan pelbagai acara. Antaranya ialah program 'masuk jawi' untuk si Waseem. Wah! abang sudah dewasa. Bolehlah sembang bab nikah dengan baba nanti. hahahaha..

Kemudian ditambah dengan kesibukan utk pindah rumah. Rumah lama akan tamat tempoh penyewaan pada 20 hari lagi, walaupun kami banyak melabur dalam rumah lama utk menjadikan ianya cantik dan selesa, tapi kekangan tikus, lipas dan habuk yang berdebu menyebabkan kami pikir 48 kali untuk menyambung penyewaan. Takpelah, semoga Allah menggantikan rumah baru dengan yang lebih selesa dan selamat untuk didiami. Amin.

Kemudian, peperiksaan akhir akan berjalan dan berlari bermula hari ini. Sebanyak 45 orang peserta akan menyertai acara peperiksaan ini termasuk 8 orang dari afrika, 2 dari india, 1 dari Bosnia, 1 dari Tajikistan, 1 dari Thailand, 1 dari Indonesia, 1 dari Malaysia dan baki semua Saudi.

Doakanlah agar kami diberi kemudahan dan hidayah utk menjawab segala soalan peperiksaan. 2 tahun dalam program High Diploma akan tamat pada bila-bila masa membawa seribu kenangan dan perkenalan. Kurang-kurang setakat nak lepak dalam bilik pegawai MasjidilHaram dah boleh datang bila-bila masa. Nak kawin 2,3,4,5,6 pun dah ada jurunikah. hahaha.

Kemudian, saya ada 2 projek under PM CREW for video and photography. Pertamanya shoot gambar kereta dan kedua kelas fotografi yang dijadual akan berlangsung pada pertengahan bulan 5 ini untuk penduduk Jeddah pun terpaksa ditangguhkan. Apa nak buat.. 

Kemudian, proses buku saya 'A Glimpse Of Makkah' juga telah hampir 85% siap hasil pertolongan dari rakan-rakan dan kenalan yang sangat baik hati menolong. Antaranya ialah Ridhuan (student Singapore) yang membantu membuat kapsyen bagi gambar saya. Saya suka cara dia menghuraikan pemandangan di dalam gambar. Kedua, Madam zalilah yang bagi saya adalah orang terakhir bertanggungjawab meng'check' grammar english saya memandangkan saya ni kan lahir-lahir jer dah speaking omputeh,  tapi lama sangat tinggal sebab duk sibuk 'kecek' arab membuatkan takut-takut ada salah nahu di situ. Tak ketinggalan dr rahman, kak fida, azmil dan azrin atas usahasama menterjemah karya-karya saya. Mereka ni semua jenis mat salleh yang menyamar jadi orang melayu. Pheww.. Tak ketinggalan, mestilah partner saya si Roshidi Abu Bakar. Bertungkus-lumus siang dan malam, sampai merajuk isteri sebab sanggup tinggalkan semata-mata nak siapkan buku saya. Hehehe. Dari segi photojournalism dan seni berfotografi, abg Radzi Hanif yang kini sedang mengusahakan projek e-warisan dan Pak Kolat (CV Director MMU) adalah penasihat terbaik dan mengukuhkan semangat saya utk terus terjun dalam dunia fotografi dan fotojournalisma ini. Ah, kalau nak ucap terima kasih kat sini, memang tak muatlah. Tunggu jerlah sesi launching buku itu the very very soooooonn..  

Terakhir, demotix.com memohon gambar-gambar untuk dipamerkan di London-Arab Exhibition yang dijadual berlangsung  Julai nanti di London. Apa neh. Time exam ginilah jadi sibuk tak keruan. Time management sangat penting. Ah, teringat Pak Abu. Ayahanda kawasan Ghazzah yang banyak mengajar ilmu tentang masa. hahahaha. Kelmarin baru jer lepak dengan dia di Felda D'saji.

Oke, mungkin tak ada masa untuk berceloteh panjang. Doakan saya yer. Nanti kita gosip2 lagi. Wassalam!

Saturday, May 7, 2011

Ada ke cara nak khusyuk dalam solat?

Safwah Royale Orchid Hotel, Makkah.
Safwah Royale Orchid Hotel, Makkah - Kaabah View.

Saya bukan orang alim. Bukan orang usrah-usrah. Bukan ulama. Bukan orang berpendidikan tinggi. Tapi bila orang tanya macam mana nak khusyuk solat, jawapan saya ialah dengan berpikir, solat yang kita lakukan itu adalah yang terakhir sebelum nyawa kita dicabut Allah Taala. Perkara itu tak mustahil bukan? Jadi, ada sebab lagi ke untuk kita berfikir macam-macam perkara dalam solat? fesbuk, twitter, blogspot, myspace, friendster, wordpress, youtube, vimeo dan lain-lain, biarlah lepas solat. 

Semoga dengan jawapan ringkas hasil pengalaman saya ini, dapat membantu anda menunaikan solat dengan hampir sempurna. Tak puas hati, pergi jumpa ustaz-ustaz anda lah pula. 

Mood : ustaz-ustaz. 

Wednesday, May 4, 2011

Air terjun, UQU dan Fotografi.

LOP_3313
Air terjun yang indah terletak di Prince Abdul Aziz Road, Makkah.


LOP_3314
Rasa macam berada di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu.

LOP_3316
Gambar King berada di mana-mana.

LOP_3317
Satu ciptaan yang bijak dan mendamaikan di tengah-tengah kegersangan padang pasir.

LOP_3326
Bunga ini banyak ditanam di sekitar taman-taman di Kota Makkah.

LOP_3328
Bunga yang bakal musnah kerana darjah kepanasan yang tinggi.

LOP_3329
Namun sumber air tidak pernah kering menyebabkan ia akan tahan buat beberapa lama.

LOP_3334
Indahnya jika berada di kolam yang dipenuhi kehijauan dan keredupan.

LOP_3335
Hostel pelajar non-saudi Univ Umm Al Qura di Awali, Makkah.

LOP_3339
Inilah rupanya pintu masuk ke Kuliah Syariah. Saya punya kuliah. 

LOP_3341
Keadaan dalam Perpustakaan, Universiti Umm Al Qura, Abidiyah, Makkah.

LOP_3343


LOP_3346
Kuliah Lughah Arabiah.

LOP_3349
Higher deanship Studies. Pejabat utk lepasan degree.

LOP_3351
Masjid Universiti.

LOP_3353
Model pelajar agama. Macam ginilah. macam mana lagi rupa.

LOP_3355
Lot parking kereta bertingkat.

Tuesday, May 3, 2011

siri serius. Review hotel-hotel di Makkah. Tahap National Geographic ni. Bukan main-main.

Saya mendapat satu tugasan baru iaitu mengambil gambar-gambar hotel di sekitar Kota Makkah oleh travel-travel yang berminat untuk mengetahui lokasi, dekorasi, keadaan bilik, struktur bangunan, dan pelbagai lagi yang berkaitan. Alhamdulillah, bolehlah buat isi duit poket hujung-hujung minggu. 

Baru-baru ini, Syarikat Ashar Travel melalui Directornya Ustaz Hj Shukri telah mendapatkan khidmat saya dalam mengambil contoh-contoh gambar hotel dan dekorasinya untuk dihantar ke Malaysia. Apa dia nak buat, mana saya tahu. Saya kerja ambil gambar sahaja. Terima kasih kepada Tn. Mukhalis kerana telah memperkenalkan saya kepada Ustaz Hj Shukri walaupun sebelum ni dah kenal cuma tak secara rasmi sahaja. 

2,3 hari sebelum itu, saya telah banyak study gambar-gambar yang perlu diambil untuk hotel dan mengambil kira pencahayaan serta sudut melalui kiraan matematik. Kira study ah nih. hahaha.

Hari penggambaran, saya tiba agak lewat (ini satu kelemahan yang perlu diperbaiki kerana client tak suka photographer datang lambat kecuali ..) tapi saya telefon ustaz shukri pun, dia juga baru terjaga disebabkan kepenatan menguruskan jemaah semalam. Jadi, saya tak salah, dan dia juga tak salah sebab kami tak berjanji pun pukul berapa perlu ambil gambar. Oke. Selamat.

Hotel pertama yang perlu kami ambil gambar ialah Hotel Hajeej. Disebabkan saya pernah bekerja di sini suatu masa dahulu, jadi untuk mendapatkan access adalah bukan satu masalah yang besar. Boleh siap lepak dan minum teh di hotel tersebut memandangkan saya dikenali kerana pernah bertugas di situ suatu masa dahulu sebagai tukang booking hotel bersama syarikat Tabung Haji Travel Malaysia. Penggambaran pun hanya shoot gambar lobi dan bilik sahaja. Oke. 5 minit siap. Hotel Hajeej terletak di Hajlah Street, Misfalah. Appxm 350m dari Masjidilharam gate 1. 

Tabung Haji Travel telah mengambil sepenuhnya hotel ini untuk digunakan sebagai tempat penginapan Jemaah Pakej Delima.


LOP_3177
Pemandangan di hadapan Hotel Hajeej, Misfalah.

LOP_3178
Antara kawasan lepak terkenal untuk burung-burung merpati, Hayy Hajlah, Misfalah.

Seterusnya, kami mengunjungi Hotel Ufuk Fateh yang terletak berselang dengan Hotel Hajeej kira-kira 50m ke belakang. Hotel yang sederhana 2 bintang mungkin dan sedap-sedap untuk tinggal serta murah. Shoot barang sekeping dua gambar dan kami blah ke hotel seterusnya iaitu Hotel Umm Hanie. Berada di sebelah belakang laluan Misfalah, Hotel Umm Hanie menariknya menggunakan khidmat Catering Felda D'Saji dalam menyajikan makanan dan juadah kepada para penginapnya. Juga, merupakan sebuah hotel yang baru serta dekorasi yang sangat urban pada pendapat saya. 

LOP_3181
Di celah-celah bangunan ini, terdapat kedai makan Pakistan dan India yang sedap.

LOP_3226
Jika anda melalui lorong ini, anda akan jumpa satu hotel Malaysia Fal El Saha yang dikendalikan oleh pihak Residence Malaysia.

LOP_3239

LOP_3242

Hotel ini menempatkan rata-rata jemaah dari Malaysia. Saya suka keadaan lobinya walaupun agak kecil dibandingkan dengan hotel 4 bintang, namun sudut pencahayaan dan sofa yang elegan menaikkan seri membuatkan timbul mood untuk melepak di lobi sambil membaca akhbar dengan santai. 

LOP_3248

Ini adalah pemandangan di suatu sudut di lobi kedua yang menempatkan tv flat screen. Sofa sahaja sudah nampak selesa dan 'enak' untuk dihempuk bukan? Pemilihan warna putih amat tepat bagi saya kerana ia adalah warna 'eksklusif' dan 'mewah'.

LOP_3271
Dari kiri : Captain Felda D'saji En Mazlan dan Hj Shukri CEO Ashhar Travel.

Seterusnya kami ke Hotel Olayan. Suatu hotel yang diberikan taraf 4 bintang kata tukang bookingnya encik .. Ah. Sudah lupa pulak apa nama dia. Sebuah hotel yang baru. Sebenarnya diberikan nafas baru dan bukan hotel baru. Bangunan ini telah lama siap. Tapi tidak dibuka kepada pengunjung kecuali pada tahun ini baru dibuka dan masih lagi belum siap sepenuhnya. Hotel ini terletak kira-kira 200m dari MasjidilHaram gate Malik Abd Aziz (1).

LOP_3287
Bayangkan saya berada di dalam lif yang sendat ini. Nasib baik saya 'slim'.

Bagi saya, seni hiasan / ukir / dekorasi dalam hotel ini lebih kepada 'kolot'. Apabila diselidik dan disiasat, rupa-rupanya tukang design adalah seorang Mesir. Bukan mengata orang mesir tak pandai, ada sesetengahnya yang sangat canggih dengan idea masing-masing namun kebanyakan designer yang berada di sini adalah membawa senibina yang agak 'usang' dalam penataan seni hiasan dalaman mereka menyebabkan kita berada 10 tahun kebelakang di zaman 2011 ini. Hotel yang sepatutnya diberikan status 4 bintang dengan khidmat Jaga, Bell Boy, Coffe Shop dan sebagainya terus didown-grade setaraf 3 bintang pada pendapat saya yang tak berapa pandai menilai hotel. Anda boleh melihat pemilihan dalam lifnya yang berwarna keemas-emasan dan pening kepala. Apa neh?

LOP_3289
Ruang lobi yang luas nampak sendat dengan kerusi sofa yang sepatutnya tidak perlu terlalu banyak.

Dinding, set sofa dan bunga jelas menjadikan lobi hotel ini hambar dan tidak setaraf dengan hotel 4 bintang. Sebenarnya, hiasan dinding ini adalah sama seperti hiasan di Lobi Hotel Le Meridean (Bab Malik Abdul Aziz gate 1 berhadapan dengan Istana Raja). Namun, Le Meridean lebih bijak memadankan warna iaitu dengan menggunakan warna kayu yang lebih gelap dan tidak pudar seperti warna oren ini. Lagipun, menurut Ust Shukri, hotel ini sebelum dibaik pulih telah mempunyai dinding yang sudah sedia cantik cuma jika dihias dengan frame-frame gambar Makkah atau sebagainya mungkin akan menjadikan suasana di sini hidup. 

LOP_3291
Burj Al Bait dari sisi Hotel Hilton.

LOP_3293
Antara tempat lepak lain bagi burung merpati.

LOP_3296
Abam Pakistan.

LOP_3298
Laluan yang menghubungkan Hilton terus ke Safwah Royal Orchid.

LOP_3300
Tengok menara sahaja dah cantik dan tenang, apatah lagi tengok Kaabah di dalamnya..


Akhirnya, setelah berpenat-penat, kami menyambung kembali shooting pada hari ini. Cuma hari ini tak banyaklah ambil gambar hotel, cuma beberapa hotel terdekat sahaja. Tapi saya pulak malas nak review sebab mungkin itu adalah rahsia syarikat mereka. So, nantikan review seterusnya untuk hotel-hotel besar jika saya berkesempatan. Selamat membaca. 

kah kah kah! macam ini punya review pun orang baca ka. Kah kah kah!

Sunday, May 1, 2011

AlKitab

LOP_3168

Feqah adalah satu ilmu yang memerlukan penelitian dan pemerhatian yang mendalam. Sebarang dalil dari nas perlu difahami dan dihuraikan dengan tepat agar related dengan hukum yang bakal dikeluarkan dalam masalah-masalah feqah ini.

Di Umm AlQura univ, kami mempelajari subjek feqah bersama dr. Ghazi Saeid Hamood alMutrafi. Seorang dr yang sangat syadid dan sangat teliti dalam permasalahan yang melibatkan sebarang hukum hakam.

Kami mempelajari kitab Roudul Murbe' syarah Zadul Mustaqnea'. Sebuah kitab feqah dalam mazhab Hanbali. Suatu kitab yang agak susah huraiannya dan perkataan yang digunakan. Sememangnya memerlukan seorang guru yang pakar dalam mengeluarkan isi yang terkandung di dalam kitab itu.

Setiap hari sabtu, kami akan mempelajari subjek Usul Fiqh oleh Dr. Mish'al kemudian Dr. Ghazi akan mengajar subjek Hadis dan seterusnya Feqah ini. Akhir sekali adalah subjek Lughah Arabiah oleh Dr. yang didatangkan khas dari Mesir tapi saya lupa pulak nama dia.

Di dalam Subjek Feqah, kami sebelum ini mempelajari kitab Buyu'. Bab jualbeli kata orang melayu. Pelbagai permasalahan mengenai pinjaman, penyewaan, gadaian, pertukaran wang, hak-milik, riba, leptop, ipad2 dan sebagainya telah diperbincangkan sehingga tiba hari ini di mana Dr. Ghazi telah menukar tajuk seterusnya iaitu Kitab Nikah. Selesai sahaja Dr Mish'al keluar, Dr. Ghazi masuk ke kelas dan meminta seorang pelajar iaitu Soleh Bouti untuk membacakan kitab Hadis Sohih Muslim jilid 17-18 Bab doa sebelum tidur.. Yerlah. Subjek pertama kan usul fiqh, kemudian hadis, pastu feqah dan last skali lughah arabiah.

Dia yang bersemangat terus membaca :

"bismillah.. blablbalablaa.. Telah berkata sheikh rahimahumullah.. Bab Nikah. Lughatan Annikah.. blablablablabala..." Abis satu perenggan.

Ini pertama kali saya lihat Dr. Ghazi ketawa sungguh-sungguh. Sampai dia bukak spek mata dan lap air mata yang keluar.

Si Soleh Bouti boleh tak perasan Subjek Feqah dengan Hadis adalah suatu yang berbeza. Inilah akibatnya terlalu seronok sangat nak belajar bab nikah. Haih. Budak-budak zaman sekarang. 

Rumusannya, ini kali pertama juga saya rasa tak mengantuk langsung semasa mempelajari Subjek Feqah dan boleh memahami dengan penuh kefahaman. Kenapa selama ni tak paham ha?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...